Anda di halaman 1dari 42

Modul PAK21

SISC + PPD KLUANG


SISC+
21/09/2016 & 28/09/2016
RINGKASAN

Modul ini dihasilkan bagi memenuhi keperluan bimbingan di SMA Arabiah Kluang.
Bermula 2013, SISC+ Menengah telah membuat bimbingan di SMA Arabiah. Namun
menyedari beberapa kekangan dalam bimbingan, SISC+ menengah telah
mencadangkan satu bengkel PAK21 dilaksanakan bagi membantu semua guru di
SMA Arabiah. Tujuan utama adalah bagi memperluaskan pengetahuan dan
meningkatkan kemahiran guru-guru di SMA Arabiah dalam Pembelajaran Aktif
berasaskan Pengajaran dan Pembelajaran Abad ke-21. Apabila semua guru dapat
menguasai PAK21, kemenjadian murid akan dapat dihasilkan melalui pengajaran dan
pembelajaran yang bukan sahaja menyeronokkan tetapi berkesan. Justeru itu,
modul ini mengandungi maklumat asas tentang pembelajaran aktif dan pendekatan
PAK21. Diharap, guru-guru dapat memanafaat bengkel dan modul yang dikongsi ini.

PENYUMBANG MODUL PAK21

1. FUZIANA ALI penyunting 1


(SISC+ Bahasa Inggeris Menengah)

2. YAZIF SARMAN-penyunting 2
(SISC+ Bahasa Melayu Menengah)

3. NURMINA RUSLI
(SISC+ Matematik Menengah)
4. HAMID ABD RAHIM
(SISC+ Bahasa Melayu Rendah)

5. HAMIDAH HADURI
(SISC+ Bahasa Melayu Rendah)

6. HAIRUNISA MAHZAN
(SISC+ Matematik Rendah)

1
PENGENALAN

Bismilllahir rahman nir rahim

Pengajaran dan pembelajaran (P&P) abad ke-21 bukanlah suatu kaedah yang
baru. Menurut Mohamad Said et al. (2008), ia adalah satu kaedah berasaskan
pembelajaran aktif. Guru mengambil peranan bukan sahaja sebagai pendidik
tetapi sebagai pembimbing, fasilitator dan pemudahcara. Guru mengawal aktiviti
pembelajaran pelajar supaya semua dapat berperanan dan mengambil bahagian
dalam proses pembelajaran. Proses pembelajaran itu sendiri berfokuskan kepada
pelajar. Pelajar melibatkan diri secara aktif dalam perbincangan dan mengutarakan
pandangan. Mereka dilatih untuk berfikir dan belajar kendiri. Pelajar juga diberi
peluang untuk meneroka dan mempraktikkan apa yang dipelajari.

PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN ABAD KE-21


Guru Murid
Guru sebagai fasilitator, pembimbing Pembelajaran aktif
dan pemudahcara Melibatkan diri dalam
perbincangan,
Memberi pandangan
Guru kawal aktiviti pembelajaran. Berfokus kepada murid
Tujuan: supaya murid berperanan
dan mengambil bahagian dalam
proses pembelajaran
Dilatih berfikir
Belajar kendiri
Berpeluang meneroka
Berpeluang mempraktikkan apa yang
dipelajari

Oleh yang demikian, modul ini cuba menerapkan pemahaman tentang pengajaran
dan pembelajaran (P&P) abad ke-21. Kaedah pembengkelan yang dijalankan adalah
berasaskan pembelajaran aktif dan lebih bersifat berfokus kepada peserta.
Tujuannya supaya peserta bengkel ini dapat memahami dan mempraktikkan kaedah
pengajaran dan pembelajaran yang dipelajari di dalam kelas masing-masing. Ini
adalah kerana seperti kata Konfusius, Apa yang saya dengar,saya lupa;apa yang
saya lihat, saya ingat;apa yang saya buat, saya faham.

2
ANDA MASIH RAGU UNTUK MENGUBAH STRATEGI
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN DI DALAM KELAS?
SOALAN-SOALAN POPULAR TENTANG PAK21

Apakah itu kemahiran abad ke-21?


Kemahiran abad ke-21 adalah kemahiran yang diperlukan oleh setiap pelajar
untuk berjaya dalam pembelajaran, pekerjaan dan kehidupan mereka. Sebagai
contoh, mereka perlu ada
Kemahiran belajar (kemahiran berfikir secara kritis dan menyelesaikan
masalah)
Inovasi (kreatif dan boleh mencipta/inovasi)

Apakah teknologi maklumat dan komunikasi mesti digunakan semasa


pembelajaran abad ke-21?
Tidak semestinya. Adalah lebih utama aktiviti pembelajaran itu berfokus
kepada pelajar. Pelajar lebih engage dalam pembelajaran dan merasa seronok
melakukan aktiviti bersama rakan. TMK digunakan secara aktif melibatkan interaksi
dua hala antara guru dan pelajar atau antara pelajar dan pelajar.

Kenapa kemahiran abad ke-21 diperlukan?


Perkembangan pesat teknologi maklumat menyebabkan kehidupan setiap
individu menjadi luas. Pelajar kini hidup dalam dunia tanpa sempadan. Kemahiran
abad ke-21 ini penting supaya pelajar boleh berdaya saing dengan warga dunia.

Adakah kemahiran ini sesuatu yang baru?


Kemahiran abad ke-21 ini bukan kemahiran yang baru (kecuali kemahiran
menggunakan komputer).

Konfusius sendiri telah mengungkapkan yang saya dengar, saya lupa; yang
saya lihat, saya ingat; dan yang saya lakukan, saya faham. Ungkapan ini
menjelaskan bahawa kaedah pembelajaran aktif melalui pemerhatian dan
pengalaman amat berkesan.

Apakah kemahiran abad ke-21 boleh menyumbang kepada peningkatan


pelajar dalam pembelajaran?
Pelajar lebih engage apabila mereka diajar dalam konteks dan persekitaran
yang mereka biasa lalui. Sebagai contoh, menyelesaikan masalah dalam dunia
sebenar.

Adakah guru kurang bercakap?


Ikut keperluan. Guru bercakap apabila memberi arahan dan memberi
penjelasan tentang sesuatu maklumat atau menjelaskan permasalahan yang
dihadapi oleh pelajar.

