Anda di halaman 1dari 19

PEMARKAHAN

KAUNSELING SILANG BUDAYA (KKS6013)


SEMESTER 1 2015/2016

TUGASAN:

LAPORAN SESI KAUNSELING INDVIDU PELBAGI


BUDAYA

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO. MATRIK NO. TELEFON

NURSURIANI BINTI OTHMAN M20141000766 0177017740

NAMA PENSYARAH: DR. NURUL AIN BINTI MOHD DAUD

TARIKH SERAH: 12 DISEMBER 2015


2

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 Permulaan Sesi/ Bina Rapo (Fasa 1) 3

2.0 Penerokaan (Fasa 2) 6

3.0 Konseptual Masalah/Kes/ Mendefinisikan Masalah Dan Penetapan 8

Matlamat (Fasa 3)

4.0 Penerokaan Alternatif Dan Pelan Tindakan (Fasa 4) 12

5.0 Penamatan Sesi (Fasa 5) 16

6.0 Kesimpulan 17

Rajah 2.1 Kerangka Konsep Teori Pilihan 9

Rajah 4.1 Porses Pelan Tindakan Teori Pilihan 12

Rujukan 19

Lampiran
3

1.0 Permulaan Sesi/ Bina Rapo (Fasa 1)

Shuhada datang dalam keadaan sukarela. Dia kelihatan agak sugul ketika mendekati kaunselor.
Kadangkala dia kelihatan seperti tidak tahu arah dan tuju apa yang dicakapkannya. Fikirannya
seaakan melayang ketempat lain. Walaubagaimanapun, kaunselor tetap menerima beliau tanpa
syarat. Melihat penampilan luaran beliau, beliau seorang yang kemas dan menjaga penampilan.
Pada mulanya berkomunikasi bersama beliau, beliau cakap tersangatlah perlahan dan
menyukarkan kaunselor untuk mengetahui butir perbualan shuhada namun lama kelamaan
suaranya agak baik dan dapat didengari. Selepas itu, kaunselor memulakan bicara dengan
bertanya khabar dan membina hubungan. Kaunselor memulakan ayat dengan menyatakan secara
jelas tentang peranan kaunselor dan klien pada sesi itu. Malah, kaunselor juga menerangkan
tentang etika kerahsian dan meminta kebenaran klien untuk direkodkan sesi kaunseling itu.
Setelah klien bersetuju kaunselor memulakan sesi kaunseling. Pada mulanya kaunselor hanya
bertanyakan tentang dah makan ke belom? Sihat atau tidak? Dan terus meminta klien yang
bernama shuhada itu menceritakan apa yang ingin dikongsikan. Namun, setelah melihat
permasalahan yang dibawa oleh shuhada ini berkaitan dengan keluarga. Kaunselor mula
bertanyakan tentang latar belakang keluarga Shuhada dan antara maklumat yang diperoleh
berdaasarkan model RESPECTFUL ialah :

1) Religion
Klien seorang yang berpegang teguh dengan agama dan mempunyai nilai-nilai agama
yang sangat tinggi. Hal ini mungkin kerana beliau dididik dan telah berada di sekolah
agama selama 3 tahun. Beliau tidak dapat menerima apabila abangnya selalu tidur di
rumah tunangnya.

2) Etnik
Klien datang daripada etnik melayu bugis. Namun, tidak ada apa yang membezakan
klien dengan orang lain dan kaunselor masih boleh memahami keadaan dan budaya
klien
4

3) Sexual Issue
Tiada sexual issue yang ditemui kerana klien juga seorang perempuan seperti mana
kaunselor. Klien juga tidak kelihatan bias kepada individu yang berlainan jantina.

4) Psychological Maturity
Melihat kepada aspek kematangan psikologi, jelas beliau tidak begitu matang dalam
kebanyakan hal terutama dalam menentukan cara untuk bercakap bersama abangnya.

