Anda di halaman 1dari 17

SET 2

KERTAS 3 SEJARAH
JABATAN PENDIDIKAN PULAU PINANG

PANEL

WAN BASTHIAH BT HJ ABDUL RAHMAN


SOPIAH BT SAID
SHANTINA BT JUSOH
AZIANS BT ABU HASSAN
CIK SALMIAH BT AYOB
RAHIMAH BT ABDUL AKIB
SURIYANI BT LAMIN
ABD RANI BIN HJ ABD RAZAK
KHAIROL FAIZAL BIN ABDULLAH
MOHD FADZIL BIN YAACOB
NOR HAFZAN BT RAMLI
1. KONSEP/MAKSUD/DEFINISI NASIONALISME

Nasionalisme bermaksud perasaan cinta akan bangsa dan negara yang membawa
kepada gerakan membebaskan tanahair. Nasionalisme tidak terhad kepada pembebasan kuasa
politik sahaja tetapi juga pembebasan daripada cengkaman ekonomi dan kebudayaan asing.
Kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara dilihat sebagai reaksi pemimpin dan
rakyat setempat terhadap segala perubahan yang mengancam kedudukan mereka di tanahair
sendiri.

2. FAKTOR-FAKTOR/SEBAB-SEBAB KEMUNCULAN NASIONALISME DI ASIA


TENGGARA

Dasar penjajah Barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dalam kalangan
rakyat negara-negara di Asia Tenggara. Sistem birokrasi Barat yang diperkenalkan tidak
memberikan peluang yang sewajarnya kepada rakyat tempatan dalam sistem pentadbiran
moden. Rakyat tempatan terus kekal dalam ekonomi tradisional yang serba kekurangan. Malah
dasar ekonomi penjajah seperti Sistem Tanaman Paksa di Indonesia dan Sistem Polo di Filipina
jelas menindas penduduk peribumi. Penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan
menganggap bahawa mereka berada dalam kelas yang tersendiri. Selain itu mereka hanya
layak berdampingan sesama mereka dan bergaul dengan golongan elit tempatan yang terdiri
daripada golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan Barat.
Dasar keterbukaan penjajah terhadap kemasukan imigran pula menimbulkan rasa tidak puas
hati rakyat tempatan kerana penguasaan golongan tersebut dalam bidang ekonomi.

Pengaruh agama begitu jelas dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara.


Agama telah berjaya menyatukan rakyat tempatan untuk menghadapi penindasan dan
pengaruh kebudayaan Barat serta agama Kristian. Kemunculan Gerakan Islah di Indonesia dan
di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha (1906) di Burma pada peringkat
awal gerakan nasionalisme di Asia Tenggara menunjukkan peranan agama sebagai alat
perpaduan dan golongan agama sebagai pencetus nasionalisme. Gerakan Islah telah
memperjuangkan Pan-lslamisme, iaitu penyatuan dunia Islam menentang penjajah Barat.
Agama Kristian yang diperkenalkan oleh Sepanyol telah menyatupadukan penduduk peribumi
untuk menentang kuasa tersebut. Keadaan ini berlaku kerana penganut Kristian tempatan
dianggap kelas dua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

Sistem pendidikan juga merupakan antara faktor yang mencetuskan nasionalisme. Ini
adalah kerana sikap penjajah mengamalkan sikap pilih kasih dalam menyediakan kemudahan
pendidikan dengan mengutamakan sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai
bahasa pengantar. Penjajah hanya memberikan pendidikan pada peringkat rendah dan terhad
kepada golongan elit dan penduduk bandar. Misalnya, Indonesia, anak golongan priyayi
diberikan pendidikan yang tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Sikap
pilih kasih yang diamalkan oleh kerajaan Belanda ini bertujuan untuk memecahkan perpaduan
rakyat tempatan. Di Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan
telah menjadi ancaman terhadap sekolah Buddha. Di Tanah Melayu pula, lepasan sekolah
vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah Inggeris.
Kemunculan golongan intelektual merupakan pencetus gerakan nasionalisme. Golongan
ini yang berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan di Asia Barat telah didedahkan dengan
idea falsafah Barat dan Islam. Pengalaman mereka di Barat dan di Asia Barat telah
menyedarkan golongan ini betapa pihak penjajah tidak mentadbir tanah jajahan seperti mereka
mentadbir negara mereka sendiri. Golongan inilah kemudiannya yang memimpin gerakan
nasionalisme setelah kembali ke tanah air. Pada peringkat awal mereka hanya menuntut taraf
hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya mereka meminta penjajah membebaskan negara
mereka.

Pengaruh media massa seperti akhbar dan majalah telah menyemarakkan semangat
nasionalisme di Asia Tenggara. Akhbar dan majalah berupaya menyebarkan idea-idea
nasionalis dan menanam perasaan antipenjajah kepada rakyat jelata. Di Vietnam, Tribune
Indigene dan Cloche Felee merupakan akhbar yang berpengaruh. Di Tanah Melayu, al-Ikhwon,
Saudara, Warta Malaya dan Majlis adalah antara akhbar yang utama. Pihak penjajah
menganggap perkembangan ini sebagai ancaman terhadap kepentingan politik mereka di tanah
jajahan dan sikap mereka ini bertentangan dengan kebebasan akhbar yang diamalkan oleh
mereka di negara mereka sendiri.

Karya kesusasteraan di Asia Tenggara turut berperanan dalam membangkitkan


nasionalisme di Asia Tenggara. Karya-karya ini merupakan media untuk menyampaikan mesej
kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah yang akhirnya membangkitkan
kesedaran bangsa dan kecintaan terhadap tanah air. Di Filipina, novel Noli Me Tangere karya
Jose Rizal bukan sahaja mencetuskan gerakan nasionalisme di negara itu tetapi juga menjadi
inspirasi terhadap gerakan nasionalisme di rantau Asia Tenggara. Di Indonesia, cerpen Kerikil-
kerikil Tajam dan Ke Makam Bonda karya Chairil Anuar begitu berpengaruh. Di Tanah Melayu
pula, Putera Gunung Tahan karya Pak Sako adalah antara puluhan novel yang terkenal.

Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga berperanan dalam


kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kewujudan perkhidmatan telefon dan
telegraf memudahkan hubungan di kalangan nasionalis. Pembinaan jalan kereta api dan jalan
raya dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang sebelumnya terpisah. Ini memudahkan
rakyat dan para pemimpin bertemu dan membincangkan idea-idea nasionalisme.

