Anda di halaman 1dari 13

(BAHAGIAN A)

[20 markah]

Soalan 1 hingga 13

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 "Mengapa________ selalu datang lewat ke sekolah? Nampaknya________terpaksa


mengambil tindakan yang tegas," kata guru disiplin.

A kamu kita
B mereka dia
C awak saya
D dia kami

2 Kata Laksama Hang Tuah kepada Sultan Muzaffar Shah, "Silalah ________ santap hidangan
ini."

A beta
B beliau
C tuanku
D baginda

3 Dia akan bertolak ___________ Melaka __________ pukul 9.00 pagi ini.

A ke pada
B kepada pada
C di kepada
D dari kepada

4 Dia pasti akan menjual kucing kesayangannya itu __________ ditawarkan dengan harga
yang tinggi.

A tatkala
B namun
C sekiranya
D bagaimanapun

5 Termometer itu tidak dapat digunakan lagi kerana ______ kacanya telah pecah.

A jejari
B kekisi
C bebuli
D kekuda

1
6 Beberapa __________ pemandu kereta telah ditahan oleh se__________ polis semasa
operasi malam tadi kerana tiada lesen memandu.

A orang angkatan
B kawan pasukan
C orang pasukan
D kawan angkatan

7 __________, rajin sungguh Nureen membantu ibunya menyiram pokok bunga di halaman
rumah!

A Wah
B Hai
C Nah
D Eh

8 Warna kain pelekat semakin _________ selepas dicuci beberapa kali.

A kecut
B luntur
C lusuh
D susut

9 Kamu mesti pandai _________ rakit ini, jika tidak kamu mesti terlanggar batu, pesan
Komander Zaim.

A mengawal
B menjaga
C memelihara
D mendayung

10 Bangunan yang baru siap dibina itu akan dirasmikan __________ Timbalan Menteri
Pendidikan 1 pada hari Khamis hadapan.

A oleh
B dengan
C bagai
D untuk

11 Usahlah dirahsiakan hal itu. ____________ akan diketahui orang juga.

A Setidak-tidaknya
B Sehari-harian
C Habis-habisan
D Lama-kelamaan

2
12 Dia ______________ untuk menghabiskan lariannya kerana lama benar dia tidak berlari.

A termengah-mengah
B terumbang-ambing
C terkapai-kapai
D tersedak-sedak

13 Kanak-kanak itu merangkak di _____________ meja untuk mengambil __________bola.

A. tepi sebuah
B atas ... sebutir
C bawah sebiji
D hujung sebentuk

Soalan 14 dan 15

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat bergaris.

14 Corak batik yang cantik itu dilukis oleh seorang pereka yang terkenal.

A Pereka yang terkenal telah menghasilkan corak batik yang cantik


B Pereka batik yang termasyhur telah mengeluarkan batik yang cantik itu
C Corak batik yang terkenal itu telah dihasilkan oleh pereka yang cantik itu
D Batik yang termasyhur itu dikeluarkan oleh seorang pereka yang terkenal

15 Sejak harga sayur-sayuran melambung tinggi, Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di
kawasan lapang di belakang rumah mereka.

A Kenaikan harga sayur yang mendadak memaksa Encik Jamal memanfaatkan tanah di
belakang rumahnya untuk berkebun.
B Pelbagai jenis sayur ditanam oleh Encik Jamal di kawasan lapang di belakang
rumahnya sejak berlakunya peningkatan harga sayur-sayuran.
C Harga sayur-sayuran naik sejak Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di
kawasan lapang di belakang rumahnya.
D Encik Jamal menanam pelbagai jenis sayur di belakang rumahnya pada masa lapang
berikutan kenaikan harga sayur.

3
Pilih ayat-ayat yang betul.

16. I Kedua kakaknya sayang akan dirinya.


II Anda memanggil saya atau dia sebentar tadi?
III Sejak setahun lalu ayah saya giat menulis sajak.
IV Setengah murid didapati sengaja melanggar peraturan sekolah.

A I dan II
B II dan III
C III dan IV
D I dan IV

Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tanpa berfikir panjang, Yaakob segera melompat pagar buluh yang separas pinggangnya itu.
Dia segera meluru ke arah kerbau jantan yang sedang naik angin itu. Dia begitu nekad dengan
tindakannya. Dia mesti menyelamatkan nyawa Pak Hamid. Pak Hamid kelihatan mengerang
menahan kesakitan. Darah membasahi pahanya. Dia tidak terdaya lagi untuk bangun menyelamatkan
dirinya. "Aku perlu menarik perhatian Si Balau ini," bisik hati Yaakob.

