Anda di halaman 1dari 3

Penilian Kursus KFP 6014 Kaedah Tinjauan

Tugasan 1 (50%)
Tugasan 2 (30%)
Tugasan 3 (10%)
Kuiz (10%)

Tugasan 1 (50%)

Sediakan satu kertas cadangan penyelidikan (Research Proposal) untuk melaksanakan


penyelidikan anda.

Syarat-syarat:

Panjang penulisan ialah sekitar 20 halaman tidak termasuk rujukan dan lampiran
menggunakan kertas A4, font Times New Roman, saiz 12 dan spacing1..
Hasil penulisan hendak dimuatnaikkan dalam Tapak MyGuru
Tarikh penghantaran: Rujuk pada Tapak MyGuru

Kertas cadangan penyelidikan tersebut mesti merangkumi perkara berikut:

Cadangan maklumat penyelidikan secara terperinci


(i) Pengenalan (5%)

- menjelaskan latar belakang penyelidikan, kepentingan kajian dan secara


ringkasnya menerangkan mengapa pembolehubah tersebut dipilih dalam kajian
anda.

(ii) Permasalahan kajian (5%)

- menerangkan apakah permasalahan kajian (Research problem)

(iii) Objektif penyelidikan (5%)

- menyenaraikan objektif penyelidikan, termasuk kenyataan hipotesis (sekiranya


ada)

(iv) Tinjauan literatur (5%)

- Menerangkan bagaimana kajian dibina berlandaskan pengetahuan lampau.


- Bincang tentang dapatan lampau berkaitan dengan isu/masalah spesifik kajian.

(v) Kaedah Methodologi (30%)


- Menjelaskan persampelan dengan terperinci serta bagaimana kumpulan dibentuk.
- Menerangkan bagaimana dan langkah-langkah kaedah tinjauan dilaksanakan dalam
kajian anda.
- Cara-cara kutipan dilakukan (lampirkan questionnaire / soalan temubual)
- Menjelaskan teknik-teknik analysis berlandaskan objektif penyelidikan anda.
- MESTI ADA INSTRUMEN KAJIAN / ALAT KUTIPAN DATA
Tugasan 2 (30%)

Melaksanakan penyelidikan yang dicadangkan dalam Tugasan 1 dan menyediakan laporan


akhir penyelidikan.

Syarat-syarat:

- Panjang penulisan ialah sekitar 40 halaman tidak termasuk rujukan dan lampiran
menggunakan kertas A4, font Times New Roman, saiz 12 dan spacing1..
- Tarikh penghantaran pada minggu 13.
- Pelajar perlu membentangkan laporan penyelidikan.
-
Laporan akhir perlu merangkumi:

Pengenalan, Kajian Literatur dan Methodologi Kajian (5%)

Dapatan Kajian yang terperinci (15%)

- Dapat menerangkan secara terperinci dapatan analysis.


- Lampiran output (SPSS) perlu disertakan.

Kesimpulan (10%)

- Membuat kesimpulan keseluruhan dan kaitkan dengan kajian literatur


- Menerangkan masalah kajian (Fokus pada methodology kajian)

Hasil penulisan hendaklah dimuatnaikkan dalam Tapak MyGuru.


Tarikh penghantaran: Rujuk pada Tapak MyGuru
Tugasan 3 Penulisan Ilmiah (10%)

1. Penulisan dibuat dalam kumpulan.

2. Tajuk-tajuk bagi penulisan akan ditentukan oleh pensyarah.

3. Panjang penulisan ialah sekitar 5 halaman tidak termasuk rujukan dan lampiran
menggunakan kertas A4, font Times New Roman, saiz 12 dan spacing1.5

4. Mencatatkan bahan rujukan yang digunakan dengan jelas dan kredit yang sah
kepada penulis asal yang dirujuk

5. Pertimbangan akan diutamakan kepada kepelbagaian rujukan


i. buku-buku,
ii. jurnal-jurnal dan
iii. websites.
iv. Kajian ilmiah
v. Disertasi
vi. Prosiding
6. Hasil penulisan hendak dimuatnaikkan dalam Tapak MyGuru dan slides perlu
dibincangkan dalam Forum.
7. Hasil penulisan hendaklah dimuatnaikkan dalam Tapak MyGuru.
8. Tarikh penghantaran: Rujuk pada Tapak MyGuru

Soalan-soalan :

1. Terangkan kelebihan dan kelemahan menggunakan kaedah kajian tinjauan dalam


penyelididkan.
2. Terangkan mengapa kajian rintis adalah penting dalam penyelidikan pendidikan dan
jelaskan bagaimana kajian rintis dijalankan.
3. Terangkan 3 langkah dengan contoh bagaimana boleh memastikan jumlah kutipan data
yang mencukupi untuk penyelidikan.
4. Terangkan dengan menggunakan contoh bagi perkara-perkara berikut:
a. Penyataan masalah
b. Kepentingan kajian
c. Sorotan kajian
d. Rekabentuk kajian

5. Terangkan dan huraikan kaedah-kaedah pengumpulan data dalam kajian tinjauan.


6. Nyatakan dan huraikan langkah-langkah membentuk instrumen kajian tinjauan.
7. Etika dalam penyelidikan. Mengapa ia adalah penting dan bagaimana penyelidik boleh
memastikan perkara tersebut dilaksanakan dengan baik.
8. Kesahan dan kebolehpercayaan dalam penyelidikan pendidikan.