Pengaruh luar turut mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. Kejayaan Jepun


menewaskan China pada tahun 1895 dan Rusia pada tahun 1905 telah membuka mata para
nasionalis di Asia Tenggara kerana keupayaan sebuah negara kecil mengalahkan negara
besar. Perjuangan Mahatma Gandhi di India menentang British juga telah memberikan inspirasi
kepada nasionalis di negara-negara Asia Tenggara.

Kesimpulannya, faktor-faktor yang membawa kepada kemunculan gerakan


nasionalisme di Asia Tenggara dilihat sebagai tindak balas pemimpin dan rakyat tempatan
terhadap segala perubahan yang mengancam kedudukan mereka di tanah air sendiri. Faktor-
faktor tersebut juga berkait antara satu sama lain dan secara kolektif mencetuskan gerakan
nasionalisme terhadap penjajahan kuasa Barat.
3. TAHAP PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

Perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara pada umumnya dapat dibahagikan


kepada dua tahap. Tahap pertama merupakan penentangan masyarakat secara terbuka tetapi
bersifat setempat dan tidak berorganisasi. Isu-isu kebudayaan agama dan hak peribumi
menjadi faktor yang mencetuskan gerakan nasionalisme pada tahap ini. Gerakan ini dipimpin
oleh golongan pertengahan yang berpendidikan Barat dan Asia Barat. Para pemimpin
nasionalis ini lebih menekankan kesedaran politik daripada tindakan politik. Mereka menuntut
hak mereka dikembalikan dan taraf hidup mereka dibaiki. Secara umumnya mereka tidak
meminta kemerdekaan dengan segera.

Tahap kedua pula merupakan gerakan nasionalisme yang lebih radikal dan
berorganisasi. Perubahan ini adalah disebabkan gerakan nasionalisme tahap pertama yang
lebih sederhana sifatnya itu gagal. Gerakan pada tahap kedua ini dipimpin oleh golongan yang
berpendidikan serta berpengetahuan luas dalam bidang kebudayaan dan ilmu pengetahuan
Barat. Dengan itu, mereka dapat menyedari perubahan yang diperkenalkan oleh penjajah serta
kesannya terhadap bangsa dan negara mereka. Matlamat perjuangan mereka lebih jelas, iaitu
menuntut kemerdekaan dan seterusnya membentuk kerajaan sendiri yang berdaulat.

4. PERKEMBANGAN NASIONALISME DI ASIA TENGGARA

i. Perkembangan Nasionalisme di Filipina

Gerakan nasionalisme di Filipina mendahului negara lain di Asia Tenggara. Tahap


pertama gerakan nasionalisme di negara ini merupakan gerakan dakyah yang dipimpin oleh
Jose Rizal yang mempunyai pengaruh kuat dan disokong oleh golongan pertengahan yang
berpendidikan Barat. Mereka menuntut supaya Filipina dijadikan wilayah Sepanyol, bangsa
Filipina diberikan hak yang sama seperti yang diperoleh bangsa Sepanyol, dan bangsa Filipina
diberikan kebebasan bersuara. Apabila tuntutan mereka kurang mendapat tindak balas
Sepanyol, Jose Rizal kemudiannya telah menubuhkan Liga Filipina pada tahun 1892 dengan
tujuan mendesak kerajaan Sepanyol melakukan pembaharuan politik, ekonomi dan sosial.
Kerajaan Sepanyol berasa terancam lantas Jose Rizal ditangkap dan dibuang negeri ke
Dapitan di Mindanao. Jose Rizal akhirnya dikenakan hukuman bunuh atas tuduhan terlibat
dalam gerakan pemberontakan. Walaupun gerakan dakyah ini berakhir tetapi gerakan ini
kemudiannya telah mencetuskan gerakan nasionalisme yang lebih radikal pada tahap kedua.

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Filipina bermula apabila Katipunan ditubuhkan


oleh Andres Bonifacio. Pertubuhan ini telah memulakan penentangan secara radikal terhadap
Sepanyol. Matlamat perjuangannya adalah untuk menyatukan bangsa Filipina dan mencapai
kemerdekaan melalui revolusi. Katipunan menggunakan media cetak untuk menyebarkan
fahaman revolusi kepada rakyat. Kalayan merupakan akhbar rasmi pertubuhan tersebut. Pada
tahun 1896, Katipunan melancarkan revolusi bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan
Sepanyol tetapi gagal. Katipunan semakin lemah selepas Bonifacio dihukum mati olehEmilio
Aguinaldo pada tahun 1897.

Aguinaldo telah mengadakan kerjasama dengan pada tahun 1898. Namun, Amerika
Syarikat dan berjaya mengusir Sepanyol penyingkiran Sepanyol itu telah memulakan
penguasaan Amerika Syarikat terhadap Filipina. Pengisytiharan kemerdekaan Filipina oleh
Aguinaldo pada tahun 1899 tidak disahkan oleh Amerika. Dengan itu, revolusi diteruskan
sehingga Aguinaldo ditangkap pada tahun 1901. Kerajaan Amerika terpaksa membenarkan
penubuhan parti-parti politik sederhana. Sergio Osmena telah dilantik mengetuai Dewan
Perhimpunan apabila partinya, iaitu Parti Nasional memenangi pilihan raya pada tahun 1907.
Walaupun begitu, hanya pada tahun 1930-an nasionalis Filipina kembali menuntut
kemerdekaan melalui perlembagaan setelah pucuk pimpinan di Amerika Syarikat bertukar
kepada yang lebih liberal.

ii. Perkembangan Nasionalisme di Indonesia.

Para nasionalis di Indonesia pada tahap pertama memberikan sepenuh tumpuan


terhadap isu-isu pendidikan. Bagi mereka hanya pendidikan yang akan dapat mengubah nasib
rakyat Indonesia. Raden Adjeng Kartini berusaha memajukan pendidikan untuk kaum wanita.
KaryanyaHabis Gelap Terbitlah Terang dan Penulisan Seorang Puteri Jawatelah mendedahkan
kemunduran rakyat Indonesia dan penindasan oleh penjajah Belanda. Perjuangannya telah
memberikan inspirasi kepada pejuang-pejuang selepasnya untuk menubuhkan pertubuhan
yang lebih tersusun. Muhammadiyah merupakan pertubuhan yang terpenting pada tahap ini.
Matlamat pertubuhan ini adalah untuk menyebarkan Islam yang sebenar dan menghindari
ancaman sekularisme Barat serta agama Kristian. Pertubuhan ini banyak membina sekolah,
klinik dan masjid.

