Anda di halaman 1dari 88

PENGESAHAN PENYELIA

Saya akui bahawa saya telah membaca laporan penyelidikan ini dan pada

pandangan saya karya ini telah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan

penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian Pendidikan

Prasekolah

Tandatangan :

Nama Penyelia: ENCIK MANGALESWARAN A/L ANNAMALAI

Tarikh : 13 OKTOBER 2011

i
PERAKUAN

Saya akui laporan ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.

Tandatangan :

Nama Penulis : NURUL IZZAH BINTI KHALIL

Tarikh : 13 OKTOBER 2011

ii
DEDIKASI

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.


Segala puji atas limpah kurnia dan inayah Allah S.W.T Tuhan Seluruh Alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S.A.W.

Teristimewa buat.....

Ayahanda dan Bonda Tercinta...


Tuan Haji Khalil bin Yusof dan Puan Hajjah Siti Rohani binti Syeikh Abdullah,
Terima kasih tidak terhingga di atas jasa dan pengorbanan serta restu dan doa yang
tidak pernah putus dari kalian...
Sesungguhnya segala jasa dan pengorbanan kalian tidak dapat dinilai dan dibayar
sehingga ke akhir hayat...
Semoga Allah merahmati dan memberkati kalian.

Kakanda-kakanda dan Adinda Tersayang...


Kalian merupakan penyeri hidupku,
Semoga kejayaan dan kecemerlangan akan terus bersama kalian dalam mencapai
matlamat hidup...
Dan semoga kita semua dapat berbakti kepada ayah bonda tercinta.

Pensyarah Penyelia, Pensyarah-Pensyarah dan Rakan-Rakan Seperjuangan,,,


Terima kasih di atas segala bimbingan, tunjuk ajar dan pertolongan dari kalian
sehingga diri ini mampu mencapai kejayaan ini...
Kenangan bersama kalian tidak akan pernah dilupakan.

Terima Kasih di atas segala dorongan dan sokongan yang kalian semua berikan.
Sesungguhnya kejayaan ini adalah kejayaan kita bersama.
Semoga ALLAH S.W.T sentiasa meredhai hidup kita semua.
Amin...

iii
PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, segenap

pujian hanya untukNya semata-mata. Segala kesyukuran saya panjatkan ke

hadratNya. Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Nabi Muhammad S. A.W.

Ucapan syukur Alhamdulillah setinggi-tingginya kerana dengan izin dan

inayahNya, maka dapatlah saya menyiapkan kajian ini dengan sempurna. Salam

penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada Pensyarah

Penyelia saya, Encik Mangaleswaran a/l Annamalai kerana telah mencurahkan

pelbagai bimbingan serta tunjuk ajar, pendapat, nasihat, teguran malah apa sahaja

dalam proses menyiapkan kajian ini.

Tidak lupa juga, kalungan terima kasih dihulurkan buat para pensyarah

Prasekolah dan Jabatan Ilmu Pendidikan, Institut Pendidikan Guru Kampus Dato

Razali Ismail yang tidak pernah lokek berkongsi ilmu dan memberikan pendapat

serta warga sekolah Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Terengganu

yang telah banyak membantu dalam proses menyempurnakan kajian ini.

Sekian, terima kasih.

iv
ABSTRAK

Penyelidikan tindakan ini dijalankan untuk melihat sejauh manakah Pengaplikasian


Pembelajaran Secara Hands-on dapat membantu meningkatkan minat dan
penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran. Kajian berbentuk kualitatif
ini melibatkan sepuluh orang responden yang terdiri daripada lima orang responden
lelaki dan lima orang responden perempuan. Kesemua responden terdiri daripada
murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Instrumen
yang digunakan ialah pemerhatian, temu bual, senarai semak dan skala kadar. Hasil
dapatan menunjukkan bahawa setelah mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara
hands-on, berlaku peningkatan dari aspek minat dan penglibatan murid-murid dalam
pembelajaran. Kajian ini menyarankan agar guru-guru prasekolah mengaplikasikan
kaedah hands-on dalam pengajaran bagi meningkatkan minat dan penglibatan murid-
murid dalam pembelajaran. Ini adalah untuk membantu pembelajaran murid-murid
prasekolah yang lebih berkesan dan bermakna.

Kata kunci : kaedah pembelajaran, pengaplikasian, aktiviti hands-on.

v
ABSTRACT

This action research is done to see what extent of applying hands-on activities which
can help to increase interest and involvement of preschool students in learning
process. This form of qualitative study involving ten respondents consists of five
male and five female respondents. All of the respondents consist of Prasekolah
Hikmah of Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Instruments used were observations,
interviews and checklists. The findings show that after applying the method of
hands-on learning there are increasing interest in terms of achievement and student
involvement. This study suggested that preschool teachers apply the hands-on
activities technique to enhance interest and involvement of students in learning. This
is to help students preschool learning more effective and meaningful.

