Anda di halaman 1dari 9

AH10203

SEJARAH PEMBURUHAN DI MALAYSIA


PENSYARAH: ENCIK MAHADARIN AHMAD

ESEI INDIVIDU
TAJUK ESEI: KEMASUKAN BURUH JAWA KE TANAH
MELAYU (TEORI MIGRASI)

NAMA: NUR HIKMAH BINTI MESON


NO. MATRIK: BA16110155
1

KEMASUKAN BURUH JAWA KE TANAH MELAYU (TEORI MIGRASI)

OLEH

NUR HIKMAH BINTI MESON

BA16110155

RINGKASAN (ABSTARK)

Kertas kerja ini merupakan kajian tentang kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu
berdasarkan teori migrasi Everett S. Lee. Kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu
disebabkan oleh faktor pendorong dan faktor penarik yang terdapat di Indondesia
dan di Tanah Melayu ketika itu. Faktor pendorong dan penarik dapat mempengaruhi
keputusan sama ada ingin atau sebaliknya. Dapatan utama kajian membincangkan
tentang faktor pendorong yang ada di Indonesia. Dapatan kedua kajian tentang
faktor penarik kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu.

Kata Kunci: Kemasukan buruh Jawa, Faktor pendorong dan penarik, Indonesia dan
Tanah Melayu

PENGENALAN.

Kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu boleh dikenali juga sebagi proses
migrasi yang membawa maksud pergerakan individu atau berkumpul daripada satu
kawasan ke satu kawasan yang lain, yang melibatkan jarak sama ada dekat atau
jauh1. Migrasi berlaku disebabkan oleh beberapa faktor utama, yang pada umumnya
disebut sebagai faktor pendorong di tempat asal dan faktor menarik di tempat
tujuan. Migarsi melibatkan beberapa elemen utama, iaitu meninggalkan kampung
halaman, dengan kemahuan sendiri, untuk jangka waktu yang lama atau tidak,
dengan tujuan mencari penghidupan baharu, untuk menuntut ilmu atau mencari
pengalaman, biasanya dengan maksud kembali pulang dan merantau merupakan
lembaga sosial yang membudaya (Mokhtar Naim, 1979). Sebahagian besar proses

1 Everett S. Lee, 1996, A Theory Of Migration, Springer on behalf of the population


Association of America, pp 47-48.
2

migrasi yang berlaku di Alam Melayu melibatkan suku dari rumpun di kepulauan
Melayu itu sendiri, seperti Jawa, Minangkabau, Riau, Mandailing, Aceh, Bugis, Banjar
dan Champa. Sebelum pemerintahan Inggeris, orang Indonesia telah berhijrah ke
Tanah Melayu. Mereka adalah orang Minangkabau, orang Bugis dan orang Jawa.
Orang Minangkabau dari Sumatera Barat telah berhijrah secara beramai-ramai ke
Negeri Sembilan pada abad ke-142. Orang Bugis dari Sulawesi Selatan telah datang
ke Tanah Melayu dan menetap di Selangor, Perak dan Johor. Orang Jawa bermigrasi
ke Tanah Melayu pada awal abad ke-20 untuk bekerja sebagai buruh di ladang kopi,
ladang getah dan juga di lombong-lombong bijih timah.

TEORI MIGRASI (pendorong dan penolak).