Tahap Kedua gerakan nasionalisme di Indonesia memperlihatkan perjuangan parti-parti


politik radikal seperti Sarekat Islam (SI), Parti Komunis Indonesia (PKI) dan Parti Nasional
Indonesia (PNI). Pada tahap ini, parti-parti politik begitu lantangmenuntut kemerdekaan
Indonesia sekalipun dengan cara kekerasan. PNI di bawah pimpinan Soekarno begitu popular
kerana perjuangannya dapat mempengaruhi rakyat Indonesia. Belanda yang semakin terdesak
telah bertindak balas dengan menangkap pemimpin yang radikal termasuklah Soekarno dan
mengharamkan PNI.

iii. Perkembangan Nasionalisme di IndoChina

Gerakan nasionalisme di IndoChina lebih tertumpu di Vietnam serta dipelopori oleh


golongan bangsawan dan pegawai daripada golongan Mandarin. Mereka memperjuangkan
pemulihan sistem pemerintahan beraja. Golongan menengah berpendidikan Barat pula
memperjuangkan pendidikan Barat di kalangan rakyat. Salah seorang ketua gerakan ini, iaitu
Phan Boi Chau memimpin satu gerakan revolusi tetapi gerakan tersebut gagal. Beliau
kemudiannya menubuhkan Viet Nam Quang Phu Hoi (VNQPH) dan melancarkan beberapa
pemberontakan di Tongkin serta melancarkan gerakan dakyah di Vietnam. Phan Boi Chau
kemudiannya telah dipenjarakan dan VNQPH diharamkan oleh Perancis.

Kegagalan parti-parti politik sederhana untuk mendapatkan kerjasama Perancis telah


melahirkan gerakan nasionalisme yang lebih radikal. Gerakan nasionalisme pada tahap ini
memperlihatkan perjuangan Viet Nam Quoc Dang Dang (VNQDD) dan Parti Komunis Vietnam
(PKV). Perancis bertindak balas dengan menangkap pemimpin-pemimpin VNQDD termasuklah
menghukum bunuh Nguyen Thai Hoc. Ho Chi Minh pemimpin PKV terpaksa melarikan diri ke
Hong Kong. Sikap keras Perancis ini menyebabkan gerakan nasionalisme kembali bercorak
sederhana di bawah pimpinan Maharaja Bao Dai. Usaha-usaha pembaharuan Maharaja Bao
Dai bukan sahaja disekat, malah baginda dilarang melibatkan diri dalam gerakan nasionalisme.

iv. Perkembangan Nasionalisme di Burma

Gerakan nasionalisme tahap pertama di Burma memperlihatkan perjuangan golongan


sami Buddha dan golongan elit berpendidikan Barat. Golongan sami Buddha telah menubuhkan
Persatuan Belia Buddha pada tahun 1906. Penubuhannya adalah bertujuan untuk mengekalkan
tradisi Buddha dan memajukan pendidikan di kalangan rakyat Burma. Pertubuhan ini
menggunakan Isu Kasut untuk membangkitkan semangat nasionalisme rakyat. Menjelang
tahun 1916, Persatuan Belia Buddha telah dipimpin oleh nasionalis yang lebih radikal seperti U
Ba Pe. Pemimpin-pemimpin Persatuan Belia Buddha kemudiannya menubuhkan Majlis
Persatuan Am Kesatuan-kesatuan Burma pada tahun 1920 yang lebih radikal.

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Burma muncul apabila Laporan Montagu-


Chelsford menyatakan bahawa Burma masih belum bersedia untuk memerintah sendiri.
Menjelang tahun 1920, tercetus Revolusi Pelajar yang menuntut penubuhan sebuah universiti
untuk mereka. Gerakan nasionalisme seterusnya merupakan gerakan golongan sami Buddha
melalui Majlis Am Sangha Sametggi yang mencetuskan Pemberontakan Saya San.
Pemberontakan tersebut diketuai oleh Saya San, iaitu bekas pongyi dan pemimpin di
Tharawaddy. Kemudian muncul pula Liga Anti pemisahan yang menganggap pemisahan
dengan India hanya akan melewatkan kemerdekaan. Pengenalan Perlembagaan Burma 1935
memberikan peluang ke arah berkerajaan sendiri. Golongan Thakin (siswazah universiti)
menubuhkan Parti Dobama Asiayone pada tahun 1935 untuk menuntut kemerdekaan. Para
pemimpinnya terdiri daripada Aung San, Kyaw Nein dan U Nu yang menggelarkan diri mereka
sebagai Tuan. Dr. Ba Maw yang memenangi pilihan raya pada tahun 1937 telah dilantik
menjadi Perdana Menteri yang pertama.

v. Perkembangan nasionalisme di Thailand

Nasionalisme di Thailand pada tahap pertama merupakan kegelisahan rakyat terhadap


penguasaan politik oleh kerabat diraja dan juga penentangan terhadap raja berkuasa mutlak.
Perkembangan sistem pendidikan Barat telah memberikan pendedahan terhadap fahaman
liberal, sistem demokrasi dan sistem raja berperlembagaan kepada golongan intelek Thailand.
Kelemahan sistem pentadbiran dan sikap boros Raja Vajiravudh menyebabkan rakyat tidak
berpuas hati. Ini membawa kepada penubuhan Parti Rakyat pada tahun 1932 oleh Nai Pridi
Panomyong dan Field Marshall Phibul Songram. Parti Rakyat telah melancarkan Revolusi Thai
pada tahun 1932 yang menamatkan sistem raja berkuasa mutlak.

Gerakan nasionalisme tahap kedua di Thailand disebabkan oleh rasa tidak puas hati
rakyat terhadap cengkaman ekonomi oleh kapitalis Barat dan orang Cina. Semasa Phibul
Songram menjadi Perdana Menteri, beliau meluluskan undang-undang untuk menyekat
kebebasan dan penguasaan ekonomi oleh orang Cina. Malah sekolah Cina dan akhbar Cina
dibubarkan. Penduduk peribumi digalakkan melibatkan diri dalam aktiviti ekonomi. Jawatan
tertinggi dalam kerajaan pula hanya untuk penganut agama Buddha. Pada tahun 1939, Phibul
Songram telah menukar nama negara Siam kepada Thailand yang bermaksudTanah Bebas.
Hasil daripada bekerjasama dengan Jepun semasa Perang Dunia Kedua, Thailand telah
berjaya mendapatkan semula wilayah-wilayah di IndoChina dan di Tanah Melayu.