3
Selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, guru
harus berupaya untuk menghasilkan pelajar-pelajar yang memiliki 6 aspirasi
berikut:

6 ASPIRASI MURID
Selepas meninggalkan persekolahan
tingkatan 5:

PENGETAHUAN Pelajar dapat menguasai matapelajaran


dan mempunyai pengetahuan kukuh.

KEMAHIRAN BERFIKIR Pelajar akan belajar cara mendapat


pendidikan sepanjang hayat, cara untuk
menghubung kait pelbagai pengetahuan
yang berbeza dan cara untuk menjana
pengetahuan baru.

KEMAHIRAN MEMIMPIN Dapat mencapai potensi diri sepenuhnya


melalui peluang bekerja dalam kumpulan
dan memegang peranan kepimpinan
secara formal dan informal.

KEMAHIRAN DWIBAHASA Dapat menguasai Bahasa Malaysia dan


Bahasa Inggeris serta bahasa ke-3
seperti Bahasa Arab dan bahasa-bahasa
lain.

ETIKA DAN KEROHANIAN Mempunyai asas moral yang kukuh


untuk mendepani pelbagai cabaran
kehidupan dan membantu mereka
dengan berani membuat keputusan yang
tepat.

IDENTITI NASIONAL Merasa bangga menjadi warganegara


Malaysia dan sayang akan negara

Sumber: Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025

Secara ringkasnya, guru berperanan untuk menghasilkan pelajar yang bukan


sahaja berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, tetapi memiliki kemahiran
generik(soft skills). Kemahiran generik ini penting disemaikan dalam diri
pelajar agar mereka boleh berdayasaing di arena global. Disamping itu, guru
berperanan untuk menerapkan sifat cintakan tanahair dan mendukung tinggi
nilai-nilai yang diajar oleh agama Islam supaya pelajar dapat menjadi insan
yang seimbang sesuai dengan Falsafah Pendidikan Negara.

4
BENGKEL PEDAGOGI ABAD KE-21
SESI 1

MASA: 2 JAM

Di akhir sesi 1 ini, guru dapat

1. memahami apa itu strategi pengajaran dan pembelajaran abad ke-21


2. mempraktikkan beberapa strategi pembelajaran
Masa :2 jam

PEMBELAJARAN KOPERATIF

Pembelajaran koperatif merujuk kepada kaedah pengajaran yang memerlukan murid


dari pelbagai kebolehan bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk mencapai satu
matlamat yang sama (Slavin, 1982). Sasaran adalah tahap pembelajaran yang
maksimum bukan sahaja untuk diri sendiri, tetapi juga untuk rakan-rakan yang lain.
Lima unsur asas dalam pembelajaran koperatif adalah:

a. saling bergantung antara satu sama lain secara positif,


b. saling berinteraksi secara bersemuka,
c. akauntabiliti individu atas pembelajaran diri sendiri,
d. kemahiran koperatif, dan
e. pemprosesan kumpulan

Ganjaran diberi kepada individu dan kumpulan dalam pelaksanaan kaedah ini.
Individu dalam kumpulan dikehendaki menunjukkan kefahaman masing-masing dan
memainkan peranan berbeza bergilir-gilir. Kemahiran sosial dan pemprosesan
kumpulan digalakkan.

Beberapa cara pembelajaran koperatif telah diperkembangkan oleh tokoh-tokoh


pendidikan, misalnya Jigsaw, TGT (teams-games-tournaments), STAD (Students
Teams- Achievement Division), Belajar Bersama (Learning together), Permainan
Panggil Nombor (Numbered Heads), dan Meja Bulat (Round Table).

Pengajaran sebaya memainkan peranan yang sangat penting menurut cara Jigsaw.
Dalam cara ini, pembahagian tuigas diagihkan di kalangan murid dalam kumpulan
pelbagai kebolehan. Bahan pembelajaran dipecahkan kepada topik-topik kecil. Setiap
murid diagihkan tugas untuk mempelajari satu topik kecil. Setelah menguasai topik
kecil sendiri, murid akan mengajar rakan-rakan lain dalam kumpulannya sehingga
semua ahli kumpulan menguasai semua topik kecil itu. Selepas itu satu aktiviti
dijalankan untuk menguji sama semua ahli kumpulan berjaya memahami dan
menyempurnakan tugasan yang diberi. Jigsaw merupakan cara pengajaran
berpusatkan murid. Kemungkinan besar bahan baru dapat dikaitkan dengan
pengetahuan sedia ada dan membantu penstrukturan semula idea.

Pembelajaran koperatif menggalakkan murid berinteraksi secara aktif dan positif


dalam kumpulan. Ini membolehkan perkongsian idea dan pemeriksaan idea
sendiri dalam suasana yang tidak terancam, sesuai dengan falsafah
konstruktivisme.

5
1,2,3..... ACTION!

AKTIVITI
PEMBELAJARAN
KOPERATIF

6
PEMBELAJARAN KOPERATIF/KOLABORATIF

Place Mat

Kaedah yang membantu murid terlibat dalam perbincangan sepenuhnya dan mesti
saling bekerjasama. Contoh Place Mat
-

1. Berdasarkan satu permasalahan, tulis cadangan anda di atas kertas yang


sama
2. Kongsi cadangan anda dengan rakan kumpulan. Setiap orang MESTI
memberikan cadangan.
3. Pilih satu cadangan yang common dan bentangkan

Round Table-Round Robbin

1. Murid A menulis masalah di atas worksheet/lampiran kerja yang disediakan.


2. Murid B menulis respon dan mengedarkan worksheet kepada Murid C
3. Murid C baca respon dan menambah respon.Kemudian mengedarkan kepada
Murid D dan seterusnya

Say Something

1. Pilih satu bahan bacaan. Tanda 3 atau 4 poin untuk berhenti


2. Pelajar atau peserta pilih seorang pasangan
3. Setiap pelajar baca dengan senyap dan Katakan Sesuatu
4. Bila setiap pasangan sudah bersedia, berhenti, dan katakan) sehingga
mereka habis membaca teks.

Circle Sharing

1. Duduk/diri dalam bulatan


2. Pelajar beri pandangan tentang pembelajaran mereka (Contoh: minta pelajar
beri adjektif untuk menggambarkan perasaan mereka)

7
KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan merupakan strategi secara saintifik


yang dibina untuk menambahkan keupayaan murid dalam menghadapi pelbagai
cabaran hidup dan buat keputusan.