5) Economic Class
Kelas ekonomi diri klien sederhana dan klien kelihatan tidak tertekan dengan kelas
ekonomi dirinya.

6) Chronological challeges
Kehidupannya kelihatan agak mencabar apabila terpaksa berpindah randah dan
bertukar sekolah. Malah, hubungan kekeluargaan yang tidak begitu akrab juga
memberi cabaran kepada dirinya.

7) Trauma
Berdasarkan kepada apa yang diceritakan oleh klien, beliau seperti agak trauma untuk
berhadapan dan bercakap dengan abangnya. Bahkan beliau kelihatan agak gusar
apabila diminta untuk menghubungi abangnya melalui mesej atau whassup.

8) Family History
Beliau tidak menceritakan tentang sejarah keluarga yang memberikan tekanan hebat
kepada diri beliau. Ia sekadar hubungan tidak baik antara keluarganya dan abangnya
sahaja.

9) Unique Physical Characteristics


Tiada perwatakan fizikalnya yang unik. Beliau kelihatan sama seperti orang lain dan
tidak menyatakan apa-apa bias berkenaan dengan isu ini.
10) Language And Location Residence
5

Bahasa yang digunakannya juga jelas sama seperti bahasa yang digunakan oleh
kaunselor itu sendiri.
6

2.0 Penerokaan Isu (Fasa 2)

Shuhada merupakan anak ketiga daripada empat orang adik beradik. Shuhada mempunyai
seorang abang, seorang kakak dan seorang adik. Ayahnya tidak mempunyai pekerjaan tetap,
manakala ibunya pula seorang pekerja kilang di Pulau Pinang. Shuhada berumur 15 tahun dan
bersekolah di sebuah sekolah agama daerah kerian. Permasalahan yang dialaminya bermula
dengan hubungan antara beliau dan abangnya agak baik. Namun, menurut beliau setelah
berpindah daripada negeri Sembilan ke Perak abangnya berubah sikap menjadi agresif kerana
pengaruh rakan sebaya. Hal ini memberikan tekanan yang hebat di dalam dirinya. Shuhada
menyatakan bahawa abangnya bukan sahaja akan memarahi dirinya malah pernah memukul
dirinya atas kesalahan kesalahan kecil yang beliau lakukan. Ini menyebabkan shuhada
mengelakkan diri daripada abangnya. Hubungan shuhada dan abangnya semakin menjauh kerana
shuhada risau dan bimbang abangnya akan bersikap ganas terhadap dirinya. Menurut shuhada
lagi, abangnya bukan sahaja akan bertindak agresif ketika bersama beliau. Malah, abangnya juga
sering melawan ibu dan ayahnya. Malah,ayahnya juga pernah menghalau abangnya keluar
daripada rumah tersebut. Tambah Shuhada lagi, hubungan ibunya dan abangnya kini juga tidak
berapa baik. Masalah tingkah laku abangnya ini memberikan impak atau kesan yang sangat hebat
kepada diri shuhada buktinya shuhada menjadi pendiam dan sering berkurung di dalam bilik. Ini
menjadikan hubungan keluarga itu semakin renggang dan jauh. Tentu sekali ini memberikan
tekanan dan kesedihan di hati shuhada. Shuhada sering memikirkan bahawa keluarganya hanya
akan kembali aman dan gembira andai abangnya berubah sikap.
7

Contoh Dialog Penerokaan Dalam Sesi Kaunseling Yang Pertama:

Kaunselor : apa yang mengganggu dan memberikan tekanan dalam hidup shuhada berkaitan
dengan abang shuhada?

Klien (Shuhada) : Dia suka kurang ajar dengan mak dan abah. Bahasakan diri aku hang sahaja
dengan mak abah. Mak kami (shuhada) selalu menangis. Kami tak boleh tengok mak kami
menangis. Kami rasa macam tertekan sangat sebab hubungan yang tak rapat dengan abang ni.

Kaunselor :Shuhada pernah tak cuba ajak abang berbual-bual kosong?