Keywords : Methods of hands-on learning

vi
KANDUNGAN

PENGESAHAN PENYELIA i
PERAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI LAMPIRAN ix
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xii

1.0 PENDAHULUAN 1
1.1 Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Lalu 2
1.2 Latar Belakang Kajian 4
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Tinjauan Awal 6
1.5 Refleksi Sorotan Literatur 7

2.0 FOKUS KAJIAN 10


2.1 Tinjauan Masalah 10
2.2 Analisis Tinjaun Masalah 11

3.0 OBJEKTIF KAJIAN / PERSOALAN KAJIAN 13


3.1 Objektif Kajian 13
3.2 Persoalan Kajian 14

vii
3.3 Kepentingan Kajian 14
3.4 Definini Operasional 15
3.5 Batasan Kajian 17

4.0 KUMPULAN SASARAN 18

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN 18


5.1 Perancangan Tindakan 18

6.0 CARA PENGUMPULAN DATA 21


6.1 Instrumen Kajian 21
6.2 Cara Menganalisis Data 27

7.0 ANALISIS DATA 32


7.1 Pengenalan 32
7.2 Profil Responden 33
7.3 Analisis Data Melalui Pemerhatian 34
7.4 Analisis Data Melalui Temubual 44
7.5 Analisis Data Melalui Senarai Semak 49
7.6 Analisis Data Melaui Skala Kadar 53

8.0 DAPATAN KAJIAN 58


8.1 Pendahuluan 58
8.2 Ringkasan Kajian 58
8.3 Interpretasi dan Dapatan Kajian 59
8.4 Rumusan 66

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 67

viii
SENARAI RUJUKAN 71
LAMPIRAN 73

SENARAI LAMPIRAN

Lampiran Muka Surat

A Gambar Aktiviti Hands-on 73

B Senarai Semak Pemerhatian 74

C Senarai Semak Pemerhatian Penglibatan Responden 75

D Borang Skor Skala Kadar Aras Kefahaman Responden 76

E Senarai Soalan Temubual Dengan Responden 77

ix
SENARAI JADUAL

Jadual Muka Surat

1 Perancangan Tindakan 19

2 Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur 28

3 Taburan Responden Mengikut Jantina 33

4 Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur 35

5 Analisis Data Sebelum Pengaplikasian

Pembelajaran Secara Hands-on. 36

6 Analisis Data Selepas Pengaplikasian

Pembelajaran Secara Hands-on. 38

7 Ringkasan Temubual Bersama Responden

Bagi Soalan 1. 46

8 Ringkasan Temubual Bersama Responden

Bagi Soalan 2. 47

9 Ringkasan Temubual Bersama Responden

Bagi Soalan 3. 48

x
SENARAI RAJAH

Rajah Muka Surat

1 Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Tindakan 30

2 Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pra Pemerhatian 37

3 Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pasca Pemerhatian 39

4 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian

Bagi Item 1 40

5 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian

Bagi Item 2 41

6 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian

Bagi Item 3 42

7 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian

Bagi Item 4. 43

8 Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian

Bagi Item 5. 44

xi
1.0 PENDAHULUAN.

Pembelajaran bagi seseorang kanak-kanak prasekolah bermula bukan hanya melalui

pendidikan secara tidak formal di rumah dan melalui pemerhatian melalui

persekitaran mereka sahaja malahan turut meliputi pendidikan yang diperoleh di

prasekolah. Pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam

dunia persekolahan kepada seseorang kanak-kanak. Pembelajaran yang berkesan,

bermakna dan menggembirakan dapat membekalkan kanak-kanak dengan sikap yang

positif, kemahiran dan keyakinan diri sebagai persediaan untuk memasuki alam

persekolahan formal dan pendidikan sepanjang hayat.

Secara umumnya, terdapat beberapa definisi mengenai pembelajaran.

Woolfolk (1980), menyatakan pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang

berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai

potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru. Pembelajaran menurut

beliau adalah satu proses yang berterusan, berlaku sama ada secara formal dan tidak

formal. Pembelajaran secara formal adalah pembelajaran yang diperolehi melalui

sekolah seperti membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran secara tidak formal

pula adalah pembelajaran yang didapati sama ada melalui rakan sebaya, keluarga,

media massa dan persekitaran.

Dalam konteks prasekolah pula, pembelajaran merupakan pengalaman awal

yang penting dalam dunia kepada seseorang kanak-kanak. Dengan pengalaman

persekolahan dan pembelajaran yang berkesan, bermakna dan menggembirakan

kanak-kanak dapat dibekalkan dengan kemahiran, keyakinan diri dan sikap-sikap


1
yang positif sebagai persediaan untuk memasuki alam persekolahan formal dan

pendidikan sepanjang hayat.

Pendidik yang berusaha memahami gaya pembelajaran pelajar lebih awal,

boleh menggunakannya bagi membaiki kelemahan pelajar dan menjadikannya asas

untuk membina kekuatan pengajaran (Rohaila, Norasmah & Faridah, 2005).

Program-program pembelajaran di prasekolah juga perlu sesuai dengan tahap

perkembangan kanak-kanak supaya dapat merangsang pemikiran, membina sikap

positif dan akhlak yang baik, meningkatkan kecergasan dan kesihatan ke arah

penyuburan potensi yang optimum. Oleh kerana itu, beberapa usaha perlu dilakukan

oleh guru untuk meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pembelajaran.

Pendidikan awal kanak-kanak yang kini dikenali sebagai pendidikan

prasekolah adalah bertujuan untuk menyediakan kanak-kanak ke alam persekolahan

yang lebih formal (Brenda, 1976). Oleh kerana itu, mereka mestilah dibekalkan

dengan pembelajaran yang bermakna dan menyeronokkan. Menurut Brenda lagi,

soalan pertama yang akan ditanya oleh kebanyakan ibu bapa apabila menghantar

anak-anak mereka ke prasekolah adalah adakah sistem pendidikan yang disediakan

membekalkan pembelajaran yang berkualiti dan dapat menggembirakan anak-anak.

1.1 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran Lalu.