OBJEKTIF
i. Berfikir secara kritis dan kreatif serta membuat keputusan tentang hal-hal masa
depan.
ii. Berkomunikasi secara berkesan tentang hal-hal masa depan.
iii. Membuat kajian dan mengurus maklumat tentang hal-hal masa depan.
iv. Mempunyai pengetahuan dan kefahaman tentang kajian masa depan .
v. Membina sikap dan nilai masa depan.

RASIONAL PENGAJARAN BERASASKAN KAJIAN MASA DEPAN

Pengajaran Kajian Masa Depan membolehkan murid mengambil cabaran sebagai


ahli masyarakat global yang berperanan aktif pada masa depan. Terdapat empat
prinsip atau rasional mengapa Kajian Masa Depan diperkenalkan di sekolah iaitu:

1. Prinsip Perubahan
2. Prinsip Pandangan Jauh
3. Prinsip Perancangan Strategik
4. Prinsip Pengupayaan

KEMAHIRAN ASAS KAJIAN MASA DEPAN

Kajian masa depan memberi kesedaran dan merangsang murid berfikir tentang
isu, masalah dan peluang yang bakal dihadapi. Ini akan membolehkan mereka
memandang masa depan dengan yakin dan optimis. Berikut ialah kemahiran asas
yang perlu dibina:

a) membuat ramalan tentang trend dan perubahan yang akan berlaku


berdasarkan pengetahuan dan maklumat yang sedia ada.
b) menjangka kesan atau akibat sesuatu fenomena, trend atau perubahan masa
depan; dan
c) menggunakan sumber manusia dan sumber lain bagi mengawal, menangani
serta mengendalikan perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum.

STRATEGI KAJIAN MASA DEPAN DI BILIK DARJAH

Pengajaran berasaskan Kajian Masa Depan adalah strategi pengajaran dan


pembelajaran yang menyeronokkan pelajar serta memberi perspektif yang
bermakna untuk kandungan mata pelajaran.

Pendekatan umum yang boleh diambil:

1. Menggunakan matriks sepenuhnya


2. Menyisipkan Kajian Masa Depan dalam Pengajaran
3. Menggunakan Unsur-unsur Kajian Masa Depan sebagai Induksi atau
Susulan Pengajaran.

8
PEMBELAJARAN BERASASKAN MASALAH

DEFINISI

Pembelajaran berasaskan masalah merupakan alternatif yang lebih menarik


berbanding pembelajaran tradisional. Guru akan memberikan masalah dan murid
berbincang untuk mencari penyelesaiannya, pembelajaran akan menjadi lebih
seronok apabila murid meneroka untuk maklumat yang yang diperlukan untuk
menyelesaikan masalah. Guru akan bertindak selaku fasilitator dan bukan sumber
penyelesaian masalah.

OBJEKTIF PBL

Antara objekif pendidikan kaedah ini diperkenalkan ialah:

a) Mengukuhkan kemahiran pelajar untuk mempelajari sesuatu prinsip, konsep dan


belajar menggunakan maklumat dalam pelbagai situasi.

b) Memperkembangkan kemahiran pelajar memberi hujah dan pendapat, berfikiran


kritis, serta kemahiran membuat keputusan.

c) Memperkembangkan kemahiran pelajar mengintegrasikan pengetahuan dalam


pelbagai disiplin ilmu dan kefahaman yang baik tentang peranan sikap kemanusian
terhadap kemajuan profesionalisme.

d) Menyediakan pelajar kepada konsep pembelajaran sepanjang hayat.

e) Menggalakkan pembelajaran kumpulan kecil, keperluan kepada keberkesanan


kerja berpasukan dan pembelajaran secara kolaboratif

KEPENTINGAN

1. Menyemak dan mencuba apa yang diketahui


2. Menemui apa yang ingin dipelajari
3. Membina kemahiran sosial untuk memperolehi pencapaian yang lebih baik dalam
pasukan.
4. Meningkatkan kemahiran berkomunikasi
5. Menyatakan dan mempertahankan keadaan menggunakan bukti dan hujah yang
mantap
6. Menjadi lebih fleksibel semasa memproses maklumat dan menunaikan
tanggungjawab
7. Mengamalkan kemahiran yang diperlukan selepas tempoh persekolahan tamat

9
Proses Penyelesaian Masalah

Langkah-langkah penyelesaian masalah


1. Bentangkan masalah
2. Senaraikan apa yang telah diketahui
3. Senaraikan apa yang diperlukan
4. Senaraikan kemungkinan langkah, tindakan, cadangan
5. Membentang dan menyokong jalan penyelesaian

Bentangkan masalah. Perkenalkan masalah atau senario kepada murid. Fungsi


sebagai pendorong mencari penyelesaian . Berikan masa secukupnya untuk proses
memahami masalah.. Murid seharusnya mempunyai pengetahuan sedia ada untuk
menyelesaikan masalah walaupun terbatas .

Senaraikan apa yang telah diketahui. Semasa menjawab soalan-soalan asas,


murid akan menyenaraikan apa yang telah mereka ketahui. Dengan cara ini masalah
akan dapat didefinisikan dengan jelas sebelum pernyataan masalah boleh ditulis.

Senaraikan apa yang diperlukan. Dengan lengkapnya penulisan pernyataan


masalah, maka murid perlu meneroka maklumat berkaitan untuk melengkapkan
data yang masih kurang atau diperlukan. Satu senarai baru di bawah tajuk Apa
yang perlu kami ketahui? mula disediakan. Soalan yang dibina dan jawapan yang
akan diperolehi akan membantu murid menuju ke arah yang membolehkan mereka
menyelesaikan masalah. Soalan-soalan dan jawapan ini akan menjadi garis panduan
untuk mengumpulkan maklumat dan data yang diperlukan (oleh individu atau

10
pasukan pembelajaran koperatif). Analisis data akan dilaksanakan secara serentak
dalam proses ini. Semasa menggunakan maklumat, murid perlu berhati-hati ketika
membuat penilaian agar maklumat yang penting dan terkini tidak diabaikan, di
samping mula menolak maklumat lama yang tidak tepat atau telah tidak lagi relevan
akan dibuang.