Klien : selagi dia tidak berubah selagi itulah kami (shuhada) tak dapat nak bersembang-
sembang dengan dia. Kalau sembang pun, sembang perkara penting ja. Macam mak panggil ka.
Lagipun abang selalu tak dak kat rumah. Dia biasanya tidoq rumah tunangdia. Abah marah
juga sebab depa belum ada ikatan yang sah lagi.tapi dia suka melawan balik.

Di atas merupakan antara contoh dialog penerokaan yang dilakukan oleh kaunselor.
Kaunselor cuba meneroka punca sebenar yang menyebabkan klien berasa sedih dan terganggu di
dalam hidupnya. Klien pula menyatakan bahawa punca sebenar dia berasa terganggu ialah
kerana abangnya yang sering bertindak agresif terhadap dirinya dan keluarganya yang lain.
Kaunselor juga cube meneroka dengan bertanyakan pernah atau tidak mereka berbual kosong.
Pertanyaan ini dilemparkan untuk melihat sejauh manakah keretakan hubungan klien dan
abangnya. Jawapan klien menunjukkan bahawa hubungan klien dengan abangnya sememang
sudah sangat jauh.

Di dalam penerokaan ini, apabila melihat aspek pelbagai budaya. Klien di lihat sangat
berpegang teguh dengan ajaran agama. Klien tidak menyukai sikap abangnya yang sering tidur di
rumah tunangnya. Malah beliau juga ada mengatakan di situ bahawa abahnya juga ada memarahi
abangnya. Namun sering dipandang remeh oleh abangnya itu.
8

3.0 Konseptual Masalah/Kes/ Mendefinisikan Masalah Dan Penetapan Matlamat (Fasa 3)

Berdasarkan kes di atas, kes akan di analisi merujuk kepada teori pilihan. Merujuk kepada Teori
Pilihan yang diasaskan oleh Willian Glasser individu bermasalah apabila keinginan mereka tidak
dapat dipenuhi. Keinginan ini dipengaruhi oleh keperluan psikologi dan fisiologi. Antara
keperluan psikologi dan fisiologi ialah :

1) Menyayangi dan disayangi;


2) Penghargaan;
3) Kebebasan;
4) Kegembiraan; dan
5) Kelangsungan Hidup.

Begitu juga konflik timbul apabila individu dapat apa yang mereka tidak hendak.
Keadaan ini, boleh mewujudkan keseronokan atau kesakitan kepada diri individu tersebut.
Konflik ini akan mempengaruhi tingkah laku, pemikiran, perasaan dan fisiologi individu.
Keseluruhan tingkah laku ini akan menyumbang kepada identiti berjaya dan identiti gagal.
Personaliti gagal terbentuk apabila individu gagal memenuhi kehendaknya dengan cara yang
bertanggungjawab. Personaliti gagal biasanya kecewa dengan kehidupan dan sentiasa menafikan
kegagalan yang mereka hadapi. Personaliti gagal akan memilih simptom negatif dan akhirnya
mengalami tingkah laku yang tidak efektif. Individu yang gagal ini akan melarikan diri daripada
tanggungjawab setelah emosi dan pemikirannya terganggu (Ahmad Jazimin & Muhammad
Bazlan, 2012).

Matlamat utama Teori Pilihan adalah untuk mengajar seseorang bagaimana hendak
mendapatkan apa yang dikehendaki dalam hidup dengan cara yang terbaik. Hal ini demikian
kerana, manusia bertingkah laku kerana mempunyai tujuan. Oleh itu, manusia mampu berusaha
merubah hidup dengan lebih baik. Pilihan yang mengganggu kebebasan orang lain merupakan
tingkah laku yang tidak bertanggungjawab. Berdasarkan kepada Teori Pilihan, saya telah
merangka satu konsep kes untuk menganalisis masalah sebenar kelompok tersebut
9