Berdasarkan beberapa slot pengajaran sepanjang tiga fasa praktikum yang telah

dilalui oleh pengkaji, didapati murid-murid tidak berminat dan sering memberikan

alasan sekiranya guru meminta untuk menyelesaikan lembaran kerja atau buku kerja
2
yang diberi. Murid-murid juga kebosanan sekiranya guru hanya berdiri dan bercakap

di hadapan ketika mengajar. Kebanyakan murid-murid kurang memberikan tumpuan

dan sering memberikan pelbagai alasan untuk menyiapkan lembaran kerja dan juga

buku latihan yang diberikan. Mereka akan mula membuat bising dan berjalan-jalan

di dalam kelas sambil mengganggu rakan-rakan lain.

Perkara sebaliknya berlaku apabila mereka diminta untuk cuba melakukan

sesuatu aktiviti itu sendiri. Murid-murid yang selalunya pasif dan tidak mahu

melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran turut akan mengambil

bahagian. Sebagai contoh, untuk pengajaran memperkenalkan murid-murid dengan

huruf-huruf konsonan dan vokal, mereka sering memberikan alasan tidak pandai dan

tidak tahu untuk membuatnya sekiranya guru meminta mereka menyalin semula atau

menulis huruf-huruf yang diminta ke dalam lembaran kerja yang diberikan.Tetapi,

sekiranya mereka diberikan doh daripada tepung yang berwarna-warni mereka akan

begitu bersemangat dan ingin mencuba untuk membentuk huruf-huruf yang diminta

sendiri.

Melihatkan situasi inilah menyebabkan pengkaji berminat untuk mengkaji

lebih mendalam mengenai pembelajaran secara hands-on di kalangan murid-murid

prasekolah yang dilihat dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid

dalam pembelajaran. Setelah mengumpul beberapa maklumat, pengkaji telah cuba

untuk mengaplikasikan kaedahi hands-on ini ke atas murid-murid bagi menggantikan

penggunaan lembaran kerja atau buku latihan semata-mata. Memang tidak dapat

dinafikan lembaran kerja yang disediakan oleh guru merupakan suatu alat bantu

mengajar yang penting untuk mempercepatkan tercapainya objektif pengajaran


3
dalam bilik darjah (Jabatan Pendidikan MPPM, 1992), tetapi pada pandangan

pengkaji teori tersebut hanya relevan digunakan untuk dua puluh tahun yang lalu.

Dalam sistem pendidikan yang semakin maju sekarang, pengkaji merasakan

perubahan dalam kaedah pengajaran perlu dilaksanakan dengan memperbanyakkan

aktiviti hands-on yang ternyata dapat membantu meningkatkan minat dan tahap

penglibatan murid-murid dalam pembelajaran. Hal ini adalah kerana minat dan

penglibatan murid-murid dalam pembelajaran akan memberikan pengaruh besar

terhadap kefahaman mereka terhadap isi pelajaran yang cuba disampaikan oleh guru.

Winifred Moove (1964) sendiri pernah menyatakan bahawa lembaran kerja

tidak harus diperkenalkan kepada kanak-kanak di peringkat awal persekolahan

mereka di tadika selagi kanak-kanak ini tidak dibekalkan dengan pengalaman secara

praktik yang mencukupi. Selain itu juga, kebanyakan lembaran kerja yang disediakan

oleh guru masih memerlukan penerangan yang jelas sebelum kanak-kanak

menyelesaikannya kerana agak sukar bagi mereka memahami arahan yang

diperlukan dan mereka kurang berminat terhadap lembaran kerja.

1.2 Latar Belakang Kajian.

Kanak-kanak di dalam lingkungan umur 4-6 tahun memerlukan pendedahan kepada

persekitaran yang kaya dengan unsur pembelajaran. Mereka juga memerlukan

peluang untuk melibatkan diri di dalam pelbagai jenis pengalaman. Pendedahan dan

penglibatan ini penting untuk mereka berkembang dengan sempurna. Selain daripada

mempunyai sifat ingin tahu, ingin mencuba dan meneroka sesuatu, kanak-kanak juga
4
sangat aktif dan suka berkawan. Satu keistemewaan kanak-kanak di peringkat ini

ialah mereka belajar dengan cara membuat atau mencipta. Ini dapat dicapai melalui

pelbagai aktiviti yang menggalakkan kanak-kanak menggunakan pancaindera

melihat, mendengar, menghidu, merasa dan menyentuh.

Walau bagaimanapun dalam merancang aktiviti untuk kanak-kanak,

pertimbangan hendaklah diberi kepada satu perkara penting, iaitu setiap kanak-kanak

mempunyai sifat-sifat yang tersendiri dari segi kemampuan, keupayaan, kebolehan

dan kesediaannya sungguhpun pada amnya sifat mereka itu lebih banyak

persamaannya daripada perbezaannya. Oleh yang demikian, segala keperluan kanak-

kanak secara am mahupun secara individu amatlah penting untuk dipenuhi.

Keperluan-keperluan ini dapat dipenuhi dengan adanya kurikulum seimbang yang

memberikan penekanan yang sama kepada semua domain perkembangan kanak-

kanak iaitu perkembangan fizikal, mental, sosial dan emosi. Oleh itu, kajian ini

dijalankan bagi melihat sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-

on dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran.

1.3 Pernyataan Masalah.

Kanak-kanak di dalam lingkungan umur empat hingga enam tahun berada di

peringkat yang sangat mudah dipengaruhi (Rozumah & Salma, 1985). Apa yang kita

lakukan terhadap mereka pada hari ini akan mempengaruhi masa depan mereka.

Pendidikan di peringkat awal merupakan sebaik-baik waktu untuk memupuk

perkembangan kanak-kanak yang positif. Hal ini adalah kerana perkembangan awal

5
kanak-kanak merupakan peringkat perkembangan yang berlaku dengan pesatnya,

baik dari segi intelek, jasmani mahupun rohaninya.

Pada peringkat ini, kanak-kanak suka menyoal, meneroka dan mencuba.