Senaraikan kemungkinan-kemungkinan langkah tindakan, cadangan, jalan


penyelesaian atau hipotesis. Di bawah tajuk Apa yang kami perlu lakukan,
murid akan menyenaraikan semua tindakan yang akan diambil dan dilaksanakan
(contohnya, berkolaborasi dengan rakan), proses penyusunan maklumat dan data,.
Dengan bantuan guru sebagai pembimbing dan pemudahcara, murid akan terus
terlibat dalam perbincangan mengenai apa yang telah mereka temui, apa yang
mereka tahu dan mahu tahu.

Membentang dan menyokong jalan penyelesaian. Sebagai sebahagian daripada


penutup, lazimnya guru akan meminta murid membentangkan dapatan dan
cadangan mereka. Laporan pembentangan perlu meliputi pernyataan masalah,
soalan-soalan, data yang dikumpulkan, analisis data, sokongan kepada jalan
penyelesaian atau cadangan-cadangan. Segala pengalaman yang dialui akan menjadi
sangat berharga apabila dikongsikan bersama rakan, di samping penilaian dapat
dibuat untuk membolehkan proses refleksi dijalankan.

Sila lihat contoh aplikasi PBM di sini

Latihan:

Masalah gejala sosial seperti lumba haram , melepak dan sebagainya adalah
disebabkan pelbagai faktor . Cuba senaraikan faktor-faktor dan pilih yang paling
utama serta cari jalan penyelesaian mengikut langkah-langkah yang telah
dikemukakan.

Bagi menunjukkan bagaimana guru boleh mengintegrasikan


semua elemen PAK21 termasuk 4K(komunikasi, kolaboratif,
kritis dan kreatif) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)
serta PdP berfokuskan murid, satu contoh bagaimana ia
boleh dilaksanakan ditunjukkan di mukasurat 11-14..

11
CONTOH: BAHASA MELAYU

PdP Berasaskan Penyelesaian Masalah

LANGKAH 1: GURU MENGEMUKAKAN MASALAH KEPADA MURID


Semangat patriotik di kalangan remaja semakin luntur

LANGKAH 2: GURU MEMBIMBING MURID MENGANALISIS MASALAH YANG


TELAH DIKEMUKAKAN

Bincang dalam kumpulan: guna place mat


Bentang hasil perbincangan dalam bentuk PowerPoint berdasarkan 5 soalan
seperti di atas.

LANGKAH 3: CADANGAN KEPADA PENYELESAIAN MASALAH


Bincang dalam kumpulan kecil boleh guna Round table-round robin
Hasil perbincangan, kumpulan mencadangkan satu cara memupuk semangat
patriotik.

12
Guru boleh meminta setiap kumpulan membentangkan cadangan dalam
pelbagai bentuk (memberi autonomi kepada murid):

Bina lagu bertemakan Lakonan /Drama Penulisan artikel


patriotik dan nyanyikan.
Contoh: Kisah perang Tajuk:
Bincang dalam kumpulan Jepun
yang sama, reka satu lagu Semangat kebangsaan
dan nyanyikan bersama. Atau peristiwa Portugis dalam kalangan remaja
serang Melaka semakin luntur.
Bagaimana menyelesaikan
masalah ini.

Kuiz bertemakan Melukis poster dan Menceritakan kisah


semangat patriotik bentangkan pejuang-pejuang
kemerdekaan. Pilih satu
Bina 11-20 soalan tokoh. Bincang jasa dan
sumbangan tokoh. Kenapa
kita mesti mencontohi
beliau.

Tentukan masa pembentangan.Contoh, 3 minit.


Nota: Semasa melaksanakan Langkah 2 dan 3, murid boleh merujuk sumber lain
selain dari guru (internet, bahan perpustakaan, buku, majalah dan orang lain selain
guru)

LANGKAH 4: PEMBENTANGAN (PENILAIAN OLEH MURID/RAKAN SEBAYA)

Setiap kumpulan membuat pembentangan.


Hadkan masa pembentangan (Contoh: 3 minit)
Kumpulan lain membuat penilaian menggunakan instrumen penilaian (Bina
instrument)

Contoh:
Borang Markah Murid
Aktiviti: Pembentangan

13
KUMPULAN SKOR (Ikut rubrik)

Rubrik bagi menentukan skor pembentangan:


Kriteria Skor Kriteria Skor

Cemerlang Sederhana

Baik Ok

Sesi Q & A untuk selepas pembentangan. Benarkan 2 soalan sahaja ditanya kepada
kumpulan yang membentang.

LANGKAH 5: PENTAKSIRAN
Guru tanya murid
Kuiz secara lisan

Penilaian kendiri
Murid menilai perkembangan sendiri

Saya boleh.
Saya membantu
Saya dibantu oleh..

14
Pemerhatian
Guru boleh mencatat perubahan tingkahlaku murid

Ujian bertulis
Guru boleh beri 5-10 soalan kuiz bertulis/Kahoot dll web 2.0

LANGKAH 7: REFLEKSI TERHADAP PdP


Bagaiamana guru boleh membuat refleksi? Guru boleh membuat refleksi
berdasarkan fakta bukan persepsi. Guru boleh melakukannya dengan menggunakan
aktiviti plenari:
Aktiviti plenari
Contoh: Circle sharing

CIRCLE SHARING

1. Dalam kumpulan besar, setiap orang mesti boleh melihat wajah


masing-masing
2. Setiap orang kongsi pandangan mereka tentang bengkel hari ini (kalau
di dalam kelas, murid kongsi tentang pembelajaran hari ini).
Soalan simulasi:
Beri SATU perkataan untuk menggambarkan perasaan anda hari
ini
Apakah aspek paling penting yang anda telah pelajari hari ini?
Apakah yang akan anda lakukan untuk P&P anda esok dan
seterusnya?
Apakah yang anda telah pelajari tentang diri anda sebagai guru?
Apakah Kata-kata akhir yang anda ingin kongsi dengan rakan
anda?(berkaitan bengkel hari ini)
3. Respon boleh diberi mengikut pelbagai cara dan turutan.
4. Ketua kumpulan akan membuat komen terakhir dan ucapkan terima
kasih kepada ahli kumpulan.
Plenari juga adalah aktiviti yang boleh
digunakan untuk mentaksir tahap
kefahaman dan perkembangan murid
selepas sesi PdP. Aktiviti plenari
memberi maklumat yang lebih tepat.

