Anda di halaman 1dari 1

RANCANGAN HARIAN 13/2/2017

(Minggu 6 Isnin)
Kurikulum Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR Khas Bermasalah
Pembelajaran)
Sub-kefungsian Pengurusan Tingkah Laku
Nama kelas PK 1
Masa 0950-1120
Kumpulan Prasekolah
Objektif Pada akhir pembelajaran dan pengajaran, murid boleh mengenal dan
menyatakan perasaan gembira, takut, marah dan sedih berdasarkan kad
gambar.
Standard TL2 K1 : Mengenal Emosi
Pembelajaran TL2K1.1 : Emosi asas
- menyatakan emosi berdasarkan situasi secara lisan atau
menunjukkan kad gambar
Aktiviti 1. Pada permulaan, murid dibimbing oleh guru untuk menjalankan satu
permainan mencari persamaan.
2. Guru memperkenalkan topik pelajaran hari ini.
3. Guru mempamerkan kad emosi yang mengandungi perasaan gembira,
takut, marah dan sedih kepada murid.
4. Seterusnya, murid-murid dibimbing oleh guru untuk menunjukkan perasaan
yang selaras dengan kad perasaan yang ditunjukkan.
5. Kemudian, murid-murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan nama
perasaan tersebut.
6. Murid-murid dibimbing oleh guru untuk mewarnakan lembaran kerja.
7. Akhirnya, murid dibimbing oleh guru untuk menyatakan perasaan sendiri
pada hari ini.

Penilaian

Nilai-nilai Murni Kerjasama, rajin, sopan, saling menyayangi

Bahan Bantu Kad gambar emosi, lembaran kerja


Mengajar(BBM)

Impak

Anda mungkin juga menyukai