Yaakob cuba mengacah-acah Si Balau dengan menggunakan ranting senduduk. Perbuatannya


itu menyebabkan Si Balau mengalih pandangannya kepada Yaakob. Kerbau jantan itu menundukkan
kepala sambil menguis-nguiskan kakinya ke tanah menyerang Yaakob pula. Namun begitu, Yaakob
yang sudah bersedia sempat mengelak daripada terkena tandukannya.

Tiba-tiba, kedengaran beberapa das tembakan. Kepala kerbau jantan yang terkena tembakan
itu berlumuran darah lalu meronta-ronta dan akhirnya tersungkur menyembah tanah. Tembakan
daripada beberapa orang pasukan Rela tepat mengenai sasarannya. Yaakob dengan dibantu oleh
orang-orang kampung segera memberikan bantuan kepada Pak Hamid. Beberapa orang penduduk
Kampung Permatang segera membawa Pak Hamid ke hospital untuk mendapatkan rawatan
memandangkan lukanya yang agak parah.

"Bersyukurlah kerana Pak Hamid selamat. Nasib baik kerbau kesayangan Pak Hamid itu
dapat dibunuh. Kalau tidak, entah apa nasib Pak Hamid," terdengar keluhan Yaakob sambil
melangkah kakinya.

Orang-orang kampung turut memuji keberanian Yaakob yang sanggup menggadaikan


nyawanya bagi menyelamatkan nyawa jirannya, Pak Hamid. Berita keberanian Yaakob telah menjadi
buah mulut penduduk Kampung Permatang.

4
17 Siapakah Pak Hamid berdasarkan petikan di atas?

A Ayah Yaakob
B Jiran Yaakob
C Sahabat Yaakob
D Ahli pasukan Rela

18 Perkataan meluru dalam petikan bermaksud

A menerpa
B memburu
C mengelak
D menghalau

19 Pilih pernyataan yang tidak benar.

A Yaakob membawa Pak Hamid ke hospital.


B Kerbau jantan mati ditembak oleh pasukan Rela.
C Si Balau ialah kerbau jantan peliharaan Pak Hamid.
D Keberanian Yaakob mendapat pujian orang kampung.

20 Mengapakah Yaakob melahirkan rasa kesyukuran?

A Pak Hamid dapat diselamatkan.


B Orang-orang kampung memuji keberaniannya.
C Dia terselamat daripada ditanduk oleh kerbau itu.
D Orang-orang kampung telah menyelamatkan Pak Hamid.

5
Soalan 21

Pilih perkataan yang paling sesuai untuk diisi pada tempat kosong dalam petikan yang diberi.

pada terhadap dengan di

daripada dalam kepada sebagai

Banyak dugaan dan halangan yang perlu ditempuhi golongan remaja. Pada usia

begini seseorang remaja mudah terpengaruh ___________ sesuatu yang benar atau salah.

Tanggungjawab golongan muda ___________ agama, keluarga, masyarakat dan persekitaran amat

luas. Jika remaja tahu menjaga dirinya, maruah dan nama baik keluarga, pasti remaja akan hidup

tenteram ____________ dunia dan di akhirat.

[ 4 markah ]

Soalan 22

a. Tulis ayat jawapan yang paling sesuai bagi soalan yang diberikan.

Mengapakah kita digalakkan minum air kosong sebanyak lapan gelas sehari?

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________

[2 markah]

6
b. Tulis dialog yang sesuai berdasarkan petikan di bawa pada ruangan jawapan yang disediakan.

Aqib bertanya guru Sainsnya tentang kandungan


makanan seimbang. Guru Sainsnya memberitahu
bahawa kandungan makanan seimbang adalah
seperti karbohidrat, protein, mineral, kalsium,
magnesium, vitamin dan sebagainya.

Bolehkah Cikgu terangkan


apakah kandungan makanan
seimbang?

_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
_____________________________________________________________
[2 markah]

7
c. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah.

Apakah perumpamaan yang sesuai berdasarkan gambar di atas?

_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[2 markah]

Soalan 23
Lihat jadual di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Juara-juara Futsal Piala Dunia


Tahun Pasukan Pemenang Jaringan Tuan Rumah
1978 Argentina lwn Belanda Argentina 31 Argentina
1982 Itali lwn Jerman Barat Itali 31 Sepanyol
1986 Argentina lwn Jerman Barat Argentina 32 Mexico
1990 Jerman Barat lwn Argentina Jerman Barat 10 Itali
1994 Brazil lwn Itali Brazil 32 Amerika Syarikat
1998 Perancis lwn Brazil Perancis 30 Perancis
2002 Brazil lwn Jerman Brazil 20 Korea

a. Pertandingan Futsal Piala Dunia diadakan setiap __________________________________


[1 markah]
b. Apakah maksud Tuan Rumah dalam jadual di atas?