5. BUKTIKAN WARGANEGARA MALAYSIA YANG MENGAMALKAN SEMANGAT


CINTAKAN NEGARA

Pelbagai usaha boleh dilakukan untuk memupuk semangat cinta akan negara dalam
kalangan rakyat Malaysia masa kini. Pertamanya, mereka hendaklah digalakkan untuk
meraikan Sambutan Hari Kemerdekaan dan mengenali tokoh-tokoh yang memperjuangkan
kemerdekaan negara dan mereka juga hendaklah didedahkan kepada jasa-jasa serta
pengorbanaan pejuang tanah air kita agar rakyat sedar dan insaf, bak kata pepatah Tak kenal
maka tidak cinta. Pejuang tersebut seperti Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-
lain lagi. Kalau generasi muda tahu akan pahit maung dan susah payahnya tokoh-tokoh pada
zaman silam memperjuangkan kemerdekaan negara, tentunya mereka tidak tergamak
menghancurkan keamanan dan kemakmuran yang dikecapi kini dengan tindakan-tindakan
negatif.

Seterusnya, mereka juga perlu didedahkan kepada lagu-lagu patriotik terutama lagu
NegaraKu untuk menyemaikan rasa cinta dan taat kepada negara. Pihak -pihak yang tertentu
seperti Persatuan Sejarah Malaysia hendaklah menganjurkan pertandingan menulis esei
bertemakan semangat patriotik dalam kalangan pelajar dan generasi muda. Peraduan seperti
ini akan memberi kesempatan kepada golongan muda untuk mengumpulkan bahan-bahan
sejarah yang banyak dalam akhbar-akhbar. Pengumpulan bahan-bahan sejarah ini secara tidak
langsung akan mencelikkan mata dan minda mereka kepada sejarah perjuangan generasi silam
demi kemerdekaan negara daripada belenggu penjajah.

Pihak sekolah pula hendaklah menanam semangat cinta akan negara dalam diri setiap
pelajar dengan menyelitkan kecintaan kepada bangsa dan negara dalam setiap subjek seperti,
bekerjasama, tolong-menolong, bertoleransi serta berbudi bahasa. Para pendidik hendaklah
menggunakan beberapa minit daripada jadual pengajaran sesuatu mata pelajaran untuk
menanamkan semangat kecintaan kepada bangsa dan negara. Pendidikan perlu menyuntik
semangat juang dan keyakinan diri dalam diri setiap pelajar. Mereka perlu didedahkan dengan
semangat Malaysia Boleh seperti yang dilakukan oleh Datuk Azhar Mansur dan para pendaki
Gunung Everest. Semangat cinta akan negara juga hendaklah dipupuk pada peringkat awal
persekolahan lagi. Ibu bapa hendaklah mengasuh anak-anak mereka supaya menghormati
keutuhan dan kedaulatan negara.

Selain itu, generasi muda hendaklah digalakkan melawat tempat-tempat bersejarah.


Pemerhatian mereka kepada kesan-kesan peninggalan sejarah akan melahirkan semangat
juang untuk mempertahankan negara daripada ancaman musuh. Misalnya, kunjungan ke
tempat-tempat yang bersejarah seperti Bandar Hilir, Melaka akan mengingatkan mereka
kepada sejarah hitam negara ketika dijajah oleh Portugis, Belanda dan Inggeris.

Di samping itu, golongan muda juga perlu selalu didedahkan kepada Jalur Gemilang
yang berkibar megah pada sepanjang masa dan perayaan Hari Kebangsaan setiap tahun itu
sepatutnya dijadikan wadah untuk memperbaharui azam mempertahan kemerdekaan pada
masa depan. Mereka perlu diberi kesedaran betapa pentingnya erti kemerdekaan terhadap
sesebuah negara.

Kesimpulannya, kerajaan hendaklah memupukkan semangat cinta akan negara dalam


setiap orang rakyat, khususnya dalam kalangan remaja supaya dapat melahirkan seorang
modal insan yang cinta akan negara dan pemimpin yang berwibawa untuk masa yang akan
datang.

5. SEMANGAT NASIONALISME RAKYAT YANG TINGGI AKAN MENINGKATKAN IMEJ


BANGSA DAN NEGARA KITA.

Pertama, sebagai rakyat Malaysia, kita harus menyokong pasukan sukan negara.
Misalnya pasukan bola sepak, badminton, hoki, Kontinjen Sukan SEA, Olimpik dan Komanwel.
Kita sepatutnya tetap memberi sokongan ketika menang atau kalah sama ada pada
pertandingan dalam atau pun luar negara. Kita perlu menunjukkan sokongan kepada pasukan
negara secara berhemah dan mengelakkan provokasi atau pergaduhan. Masyarakat akan
dihormati kerana mempunyai semangat kesukanan yang tinggi.

Seterusnya rakyat Malaysia harus mempertahankan kedaulatan negara dengan


mengelakkan pencerobohan asing sama ada serangan dari laut, udara mahu pun darat. Rakyat
mesti bersama-sama sanggup menghadapi cabaran yang mendatang. Dengan cara
mengangkat senjata, menghulurkan bantuan kewangan atau memberi maklumat. Rakyat harus
menunjukkan sikap sanggup berkorban mempertahankan negara supaya digeruni oleh pihak
musuh.

Selain itu, rakyat juga perlu berbangga dengan lambang-lambang negara. Rakyat harus
menghormati, mengibar bendera dan sentiasa menjaga ketinggian dan kehormatannya. Di
samping menyanyi dengan penuh semangat serta berdiri tegak untuk Lagu Negaraku. Hal ini
akan menyebabkan rakyat Malaysia disegani oleh masyarakat luar dan sekaligus meningkatkan
imej bangsa dan negara kita.

Rakyat Malaysia perlu bekerjasama dan menggembleng tenaga untuk membangunkan


negara dengan cara bersama-sama menjayakan dasar pembangunan negara. Rakyat harus
berbangga dan membeli barangan buatan Malaysia dan menjamin barangan tempatan
berkualiti tinggi supaya negara akan mencapai status negara maju dalam masa yang singkat.
Hal ini akan menyebabkan negara kita menjadi rujukan dan contoh kepada negara lain
sekaligus imej negara kita akan meningkat.

SOALAN 5

GERAKAN NASIONALISME BANYAK MEMBERI MANFAAT KEPADA MASYARAKAT


SETEMPAT. BINCANGKAN

Antara manfaat gerakan nasionalisme kepada masyarakat setempat ialah dapat


mewujudakan semangat saling bekerjasama dan bertolenrasi antara satu sama lain dalam
menyelesaikan sebarang masalah terutama yang berkaiatan dengan masyarakat dan negara.
Hubungan yang erat dan saling bekerjasama dan bertolak ansur membolehkan maju dan
membangun mengikut acuan mereka sendiri.