Contoh aktiviti plenari:meminta murid


melengkapkan ayat seperti

Saya telah pelajari bahawa ..


Saya gembira kerana saya dapat

15
BENGKEL PEDAGOGI ABAD KE-21
SESI 2

MASA : 2 JAM (10pg-12.00tgh)

Di akhir sesi 2 ini, guru dapat

1. menghasilkan rancangan pengajaran harian yang berkesan


2. membina aktiviti dalam pembelajaran yang berkesan

Apakah perkara yang perlu dilihat oleh guru sebelum merancang


P&P?
Silibus
Rancangan Pelajaran tahunan
Kepelbagaian murid/pelajar (differentiated learning)
Pengetahuan sediaada pelajar
Menggunakan pelbagai strategi pembelajaran/kaedah/teknik

Bagaimanakah anda mempelbagaikan rancangan pengajaran untuk


pelajar yang pelbagai tahap?
Tentukan objektif pembelajaran
Tulis rangka pembelajaran
Pertimbangkan apakah cara terbaik bagi membantu pelajar mencapai
objektif pembelajaran. Apakah aktiviti yang akan anda pilih?
Di peringkat manakah di dalam pengajaran anda, anda perlu membuat
pembezaan?Kandungan/proses/produk
Membuat pembezaan di dalam pengajaran bagi memenuhi keperluan
semua pelajar

16
PEMBEZAAN PRODUK PEMBELAJARAN- pelbagai cara pelajar boleh
mempamerkan pembelajaran mereka. Mereka boleh:

Bercakap tentang pembelajaran


Menulis (penulisan kreatif dan fakta)
Menggunakan gambar
Mengguna peta minda dan lain-lain bentuk graphic organiser
Guna software spt PowerPoint, Prezi.com
Menggunakan drama
Bina model
Guna alat multi-media. Contoh: video Youtube
Buat poster
Menggunakan lagu
Menulis journal
Role play
Bina senarai perkataan/word walls
Melibatkan diri dalam permainan interaktif dan berstruktur

BERI PELAJAR PILIHAN BAGAIMANA MEREKA BOLEH MEMPERSEMBAHKAN


HASIL PEMBELAJARAN MEREKA:
Pelajar boleh:

Pilih untuk membuat persembahan secara individu, berpasangan atau secara


berkumpulan
Pilih dari CHOICE BOARD

Contoh:

CHOICE BOARD: Pilih satu aktiviti sebagai kaedah persembahan apa yang telah
anda pelajari. Anda boleh bekerja sendiri atau dalam kumpulan.
KAJI kebaikan dan TEMUDUGA datuk atau TEMUDUGA datuk atau
keburukan telefon pintar nenek anda/seorang nenek anda/seorang
dan pamerkan dalam warga emas tentang warga emas tentang
GRAPHIC ORGANISER. kehidupan sebelum ada kehidupan sebelum ada
telefon pintar. Sediakan telefon. Sediakan
UCAPAN selama 2 minit. LAPORAN.
Cipta LAGU tentang Lukis KARTUN tentang Tulis tentang SOAL
telefon pintar dan bersedia telefon pintar. SELIDIK mengenai
untuk dibentang kepada berapa jam seseorang
rakan-rakan di dalam menggunakan telefon
kelas. pintar. Bentangkan dalam
bentuk GRAF dan tulis
rumusan.

17
PENULISAN RPH
Contoh: Bahasa Inggeris

Form 4C
Day/Date 4 Jan 2015
Theme / Topic :People/ Night Market
Focused Skill : Grammar -Simple Past Tense
Duration :8.10 a.m -8.50 a.m.
Learning By the end of the lesson, the students should be able to :
Objectives 1. write sentences in simple past tense correctly.
Success Criteria The students will be successful if they can :
1. identify simple past tense verbs in the text.
2. construct 10 sentences in simple past tense correctly.
Procedure STARTER
1. Students are asked to list 10 verbs on the whiteboard
(using i-Think map)
2. Students are chosen randomly to give the simple past
tense of the verbs listed.
MAIN ACTIVIITIES
1. Students have to identify the verbs in the story given.
(Appendix A)
2. Students construct 10 sentences to complete the story
from previous activity (group work:round table-round robin)
3. Students evaluate the other groups work (critical thinking)
PLENARY
Students are asked to circle verbs in a text (formative
assessment).
Students are asked orally to construct sentences using
verbs given (formative assessment).
OR
Ask students to write down two facts they have learnt in the
lesson and share with a partner(formative assessment).
HOMEWORK (optional)
Students are asked to write one hundred words composition
based on a picture given (creative)

Reflection Reflection is made based on the formative assessment

18
Contoh: Bahasa Melayu

Tema PELANCONGAN
Tingkatan 1 ADIL
Tajuk CUTI-CUTI MALAYSIA
Tarikh/Hari/ 30 JULAI 2016 / KHAMIS / 7.30- 8.50 pagi
Masa
Hasil FU :1.2 Mendengar dan memberikan respons secara lisan dan
Pembelajaran bertulis tentang sesuatu yang diperihalkan oleh orang lain. Aras
1(v)
FS: 1.4 Bersoal jawab secara bertatasusila tentang sesuatu perkara
dengan menggunakan soalan pelbagai aras.Aras 1 (iii)
Objektif Pada akhir pengajaran, murid dapat:
i. 1 Menyatakan lima tempat menarik di Malaysia dengan betul
ii. 2.Bercerita secara ringkas tentang tempat menarik di Malaysia
dengan ayat yang lengkap.
1. 1. Murid-murid diperdengarkan sebuah lagu Cuti-Cuti (Klip Video
Cuti-cuti Malaysia) Malaysia nyanyian Dato Siti Nurhaliza dan
AKTIVITI diminta menyanyikan bersama-sama (set induksi)- Didik Hibur
2. 2. Murid dan guru bersoal jawab tentang lirik lagu yang diperdengar.
3. 3. Murid ditunjukkan (Gambar-gambar menarik di Malaysia)
beberapa contoh gambar tempat yang menarik.
4. Murid bercerita secara umum tentang tempat tempat menarik
yang terdapat dalam gambar tersebut.
6 5. Murid bersoal jawab dengan guru tentang gambar yang
ditunjukkan .
7. 6. Guru memberikan tugasan kepada setiap kumpulan mencari
maklumat mengenai tempat menarik yang telah ditentukan melalui
Internet.TMK Kolaboratif KBAT
8. 7. Wakil murid daripada setiap kumpulan bercerita tentang tempat
menarik kepada kumpulan lain.Kooperatif
8. Murid dalam kumpulan bersoal jawab dengan pembentang.
9. Murid membina peta I-Think(peta bulatan) merumuskan dapatan
tempat-tempat menarik. KBAT
R Rumusan: Murid diminta memberi pengajaran dan nilai murni
tentang pelajaran hari ini. Murid dan guru menyanyi bersama-sama
lagu Cuti-Cuti Malaysia.
P Pengayaan:Murid yang cemerlang diberikan latihan pengayaan
menyiapkan karangan satu perenggan mengenai tempat menarik
yang dibincangkan tadi.
P Pemulihan:Murid yang lemah diberikan latihan pemulihan mengisi
tempat kosong teks petikan tempat yang menarik.