Kanak-kanak tidak berhenti belajar tentang apa yang berlaku di sekelilingnya dan

menjiwai setiap yang mereka pelajari. Pembentukan konsep, contohnya yang

mempunyai asas di peringkat umur prasekolah merupakan satu pendekatan utama

bagaimana kanak-kanak menyedari, mengenali dan memahami tentang alam

sekelilingnya. Keinginannya untuk mengetahui objek-objek dan perkara-perkara

yang berlaku di sekelilingnya melalui menyoal, meneroka dan mencuba digerakkan

oleh sifat ingin tahu kanak-kanak yang kuat.

Strategi utama yang digunakan untuk mengumpulkan maklumat dan

seterusnya membuat tafsiran ke atas sesuatu maklumat itu ialah menerusi kesemua

derianya, iaitu deria rasa, bau, dengar, lihat dan sentuh. Oleh yang demikian, kanak-

kanak memerlukan pengalaman-pengalaman yang melibatkan benda-benda wujud

dan yang member peluang kepada mereka untuk berhubung secara aktif dan

langsung dengan objek-objek itu. Dengan cara ini, mereka dapat memahami kesan

tindakan mereka ke atas objek-objek atau keadaan-keadaan.

1.4 Tinjauan Awal.

Pengkaji telah melakukan tinjauan awal tentang permasalahan yang dihadapi oleh

murid-murid prasekolah dan aspek-aspek yang berkaitan dengan penggunaan

lembaran kerja dan buku kerja semata-mata dalam kelas prasekolah. Masalah yang
6
timbul apabila guru terlalu bergantung kepada penggunaan lembaran kerja dan

apabila terlalu banyak latih tubi yang diberikan dalam buku kerja, kesan yang dapat

dilihat adalah pada guru sendiri. Guru akan sukar mengawal kelas kerana keadaan

kelas menjadi tidak terkawal di mana murid-murid yang kebosanan akan mula

membuat bising.

Murid-murid juga akan cenderung berjalan-jalan di dalam kelas dan mula

mengacau rakan-rakan yang lain. Perkara ini dapat membuktikan penggunaan

lembaran kerja semata-mata adalah kurang praktikal kepada kanak-kanak prasekolah.

Berdasarkan kepada analisis masalah di atas, dalam Kajian Tindakan ini pengkaji

telah cuba menggunakan serta mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-

on untuk mengesan peningkatan minat dan penglibatan murid-murid dalam

pembelajaran.

1.5 Refleksi Sorotan Literatur.

Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK) menyediakan peluang kepada

kanak-kanak berumur empat hingga enam tahun untuk mencapai perkembangan yang

menyeluruh daripada aspek jasmani, emosi dan sosial, intelek dan rohani.

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) juga telah menetapkan fokus Pendidikan

Prasekolah ke arah usaha untuk menyediakan peluang pembelajaran yang

menyeronokkan dan bermakna kepada kanak-kanak berumur empat hingga enam

tahun.

7
Perkara yang menjadi fokus utama adalah proses pengajaran dan

pembelajaran yang berpusatkan kanak-kanak, menekankan kepada inkuiri penemuan,

dan menggunakan pendekatan pengajaran dan pembelajaran bersepadu, bertema,

belajar melalui bermain, pembelajaran kontesktual dan pembelajaran berasaskan

projek. Jerome (1915) menyatakan pembelajaran berlaku mengikut tiga langkah iaitu

Enaktif, Ikonik dan Simbolik. Pembelajaran Enaktif merupakan pembelajaran

berasaskan tindakan. Pendapat beliau ini telah menjadi panduan kepada pengkaji

untuk menjalankan kajian menggunakan aktiviti hands-on bagi meningkatkan minat

dan tahap penglibatan murid-murid yang sekaligus dapat memberikan perbezaan

dalam aspek kefahaman murid-murid prasekolah terhadap pengajaran guru.

Menurut Bruner, bagi memudahkan kefahaman murid adalah amat penting

untuk mereka menimba pengalaman yang konkrit, contohnya memegang dan

memanipulasi objek maujud dan menyentuh objek yang hidup. Pandangan daripada

pelopor teori Pembelajaran Konstruktivitis inilah dapat membantu kajian yang

dijalankan oleh pengkaji. Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang boleh

digunakan untuk menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti

manipulatif dan aktiviti berpusatkan bahan. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti

hands-on sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan.Walaubagaimanapun, istilah

yang digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan

manipulatif sama seperti pandangan Doran (1990).

Aktiviti hands-on juga merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara

yang dipelajari oleh murid-murid seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet

dan juga penggunaan batu-batuan (James, 1993). Dalam erti kata lain, menurut
8
James aktiviti hands-on merupakan pembelajaran daripada pengalaman sendiri.

Aktiviti hands-on menjadikan fikiran murid-murid berkembang dengan baik dan

mereka dapat belajar dengan lebih baik melalui pengalaman dan persekitaran mereka

(Cooperstein & Kocevar, 2004). Selain itu, pengalaman belajar yang lebih interaktif

turut wujud melalui pembelajaran berasaskan aktiviti hands-on.

Melalui pembacaan yang dibuat, pengkaji telah menemui salah satu cara

terbaik bagi anak-anak untuk belajar membaca adalah dengan melakukan aktiviti-

aktiviti yang menyenangkan untuk membantu mereka mengingat. Aktiviti hands-on

adalah cara terbaik untuk membantu murid-murid belajar membaca (Crossley,

2010). Grossman (1999) pula berpendapat kurikulum berasaskan lembaran kerja

semata-mata dapat mengurangkan minat kanak-kanak untuk belajar.