SI TB CP
LOVE &
klien BELONGING
Abang
sering inginka
memarahi n FUN
dan tidak
CONFLICT
abangn
mesra QW
ya BN SURVIVAL
dengan
klien seperti
dahulu FREEDOM

POWER

FI TB CP

Pertunjuk :
Acting Thinking
Berkelakuan mengelak Fikir jika abangnya BN- Basic Need
dan tidak bercampur berubah pasti mereka
CP-Comparing Place
dengan keluarga yang lain semua akan bahagia
Physiologi Emotions QW-Quality World
Tidak berselera untuk Tertekan dan sangat sedih
TB-Total Behaviour
makan
FI-Failed Indentiti

Rajah 3.1

Kerangka Konsep Kes Teori Pilihan


10

Berdasarkan kepada Teori Pilihan yang diasaskan oleh William Glasser, Individu akan
mempunyai masalah dengan dirinya sendiri jika salah satu daripada lima keperluan asas itu tidak
dapat dipenuhi. Merujuk kepada kes yang dihadapi oleh Shuhada, klien berasa sangat tertekan
dan sedih kerana hubungannya dengan abangnya tidak sebaik dan seerat dahulu lagi sejak
berpindah daripada negeri Sembilan ke perak. Hal ini sangat menganggu dirinya. Klien berasa
rindu akan masa lampaunya bersama abangnya. Hal ini menunjukkan bahawa klien bermasalah
kerana keperluan asas beliau tidak dipenuhi iaitu love & belonging ataupun perasaan kasih
sayang antara seorang adik kepada abangnya. Selain itu, shuhada juga dikenalpasti tidak dapat
memenuhi keperluan asasnya yang kelima iaitu fun. Dia berasa sedih dan tidak seronok apabila
abangnya tidak seperti abang orang lain. Menurut beliau, beliau cemburu dengan rakan-rakannya
yang rapat dan mempunyai hubungan yang baik dengan abang mereka. Dia teringin untuk
abangnya datang mengambilnya di sekolah dan kemudian pulang ke rumah. Namun, semua itu
hanya mimpi kerana abangnya tidak akan pernah melakukan perkara tersebut.

Hal ini menyebabkan klien semakin menjauhkan diri daripada abangnya dan keluarga
yang lain. Beliau sering berkurung di dalam bilik dan hanya akan turun untuk makan dan
sebagainya. Konflik dalaman diri klien ini bermula apabila apa yang diinginkan klien iaitu
hubungan baik bersama abangnya (Quality World) tidak sama dengan apa yang klien dapat di
dalam kehidupan realitynya. Di dalam kehidupan realitinya, abangnya sering memarahinya untuk
perkara-perkara yang remeh dan baginya tidak patut di marah dan diherdik (Real World).
Seterusnya, klien mula membuat pertimbangan di dalam hidupnya bahawa abangnya sepatutnya
menjadi seperti abang rakan-rakannya yang sangat menyayangi adik mereka dan boleh bermesra
dengan adik mereka. (comparing place). Disebabkan oleh abangnya tidak memberikan layanan
yang dirasakan sepatutnya dia dapat. Beliau membuat keputusan untuk bertingkah laku mengelak
dan menjauhkan diri daripada abangnya dan hanya bercakap bila perlu. Sebagai contoh apabila
emaknya meminta untuk dipanggilkan abangnya dan sebagainya. Penolakan realiti ini
membentuk sikap dan sahsiah klien yang tidak baik seterusnya membentuk identiti gagal.