Pengisian Ilmu: Geografi , Pendidikan Sivik dan Kenegaraan


Kurikulum Nilai: Semangat Patriotik,tanggungjawab,mencintai alam sekitar
KBAT: Kreatif dan Inovatif ,Menjana idea,
P&P Abad 21: Kolaboratif dan kooperatif
SistemBahasa Kata Adjektif
Bbm/Tmk Video lagu ,gambar dan Internet
PENILAIAN P D P Murid dapat bercerita dengan ringkas tentang tempat-tempat
menarik di Malaysia
REFLEKSI

19
Contoh: Matematik

MATA- TAJUK 6.0 KECERUNAN & LUAS DI BAWAH GRAF


PELAJARAN STANDARD 6.2 Memahami konsep kuantiti yang diwakili oleh
Matematik PEMBELAJA luas di bawah graf.
-RAN
TINGKATAN OBJEKTIF Pada akhir pengajaran dan pembelajaran ini, pelajar
5PA dapat :
(iv) Menyelesaikan masalah yang melibatkan
WAKTU kecerunan dan luas di bawah graf.
9 & 10 AKTIVITI Set Induksi
Aktiviti : MIX & MATCH
MASA Tujuan: Menggerakkan pelajar supaya bertindak
12.30 1.50 aktif ketika PdP dan bekerjasama dalam satu
petang kumpulan

BIL 1. Setiap pelajar diminta untuk mencari salah satu


KEHADIRAN petunjuk sama ada BENTUK, NAMA atau RUMUS
PELAJAR MATEMATIK yang sepadan di tempat duduk
masing-masing sama ada di bawah meja atau di
/ 37 bawah kerusi mereka.
2. Seterusnya, dalam kumpulan mereka perlu
menggunakan petunjuk yang mereka dapati untuk
KBAT mencari BENTUK, NAMA dan RUMUS MATEMATIK
Menganalisis yang sepadan dengan petunjuk mereka
Menilai disekeliling kelas dan melengkapkan lampiran
yang berada di atas meja.
3. Sebaik sahaja siap, salah seorang wakil perlu
i-THINK berlari ke hadapan kelas dan melekatkannya di
papan putih. (2 minit)
Peta Bulat
Peta Titi Pencetus Idea 1
Peta alir
Aktiviti : PENERANGAN GURU
Kaedah : Mengimbas kembali pelajaran lepas

4. Guru menyebut kembali setiap rumus yang telah


dilengkapkan oleh setiap kumpulan dan
mengaitkan dengan objektif yang akan dijalankan
pada hari ini.
5. Guru juga mengimbas semula setiap rumus yang
akan digunakan oleh pelajar untuk menyelesaikan
soalan yang akan digunakan semasa aktiviti
perbincangan kumpulan nanti. (3 minit)

Penstrukturan semula Idea 1

Aktiviti : PUZZLE

Tujuan : Mengimbas kembali setiap rumus yang


telah dipelajari serta mengaplikasikannya dalam

20
situasi sebenar
6. Setiap kumpulan diberikan satu graf laju-masa.
7. Pelajar secara berkumpulan perlu mengenalpasti
bentuk daripada soalan yang diberikan kepada
mereka dan melekatkan bentuk-bentuk tersebut
pada kertas soalan
8. Seterusnya tulis rumus yang diperlukan untuk
mengira luas di bawah graf iaitu gabungan
daripada pelbagai bentuk yang dibincangkan
sebentar tadi dan selesaikan soalan tersebut ( 5
minit)

Pencetus Idea 2

Aktiviti : Perbincangan berkumpulan


Tujuan : Menguji tahap kefahaman Pelajar
Kaedah: Pembelajaran berpusat murid, guru
sebagai fasilitator

9. Seterusnya pelajar perlu menyelesaikan latihan


yang diberikan dalam masa 20 minit.
10. Guru bertindak sebagai fasilitator semasa
aktiviti ini dijalankan.
11. Sebaik sahaja selesai, setiap kumpulan
diminta untuk menampal hasil kerja kumpulan
masing-masing pada kertas mah-jong dan
dilekatkan disekeliling kelas.
12. Guru Muda setiap kumpulan perlu menunggu
ditempat tersebut bagi memberikan penerangan
hasil perbincangan kumpulan mereka.
Penstrukturan semula Idea 2

Aktiviti : GALLERY-WALK ( 3 Stray, 1 Stay )

Kaedah : Penerangan dari Guru Muda disetiap


Kumpulan

13. Kumpulan yang selesai diminta membuat


Gallery walk
14. Mereka perlu mendengar penerangan,
menyemak dan memberi markah kepada
kumpulan lain dalam masa 10 minit
15. Guru turut sama menyemak jawapan pelajar
untuk memastikan jawapan pelajar mengikut
garis panduan penandaan SPM sebenar
16. Pelajar ini juga diminta menyalin jawapan
yang telah diterangkan oleh kumpulan lain dalam
masa 10 minit.

