Berdasarkan kepada kerangka Dasar dan Hala Tuju (DHT) yang diadaptasi dari Model
Kaplan 2010, huraikan pemahaman anda secara holistik bagi menterjemahkan hala tuju
sekolah anda supaya menjadi realiti selaras dengan inisiatif Gelombang Ke-2 PPPM
2016 2020.
JAWAPAN
Sebagai pemimpin atau pengurus sekolah, kemahiran berfikir secara strategik perlu
diamalkan dalam membangunkan hala tuju sekolah. Pemimpin mestilah memahami
dasar kerajaan, hala tuju Kementerian Pendidikan Malaysia dan memahami mandat
yang diamanahkan supaya hala tuju sekolah berada dalam landasan yang betul dan
tepat. Selain daripada visi,misi,nilai dan mandat,Key Result Area (KRA) juga perlu
dijelaskan kepada semua ahli atau organisasi untuk mencapai hala tuju yang
ditetapkan. Analisis persekitaran masa depan dan masa kini perlu dilaksanakan
dengan menggunakan method seperti Strategi Kanvas untuk mencapai visi dan misi
organisasi atau sekolah. Bagi memenuhi Bidang Keberhasilan Utama juga,
pemimpin semestinya mempastikan setiap hasil output dan outcome dicapai.
Aspek yang perlu diberi perhatian diperingkat ini ialah Pemantauan, Penilaian dan
Pelaporan. Justeru itu kita sebagai pemimpin sekolah, perlu membuat pemantauan,
penilaian dan jika perlu membuat penambahbaikan terhadap pelan strategik yang
telah kita bina untuk organisasi kita.
Untuk menjadi pemimpin strategik dan berprestasi tinggi, perlu mempunyai tiga
kompetensi pemimpin (softskills):
A. Berfikiran Strategik
Berfikiran Strategik mengikut Hughes dan Beaty bermaksud Pengetua atau Guru
Besar (PGB) mesti mampu melukis sasaran masa depan terkehadapan melangkau
hari ini. PGB yang berada disekolah seharusnya telah mempunyai perancangan
sendiri untuk menjadikan organisasi atau sekolahnya sekurang-kurangnya selepas 3
tahun. Contohnya selepas 3 tahun PGB telah merancang sekolahnya akan
mendapat taraf Sekolah Kluster dan sebagainya. Cara berfikir PGB mestilah
bersistem dan kerangka pemikirannya, misi dan visi mampu dikongsikan dengan
semua ahli organisasi bagi memastikan semua perancangan difahami bersama dan
mampu dicapai.
B. Proaktif
PGB juga semestinya mempunyai kebolehan menjangka sebarang kemungkinan
yang akan berlaku. Sentiasa bersikap positif dalam merangka dan mengawal
sesuatu kejadian. Setiap aktiviti yang dirancang oleh PGB seharusnya mempunyai
plan kontigensi atas sebarang kemungkinan disamping tidak mudah melatah atas
sebarang kejadian yang diluar kawalan. Ini menjadikan organisasi yang dipimpin
akan sentiasa tenang.
C. Berfokuskan Kualiti
Bermaksud seorang pemimpin yang baik perlu mengutamakan aspek kualiti yang
bermula dari peringkat 1 hingga peringkat 4 dalam mencapai misi dan visi
organisasi. Tidak sambil lewa dalam sebarang tindakan. PGB mestilah sentiasa
memastikan sebarang perancangan yang dibuat diikuti dengan sempurna untuk
memastikan hasil output dan outcome yang terhasil adalah sebagaimana yang
dihasratkan oleh Aspirasi Murid dalam PPPPM serta menepati kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.