8
_________________________________________________________________________________
_________________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Tulis betul atau salah pada pernyataan yang diberikan. Satu daripada telah ditunjukkan
sebagai contoh.

Pernyataan Betul atau Salah

Tuan Rumah pada tahun 1974 ialah China. Salah

Argentina menang dalam perlawanan menentang Jerman


Barat pada tahun 1986.
Perancis berjaya mengalahkan Brazil 3 0 ketika perlawanan
di Perancis.
Dari tahun 1978 hingga 2002 Argentina berjaya menjadi
juara sebanyak 3 kali.

Negara Asia pernah menjadi tuan rumah Futsal Piala Dunia.

[2 markah]

Soalan 24

Baca iklan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

9
PEGAWAI KESIHATAN

Syarat
Mesti mempunyai pengetahuan asas sebagai Pegawai Kesihatan dan
kemahiran asas perubatan
Mempunyai kelulusan berkaitan di peringkat sijil atau diploma
Berpengalaman dalam bidang pengurusan perubatan
Tingkah laku yang baik dan tidak mempunyai tabiat buruk
Warganegara Malaysia
Gaji ditawarkan bermula RM2600.00, Elaun perkhidmatan RM1000.00

Calon yang berminat sila hubungi 012-2967123

a. Perkataan pengetahuan dalam petikan boleh juga digantikan dengan perkataan


________________________
[ 1 markah ]

b. Mengapakah jawatan ini memerlukan calon yang mempunyai kemahiran asas perubatan?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 2 markah]

c. Pada pendapat anda apakah perbezaan jawatan pegawai perubatan dengan doktor seperti
maklumat yang terdapat dalam iklan di atas?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 2 markah]

d. Razak seorang pengamal perubatan tradisional. Adakah beliau boleh memohon jawatan ini?
Mengapa?

10
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[ 3 markah]

Soalan 25
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan berikutnya.

Labu adalah khazanah yang dihasilkan daripada tanah liat yang dibakar dan digilap sebelum
digunakan. Labu digunakan oleh para pengkaji sejarah sebagai tanda yang membuktikan kewujudan
tamadun-tamadun zaman dahulu terutamanya pada zaman prasejarah.

Di Malaysia, penggunaan labu telah wujud sejak beribu-ribu tahun dahulu. Hal ini terbukti
melalui penemuan khazanah ini seperti di Bukit Ulu Lembu, Perlis, Ghua Cha, Kelantan dan Ulu
Tembeling, Pahang.

Pelbagai jenis labu telah dihasilkan. Labu-labu ini biasanya digunakan dalam kehidupan
sehari-harian. Bagi suku-suku kaum di Sabah dan Sarawak, labu digunakan untuk upacara
keagamaan.
Kini, terdapat empat buah negeri yang secara umumnya masih mengusahakan kraftangan ini.
Negeri Perak terkenal dengan Labu Sayong, Pahang terkenal dengan Labu Terenang,
Mambong pula terkenal di Kelantan dan Sarawak pula terkenal dengan Pasu Sarawak.

Labu-labu yang dihasilkan ini lazimnya berbeza antara satu dengan yang lain berdasarkan
reka corak, reka bentuk atau warnanya. Hal ini demikian kerana setiap negeri ini mempunyai cara
pembuatan labu yang berbeza serta pengaruh budaya yang berbeza yang menggerakkan daya
kreativiti penciptanya bagi menghasilkan labu yang cantik dan unik.

Labu-labu dihasilkan daripada tanah liat yang telah dijemur dan diayak tanahnya.Kemudian
tanah-tanah ini dibancuh dan diuli sebelum dibentuk.Peringkat terakhir ialah di mana labu-labu ini
dibakar menggunakan sabut kelapa kering.

a. Apakah fungsi labu kepada ahli pengkaji sejarah?


___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[1 markah]

11
b. Pada pendapat anda, mengapakah labu masih digunakan sehingga hari ini?
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[2 markah]

c. Susunkan proses membuat labu berdasarkan petikan di atas ke dalam peta pemikiran yang
diberi.

Proses Membuat Tembikar

Tanah diwarnakan Tanah diuli Tanah dibersihkan Tanah dibakar

Tanah diayak Tanah dibentuk

Digilap

[ 1 markah ]

d. Apakah perbezaan yang wujud antara labu yang dicipta? Mengapa hal ini berlaku?

___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
___________________________________________________________________________
[3 markah]

12
13

Anda mungkin juga menyukai