Pengukuhan Idea
(Kaedah : Pengukuhan terhadap tajuk yang
diajar)
17. Pelajar diberikan latihan pengukuhan dan

21
perlu menyelesaikannya secara individu soalan 1
dan diberi masa 10 minit untuk menjawabnya
18. Guru menyemak secara rawak dan beri pujian
membina kepada pelajar (5 minit)
19. Seterusnya wakil pelajar diminta untuk
merumuskan keseluruhan PdP dengan melakarkan
Peta i-THINK dihadapan kelas (5 minit).
PENGISIAN : Matematik
KURIKULUM ILMU : Bekerjasama, Kerajinan, hormat-
menghormati
NILAI Aktiviti berkumpulan
:Teknologi Maklumat dan Komunikasi
EMK Guru menggunakan soalan tahun-
tahun lepas yang didownload dari
internet
BAHAN Buku Teks, Koleksi Kertas SPM soalan Tahun-tahun
BANTU Lepas, pen marker, calculator saintifik, Wisel, Carta
BELAJAR

PENILAIAN 1. Pelajar memberi langkah kerja berdasarkan


PENGAJARA soalan yang diberikan dengan betul
N DAN 2. Soalan tahun lepas digunakan sebagai garis
ukuran dan pentaksiran
PEMBELAJA
3.
RAN

REFLEKSI

22
BENGKEL PEDAGOGI ABAD KE-21
SESI 3

MASA : 1 JAM

Di akhir sesi 3 ini, guru dapat:

1. berkongsi rancangan pelajaran harian (RPH) yang telah dibina


2. berbincang tentang kekuatan dan kelemahan RPH yang telah dibina
3. menghasilkan RPH yang berkesan bagi keberhasilan pelajar yang
dibimbing

Aktiviti 1(45 minit)

Wakil dari setiap kumpulan matapelajaran mempersembahkan RPH masing-


masing dan strategi pembelajaran masing-masing (Helaian atau worksheet
yang dihasilkan)

Aktiviti 2 (15 minit)

Rumusan oleh seorang wakil dari setiap kumpulan matapelajaran.

23
BONUS

a. Strategi Metakognitif dalam Pembelajaran Bahasa (SPB)

Strategi metakognitif

Strategi Utama Substrategi Strategi


1. Metakognitif 1. Memusatkan o Meninjau dan
pembelajaran kendiri mengaitkan dengan
bahan yang telah
diketahui
o Menghubungkaitkan
o Meletakkan kata
dalam konteks
2. Menyusun dan o Menggunakan
merancang bayangan
pembelajaran kendiri o Pemetaan semantic
o Menggunakan kata
3. Menilai pembelajaran kunci
kendiri o Mewakilkan bunyi
dalam ingatan
o Mengulas teliti
secara berstruktur

Nota: Strategi ini juga boleh digunakan dalam pembelajaran


matapelajaran selain bahasa.

24
b. Stail Pembelajaran

KOMBINASI
Kombinasi dua
atau lebih SP

VISUAL SOLITARI
Suka belajar
Guna gambar, sendirian,
diagram, imej & berdikari
spatial(melukis)

APAKAH STAIL
PEMBELAJARAN
(SP)
ANDA?

VERBAL SOSIAL
Guna perkataan Kerja
dalam berkumpulan,
pertuturan dan memberi
penulisan penjelasan
LOGIKAL/
MATEMATIKAL
Guna logik,
kebolehan
menakul &

Sumber: Adaptasi dari http://265725080178138949.weebly.com/learning-styles.html

25
c. Didik Hibur (Bahasa Melayu)

26
27
d. Didik Hibur (Matematik)

28
29
30
31
32
33
34
e. Soal selidik murid membantu guru mengenal murid dengan lebih baik

NAMA: .................................................. KELAS:


...................................................
Instrumen Kaji Selidik Pelajar

KAJI SELIDIK
Lengkapkan ayat dibawah ini untuk memberitahu guru anda tentang diri anda:

1 Saya suka belajar di sini bila

2 Saya suka bertutur dalam Bahasa Inggeris bila

3 Aktiviti yang paling saya suka di sekolah adalah

4 Di waktu lapang, saya lebih suka

5 Sukan kegemaran saya adalah

6 Makanan yang paling saya gemari adalah

7 Di antara menonton TV, bermain video game dan menggunakan computer, saya lebih suka

.kerana

8
Orang yang saya anggap wira adalah .................................kerana

9 Tanggungjawab saya di rumah adalah

10 Apabila saya bersama kawan-kawan, kami akan

11 Jika menggunakan simbol haiwan untuk menggambarkan siapa saya, saya pilh
................................
Kerana
12 Sesuatu tentang saya yang saya ingin kongsi adalah

35
e. Soal selidik tentang PAK21 membantu guru mengenalpasti pengetahuan merekaa
tentang PAK21
NAMA:.........................................................

SOAL SELIDIK TENTANG PAK21


jika setuju dan jika tidak dengan kenyataan di bawah ini.
Bil Penyataan Setuju Tidak setuju

1 PAK21 adalah berdasarkan pembelajaran aktif

2 PdP adalah berpusatkan murid

3 Masa bercakap guru dan murid adalan 70:30

4 Guru mengawal PdP sepenuhnya melalui perancangan


RPH yang baik

5 Guru mesti menggunakan Teknologi Maklumat


Berkomputer (TMK) dalam PAK21

6 Guru adalah pembimbing dan pemudahcara dalam PdP

7 Guru tidak memberi input dalam PdP

8 Guru merupakan sumber pengetahuan yang utama

9 Pembelajaran koperatif dan kolabaratif merupakan satu


kaedah pembelajaran yang mendorong semua murid
terlibat dalam aktiviti

10 Murid mempunyai autonomi terhadap pembelajaran


mereka sendiri

11 Kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) merupakan


sebahagian dari PAK21

12 i-Think wajib digunakan sebagai alat untuk melatih murid


berfikir aras tinggi

13 Didik hibur dalam PdP adalah satu kaedah yang dapat


menarik minat murid

14 Berlakon adalah satu contoh didik hibur

15 Murid dapat mengingat dengan lebih baik apabila mereka


seronok belajar

36
16 Kajian Masa Depan adalah satu kaedah yang kurang
berkesan untuk meningkatkan kemahiran murid berfikir

17 Pembelajaran berasaskan masalah mendorong murid


untuk berfikiran kritis dan kreatif

18 Revised Taxonomy Bloom adalah satu teori yang


mendukung KBAT

19 Revised Taxonomy Bloom tidak sesuai digunakan untuk


mentaksir pencapaian murid.

