Penilaian adalah proses mengenalpasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi
keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Penilaian menentukan jurang
perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program
pendidikan. Secara ringkas, penilaian merupakan satu proses sistematik untuk menentukan sejauh
mana objektif pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas dicapai.
Pentaksiran dalam Pendidikan Khas pula bermaksud memberi maklumat dan gambaran tentang
tahap penguasaan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira dan
sebagainya. Dengan cara itu guru dapat mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan
merangka intervensi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai mengikut tahap
kebolehannya.
Bagi murid bermasalah pendengaran, terdapat beberapa ujian khusus yang dilaksanakan terhadap
mereka
Kesimpulannya, penilaian adalah satu kaedah dalam mendapatkan maklumat untuk membuat
perancangan yang lebih berkesan. Penilaian ini juga dilakukakan untuk menentukan kekuatan dan
kelemahan pelajar
Melalui penilaian ini,ibu bapa dan guru dapat mengetahui kebolehan dan kekurangan kanak-kanak.
Perancangan yang lebih boleh dirancang bagi meningkatkan lagi kebolehan dan kreativiti yang ada
pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan dapat mengurangkan kekurangan yang
ada pada kanak-kanak tersebut. Contohnya kanak-kanak cenderung menonjol bakat dalam
berinteraksi, ini secara tidak langsung dapat mengurangkan rasa rendah diri untuk bergaul dengan
orang lain. Kesimpulannya, penilaian pengesanan dilakukan bagi mengenalpasti ketidakupayaan
kanak-kanak pada peringkat awal.
Maklumat yang diberikan dapat membantu saya untuk memahami dengan lebih mendalam mengenai
penilaian dan pentaksiran terhadap murid-murid bermasalah pendenganran ini. Terdapat beberapa
Ujian Khusus bagi murid bermasalah pendengaran seperti diagnostik, pencapaian Stanford 9 ( PPS)-
PPS, Alternatif Calon Khas (PACK) dan lain-lain.
Penilaian dan Pentaksiran merupakan suatu proses menentukan setakat manakah sesuatu objektif
pendidikan atau pembelajaran itu tercapai. Terdapat beberapa Ujian Khusus bagi murid bermasalah
pendengaran seperti diagnostik, pencapaian Stanford 9 ( PPS)- PPS, Alternatif Calon Khas (PACK)
dan lain-lain. Melalui penilaian pengesanan ini,ibubapa dan guru dapat mengetahui kebolehan dan
kekurangan kanak-kanak. Dalam aspek penilaian untuk murid berkeperluan pendidikan khas
seharusnya dilakukan penyesuaian dan pengubahsuaian. Ini akan memberi peluang yang
saksama dan seimbang kepada murid-murid ini dalam pengajaran dan peperiksaan awam.
Perancangan yang lebih boleh dirancang bagi meningkatkan lagi kebolehan dan kreativiti yang ada
pada kanak-kanak tersebut. Di samping itu, penilaian ini akan dapat mengurangkan kekurangan yang
ada pada kanak-kanak tersebut.