Buruh Jawa bermigrasi daripada Ponorogo yang terletak di Jawa Timur


Indonesia ke Tanah Melayu. Faktor migrasi buruh Jawa ke Tanah Melayu ketika itu,
dapat diketahui melalui teori migrasi berdasarkan perinsip pendorong dan penolak di
Indonesia dan Tanah Melayu pada ketika itu. Terdapat faktor pendorong dan
penolak yang menyebabkan buruh Jawa bermigrasi ke Tanah Melayu. Menurut
Everett S Lee (1966) melalui tulisannya yang berjudul Teory of Migration
menerangkan bahawa kadar imgrasi sesuatu kawasan bergantung kepada kadar dan
corak pembangunan di sesuatu kawasan ( keanekaragaman). Teori pendorong dan
penolak melibatkan daerah asal dan daerah tujuan yang mempunyai faktor positi (+)
dan negatif (-) serta faktor neutral (0). Faktor positif merupakan faktor yang
memberikan menguntungkan sekiranya bermigrasi di daerah tersebut. Terdapat
pelbagai kemudahan dan kesenangan yang bakal diperolehi untuk memenuhi
keperluan hidup seseorang. Faktor negatif adalah faktor kekurangan yang
menyebabkan seseorang ingin pindah dari tempat itu. Manakala, faktor nuetral
merupakan faktor-faktor yang tidak memberikan apa-apa kesan kepada proses
migrasi. Namun, keputusan migrasi itu bergantung kepada penilaian terhadap nilai

2 Norhayati Ab. Rahman, 08/2014, Migarsi dunia Melayu dengan induk Indonesia-
Malaysia dalam karay sasterawan negara arena wati, halaman 192-211.
3

positif dan neagtif daerah asal dan daerah tujuan yang dilakukan oleh seseorang itu
sendiri.

- + 0 -
- 0 + +
0 - 0 +
0 - 0 -
+ - 0 + - + 0 +
0 + - 0 - 0 - +
2. Halangan 0 - + 0
+ - + -
-

1. Daerah asal. 3. Daerah tujuan.

Gamabr 1 : Model migrasi Lee, faktor pendorong dan penolak. Sumber Everett S Lee

Theory of migration 1966

Keterangan: + Faktor pendorong

- Faktor penolak

0 Faktor nuetral

Terdapat dua pembahagian faktor-faktor yang mempengaruhi migrasi seseorang


iaitu faktor pendorong dan penolak di daerah asal dan daerah tujuan. Menurut
Everett S Lee (1966), terdapat empat faktor yang mempengaruhi migrasi seseorang,
antaranya ialah faktor individu, faktor-faktor yang terdapat di daerah asal, faktor
faktor yang terdapat di daerah tujuan serta halangan di antara daerah asal dengan
daerah tujuan. Faktor individu merupakan faktor utama yang menyebabkan seorang
imigran itu bermigrasi, kerana keputusan untuk melakukan migrasi itu bergantung
kepada penilaian yang telah dibuat oleh imigran itu sendiri terhadap nilai positif,
negatif dan neutral di dearah asal dan daerah tujuan. Seterusnya, faktor pendorong
atau push factor di daerah asal, antaranya disebabakan oleh faktor ekonomi.
Kepentingan ekonomi merupakan pertimbangan yang utama dan rasional, yang
mana setiap buruh mempunyai keinginan untuk memperolehi pekerjaan ysng lebih
baik serta mendapatkan pendapatan yang tinggi berbanding pendapatan di daerah
4

asal. Faktor politik di daerah asal juga mempengaruhi kemasukan bruruh Jawa ke
Tanah Melayu. Seterusnya, faktor sosial juga menjadi pendorong kepada buruh Jawa
untuk memasuki Tanah Melayu. Manakala, faktor-faktor yang terdapat di daerah
tujuan merupakan faktor penarik atau pull factor. Keadaan disebabkan oleh kebaikan
yang tiada di daerah asal menyebabkan buruh mengambil keptusan untuk
bermigrasi. Antaranya disebabkan oleh kestabilan politik serta pembangunan
ekonomi di daerah tujuan. Faktor terahkir yang mempengaruhi migrasi merupakan
halangan dari daerah asal dan daerah tujuan. memberikan kesan kepada keputusan
yang bakal dibuat untuk melakukan migrasi atau sebaliknya. Terdapat cabaran
ataupun halangan migrasi yang datang dalam keadaan yang terkawal.
Walaubagaimanapun, halangan migrasi juga boleh datang dalam keadaan yang luar
jangkaan dan sukar untuk diatasi. Contoh halangan, adalah mengenai jarak
perjalanan, keselamatan semasa melakukan migrasi dan penerimaan daripada
daerah tujuan.