Berdasarkan kepada kes shuhada ini, pemahaman tentang aspek pelbagai budaya ini juga
penting bagi melihat bagaimana keadaan tersebut mempengaruhi klien dalam membuat
tanggapan terhadap permasalahan yang beliau alami. Merujuk kepada model RESPECTFUL,
permasalahan shuhada di boleh difahami berdasarkan aspek kematangan psikologi, trauma, dan
11

lokasi penempatan. Jika kita lihat dan kaji shuhada sebenarnya seakan mempunyai satu trauma
apabila diminta untuk sekalipun berbuat baik kepada abangnya melalui telefon, beliau sendiri
ada yang menyatakan beliau takut jika dimarahi atau di pukul abangnya. Keadaan ini
menyebabkan kesukaran shuhada di dalam memilih cara untuk berhubung baik semula dengan
abangnya kerana kekangan dari aspek dirinya sendiri. Berdasarkan kepada aspek lokasi
penempatan, shuhada percaya bahawa penyebab abangnya berubah adalah kerana pengaruh
rakan-rakan di Perak. Beliau beberapa kali mengulanginya bahawa rakan-rakan di Perak la yang
telah mempengaruhi abangnya dan menjadikan abangnya seorang yang ganas dan agresif. Beliau
juga ada menyatakan bahawa tingkah laku abangnya tidak seperti sekarang ini semasa berada di
nilai tiga. Selain itu, aspek silang budaya yang jelas kelihatan ialah kematangan psikologi klien,
klien belum cukup matang dari aspek psikologi untuk cuba menyelesaikan masalahnya sendiri
lalu klien membuat keputusan untuk lari daripada masalah dan berkurung di dalam bilik untuk
mengelak daripada berjumpa dengan abangnya seterusnya dapat menghindarkan diri daripada di
marahi abangnya.
12

4.0 Penerokaan Alternatif Dan Pelan Tindakan (Fasa 4)

Menurur Glasser (1992), prosedur ke arah perubahan adalah berdasarkan kepada andaian bahawa
manusia dimotivasikan untuk berubah apabila :

ia yakin bahawa tingkah laku masa kininya tidak dapat menolongnya mendapat apa
yang dikehendakinya; dan
ia percaya bahawa ia boleh memilih tingkah laku yang akan mendekatkannya kepada
apa yang ia ingini.

Pelan tindakan di dalam teori realiti berasaskan kepada sistem WDEP. WDEP merupakan
akronim strategi dalam Terapi Realiti yang boleh digunakan oleh guru untuk menolong murid
berubah dari segi aspek tingkah laku yang sesuai dengan kehendak individu tersebut.
Wubbolding dan Brickell (1999) menyatakan bahawa W merujuk kepada wants, needs and
perceptions (kehendak, keperluan dan persepsi). D merujuk kepada directions and doing (terarah
dan lakukan) manakala E merujuk kepada evaluation (penilaian) dan akhirnya P pula merujuk
kepada planning and commitment (pelan bertindak dan komited).

P D

Rajah 4.1
Proses Pelan Tindakan Teori Realiti
13

1) Wants

Penerapan strategi dalam Terapi Realiti bermula di peringkat W (Wants, Needs &
Perception) di mana kita akan meneroka kehendak, keperluan dan persepsi ahli kelompok
tersebut tentang hidupnya. Apakah harapan dan keinginan shuhada di dalam hubungannya
bersama dengan abangnya? Dan apakah yang tergambar dalam kotak fikiran shuhada
terhadap keinginnnya yang tidak dapat buat masa sekarang ini? Merujuk kepada kajian kes
shuhada, apa yang klien inginkan ialah hubungan mesra dan erat antara seorang abang dan
adik. Selain itu, klien juga menginginkan abangnya menghormati ibu dan ayah mereka.
Namun, shuhada telah memilih untuk menjauhkan diri daripada abangnya untuk
menghindarkan diri daripada dimarahi atau dipukul oleh abangnya. Kaunselor harus
menyedarkan klien adakah pemilihan tingkah lakunya itu betul dan akan memperbaiki
hubungan antara dirinya dan abangnya. Jika tidak, apakah tingkah laku beliau yang perlu di
ubah untuk merapatkan lagi hubungan beliau dengan abang.

