Anda di halaman 1dari 3

Tamadun Melayu

3.0 PENGENALAN
Tamadun melayu adalah tamadn yang telah lama bertapak di rantau Asia Tenggara. Ia telah
mengelami proses perkembangan yang lama dan merentasi beberapa fasa atau zaman yang
berbeza. Fasa-fasa ini memberi impak yang besar dalam pembentukan tamadun melayu. Sebagai
contoh, penerimaan agama islan sebagai asas tamadun melayu merupakan perkembangan yang
paling penting dalam membentuk tamadun melayu islam yang gemilang khususnya dalam konteks
Malaysia.
Tamadun melayu sebenarnya merujuk kepada sebuah tamadun yang dibentuk oleh
sekelompok manusia yang secara amnya digolongkan sebagai kumpulan masyarakat Melayu yang
menduduki suatu wilayah di Asia Tenggara yang dikenali sebagai pelbagai nama sepertu gugusan
Kepulauan Melayu (Malay Archipelaga), gugusan Kepulauan Indonesia, Nusantara, Alam Melayu
dan Tanah Jawi. Dua perkara penting yang merwarnai tamadun wilayah ini ialah bahasa Melayu
yang menjadi bahasa perhubungan luas (lingua francha) masyarakat Melayu di seluruh kawasan
ini dan agama Islam yang menjadi asas kepada pembentukan tamadun Melayu.
3.1 KONSEP MELAYU
Istilah Melayu sebenarnya boleh merujuk kepada tiga perkara yang penting iaitu ras (genetic atau
biologi), kebudayaan dan bahasa. Ras merujuk kepada sekumpulan orang Melayu yang memiliki
ciri-ciri genetic yang sama dan mereka berasal dari Alam Melayu. Dalam perkara 160,
Perlembagaan Malaysia takrif orang Melayu adalah:
i) secara lazimnya berbahasa Melayu,
ii) secara lazimnya mengamalkan adat istiadat Melayu, dan
iii) beragama Islam.
Kebudayaan pula merujuk kepada pegangan dan amalan masyarakat Melayu yang diwarisi dan
diturunkan daripada satu generasi kepada satu generasi yang lain. Pegangan dan amalan tersebut
adalah berdasarkan kepada agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu tradisional.
Bahasa adalah suatu system percakapan yang digunakan untuk berhubung dengan penutur-penutur
bahasa yang sama. Bahasa Melayu adalah bahasa yang dituturkan di seluruh Kepulauan Melayu.
Ia merangkumi bahasa Melayu-Indonesia termasuklah sub-keluarga bahasa-bahasa Melayu seperti
Jawa, Sunda, Madura, Aceh. Minangkabau, Sasak, Melanau, Iban, Bajau, Murut, Banjar, Bugis
dan Sulu.
3.1.1 Alam melayu
Alam melayu merangkumi kawasan-kawasan di mana wujudnya ras (rumpun) Melayu
merentasi seluruh Asia Tenggara hingga ke sempadan Australia. Secara umumnya, teras wilayah
ini adalah kawasan kepulauan Asia Tenggara yang menjadi pusat kepada ras (rumpun), bahasa,
kebudayaan dan tamadun melayu.
Amalan merantau telah menjadi sebahagian ciri orang Melayu. Di kepulauan Nusantara,
orang-orang Melayu bergerak bebas di dalam kawasan perantauan dan apabila berada di luar
kerajaan asal, mereka dianggap sebagai orang merantau. Orang yang merantau dianggap
sebahagian daripada orang Melayu. Mereka yang merantau ke luar digelar Melayu Diaspora
seperti Melayu Cape di Afrika Selatan.
3.2 ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Secara umumnya, tamadun Melayu merujuk kepada kemunculan masyarakat yang
mempunyai susunan struktur sosial yang kompleks. Manusia yang tinggal di bandar (biasanya
pelaburan seperti Pasai, Melaka, Aceh dan Johor-Riau) memerlukan susuan struktur masyarakat
yang kompleks untuk membolehkan mereka mengekalkann cara kehidupan perbandaran. Ahli-ahli
masyarakat yang mengkhusus dalam tugas-tugas tertentu seperti pemimpin, pentadhir,
cendiakawan, penguatkuasa, pedagang dan petani diperlukan dalam sebuah organisasi masyarakat
yang berfungsi sebagai satu entiti.
Kemunculan masyarakat kompleks ini boleh dikaitkan dengan kemunculan institutsi
kerajaan Melayu awal. Kesultanan-kesultanan Melayu awal kemunculan institusi struktur
masyarakat yang kompleks dengan raja sebagai pemimpin, pembesar-pembesar, golongan ulama,
askar, pendagang, peniaga, nelayan dan petani sebagai rakyat jelata. Oleh yang demikian,
kemunculan tamadan Melayu secara langsung boleh dikaitkan dengan kemunculan pusat-pusat
kerajaan Melayu di Nusantara.
3.2.1 Latarbelakang Pembentukan Tamadun Melayu
Masyarakat melayu telah lama bertapak di Alam Melayu, sekurang-kurangnya 5,000 tahun
dahulu. Sarjana tempatan, Nik Hassan Suhaimi (1993) menyatakan bahawa orang melayu adalah
penduduk asal kawasan Asia Tenggara. Pendapat ini mengambil kira bahawa pada satu masa
dahulu (sebelum 10,000 tahun dahulu) kawasan Asia Tenggara ini merupakan satu dataran besar
yang merangkumi pulau Sumatera, Semanjung Tanah Melayu, Pulau Jawa dan juga Pulau Borneo.
Jika kita menerima pendapat tersebut, mendapati orang Melayu telah wujud di kawasan ini lebih
daripada 12,000 tahun dahulu sebelum kenaikan paras laut akibat pencairan glasier dan ais di
kawasan kutub-kutub utara dan selatan pada akhir zaman geologi pleistosen.
Proses urbanisasi atau perbandaran adalah satu manifestasi tamadun. Terdapat banyak teori
yang dikemukakan oleh sarjana dari pelbagai bidang pengajian untuk menerangkan tentang sebab-
sebab kemunculan tamadun. Pada waktu yang sama, terdapat pelbagai bentuk-bentuk tamadan
yang berlainan di dunia ini. Kepelbagaian ini menunjukkan kepelbagaian keperluan dan
pengubahsuaian manusia. Setiap satu tamadun adalah satu manifestasi yang unik dan amat sukar
untuk membuat perbandingan secara langsung antara tamadun-tamadun yang berlainan. Tidak
semua kumpulan atau kebudayaan manusia mewujudkan tamadun.
Sebelum manusia mampu menghasilkan makanan yang berlebihan, setiap orang terpaksa
bekerja untuk mendapatkan makanan yang diperlukannya sendiri. Penghasilan makanan yang
berlebihan membolehkan sebahagian daripada masyarakat bebas mengkhusus kepada pekerjaan-
pekerjaan tertentu tanpa menjadi petani. Mereka boleh mendapatkan makanan dengan memberikan
hasil kepakaran mereka kepada petani iaitu sistem barter. Kemunculan pengkhususan pekerjaan
sepenuh masa di kalangan orang-orang Melayu tradisional mengakibatkan kemunculan susunan
masyarakat kompleks yang menjadi ciri penting sesebuah tamadun.

Anda mungkin juga menyukai