Selain definisi-definisi dan ciri-ciri yang dinyatakan pengkaji di atas, aktiviti

hands-on juga merupakan satu pembelajaran autentik.Pembelajaran autentik dapatlah

dimaksudkan sebagai pembelajaran yang berlaku secara langsung dengan

pengalaman murid-murid. Mereka akan melakukan sendiri aktiviti yang dilaksanakan

dan berkait langsung dengan pengalaman mereka. Pembelajaran melalui aktiviti

hands-on dapat memberikan murid-murid pengalaman sebenar terhadap konteks

pembelajaran yang dijalankan dalam bilik darjah.

Sejak kebelakangan ini, terdapat banyak pihak yang mula bersetuju dan

menyatakan bahawa murid-murid akan lebih mudah untuk belajar dan memahami

sesuatu melalui pembelajaran secara hands-on. Hal ini adalah kerana murid-murid
9
akan belajar sesuatu dengan lebih bermakna jika mereka mengalami sendiri apa yang

dipelajarinya, bukan sekadar hanya mengetahui tentang sesuatu perkara itu. Selain

itu juga, pembelajaran yang berorientasi pada aktiviti hands-on terbukti mampu

meningkatkan daya mengingat murid dan membolehkan mereka menyelesaikan

masalah yang berkaitan dengan kehidupan sebenar.

2.0 FOKUS KAJIAN.

Menurut McNiff yang dinyatakan oleh Othman (2008), kajian tindakan merupakan

satu pendedahan untuk memperbaiki dan mempertingkatkan pendidikan melalui

perubahan yang menggalakkan guru menjadi lebih sedar tentang amalan mereka

sendiri, menjadi kritis terhadap amalan-amalan tersebut dan bersedia mengubah

amalan. Pendekatan ini memerlukan guru melaksanakan inkuiri penemuan secara

individu serta melibatkan guru-guru lain secara kolaboratif. Kajian ini bertujuan

untuk meninjau sejauh manakah pengaplikasian aktiviti hands-on dalam Pendidikan

Prasekolah dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam

pembelajaran.

2.1 Tinjauan Masalah.

Untuk mengenal pasti masalah, adalah penting bagi pengkaji membuat kajian

masalah supaya perkara tersebut dapat dikenalpasti. Pengkaji telah melakukan

tinjauan awal tentang aspek yang berkaitan dengan proses serta kaedah pengajaran

dan pembelajaran yang sesuai. Hasil daripada tinjauan pengkaji, penglibatan murid-

10
murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran sekiranya guru sekadar

memberikan lembaran kerja serta mengamalkan kaedah talk and chalk sahaja adalah

kurang memuaskan.

Terdapat beberapa murid yang tidak mahu memberikan perhatian terhadap

pengajaran guru dan juga ada di antara mereka yang enggan membuat lembaran kerja

yang diberikan. Berdasarkan kepada perbincangan dan pemerhatian yang telah

dilakukan pengkaji mendapati satu kaedah yang sesuai dan dapat menarik perhatian

mereka agar terlibat aktif dalam pembelajaran perlu dijalankan. Pembelajaran

berasaskan aktiviti hands-on dapatlah dikategorikan sebagai pembelajaran

konstruktivisme. Pembelajaran konstruktivisme ialah pembelajaran yang

menekankan pembinaan pengetahuan secara aktif melalui proses saling pengaruh

antara pembelajaran lama dengan pembelajaran baru (Shukri, 1999).

Pembelajaran secara hands-on ini dilihat penting kerana pembelajaran jenis

ini membolehkan murid mengingati pelajaran yang diajar lebih lama berbanding

pembelajaran objektivisme dimana guru hanya memberi sepenuhnya maklumat dan

tiada penglibatan daripada murid-murid. Hal ini juga adalah kerana melalui kaedah

hands-on ini guru dapat mengetahui sejauh mana kefahaman pelajar tentang sesuatu

isi pelajaran (Shukri, 1999).

2.2 Analisis Tinjauan Masalah.

Kajian ini berfokuskan kepada masalah minat dan penglibatan yang kurang di

kalangan murid-murid dalam pembelajaran di prasekolah sekiranya aktiviti yang


11
dijalankan oleh guru kurang menarik. Pengkaji melihat masalah ini adalah penting

kerana penglibatan yang aktif daripada murid-murid ini dapat menjadi kayu ukur

kepada guru untuk melihat sejauh mana kefahaman murid-murid terhadap satu-satu

isi pelajaran yang telah diajar.

Oleh kerana itu, pengkaji telah memilih untuk menjalankan aktiviti hands-on

bagi menarik minat dan perhatian terhadap pengajaran guru sekaligus dapat

meningkatkan penglibatan mereka dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Pengkaji mendapati terdapat beberapa faktor yang menyebabkan kurangnya

penglibatan daripada murid-murid dalam pembelajaran. Kelemahan-kelemahan dari

segi perancangan, pembinaan dan penggunaan Bahan Bantu Mengajar (BBM) juga

ketara di kalangan guru. Rata-ratanya mereka masih cenderung menggunakan papan

hitam dan lembaran kerja sebagai BBM semasa mengajar (Jabatan Pendidikan

MPPM, 1992).

Hakikatnya manusia telah dikurniakan dengan pelbagai deria. Begitu juga

dengan murid-murid prasekolah. Tetapi, malangnya pengajaran yang disampaikan

dalam bilik darjah kebiasaannya hanya melalui percakapan sahaja. Ini bererti guru

hanya menumpukan kepada satu deria sahaja, iaitu deria pendengaran. Sebenarnya

penggunaan pelbagai deria lebih mendatangkan kesan yang lebih baik dalam

memahami dan menguasai pembelajaran (Nasrudin, 1991).

