Anda di halaman 1dari 7

PENULISAN JURNAL ( MINGGU KETIGA )

1. Masalah
Di sepanjang minggu ini, saya dapati bahawa saya menghadapi masalah
dengan mengawal tingkah laku murid-murid semasa menguruskan mereka di dalam
kelas dan juga di padang. Masalah untuk memastikan murid menerima arahan guru
dengan tepat dan dapat memahaminya seterusnya mengikuti arahan tersebut. Saya
juga berhadapan dengan masalah bagi memastikan murid-murid melibatkan diri
dalam aktiviti yang dianjurkan kerana ada murid-murid yang tidak mahu memberikan
kerjasama.

2. Analisis
Masalah ini timbul disebabkan oleh kurangnya ketegasan dalam diri saya semasa
mengawal murid-murid. Penyesuaian aktiviti selaras dengan masa kurang
memuaskan dalam menarik perhatian murid-murid supaya dapat memberikan
tumpuan juga merupakan salah satu kelemahan dalam diri saya yang perlu
diperbaiki. Arahan yang mudah, tepat tetapi padat juga harus dititikberatkan dan
pengurusan mengendalikan pembahagian murid-murid dalam setiap acara juga
harus saya perbaiki.

3. Cadangan Untuk Memperbaiki.


Untuk memperbaiki masalah yang saya hadapi, saya telah memikirkan beberapa
langkah-langkah yang sesuai bagi menghadapi masalah ini :-
1) Saya harus mempertingkatkan cara untuk memberikan arahan yang jelas,
mudah difahami untuk semua murid.
2) Saya juga mestilah tegas dalam menangani masalah tingkah laku murid yang
tidak mahu memberikan kerjasama dan mempertingkatkan tahap
pengendalian sesuatu program seperti aktiviti senam aerobik, bahagian
urusetia perkhemahan yang telah dipertanggungjawabkan kepada saya.
3) Saya berbincang dan mendapatkan pandangan daripada rakan seperjuangan
saya yang lain yang juga menghadapi masalah yang sama agar sama-sama
dapat menghadapinya dan memperbaiki masalah ini.
4) Nasihat dan rujukan daripada guru pembimbing saya yang lebih
berpengalaman perlu diambil dan sentiasa menjadi sumber rujukan utama.

4. Kawalan kelas
Saya perlu mangatasi masalah ini dengan kadar pantas. Kawalan murid amat
penting dalam menjalankan satu-satu proses yang berkesan. Di harap saya dapat
mengawal tingkah laku murid-murid dan dapat dipraktikannya semasa di dalam kelas
semasa proses pengajaran pada minggu hadapan. Cara arahan diberi juga harus
saya kuasai sepenuhnya agar murid-murid faham apa yang saya kehendaki untuk
dilaksanakan oleh mereka.

5. Penilaian Kejayaan
Masalah ini berjaya diatasi apabila saya bekerjasama dengan guru pembimbing saya
atau mana-mana guru yang berpengalaman untuk meminta pandangan dan
pendapat. Saya juga perlu memvariasikan kaedah serta strategi kawalan murid agar
murid tidak bosan dan dapat memberi sepenuh perhatian seiring dengan
pengawalan tingkah laku mereka yang terkawal.
.
6. Tindakan susulan
Saya akan memaplikasikannya semasa membuat rancangan pengajaran harian,
saya akan cuba untuk merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang
menyeronokkan sesuai dengan tahap kognitif murid-murid saya. Saya juga akan
mencuba pelbagai kaedah dan bersikap lebih tegas sekiranya murid-murid
menimbulkan sebarang masalah yang di luar kawalan saya.
PENULISAN JURNAL (MINGGU KEEMPAT)

1. MASALAH
Setelah empat minggu berada di sini, saya telah mengalami masalah
berkaitan dengan kurangnya pendedahan tentang cara menarik perhatian
murid-murid. Minggu lepas,pada hari Khamis bersamaan dengan 25hb Julai
2010, saya telah dipantau oleh pensyarah pembimbing saya bagi subjek
major iaitu Kajian Tempatan. Akan tetapi, keadaan kelas pada waktu itu agak
panas dan para pelajar sukar di kawal dan masing-masing hanya tahu
membuat bising dan leka bergurau dengan rakan di sebelah. Selain itu,
masalah ini timbul kerana adanya beberapa orang murid yang mengganggu
murid lain sewaktu sesi pengajaran dijalankan.

2. ANALISIS
Masalah ini timbul mungkin kerana mereka berasakan bahawa waktu Kajian
Tempatan adalah waktu yang tidak perlu dititik beratkan kerana mereka tidak
menggemarinya dan agak sukar untuk dipelajari. Tambahan pula, mungkin
kerana waktu ini adalah sebelum waktu rehat dan ini menambahkan lagi
kebarangkalian untuk tumpuan sepenuhnya terganggu kerana keadaan cuaca
yang semakin terik dan tidak menyelesakan. Selain itu, pengajaran saya
sendiri mungkin tidak berunsurkan permainan yang mana dapat menarik
perhatian beberapa orang murid yang mengganggu agar turut serta dalam
sesi pengajaran yang berlangsung.

3. CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI


a. Saya akan cuba menukarkan persekitaran murid kepada yang lebih dingin
seperti belajar di dalam makmal agar suhu yang lebih dingin akan lebih
menyelesakan mereka untuk meneruskan pembelajaran dengan baik.
b. Saya juga akan memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran saya
berunsurkan permainan agar dapat menewaskan faktor hilang rasa ingin
belajar murid yang seterusnya dapat meningkatkan lagi minat mereka
dalam mempelajari mata pelajaran Kajian Tempatan ini.
c. Agar memastikan kelakuan murid-murid yang mengganggu semakin baik,
saya seharusnya bersikap lebih tegas dan mengambil inisiatif iaitu
membawa rotan sebagai gimik kepada mereka bahawa saya merupakan
seorang guru yang tidak mudah untuk mereka berasa tidak serius dalam
pembelajaran.
d. Saya akan mendapatkan bimbingan dan nasihat daripada pensyarah
pembimbing dan guru pembimbing disamping berbincang dengan rakan-
rakan lain.

4. TEMPOH MASA
Perkara mengubah tingkah laku seperti ini perlu mengambil sedikit masa
untuk dibiasakan. Saya menjangkakan dalam tempoh seminggu, ia pasti
dapat dilaksanakan kerana sebelum ia dilaksanakan, ia memerlukan
persetujuan kedua-dua belah pihak antara guru dan murid.

5. PENILAIAN KEJAYAAN
Saya akan meminta kerjasama pensyarah pembimbing dan guru pembimbing
untuk memberi penilaian tentang kejayaan saya disamping meminta
pandangan dari rakan.

6. TINDAKAN SUSULAN
Saya juga akan bertukar-tukar cara pengajaran saya kepada yang lebih
berunsurkan murid dan bahan bantu mengajar agar mereka dapat melakukan
aktiviti melalui pergerakan supaya rasa bosan mereka hilang dan lebih aktif
dalam aktiviti belajar.
PENULISAN JURNAL (MINGGU KELIMA)

1. MASALAH
Pada minggu kelima ini sesi pengajaran dan pembelajaran hanya berlangsung pada
hari ahad dan isnin sahaja. Minggu ini merupakan minggu peperiksaan percubaan
UPSR dan OTI 3 baru murid tahun 1 hingga 5. Sebagai guru pelatih, ini merupakan
kali pertama kami terlibat secara langsung dalam pengawasan peperiksaan dan
merupakan pengalaman bermakna untuk saya sebagai seorang guru kelak. Masalah
yang saya hadapi sepanjang mengawal peperiksaan ialah saya gagal mengawal
kelas sewaktu peperiksaan berlangsung. Murid-murid bercakap-cakap dan bermain
setelah selesai menjawab soalan.Mereka lebih gemar bermain daripada menyemak
kembali jawapan mereka dan hal ini menyebabkan bunyi bising sewaktu peperiksaan
berlangsung walaupun di tegah oleh saya.

2. ANALISIS

Masalah ini timbul kerana mereka mempunyai banyak masa setelah mereka
menyiapkan jawapan bagi soalan-soalan yang dikemukakan. Mereka tidak
menggunakan masa yang diperuntukkan dengan sempurna dan tergesa-gesa
menyiapkan jawapan tanpa menghiraukan sama ada jawapan itu tepat ataupun
tidak. Masalah ini juga mungkin timbul disebabkan sikap saya yang tidak tegas dan
gagal menyatakan peraturan peperiksaan dengan jelas kepada murid. Masalah ini
hanya melibatkan murid-murid di kelas belakang dan segelintir murid di kelas
hadapan dan hanya berlaku pada hari pertama peperiksaan sahaja.
3.CADANGAN UNTUK MEMPERBAIKI

Untuk memperbaiki masalah yang saya hadapi, saya telah memikirkan beberapa
langkah-langkah yang sesuai bagi menghadapi masalah ini :-
1) Saya perlu menyatakan peraturan peperiksaan dengan nyata dan memberi
arahan peperiksaan dengan lebih jelas dan tegas.
2) Saya juga perlu mengambil tindakan tegas terhadap murid yang
mengganggu perjalanan peperiksaan kerana mencegah lebih baik
daripada mengubat.
3) Saya juga akan menekankan kepentingan memeriksa kembali jawapan
kepada murid sewaktu sesi pengajaran dan pembelajaran nanti.

4.TEMPOH MASA

Saya perlu mengatasi masalah ini serta merta kerana proses peperiksaan perlu
berlangsung dengan suasana yang senyap dan mengikut peraturan peperiksaan
seperti yang telah digariskan oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia.

5.PENILAIAN KEJAYAAN

Saya akan meminta pandangan dan kerjasama pensyarah pembimbing untuk


memberi penilaian tentang kejayaan saya di samping guru pembimbing dan juga
rakan sebaya.

6. TINDAKAN SUSULAN

Saya akan mengadakan perkongsian ilmu daripada guru-guru di sini mengenai cara
berkesan mengawal murid sewaktu peperiksaan berlangsung dan peraturan-
peraturan yang berkaitan dengan peperiksaan. Perkongsian ilmu ini juga meliputi
kaedah menanda kertas jawapan serta peraturan memberi markah.

Anda mungkin juga menyukai