2) Doing

Terapi realiti menekankan tingkah laku masa kini dan juga mengambil kira peristiwa masa
lalu hanya dari segi kaitannya bagaimana peristiwa ini mempengaruhi individu bertingkah
laku sekarang. Fokus masa kini dicirikan dengan soalan-soalan yang sering ditanyakan
seperti apa yang anda buat sekarang?. Walaupun, masalah berpunca daripada masa lalu,
individu perlu belajar menanganinya pada masa kini. Pada mulanya, klien sendiri sukar untuk
memberi jawapan apa yang di hendak dan akan lakukan. Hal ini demikian kerana beliau tidak
terbuka dan kelihatan agak trauma apabila kaunselor bertanyakan adakah beliau selesa jika
cuba menghubungi abang beliau melalui telefon. Pada sesi yang pertama klien menyatakan
bahawa dia belum bersedia dan kaunselor bertanyakan pula bagaimana jika dia bertanyakan
tentang diri abangnya itu kepada kakak beliau. Hal ini demikian kerana klien ada menyebut
bahawa abangnya agak rapat dengan kakaknya. Klien akhirnya memilih untuk berbual
dengan kakaknya terlebih dahulu sebelum cuba merapatkan diri dengan abangnya. Oleh itu,
pada sesi pertama kerja rumah yang tinggalkan ialah :
14

(i) Klien perlu cuba berbual dengan kakak untuk mengetahui lebih banyak tentang
abangnya. Dalam usaha cuba untuk memahami diri abangnya.

(ii) Berfikiran positif dan percaya dengan hikmah yang ada.

Pada sesi yang kedua, setelah klien berbual dengan kakaknya. Klien mendapat kekuatan untuk
cuba memberi mesej kepada abangnya hari-hari untuk bertanyakan khabar dan sudah makan ke
belum dan sebagainya. Klien ingin mencuba untuk memberikan mesej kepada abangnya selama
seminggu berturut-turut. Walaubagaimanapun, klien menyatakan bahawa respon abangnya buat
kali pertama tidak begitu baik dan seperti yang dijangkakanya. Klien berhenti seketika memberi
mesej kepada abangnya, namun setelah itu dia kembali memberi mesej kepada abangnya. Dan
akhirnya abangnya bertanyakan kenapa beliau tidak menghantar mesej sedangkan dahulu klien
agak sibuk untuk bertanyakan pelbagai perkara kepada abangnya. Ini membuatkan klien berasa
teruja dan seronok walaupun abangnya bukanlah menghantar mesej bertanya khabar atau
sebagainya. Mesej itu cukup memberikan makna kepada klien. Hal ini memberikan semangat
kepada klien untuk terus bertingkah laku cuba untuk berbaik dengan abangnya dan bukanlah
bertingkah laku mengelakkan diri.

1) Evalution

Klien membuat penilaian sendiri adakah dia ingin meneruskan apa yang sedang dilakukannya
ataupun tidak. Setelah membuat pertimbangan klien merasakan apa yang dilakukan ini mungkin
dapat mengembalikan hubungan baik antara beliau dan abangnya suatu hari nanti. Apatah lagi
beliau telah mencuba untuk melaksanakan kaedah tersebut dan walaupun belum mendapat hasil
yang baik tetapi telah ada sinar positif.
15

2) Planning

Setelah ahli kelompok itu membuat keputusan untuk berfikiran positif dan mempercayai hikmah
yang ada. Rancangan itu seharusnya akan di follow up dari semasa ke semasa untuk memastikan
klien dalam keadaan pemikiran yang positif dan gembira dengan tingkah laku barunya.
16

5.0 Penamatan Sesi (Fasa 5)

Secara keseluruhannya, kes ini menceritakan tentang hubungan adik beradik yang semakin jauh.
Keadaan ini disebabkan oleh seorang abangnya mempunyai sikap yang agak pemarah hingga
menyebabkan adiknya menjauhkan diri dan menjadi seorang pendiam. Bukan itu sahaja, klien
juga menjauhkan diri dari semua ahli keluarga dan terperap di dalam bilik di atas rumah. Beliau
hanya turun ketika perlu dan hanya untuk makan sahaja. Klien sebenarnya telah lama tertekan
dan berasa sangat sedih di atas apa yang berlaku. Beliau sentiasa mengimpikan dan
menginginkan abangnya juga seperti abang orang lain yang penyayang dan sentiasa mengambil
berat tentang adiknya. Untuk mengubah tingkah laku abangnya dan hubungan mereka, beliau
membuat keputusan untuk cuba merapatkan diri dan cuba mengambil berat tentang diri
abangnya.