Maksud pengkaji di sini adalah untuk meningkatkan minat dan penglibatan

murid-murid prasekolah dalam pembelajaran, guru perlu kreatif dalam

mempelbagaikan kaedah pengajaran berasaskan kaedah pembelajaran berasaskan


12
aktiviti hands-on. Ini kerana dengan menjalankan aktivit hands-on, murid-murid

akan belajar dengan lebih cepat dan dapat mengingati satu-satu isi pelajaran itu

dengan lebih baik kerana ianya melibatkan penggunaan pelbagai deria seperti

sentuhan, lihat dan rasa.

3.0 OBJEKTIF KAJIAN.

Tujuan kajian ini adalah untuk melihat sejauh mana pengaplikasian pembelajaran

secara hands-on dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah

dalam pembelajaran.

3.1 Objektif Umum.

Kajian ini dijalankan untuk meningkatkan minat dan tahap penglibatan

murid-murid prasekolah dalam pembelajaran.

3.1.2 Objektif Khusus.

i. Mengenalpasti minat murid-murid terhadap proses pengajaran dan

pembelajaran guru melalui aktiviti hands-on.

ii. Membezakan penglibatan murid-murid sebelum dan selepas menjalani

aktiviti hands-on.

iii. Membezakan tahap kefahaman murid-murid terhadap isi pelajaran

selepas menjalani pembelajaran secara hands-on.

13
3.2 PERSOALAN KAJIAN.

Kajian ini bertujuan untuk mendapatkan jawapan kepada persoalan-persoalan

berikut :

i. Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu

meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

ii. Adakah tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran

meningkat apabila guru mengaplikasikan kaedah hands-on?

iii. Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru

setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

3.3 Kepentingan Kajian.

Kajian ini dijalankan dengan tujuan dan kepentingan tersendiri. Pengkaji merasakan

kajian ini amat penting untuk membantu meningkatkan minat dan penglibatan murid-

murid prasekolah dalam pembelajaran kerana ianya turut akan memberi kesan

kepada pencapaian akademik seseorang murid itu. Ini kerana pencapaian akademik

adalah satu aspek persekolahan yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan murid.

Bagaimanapun pencapaian akademik murid adalah berbeza-beza kerana dipengaruhi

oleh pelabagai faktor (Ab. Halim, Zuria & Safani, 2005).

Oleh itu, pengkaji melihat faktor kesesuaian aktiviti yang dijalankan oleh

guru ke atas murid-murid juga dapat mempengaruhi pencapaian mereka dalam

14
pembelajaran. Sekiranya murid-murid tidak berminat untuk mengikuti pembelajaran,

mereka sekaligus tidak akan dapat memahami apa yang ingin disampaikan oleh guru

pada hari tersebut. Murid-murid ini turut akan ketinggalan berbanding rakan-rakan

mereka yang lebih pandai.

Selain itu, kajian ini juga dijalankan untuk melihat sejauh mana keberkesanan

kaedah pengajaran berasaskan aktiviti hands-on. Hal ini adalah kerana melalui

pembacaan, pengkaji mendapati melalui aktiviti hands-on murid-murid akan menjadi

lebih kreatif. Mereka turut dapat meneroka dengan lebih jauh. Pada masa sekarang,

sudah terdapat banyak rancangan televisyen dan laman web-laman web yang

memberikan contoh aktiviti hands-on yang sesuai untuk murid-murid prasekolah.

Dengan teknologi di hujung jari pada masa sekarang, guru perlulah rajin mencari

maklumat-maklumat dan contoh-contoh yang berkaitan dengan aktiviti hands-on

yang boleh diajar kepada murid-murid.

3.4 Definisi Operational.

Definisi istilah merujuk kepada pendefinisian istilah bagi tajuk yang telah dipilih

pengkaji iaitu Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu

Meningkatkan Minat dan Penglibatan Murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah

Kebangsaan Bukit Guntong Dalam Pembelajaran.

15
3.4.1 Aktiviti Hands-on.

Pengkaji terlebih dahulu ingin memberikan definisi bagi aktiviti hands-on. Aktiviti

hands-on adalah terjemahan daripada istilah Bahasa Inggeris hands-on activity, yang

membawa banyak maksud. Secara umumnya, aktiviti hands-on dapatlah

didefinisikan sebagai aktiviti praktik.

Doran (1990) memberikan beberapa istilah lain yang boleh digunakan untuk

menggambarkan aktiviti hands-on iaitu aktiviti praktik, aktiviti manipulatif dan

aktiviti berpusatkan bahan. Hein (1987) pula mendefinisikan aktiviti hands-on

sebagai aktiviti berpusatkan ilmu pengetahuan. Walaubagaimanapun, istilah yang

digunakan beliau juga menggambarkan kaitan dengan penggunaan bahan

manipulatif, sama seperti pandangan Doran (1990). Aktiviti hands-on juga

merupakan aktiviti memanipulasi perkara-perkara yang dipelajari oleh murid-murid

seperti bercucuk tanam, mengenali medan magnet dan juga penggunaan batu-batuan

(James, 1993). Dalam erti kata lain, menurut James aktiviti hands-on merupakan

pembelajaran daripada pengalaman sendiri.

Oleh kerana itu, dapatlah pengkaji merumuskan bahawa aktiviti hands-on

membawa maksud apa sahaja aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid-murid

secara praktikal, dengan memanipulasikan bahan-bahan yang ada. Aktiviti hands-on

boleh terdiri daripada menguli doh, bercucuk tanam, menyediakan makanan

tradisional dan juga membuat kolaj.

16
3.4.2 Pembelajaran.