Masyarakat setempat dapat hidup bebas dan mengamalkan agama, kebudayaan serta
adat resam masing-masing. Ini membolehkan masyarakat terus kekal hidup dalam keadaan
aman harmoni tanpa mengira agama dan bangsa.

Gerakan nasionalisme dapat membentuk jati diri yang kukuh dalam diri individu dan
masyarakat setempat. Individu dan masyarakat yang mempunyai jati diri yang kukuh dapat
meningkat kan potensi kecemerlangan diri demi negara yang dicintai dan seterusnya dapat
mengharumkan nama negara di persada antarabangsa. Gerakan nasionalisme yang
menentang pengaruh kuasa barat boleh mengekalkan sistem pemerintahan dan budaya
masyarakat setempat

Gerakan nasionlisme inilah membolehkan keutuhan, kedaulatan dan maruah Negara


diperolehi semula. Masyarakat setempat mendapat kemerdekaan dan kebebasan daripada
cengkaman penjajah adalah hasil gerakan nasionalisme. Contohnya seperti Negara-negra di
Asia Tenggra iaitu Malaysia, Filipina, Indonesia, Burma, Vietnam dan Indo China.

Gerakan nasionalisme dapat mempertahankan tanahair daripada terus dijajah, Ini


membolehkan masyarakat dapat menikmati kekayaan hasil bumi mereka. Mereka tidak akan
ditindas dan tenaga mereka tidak akan diperas/kerah oleh kuasa asing seperti mana yang telah
berlaku di Filipina dan Indonesia melalui sistem polo dan sistem tanaman paksa yang
diperkenalkan oleh penjajah.

Selain itu, gerakan nasionalisme juga dapat menjadi pemangkin kepada kemajuan
negara. Dengan wujudnya gerakan nasionalisme, masyarakat setempat akan bekerja kuat
untuk memajukan negara. Maereka juga juga pasti akan bekerja bersungguh-sungguh agar
dapat menyumbang ke arah pembangunan Negara dan akan menaikkan lagi taraf hidup rakyat
dan seterusnya negara akan terus maju.

SOALAN 6

CABARAN UNTUK MENZAHIRKAN SEMANGAT NASIONALISME DALAM JIWA


GENERASI MUDA

HALANGAN UNTUK MENYEMAI SEMANGAT NASIONALISME DALAM KALANGAN


RAKYAT MALAYSIA

SEBAB SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN LUNTUR DALAM DIRI


MASYARAKAT MALAYSIA

Negara menghadapi cabaran besar untuk mengukuhkan semangat nasionalisme


dalam diri sebahagian besar rakyat kerana masyarakat hari ini telah maju dan moden.
Mereka tidak pernah mengalami dan merasai sendiri susah payah membebaskan negara
daripada cengkaman penjajahan Portugis, Belanda, British dan Jepun. Mereka tidak
merasai pahit maung yang dialami oleh pejuang kemerdekaan seperti Tok Janggut, Dato
Bahaman, Dato Maharaja Lela, Rentap dan lain lain lagi. Tokoh-tokoh terdahulu sanggup
berjuang menentang penjajah sehingga ada yang terkorban seperti Tok Janggut dan Dato
Maharajalela.

Selain itu, mereka dilahirkankan semasa negara dalam keadaan aman damai.
Keadaan ini menyebabkan mereka leka dan lalai dalam menghayati semangat cinta akan
negara. Mereka beranggapan tugas menjaga keamanan negara hanya terletak kepada
pasukan beruniform seperti PDRM, ATM, TUDM dan TLDM sahaja.

Selanjutnya ialah kurangnya pemahaman dan penghayatan terhadap prinsip-


prinsip Rukun Negara dalam kalangan rakyat Malaysia. Bacaan ikrar yang dilafazkan
hanya sekadar dibibir tanpa menjiwainya. Contohnya, mereka tidak mengamalkan prinsip
pertama dan kedua Kepercayaan Kepada Tuhan dan Kesetiaan Kepada Raja dan
Negara. Keadaan ini menyumbang kepada sebab semangat nasionalisme semakin luntur
kerana mengabaikan pembangunan insaniah dan kerohanian.

Seterusnya ialah kemasukan pengaruh luar seperti budaya hendonisme iaitu


mengutamakan keseronokan yang bertentangan dengan norma kehidupan contohnya
arak, seks bebas sehingga menolak agama. Keasyikan dengan keseronokan ini
menyumbang kepada kurangnya semangat nasionalisme di kalangan rakyat Malaysia.

Cabaran yang lain, kebanyakan rakyat Malaysia lebih mengutamakan kepentingan


diri sendiri berbanding dengan kepentingan kepada negara. Keadaan ini boleh dikaitkan
dengan pengaruh budaya Barat yang mengutamakan sifat individualistik. Rakyat sibuk
memikirkanhalmasing-masingtanpamenghiraukan masyarakat dan negara.

Fahaman politik yang berbeza juga penyumbang kepada semangat patriotisme


semakin luntur. Fanatiknya terhadap pegangan ideologi parti masing-masing mendorong
mereka lebih mengutamakan kepentingan agenda peribadi daripada mengutamakan
kepentingan negara. Serta menyemai perasaan negatif dan benci terhadap golongan
tertentu.

Pengaruh media sosial dan internet turut menjadi cabaran dalam mengukuhkan
semangat nasionalisme.Golongan muda suka kepada isu-isu tular @ viral yang tersebar
di laman sosial denga cepat dan mereka mudah untuk mempercayai, contohnya isu
berkaitan kepemimpinan negara, yang belum terbukti kebenarannya.Ini menimbulkan
kebencian terhadap pemimpin khasnya dan negara amnya sehingga terhakis semangat
nasionalisme di kalangan rakyat.Gosip-gosip yang belum terbukti kebenarannya telah
menjadi penghalang untuk membentuk perpaduan rakyat dan menjatuhkan imej
pemimpin dan negara berjaya melunturkan semangat nasionalisme.

Peranan ibu bapa turut terkesan dalam pembentukan semangat nasionalisme.


Institusi kekeluargaan hari ini yang kurang memainkan peranan mereka dalam proses
menyemai semangat patiotisme kepada anak-anak kerana kesibukan bekerja dan kurang
pemantauan akan aktiviti anak-anak. Ada ibu bapa yang menyerahkan sepenuhnya
tanggungjawap mendidik kepada pihak lain terutamanya guru sekolah. Sedangkan,
melalui pendidikan tidak formal yang bermula di rumah, sebarang bentuk maklumat akan
mudah diserap oleh generasi muda.Anak-anak ibarat kain putih, elok lakarannya, eloklah
hasilnya.