Pada mulanya dia agak keberatan untuk melakukannya namun setelah mendapat sedikit
kekuatan daripada kakaknya. Klien cuba untuk memulakan langkah dengan mengambil berat
tentang abangnya. Pada mulanya abangnya tidak memberikan respon namun selepas
melaksanakan beberapa kali. Beliau mula yakin bahawa hubungan antara beliau dan abang dapat
dipulihkan namun ia akan mengambil sedikit masa dan memerlukan usaha klien yang lebih
dalam memastikan hubungan mereka seperti sedia kala. Merujuk kepada aspek silang budaya, di
sini dapat kita lihat bahawa masalah klien juga adalah trauma. Trauma menyebabkan klien
membuat tanggapan bahawa abangnya akan memukulnya, memarahinya setiap kali dia
melakukan apa sahaja tindakan dan perlakuan. Selain itu aspek tempat tinggal juga dilihat klien
agak bias apabila menyatakan bahawa abangnya berubah ketika berada di perak dan abangnya
berkelakuan baik ketika berada di negeri Sembilan.

Klien akan meneruskan kerja rumah yang diberikan sehinggalah beliau berasa puas hati
dengan hubungan antara dirinya dan abangnya. Walaupun belum sepenuhnya masalah klien
dapat diselesaikan namun klien dilihat sangat memberikan komitmen dalam tugasan yang
diberikan. Justeru, sesi follow up seterusnya akan diadakan kepada klien untuk melihat dari
semua aspek sama ada terdapat perubahan ataupun tidak.
17

6.0 Kesimpulan

Malaysia adalah sebuah negara yang berbilang bangsa, budaya, dan agama. Oleh kerana itu,
perkhidmatan kaunseling juga harus seiring dengan akar yang wujud sekian dalam di negara ini.
Perkhidmatan yang dimaksudkan adalah perkhidmatan kaunseling silang budaya. Perkara asas
dalam negara ini adalah persefahaman. Maka, dengan itu perkhidmatan ini sangat releven dan
berguna kepada masyarakat Malaysia. Berdasarkan kesefahaman inilah yang memudahkan setiap
sesi silang budaya yang dijalankan menampakkan kelancaran. Penggunaan bahasa yang selaras
iaitu bahasa kebangsaan dan bahasa-bahasa lain yang difahami oleh masyarakat Malaysia
menjadi satu peluang keemasan dalam penyelidikan kompenan silang budaya itu
sendiri. Makanya, saya bersetuju dnegan pengkaji bahawa tiada satu teori pun yang sesuai untuk
kelancaran kaunseling silang budaya dan ianya lebih tertumpu kepada keterbukaan pelbagai
teknik yang sesuai dengan budaya yang ada.

Situasi ini merupakan cabaran bagi kaunselor di Malaysia kerana mereka perlu
memahami budaya masyarakat yang ada dan kewujudan budaya baru yang melibatkan
perkahwinan campur. Kaunselor perlu berhati-hati dengan setiap perkataannya kerana
kepelbagaian budaya yang unik di Malaysia ini sangat menarik dan perlu difamahi dengan teliti
supaya kaunselor tidak tersalah memberi tafsiran dan pandangan yang boleh mennjejaskan
padangan budaya klien.

