Anda di halaman 1dari 4

LAPORAN PAMERAN DUNIA SENI VISUAL 2017

OBJEKTIF

I. Memberi peluang kepada murid untuk belajar cara-cara untuk mempamerkan


hasil karya mereka.

II. Memupuk mimat seni dalam kalangan murid.

III. Membina hubungan dan kerjasama dengan rakan sekelas


untuk meningkatkan kejelekitan pasukan.

IV. Meningkatkan kesedaran menghargai alam sekitar dalam kalangan murid.

STRATEGI PELAKSANAAN :
Strategi pelaksanaan program merangkumi aktiviti yang dijalankan sebelum
pelaksanaan, semasa pelaksanaan dan selepas pelaksanaan program. Setiap
program pula, perlu dirancang dengan teliti serta berpandukan strategi pelaksanaan
yang sistematik dan bersesuaian dengan aktiviti agar mendapat hasil seperti yang
dirancangkan.

Fasa Sebelum Program


Sebelum menjalankan pameran ini, perbincangan bersama Ketua Panitia,
pihak pentadbir sekolah dan guru pembimbing telah diadakan bagi mengetahui projek
yang perlu kami laksanakan. Setelah perbincangan mendapat kata sepakat kami telah
diamanahkan untuk melaksanakan suatu pameran.

Fasa Semasa Program


Fasa seterusnya ialah semasa menjalankan program. Pada hari yang
ditetapkan, pameran seni telah dijalankan di tempat yang diperuntukkan. Murid telah
mempamekan hasil karya mereka dan ada juga yang telah menggunakan bahan
tersebut untuk membuat persembahan dan sebagainya. Murid menunjukkan
komitmen yang tinggi semasa melaksanakan program ini.
Fasa Selepas Program

Setelah selesai program tersebut, laporan penuh berkaitan dengan perjalanan


program disediakan bagi melihat dan mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
program yang dianjurkan. Saya perlu menyiapkan laporan kendiri secara individu bagi
melahirkan perasaan saya ketika menjalankan aktiviti dan memberi sebarang
cadangan penambahbaikkan pada masa akan datang. Laporan program juga perlu
menampilkan gambar-gambar aktiviti sepanjang program tersebut.

REFLEKSI

1) Kekuatan Projek/Aktiviti

Pelbagai manfaat dan faedah yang telah diperolehi sepanjang berlangsungnya


projek ini. Setiap manfaat dan faedah yang diperoleh dianggap sebagai kekuatan di
dalam projek ini. Antara kekuatan semasa menjalankan program ini ialah dapat
memberi satu peluang yang baik kepada murid untuk mempelajari cara membuat
pameran dan menghasilkan sesuatu hasil kerja dengan rakan-rakan lain demi
memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah.

Selain itu, melalui pelaksanaan projek ini, ia dapat memupuk minat murid dalam
subjek seni visual. Secara tidak langsung, projek ini dapat meningkatkan kesedaran
murid-murid tentang kepentingan menhayati karya seni.

Kekuatan yang saya perolehi ialah dapat bekerjasama dengan semua guru
dalam menjayakan projek ini. Walaupun projek ini tidak sebesar peringkat sekolah
namun kerjasama daripada semua guru adalah baik. Banyak tunjuk ajar dan
cadangan telah saya perolehi untuk mengadakan pameran ini. Projek ini juga telah
dapat memberi kesan motivasi dalaman kepada murid untuk memupuk minat
terhadap karya seni. Kreativiti dan inovatif merupakan objektif utama dalam
pengajaran dan pembelajaran murid.
2) KELEMAHAN PROJEK/AKTIVITI
Masa yang terhad menyebabkan saya terpaksa mencari masa yang sesuai
untuk membuat pameran tersebut. Semasa waktu persekolahan saya tidak dapat
melakukannya kerana akan menggangu masa pdpc. Namun segalanya berlaku
seperti yang dirancang dan telah berjaya disiapkan lebih awal daripada masa yang
telah ditetapkan.

CADANGAN PENAMBAHBAIKAN :

Bagi mengatasi masalah yang dihadapi, cadangan penambahbaikan adalah


perlu agar masalah yang sama tidak berulang kembali di masa akan datang. Oleh itu,
bagi mengatasi masalah ini adalah dicadangkan agar masalah ini dirujuk kepada
pihak yang lebih arif dan mendapatkan khidmat nasihat daripada pihak yang
berkaitan.

Saya harus membuat perancangan masa membuat projek yang lebih


sistematik supaya projek ini dapat dijalankan dengan lebih baik dan disiapkan pada
masa yang ditetapkan. Tempoh masa program yang singkat juga dicadangkan dapat
dilanjutkan bagi meningkatkan hasil program ini. Saya juga boleh mengabiskan kerja
pada waktu petang iaitu selepas habis sekolah untuk menghabiskan projek dengan
cepat. Saya terpaksa mengambil masa yang terluang untuk menyiapkan kerja-kerja
tersebut. Walaubagaimanapun, apa yang saya perolehi sepanjang program ini akan
saya jadikan sebagai satu pengalaman yang bermakna dan boleh digunakan pada
masa akan datang. Pengurusan masa yang baik akan dapat mendidik saya supaya
melakukan kerja mengikut seperti apa yang telah dirancang dan tidak terburu-buru
dalam melakukan sesuatu kerja.

Sokongan daripada guru-guru terhadap pelaksanaan projek ini juga penting


jika saya mahu melakukan pameran seperti ini. Sebagai contoh guru Dunia Seni
Visual boleh membantu saya dalam memberikan idea untuk memastikan pameran
tersebut berjalan dengan lancar.
KESIMPULAN

Melalui pameran ini, saya rasa bersyukur kerana telah memperoleh banyak
pengalaman dan pengetahuan yang baru. Saya telah mempelajari cara membuat
kertas kerja, cara-cara mengurus dan mengendalikan sesuatu pameran dengan
sistematik. Penting sekali, saya dapat memahami betapa pentingnya semangat saling
tolong-menolong dan bekerjasama dengan rakan seperjuangan untuk menyiapkan
sesuatu pameran. Dengan selesainya projek ini, ia pastinya menarik minat murid-
murid untuk belajar.

Hasil projek ini telah dapat memberi satu peluang yang baik kepada murid untuk
mempelajari cara membuat dan mempamerkan hasil karya seni dengan rakan lain
demi memupuk semangat kerjasama dan berpasukan di sekolah. Beberapa bantuan
yang diberikan, dapat mengeratkan lagi hubungan dengan murid-murid sekolah ini.
Selain itu, guru pembimbing, staf sekolah serta pekerja-pekerja turut membantu dalam
proses lengkapkan pameran ini. Mentor saya juga telah banyak membantu saya
semasa melaksanakan tugas saya. Saya sentiasa merujuk beliau jika menghadapi
masalah. Beliau telah memberi tunjuk ajar dan juga cadangan untuk membantu
menyenangkan tugas saya. Banyak kemahiran telah saya praktikkan semasa
melaksanakan pameran tersebut.