21 Dalam merancang PdP, guru tidak perlu mengambilkira


kepelbagaian murid

22 Murid yang lemah harus cuba menyelesaikan tugasan


yang berada di tahap kesukaran yang tinggi

23 Guru harus mencabar minda murid agar potensi mereka


dapat dibentuk dan dibina menjadi kemahiran di tahap
yang lebih tinggi

24 Pentaksiran berasaskan sekolah bukan sebahagian PAK21

25 Memberi murid peluang untuk menilai hasil kerja rakan


membantu murid menjadi seorang yang kritis

37
SIGNAL YANG BOLEH DIGUNAKAN BAGI MENYEMAK SAMADA MURID
FAHAM ATAU TIDAK

Windshield Check

Penilaian formatif ini boleh digunakan untuk membantu murid menyemak tahap
kefahaman mereka tentang isi pelajaran atau konsep yang baru diajar.
Menggunakan anologi windshield , murid boleh memilih signal mana yang dapat
menggambarkan tentang isi pelajaran atau konsep yang mereka pelajari.

CLEAR = Saya faham. Saya sangat faham


BUGGY = Saya faham sebahagian, tetapi ada lagi yang saya tidak
berapa faham.
MUDDY= Saya tidak faham langsung

Penilaian formatif cara ini dapat membantu guru untuk menyemak samada
terdapat kekeliruan dalam PdP beliau, dan ini dapat membantu beliau
menggunakan arahan yang lebih jelas bagi menjelaskan lagi kekeliruan
sebelum meneruskan PdP.

38
Fist to Five

Penilaian formatif ini boleh digunakan untuk membantu murid menyemak tahap
kefahaman mereka tentang isi pelajaran atau konsep yang baru diajar.

KE LIMA-LIMA JARI = Saya faham. Saya sangat faham


A FIST = Saya tidak faham langsung
SATU,DUA,TIGA ATAU EMPAT JARI= Skala kefahaman

Guru boleh meminta murid memberi justifikasi mengapa beliau menunjukkan 5


jari.

39
PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur kepada illahi, modul ini dapat dihasilkan sebagai bahan
perkongsian bersama guru-guru yang bertugas di SMA Arabiah Kluang.
Ucapan jutaan terima kasih kepada Tuan Haji Saharuddin Basri bin Ibrahim
selaku Ketua PPD Kluang dan Encik Shahat bin Mohd Shah, Timbalan KPPD
yang telah memberi sokongan kepada usaha ini. Juga ucapan terima kasih
kepada barisan pentadbiran SMA Arabiah Kluang, En Ayub b Ibrahim, Ketua
Unit Akademik, dan semua pegawai di Unit Akademik. Setinggi tahniah dan
terima kasih juga kepada pegawai-pegawai SISC+ yang telah memberi
sumbangan. Terima Kasih juga kepada Tuan Pengetua SMA Arabiah Kluang
dan rakan-rakan guru di SMA Arabiah Kluang di atas kerjasama dan buah
fikiran yang diberi. Semoga usaha kecil kita ini dirahmati Allah jua. Akhir
sekali, mohon maaf di atas segala kekurangan. Jika terlihat kesilapan kami
dalam modul ini, harap dapat memberi teguran dengan menghubungi kami.
Terima Kasih.

RUJUKAN

Abdul Kadir, S. (2002). Perbandingan Pembelajaran Koperatif dan Tradisional


Terhadap Prestasi, Atribusi Pencapaian, Konsep Kendiri Akademik dan
Hubungan Sosial dalam Pendidikan Perakaunan (Doctoral dissertation,
Universiti Putra Malaysia).

Ali, A. B., & Saud, M. D. M. S. B. (2013). Fasa Awal: Pembentukkan


Kerangka Pembinaan Modul Bahasa C Berteraskan Model Integrasi
Pembelajaran Berasaskan Masalah dan Pendidikan Berteraskan Kompetensi.

Anon (2009) 21st Century Skills: Learning for Life In Our


Timeshttp://21stcenturyskillsbook.com/blog/q-a/

Azizah, N. (2008). Model Pembelajaran Kooperatif Tipe Think Pair Share


Untuk Aktivitas Siswa Dan Hasil Belajar Matematika Anak Tunarungu. Jurnal
Pendidikan Luar Biasa, 4(1), 1-16.

Beetham, H., & Sharpe, R. (2013). Rethinking pedagogy for a digital age:
Designing for 21st century learning. routledge.
Strijbos, J. W. (2016). Assessment of collaborative learning. Handbook of
human and social conditions in assessment, 302-318.

EDUCATING, A. A. T., & KIDS, I. (2016). INQUIRY-BASED LEARNING.

40
Ismail, Z., & Saaid, D. M. (2011). Pelaksanaan Pembelajaran Berasaskan
Masalah (PBM) dalam Matematik di peringkat sekolah menengah. Journal of
Educational Management, 4, 1-17.

Kwok, A. P., & Lau, A. (2015). An Exploratory Study on Using the Think-Pair-
Share Cooperative Learning Strategy. Journal of Mathematical Sciences, 2,
22-28.

Mohamad Said, Mohamad Mohsin and Yunus, Nasruddin (2008) Halangan-


halangan kepada usaha memupuk kreativiti di kalangan pelajar. In: Seminar
Kebangsaan Kemahiran Insaniah dan Kesejahteraan Sosial (SKIKS) 2008,
18-19 Ogos, 2008, Hotel Mahkota, Melaka. Atas talian A
http://eprints.uthm.edu.my/131/ (2 Julai 2016)

Savery, J. R. (2015). Overview of problem-based learning: Definitions and


distinctions. Essential readings in problem-based learning: Exploring and
extending the legacy of Howard S. Barrows, 5-15.

Sudrajat, A. (2008). Pengertian pendekatan, strategi, metode, teknik, taktik,


dan model pembelajaran. Online)(http://smacepiring. wordpress. com).

Sung, H. Y., & Hwang, G. J. (2013). A collaborative game-based learning


approach to improving students' learning performance in science
courses. Computers & Education, 63, 43-51.

Tsay, M., & Brady, M. (2012). A case study of cooperative learning and
communication pedagogy: Does working in teams make a
difference?. Journal of the Scholarship of Teaching and Learning, 10(2), 78-
89.

Yildiz, D. G., & Bumen, N. T. (2013). Effects of Cooperative Learning and


Conflict Resolution Training Integrated into Curriculum on Academic
Achievement, Social Problem Solving Skill. Turkish Journal of
Education, 2(4).

41

Anda mungkin juga menyukai