Disebalik keunikan ini ada kekangannya iaitu dari segi pemikiran dan komunikasi yang
berkesan. Walaupun negara ini mempunyai bahasa kebangsaannya sendiri. Namun, terdapat
pelbagai dialek dan bahasa yang masih pekat dibibir masyarakat di Malaysia ini. Oleh yang
demikian, penggunaan bahasa yang standart dapat memudahkan sesi supaya berlangsung dengan
lancarnya. Bagi memudahkan sesi, kaunselor sendiri perlu lebih terbuka dalam memahami setiap
dialek dan bahasa yang diamalkan oleh masyarakat di Malaysia ini dan memahami budayanya
sekali.

Selain itu, faktor agama juga perlu dititikberatkan dalam penelitian kaunselor supaya
memahami sensitiviti ini dan kaunselor perlu memahami perlembangaan Malaysia bahawa
agama Islam adalah agama rasmi Malaysia dan kaum-kaum lain boleh mengamalkan agama
18

masing-masing. Berlandaskan perlembagaan ini kaunselor perlu memahami nilai dan pegangan
sesuatu agama itu bagai memastikan kaunselor tidak meletakkan nilai pada klien. Dalam hal ini,
penekanan prinsip penerimaan tanpa syarat adalah sangat berguna.
Dalam mengwujudkan masyarakat yang sejahtera dan harmoni. Fungsi kaunselor dalam
negara yang berbilang bangsa seperti Malaysia ini adalah sangat diperlukan. Kini, telah banyak
sektor swasta yang menawarkan perkhidmatan kaunseling untuk masyarkat umum dan
perkhidmatan ini digunakan oleh maysrakat yang mempunyai masalah yang tidak boleh
diselesaikan secara sendiri. Oleh itu, peranan seorang kaunselor adalah sangat penting.
Kaunseling silang budaya boleh dilakukan dalam sesi individu , kelompok, keluarga dan lain-
lain.
Lantaran itu, adalah wajar setiap bakal kaunselor dilatih untuk menjalankan kaunseling
silang budaya supaya apabila dia berada di lapangan masyarakat dia akan dapat menjalankan sesi
silang budaya dengan berkesan. Namun begitu, saya melihat Malaysia masih lagi belum
mencapai tahap perkembangan dalam aspek kaunseling silang budaya ini. Tidak banyak kajian
berkenaannya sedangkan negara kita mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Keadaan
ini masih berlum berkembang sepenuhnya dan diharapkan selepas ini Malaysia akan menjadi
peneraju dalam penyelidikan kaunseling silang budaya.
Kesimpulannya, tidak terdapat satu teknik atau kaedah pun yang sesuai digunakan oleh
pegawai psikologi atau kaunseling dalam menjalankan sesi kaunseling silang budaya. Banyak
cara dan kaedah yang boleh diguna pakai oleh mereka untuk menjalankan sesi dan menjadikan
sesi bergerak secarak efektif dan kreatif. Asasnya kaunseling silang budaya ini sangat signifikan
dan releven dijalankan di Malaysia.
19

Rujukan

Allen E.Ivey & Mary Bradford Ivey (2007) Sixth Edition Intentional Interviewing and
Counseling :Facilating Client Development in A Multicultural Society

Brooks, Cole, Asma Abdullah & Pedersen, P.B. (2003). Understanding Multicultural
Malaysia:Delights, Puzzles and Irritations. Selangor.Pearson Malaysia

Shirley A. Wells (2002 )On Cultural Competency and Ethical Practice. American Occupational
Therapy Association Ethics Commission's Advisory Opinionon Cultural Competency and
Ethical Practice.

Sapora Sipon (2000). Ulasan buku: kaunseling untuk kesejahteraan insan satu pengalaman di
Malaysia oleh Abdul Halim Othman. Jurnal PERKAMA

Sabariah Siron (2005). Teori Kaunseling dan Psikoterapi. Kuala Lumpur : Prentice Hall

Sapora Sipon & Hapsah Md Yusof (2008). Penghantar Kaunseling Individu (4th Ed).
Selangor : Arah Publication