SOALAN 6

SEMANGAT NASIONALISME SEMAKIN UTUH DI KALANGAN MASYARAKAT


MALAYSIA HARI INI. BUKTIKAN

SEMANGAT NASIONALISME MASYARAKAT MALAYSIA MENJADI ASAS


KECEMERLANGAN NEGARA. BUKTIKAN

SEMANGAT MALAYSIA BOLEH DALAM KALANGAN MASYARAKAT MALAYSIA


WAJAR DICONTOHI. BINCANGKAN

Semangat nasionalisme makin menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia hari


wajar dicontohi oleh generasi muda. Bukti kehebatan semangat nri diri rakyat Malaysia
dapat dilihat melalui kejayaan anggota keselamatan negara seperti PDRM, ATM dan
sukarelawan pasukan Malaysia semasa menjaga keamanan dan kelancaran Sukan SEA
KL 2017. Atlet negara juga sentiasa berusaha untuk memenangi acara-acara sukan yang
disertainya sama ada sukan di peringkat negara mahupun antarabangsa seperti kejayaan
The Rocket Pocket Man Azizul Hasni Awang dalam sukan berbasikal.

Rakyat Malaysia juga sentiasa menjaga imej negara di luar negara termasuk
Jemaah haji Malaysia yang sentiasa mendapat pujian daripada kerajaan Arab Saudi.
Semangat nasionalisme yang utuh turut dipamer daripada semua warga Malaysia yang
sentiasa berkerjasama dalam politik dan memajukan ekonomi negara tanpa mengira
kaum Melayu, Cina dan India bagi memastikan negara aman dan hidup bersatu padu.
Kesepakatan rakyat Malaysia yang mempunyai semangat nasionalisme yang tinggi dapat
dilihat melalui slogan anti dan benci kepada keganasan dan kekejaman seperti mana
tindakan Israel ke atas Palestin dan penghapusan etnik Rohigya.

Bukti seterusnya rakyat Malaysia sentiasa mengibar bendera negara semasa


sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.Semangat ini dipupuk seawal
persekolahan di tadika, dibangku sekolah rendah, menengah hinggalah ke IPTA dan
seluruh rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia menyokong gagasan 1 Malaysia yang
dilancarkan oleh pemimpin negara dan sentiasa menghormati dan menghayati Lagu
Kebangsaan dan melafazkan ikrar Rukun Negara.

Kehebatan semangat nasionalisme rakyat Malaysia juga dapat dilihat melalui


kejayaan misi kemanusiaan apabila berlaku sesuatu musibah yang menimpa seperti
banjir di Kelantan, Terengganu, gempa bumi di Sabah dan tragedi kebakaran sekolah
tahfiz di Keramat 2017. Rakyat Malaysia bersedia memberi bantuan derma kepada
mangsa-mangsa banjir, kebakaran, dan bencana alam lain tanpa mengira kaum dan
agama

Serta masih ramai rakyat Malaysia yang membeli dan menyokong barangan
buatan Malaysia.Kami berbangga dengan kelahiran Proton Saga. Rakyat Malaysia juga
berbangga dengan KLCC, KLIA yang menjadi mercu tanda kedaulatan negara
hasildariperjuangannasionalismerakyatnya.

Keutuhan semangat nasionalisme dapat dibuktikan dengan keunggulan Sistem


Pemerintahan Raja Berperlembagaan.Sebagai simbol rakyat Malaysia menyanjung
institusi beraja sebagai warisan negara yang berdaulat yang diwarisi sejak Kesultanan
Melayu Melaka.

SOALAN 6

SEMANGAT NASIONALISME PENTING BAGI KEDAULATAN SEBUAH NEGARA.


BUKTIKAN.
SEMANGAT NASIONALISME MENJADIKAN MALAYSIA DIKENALI DI MATA DUNIA.
BINCANGKAN.

Semangat nasionalisme penting bagi sebuah negara adalah untuk memupuk dan
mengekalkan semangat cinta akan negara dikalangan rakyat. Dengan wujudnya semangat
nasionalisme sudah pasti rakyat akan terus menjaga keamanan negara. Keadaan politik negara
stabil dan negara akan dihormati dan dapat menjadi contoh kepada negara-negara lain.
Ekonomi negara berkembang maju. Aktiviti perdagangan berjalan lancar dengan kedatangan
pelabur asing. Pelancong dari negara-negara jiran Asia Tenggara dan negara Eropah tertarik
untuk datang ke Malaysia. Kepesatan ekonomi membantu penyediaan peluang pekerjan untuk
penduduk seperti industri batik dan kraftangan. Ini membantu peningkatan taraf hidup rakyat
tempatan.

Dengan memiliki semangat nasionalisme ini juga maka rakyat berjuang bersungguh-
sungguh, sanggup berkorban demi negara. Contohnya Peristiwa pencerobohan Lahad Datu di
Sabah yang turut mengorbankan nyawa anggota tentera kita. Sejajar dengan itu, benteng
pertahanan negara akan diperkuatkan bagi mengelak pencerobohan, serta peristiwa ini dapat
menjadi ikhtibar dan pencetus semangat nasionalisme dalam diri generasi muda untuk
menyambung tugas mempertahankan negara. Semangat nasionalisme juga penting bagi
mengelakkan negara dari dijajah oleh negara asing. Keadaan ini menyebabkan kedaulatan
sesebuah negara dapat di kekalkan. Secara tidak langsung negara akan menjadi aman
dan damai.

Keselamatan rakyat juga turut terjamin dan dapat meneruskan kehidupan seharian
tanpagangguan. Selain itu semangat nasionalisme juga penting bagi memastikan rakyat
mempertahankan negara dari anasir-anasir negatif yang boleh merosakkan bangsa
Malaysia.Seperti penjajahan alaf baru seperti melalui penyebaran budaya Barat yang boleh
merosakkan akhlak dan jati diri anak muda Malaysia. Individu yang mempunyai jati diri dan
semangat nasionalisme akan mampu berdepan dengan sebarang ancaman terhadap pemikiran
dan budaya negatif dan mampu maju dengan acuan Malaysia sendiri yang penuh dengan
tatasusila. Semangat nasionalisme juga membolehkan generasi muda dapat
mengelakkan diri daripada perkaraperkara negatif seperti gejala sosial dan vandalisme.
Mereka tidak terpengaruh dengan budaya luar yang merosakkan dan tidak akan terlibat dengan
jenayah sosial seperti penagihan dadah, gerakan militan dan memburukkan nama negara.