PERSOALAN DAN OBJEKTIF KAJIAN.

Persoalan kajian ini berkaitan tentang kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu serta
faktor yang mempengaruhi sesuatu migarsi berdasarkan teori migrasi Everett S. Lee.
Objektif kajian ini menjelaskan faktor pendorong dan penarik kemasukan buruh Jawa
ke Tanah Melayu berdasarkan perinsip teori migrasi Everett S. Lee.

KAEDAH PENULISAN.

Kertas kerja ini menggunakan kaedah penulisan berdasarkan sistem rujkan Chicago
yang menggunakan keadah rujukan secara nota kaki.
5

DAPATAN DAN PERBINCANGAN.

FAKTOR PENDORONG BURUH JAWA KE TANAH MELAYU.

Berbalik kepada kajian, terdapat faktor pendorong dan penolak yang


mempengauhi kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu. Faktor pendorong
kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu disebabkan oleh masalah politik, ekonomi
dan sosial yang berlaku di Indonesia. Dari segi politik, Indonesia mengalami tekanan
politik dalaman oleh pihak Belanda yang mendorong kemasukan buruh Jawa ke
Tanah Melayu. Contohya, sistem tanaman paksa dikenali sebagai Sistem Kultur
(1830-1870) telah dikenakan kepada orang Jawa3. Namun begitu telah menimbulkan
perasaan tidak puas hati di kalangan orang Jawa disebabkan oleh penyelewegan
yang telah dilakukan oleh pihak Belanda. Pihak Belanda juga mengabaikan kebajikan
orang Jawa serta gagal meningkatakan taraf hidup orang Jawa merupakan
pendorong yang menyebabkan kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu.
Pengenalan sistem cukai merupakan faktor pendorong dari segi ekonomi yang
menyebabkan kemasukan buruh Jawa ke Tanah melayu. Rakyat Jawa dikenakan
pelbagai cukai yang tinggi. Salah satu cukai yang membebankan rakyat Jawa ialah
cukai sempadan. Di bawah sistem cukai sempadan, rakyat Jawa yang melalui tanah
kerajaan dikehendaki membayar cukai. Hak memungut cukai telah diserahkan
kepada orang Cina yang mengambil kesempatan mengenakan cukai tambahan
seperti cukai pintu gerbang serta cukai jambatan.4 Pembatalan sistem sewa tanah
yang telah lama diamalkan di Indonesia digantikan dengan undang-undang tanah
baru yang mengeksploitasi rakyat Jawa untuk bekerja lebih masa. Rakyat Jawa juga
diarahkan oleh pihak Belanda untuk menjual hasil tanaman mereka dengan harga
yang lebih rendah berbanding harga mengikut pasaran. Manakala dari segi sosial,
berlaku kadar peningkatan jumlah penduduk Indonesia terutamanya di Pulau Jawa
dan Sumatera.

3
Mifta Hermawati, Januari 2013, Tanam paksa sebagai tindakan
eksploitasi,AVATARA,e-Journal Pendidikan Sejarah, Volume 1, No. 1, Universitas
Surabaya, halaman 65-67.

4 NaimAlmashoor, /penentangan rakyat pulau Jawa terhadap belanda, 3 Jan 2017,


https://www.slideshare.net
6

Kadar peningkatan jumlah penduduk Inodesia menyebabkan kemiskinan.


Pertambahan penduduk yang tidak seimbangan dengan aktiviti pertanain serta
proses pengeluaran makanan, meyababkan kebuluran serta kemerosotan taraf
hidup rakyat Indonesia semakin bertambah. Kepincangan dari segi politik, ekonomi
dan sosial di Indonesia merupakan nilai negatif di daerah asal rakyat Jawa.
Kepincangan politik, eknomi dan sosial merupakan faktor pendorog yang
menyebabkan kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu. Keadaan ini menyebabkan
rakyat Jawa di Indonesia membuat keputusan berhijrah ke Tanah Melayu setelah
melakukan penilaian faktor pendorong di daerah asal dan faktor penarik di daerah
tujuan.