Secara umumnya pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan

atau kemahiran. Menurut Gagne (1970) pembelajaran merupakan perubahan

tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk

perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan.

Menurut Woolfolk (1980) pula, pembelajaran dilihat sebagai perubahan

dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru,

atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.

3.5 Batasan Kajian.

Kajian Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on ini dijalankan di Sekolah

Kebangsaan Bukit Guntong dan hanya melibatkan murid prasekolah sahaja. Kelas

yang ditetapkan adalah kelas Prasekolah Hikmah. Seramai sepuluh orang sampel

yang terlibat dalam kajian ini. Aktiviti-aktiviti hands-on yang dijalankan adalah

berpandukan aspek-aspek dan tunjang-tunjang yang terdapat dalam Kurikulum

Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Kajian ini memberi tumpuan kepada

pengaplikasian pembelajaran secara hands-on yang digunakan dalam pengajaran

guru.

17
4.0 KUMPULAN SASARAN.

Kajian Tindakan ini melibatkan sampel seramai sepuluh orang murid dari kelas

Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Tepoh, Kuala Terengganu.

Sampel terdiri daripada lima orang respondan perempuan dan lima orang responden

lelaki. Pemilihan responden adalah berdasarkan masalah yang sama yang dihadapi

oleh murid-murid ini. Pengkaji juga telah mengenal pasti responden melalui

pemerhatian semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

5.0 TINDAKAN YANG DIJALANKAN.

5.1 Perancangan Tindakan.

Jadual 5.1 : Perancangan Tindakan.

JADUAL PELAKSANAAN KAJIAN


AKTIVITI / MEI - SEPT -
FASA JAN - APR
MINGGU OGOS NOV
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11
Pengenalan
Kepada Kajian
Tindakan
Penjelasan
Tugasan
Pembahagian
Pensyarah
Penetapan Penyelia
1
Objektif Perbincangan
Tinjauan
Masalah Yang
Dikaji
Merangka
Kertas
Cadangan
Kajian

18
Mengukuhkan
Kertas
Cadangan
Kajian
Pembinaan
Instrumen
Menyiapkan
Kertas
Cadangan
Lawatan Ke
Sekolah Untuk
Mendapatkan
Maklumat
Kajian Yang
Hendak
Dijalankan
Pelaksanaan Menjalankan
2
Kajian Sesi Temubual
Dengan Guru
Organisasi dan
Mengemaskini
Maklumat Yang
Diperoleh
Analisis Data
Yang Diperoleh
Perbincangan
Tindakan Yang
Akan Diambil
Analisis Data Untuk
3 dan Mengatasi
Perbincangan Masalah
Penulisan
Laporan
Penyelidikan
Pembentangan
Penyemakan dan
Penulisan Mengemaskini
4 Laporan Laporan
Penyelidikan Penyelidikan
Menghantar
Tugasan

Berdasarkan jadual perancangan tindakan di atas, dapat dilihat dengan jelas

bahawa pengkaji telah melalui empat fasa utama dalam proses menyiapkan kajian

tindakan ini. Fasa yang pertama adalah penetapan objektif yang berlangsung

sepanjang bulan Februari sehingga April. Dalam Fasa 1 ini, pengkaji telah diberi

19
taklimat mengenai tugasan kajian tindakan ini dan memperoleh pensyarah penyelia

yang akan membimbing sepanjang proses pelaksanaan kajian tindakan ini.

Perangkaan kertas cadangan kajian dan pembinaan instrumen turut berjalan semasa

Fasa 1 ini.

Pelaksanaan kajian berlaku dalam Fasa 2. Dalam fasa ini, pengkaji telah

terlibat dengan praktikum di sekolah selama empat minggu untuk mendapatkan

maklumat kajian yang hendak dijalankan. Bagi mengenalpasti masalah yang wujud,

selain membuat pemerhatian dari kaca mata pengkaji sendiri, pengkaji turut

menjalankan sesi temubual secara tidak formal dengan guru prasekolah di sekolah

yang terlibat. Setelah memperoleh maklumat yang mencukupi, pengkaji mula

menjalankan kajian dan mengumpul data-data yang berkenaan. Pengkaji turut

menganalisis data yang telah diperoleh secara teliti.

Semasa Fasa 3 berlangsung, pengkaji membuat beberapa perbincangan

tindakan yang akan diambil untuk mengatasi masalah bersama dengan guru

prasekolah dan pensyarah penyelia yang terlibat. Setelah memperoleh kesemua data

dan mencari penyelesaian kepada masalah yang wujud, pengkaji mula membuat

penulisan laporan penyelidikan berdasarkan data yang telah dianalisis.

Fasa 4 yang meliputi pembentangan, penyemakan dan pengemaskinian

laporan penyelidikan akan berlangsung dalam bulan September dan pada Oktober

2011 sebuah laporan penyelidikan yang lengkap perlu dihantar kepada pensyarah

penyelia.

20
6.0 Prosedur Cara Mengumpul Data.

6.1 Instrumen Kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah mengambil kira beberapa aspek keberkesanan yang

dapat dicapai melalui proses tindakan yang dilakukan. Aspek-aspek keberkesanan

utama yang ingin dicapai oleh pengkaji adalah yang dinyatakan :

i. Minat responden terhadap pengajaran guru.

ii. Penglibatan responden dalam pembelajaran.

iii. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar.

Di samping aspek-aspek keberkesanan utama yang ingin dicapai, pengkaji turut

menetapkan dua lagi aspek keberkesanan sampingan yang ingin dicapai iaitu :

i. Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti.

ii. Tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran.