Nasionalisme dapat menjadikan rakyat bertanggungjawab untuk menjaga maruah bangsa.


Rakyat bersama-sama pemimpin berusaha untuk saling berkerjasama dan hormat-
menghormati dalam urusan pentadbiran negara. Sistem demokrasi Malaysia akan berjalan
dengan lancar apabila semua rakyat tahu akan peranan dan tanggungjawab masing-masing.
Secara tidak langsung akan menyekat campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara.

Semangat nasionalisme juga akan mewujudkan perpaduan antara kaum


dan sifat tolenrasi dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira Melayu, Cina dan India.Ini
terbukti melalui pelaksanaan Dasar Kebudayaan Kebangsaan Malaysia yang menjadi
penyambung silaturrahim penduduk Malaysia.Kemeriahan dan kehidupan yang harmoni akan
dapat dikekalkan sebagai contoh semasa sambutan rumah terbuka Hari raya Aidil Fitri, Tahun
Baru Cina dan Deepavali. Keadaan ini sekali gus akan dapat menaikkan imej negara di mata
dunia sebagai sebuah negara yang harmoni.

SOALAN 7

7. KEPENTINGAN DAN MANFAAT NASIONALISME KEPADA RAKYAT MALAYSIA

Sebagai rakyat Malaysia semangat nasionalisme adalah sangat penting kerana


semangat ini dapat melahirkan rakyat yang bersemangat patriotik yang tinggi, jika rakyat
mempunyai jati diri yang kuat dalam menghadapi sebarang ancaman musuh luar maka kita
dapat memastikan kedaulatan negara dapat dipertahankan. Sebagai contohnya, pencerobohan
di Lahad Datu telah dapat diatasi dengan jayanya beberapa tahun yang lalu. Nasionalisme juga
sangat penting untuk memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat Malaysia kerana melalui
pengamalan semangat nasionalisme maka secara tidak langsung semangat bekerjasama dapat
dipupuk supaya rakyat memahami pentingnya perpaduan dalam masyarakat yang terdiri
daripada pelbagai kaum. Sebagai contohnya pihak kerajaan hendaklah mengadakan pelbagai
program seperti kempen berkaitan perpaduan. Semangat nasionalisme juga membawa
kebaikan kepada negara dalam aspek pentadbiran kerana jika pemimpin negara yang
mempunyai semangat nasionalisme yang utuh maka pentadbiran negara akan dilaksanakan
dengan penuh tanggungjawab. Justru program pembangunan negara dapat dirancang dan
dilaksanakan dengan sempurna untuk kepentingan rakyat. Seterusnya dengan kepimpinan
yang bertanggungjawab ini maka akan lahirlah hubungan erat antara pemimpin dengan rakyat
dan dasar-dasar kerajaan dapat dilaksanakan dengan lancar. Kepentingan seterusnya ialah
dapat menjadikan ekonomi negara turut berkembang pesat kerana semangat nasionalisme
yang kuat dalam warga Malaysia mampu melonjakkan rakyat untuk bersaing dari segi ekonomi
malahan rakyat berupaya menjadi tenaga kerja yang mahir dan seterusnya dapat meningkatkan
taraf hidup rakyat contohnya negara kita merupakan negara pengeluar hub halal utama di
dunia. Kepentingan nasionalisme juga adalah untuk mendorong rakyat berusaha dengan
bersungguh-sungguh dan kesannya akan meningkatkan produktiviti dan menaikkan imej negara
di mata dunia. Dari aspek lain pula individu yang memiliki semangat nasionalisme akan
berusaha bersungguh-sungguh untuk memenangi sesuatu pertandingan dan mengharumkan
nama negara contohnya banyak atlit negara yang bertaraf dunia berjaya dilahirkan seperti Dato
Nicol David dalam sukan Squash dan Dato Lee Chong Wei dalam sukan badminton. Jika
memiliki semangat nasionalisme yang utuh, masyarakat tidak akan berpecah belah dan ini akan
mengekelkan keamanan dan keharmonian negara. Semangat nasionalisme juga akan
melahirkan individu yang tidak mementingkan diri sendiri maka kestabilan politik negara dapat
dicapai dan dan perpaduan kaum akan mengekalkan keamanan negara. Sebagai contohnya
rusuhan kaum yang pernah berlaku pada 13 Mei 1969 dapat dielakkan. Sekiranya rakyat
memiliki semangat nasionalisme, ekonomi dan politik negara akan berkembang pesat,
pertumbuhan ekonomi negara akan meningkat dan kebebasan berpolitik dapat direalisasikan
dan kemakmuran negara akan mekar malahan negara kita akan dipandang tinggi oleh negara
maju lain. Sekiranya rakyat memiliki semangat nasionalisme yang jitu, masyarakat akan dapat
kukuhkan jati diri dan minda masyarakat tidak mudah dijajah dalam apa jua bentuk antaranya
terpengaruh dengan budaya asing. Rakyat yang memiliki semangat nasionalisme tinggi akan
menghormati pemimpin negara serta tidak memburukkan nama pemimpin negara hasilnya
nama Malaysia akan terkenal di mata dunia.