FAKTOR PENARIK BURUH JAWA KE TANAH MELAYU.

Faktor penarik kemasukan buruh Jawa seiring dengan faktor penarik


kemasukan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu. Berlakunya perkembangan
ekonomi seperti kemunculan aktiviti perlombongan, perdagangan dan
tanaman komersial yang pesat di Tanah Melayu ketika itu, aktiviti ini
mendorong kedatangan buruh Cina, India serta buruh dari Indone, Banjar dan
Champa untuk masuk ke Tanah Melayu.Dari segi politik, keadaan politik yang
stabil disebabkan oleh dasar dan sistem pemerintahan British yang liberal di
Tanah Melayu merupakan faktor penarik yang lain kemasukan bruruh Jawa,
serta pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896 telah
menjamin lagi kestabilan politik. Perkembangan tanaman getah menggalakkan
kedatangan bururh sia seperti eperti Jawa, Minangkabau, Riau, Mandailing,
Aceh, Bugis Jawa ke Tanah Melayu. Keperluan tenaga buruh dalam sektor
pertanian di Tanah Melayu seperti getah, tebu dan kopi adalah faktor utama
kemasukan orang India. Namun, keperluan tenaga buruh tidak bergerak
seiring dengan perkembangan ekonomi di Tanah Melayu. Keadaan ini
mengalakan pihak British mengambil buruh dari Indonesia seperti buruh Jawa
untuk mengawal perkembangan ekonomi seiring dengan keperluan buruh.
7

KESIMPULAN.

Kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu tidak menggunakan sistem seperti


yang ditetapkan oleh pihak British kepada buruh Cina dan buruh India. Buruh Jawa
memasuki Tanah Melayu secara bebas. Namun begitu tujuan kedatangan buruh
Jawa seiring dengan tujuan kedatangan buruh Cina dan India ke Tanah Melayu.
Kedatangan buruh Jawa dipengaruhi oleh faktor pendorong dan faktor penarik di
Indonesia dan Tanah Melayu ketika itu. Teori migrasi dapat menerangkan faktor
kemasukan buruh Jawa ke Tanah Melayu berdasarkan prinsip yang tedapat dalam
teori migrasi. Kesimpulannya, keadaan untuk mendapat kehidupan yang bahagia dan
harmoni serta desakan kehidupan menyebabkan seseorang itu mengambil
keputusan untuk bermigrasi ke tempat yang lain agar dapat memenuhi tuntutan
hidupnya.

RUJUKAN.

Everett S. Lee, 1996, A Theory Of Migration, Springer on behalf of the population


Association of America, pp 47-48.

Norhayati Ab. Rahman, 08/2014, Migarsi dunia Melayu dengan induk Indonesia-
Malaysia dalam karay sasterawan negara arena wati, halaman 192-211.

Muhammad Iqbal @ Yuherina Gusinah, 2015, Pull and Push Factors of Indonesian
Women Migrant Workers from Indramayu (West Java) to WorkAbroad,(169-172)

Mifta Hermawati, Januari 2013, Tanam paksa sebagai tindakan


eksploitasi,AVATARA,e-Journal Pendidikan Sejarah, Volume 1, No. 1, Universitas
Surabaya, halaman 65-67.

Sejarah Migrasi di Malaysia


dalam
http://www.digitalsejarah.com/wp-content/uploads/2013/09/Sejarah-Migrasi-d
i-Malaysia.pdf

NaimAlmashoor, /penentangan rakyat pulau Jawa terhadap belanda, 3 Jan 2017,


https://www.slideshare.net
8

Anda mungkin juga menyukai