SOALAN 7

7. USAHA DAN LANGKAH YANG PERLU DILAKUKAN BAGI MENINGKATKAN


NASIONALISME DALAM KALANGAN WARGA MALAYSIA

Semangat nasionalisme yang kuat seperti peminpin masa lalu adalah perlu dalam
kalangan warga Malaysia hari ini. Oleh itu untuk meningkatkan semangat nasionalisme dalam
kalangan warga Malaysia maka konsep 1 Malaysia telah diperkenalkan kerajaan. Melalui
konsep ini kerajaan telah memperkenalkan Kedai Rakyat 1Malaysia, Klinik 1Malaysia dan
PRIMA 1Malaysia hasilnya kemakmuran negara dapat dikongsi bersama. Langkah seterusnya,
Kementerian Pendidikan telah memperkenalkan mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan
agar pelajar mengamalkan nilai-nilai murni untuk membentuk masyarakat yang harmonis
malahan mata pelajaran Sejarah di jadikan mata pelajaran wajib lulus dengan harapan agar
pelajar dapat mengingati pejuangan tokoh kemerdekaan negara. Program 1 Murid 1 Sukan
(1M1S) yang dilaksanakan juga dapat memupuk semangat perpaduan dalam berpasukan agar
dapat melahirkan generasi yang sihat dan aktif manakala program RIMUP pula menggalakkan
integrasi nasional dalam memupuk semangat perpaduan dalam kalangan pelajar. Langkah
seterusnya adalah memperkenalkan Dasar Kebudayaan Kebangsaan agar seluruh rakyat
Malaysia mengamalkan tradisi dan kebudayaan masing-masing. Ini secara tidak langsung akan
dapat memperkukuh jati diri rakyat Malaysia. Sementara itu Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN) yang diperkenalkan kepada pelajar lepasan sekolah terbukti dapat memperkukuh jati
diri dan menyemai semangat nasionalisme pelajar untuk mempertahankan kedaulatan negara
kerana selepastamat mengikuti latihan tersebut didapati jati diri mereka semakin kukuh. Untuk
mengukuhkan lagi semangat nasionalisme dalam kalangan masyarakat Program Sukarelawan
yang diperkenalkan misalnya dapat memupuk kerjasama dalam menjaga keselamatan
kampung atau taman perumahan serta memberi bantuan sukarela ketika berlaku bencana alam
seperti banjir besar atau gempa bumi. Selain itu Sambutan Hari Kemerdekaan dan Hari
Malaysia yang diisytiharkan sebagai cuti umum pada hari tersebut merupakan langkah kerajaan
memupuk semangat nasionalisme semua rakyat Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak
bersatu meraikan Hari Malaysia dengan semangat perpaduan yang jitu di mana aktiviti yang
dijalankan dapat memupuk semangat nasionalisme. Di samping itu, usaha memperbanyakkan
lagu-lagu patriotik disiarkan di media massa juga merupakan usaha untuk meningkatkan
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat seperti disiarkan di radio sepanjang bulan
kemerdekaan dan diadakan pertandingan lagu-lagu patriotik serta mewajibkan pelajar menyanyi
dalam perhimpunan rasmi. Disamping itu jika berlaku pencerobohan pihak asing melalui laut
dan darat maka ia perlu ditangani segera secara bersama oleh pihak berkuasa dan penduduk
setempat contohnya kehadiran pendatang asing tanpa izin atau PATI. Langkah seterusnya
adalah masyarakat kita perlu bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk membentaras anasir-
anasir tersebut daripada berleluasa dan bertindak pantas dengan pihak berkuasa agar
semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat Malaysia tetap utuh. Seterusnya bidang
ekonomi perlu dikukuhkanagar krisis kewangan yang teruk melanda sekitar tahun 1997-1999
dapat dielakkan. Nilai mata wang ringgit kita telah diniagakan pada paras terendah hingga
menyebabkan inflasi serta kuasa beli dalam kalangan rakyat kita turut terjejas dan ekonomi
yang merudum perlu ditangani dengan baik dan ini menunjukkan tindakan tersebut telah
membuktikan semangat nasionalisme dalam kalangan rakyat kita tetap kuat dan utuh. Langkah
lain yang boleh dipraktikkan adalah berkaitan dengan globalisasi akibat daripada kemajuan
teknologi maklumat dan komunikasi kerana kemajuan tanpa sempadan ini akan menyebabkan
budaya asing dapat dihalang daripada meresap dalam gaya hidup masyarakat kita dan
nasionalisme bertambah kukuh.

SOALAN 8

Iktibar yang diperolehi dari tajuk yang dikaji ialah perjuangan pembesar dan tokoh
penentang masa lampau yang menentang penjajah patut kita contohi. Antaranya ialah Tok
Janggut, Dato Bahaman, Tn Hj Abdul Rahman Limbong telah menunjukan semangat setia
negara yang tinggi kerana sanggup berkorban untuk Negara dan bangsa.

Seterusnya adanya kerjasama dan tolong menolong serta bantu membantu antara
tokoh-tokoh penentang dengan penduduk tempatan dalam usaha menentang penjajahan
British. Ini lah salah satu faktor kejayaan tokoh-tokoh penentang dalam usaha memerangi
kehadiran penjajah.

Dalam usaha menentang penjajah ini, tokoh-tokoh penentang dan rakyat mempunyai
sikap gigih berusaha dan disiplin yang tinggi sehingga berjaya menghalang penjajahan British
ini. Walaupun kita dapati terdapat kekalahan dalam usaha menentang penjajahan British tetapi
kekalahan kita bukanlah dari segi semangat. Kekalahan kita hanyalah disebabkan kita
kekurangan ilmu dan senjata moden.

Oleh kerana itu, kita seharusnya mengambil iktibar dari peristiwa ini dengan
melengkapkan diri dengan segala ilmu pengetahuan yang baik supaya kita tidak terjajah lagi
atau terpaksa tunduk kepada mana-mana kuasa Barat.

SOALAN 9 KESIMPULAN

Pengetahuan lain yang saya perolehi adalah pentingnya semangat nasionalisme dalam
memastikan negara kita tidak dijajah oleh kuasa lain. Ini akan menjamin keamanan negara dan
rakyat tidak ditindas oleh kuasa luar. Dengan adanya semangat nasionalisme ini rakyat akan
mempertahankan kedaulatan negara sehingga ke titisan darah terakhir.

Nilai yang didapati dari tajuk yang dikaji ialah rakyat mempunyai semangat kerjasama
yang erat dalam mempertahankan negara tidak kira bangsa, agama dan warna kulit. Dengan
semangat kerjasama ini perpaduan antara penduduk dapat dieratkan lagi. Warga Malaysia
yang berbilang bangsa seperti orang Melayu, Cina dan India dapat hidup dalam keadaan yang
harmoni.

Unsur patrotisme dalam tajuk yang dikaji adalah perjuangan para nasionalis telah
memperlihatkan semangat juang yang kental, keberanian serta pengrobanan yang tinggi. Di
samping itu, perpaduan, kepimpinan dan kebijakanaan dilihat sebagai faktor penting kejayaan
sesuatu perjuangan. Hasil perjuangan merekalah, kita dapat menikmati kemerdekaan negara
dan kita sebagai generasi muda haruslah mempunyai semangat cintakan negara yang tidak
berbelah bahagi.

Harapan pada negara dan bangsa ialah, kita sebagai generasi merdeka, kita
seharusnya menghargai perjuangan nasionalis silam dengan berusaha untuk mempertahankan
kedaulatan dan mengekalkan kemerdekaan negara. Selain itu harapan kita juga adalah untuk
mengisi kemerdekaan ini dengan kemajuan dalam bidang ekonomi, sosial dan politik serta
saling membantu dalam membangunkan dan mempertahankan negara.

Anda mungkin juga menyukai