Aspek-aspek yang telah disenaraikan di atas akan menjadi fokus pengkaji semasa

menjalankan kajian tindakan untuk melihat sejauh manakah pengaplikasian

pembelajaran secara hands-on berkesan terhadap pembelajaran murid-murid. Selain

itu juga, aspek-aspek ini akan menjadi garis panduan terhadap pengkaji semasa

menjalankan kajian tindakan supaya kajian yang dijalankan tidak tersasar daripada

objektif yang ingin dicapai.

21
Bagi melihat pencapaian murid-murid terhadap aspek-aspek yang difokuskan ini,

pengkaji akan menggunakan empat instrumen kajian yang telah dirancang untuk

mendapatkan maklumat tentang tahap peningkatan yang diperolehi oleh murid iaitu

instrumen pemerhatian, temu bual, senarai semak dan skala kadar.

6.1.2 Pemerhatian.

Pemerhatian adalah proses penilaian guru secara aktif. Guru memerhati, membuat

interpretasi dan menilai aspek-aspek yang diperhatikan. Melalui pemerhatian,

penilaian dapat dijalankan ke atas proses dan hasil kerja murid. Sepanjang kajian ini,

pengkaji telah menjalankan pemerhatian secara berstruktur terhadap responden.

Pengkaji telah memilih untuk merakam gambar responden-responden sepanjang

proses pembelajaran mereka sebanyak dua fasa, iaitu fasa pertama sebelum pengkaji

mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on dan juga fasa kedua setelah pengkaji

mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on.

Pengkaji telah menjalankan beberapa pemerhatian terhadap aktiviti yang

dijalani oleh responden apabila guru tidak mengaplikasikan kaedah pembelajaran

secara hands-on dan juga setelah guru mengaplikasikan pembelajaran secara hands-

on. Pada peringkat awal, pengkaji perlu membiasakan murid-murid ini dengan

kehadiran kamera agar pergerakan dan segala tindakan mereka adalah tidak dibuat-

buat. Pengkaji telah mencuba merakam beberapa kali gambar sepanjang proses

mereka menjalani pembelajaran kerana mereka tidak selesa dengan kewujudan

kamera pada peringkat awalnya. Data hanya dikutip apabila murid-murid sudah

membiasakan diri dengan kewujudan pengkaji bersama kamera. Dalam kajian yang
22
dijalankan ini, pengkaji telah menjalankan pemerhatian terhadap lima aspek seperti

yang telah disenaraikan. Aspek-aspek tersebut adalah seperti yang dinyatakan di

bawah :

i. Minat responden terhadap pengajaran guru.

- Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dalam proses pembelajaran

dengan penuh minat.

ii. Penglibatan responden dalam pembelajaran.

- Terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran.

iii. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar.

- Dapat bersoal jawab apabila ditanya mengenai satu-satu topik

pembelajaran dengan baik.

iv. Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti.

- Pengolahan idea murid terhadap bahan serta alatan yang digunakan.

v. Tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran.

- Kewujudan tingkah laku-tingkah laku positif sepanjang proses

pembelajaran seperti berkongsi alatan, bekerjasama dan bertolak

ansur.

23
6.1.3 Temu bual.

Menurut Othman (2009), temubual melibatkan penemubual menggunakan soalan-

soalan yang telah ditentukan untuk semua partisipan. Ini menjadikan sangat sedikit

variasi dari segi tindak balas responden. Penemubual biasanya akan merekodkan

tindak balas mengikut skema pengkodan yang telah ditentukan. Satu prosedur yang

standard dari segi pentadbiran temu bual dapat mengawal perjalanan temubual serta

tindak balas daripada responden. Responden dalam kes pengkaji ini adalah sampel

yang telah pengkaji pilih. Kesemua responden akan mendapat set soalan yang sama,

ditanya dalam urutan yang sama oleh penemubual iaitu pengkaji sendiri.

Instrumen temu bual adalah merupakan salah satu cara penyelidik untuk

mendapatkan data maklumat melalui lisan dan interaksi di mana pengkaji

berinteraksi dengan murid. Temu bual dijalankan terhadap sepuluh orang responden

yang telah dipilih. Sebanyak tiga soalan yang telah digunakan. Data-data temubual

dianalisis berdasarkan persoalan yang telah dibuat oleh pengkaji. Berikut merupakan

tema-tema tersebut :

i. Pembelajaran secara hands-on dapat menunjukkan peningkatan terhadap

minat responden dalam pembelajaran.

ii. Bagaimana penerimaan responden terhadap pembelajaran secara hands-on.

iii. Pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan tahap

kefahaman responden dalam pembelajaran.

24
6.1.3.1 Senarai Soalan Temubual.

1. Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti

hands-on?

2. Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku

ini?

3. Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

6.1.4 Senarai Semak.

Menurut Surayah dan Haslinda (2009), senarai semak merupakan sejenis alat

pentaksiran yang mengandungi senarai item dan digunakan bagi menilai sesuatu

kemahiran atau tingkah laku. Analisis daripada senarai semak ini menentukan sama

ada wujud kemahiran tertentu yang ingin dikaji atau tingkah laku tertentu dalam diri

murid-murid yang diperhatikan. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah

menggunakan senarai semak untuk mengesan dan melihat tahap penglibatan murid-

murid dalam aktiviti pengajaran yang dijalankan oleh guru.

6.1.5 Skala Kadar.

Skala kadar digunakan untuk merekod darjah kemajuan yang menggambarkan

pencapaian murid. Skala kadar diukur secara skala atau gred. Semasa perancangan

skala kadar, antara perkara yang perlu diberi perhatian adalah tajuk, kemahiran yang

ingin diukur atau tingkahlaku yang ingin diperhatikan. Aktiviti yang dilaksanakan

juga perlu dinyatakan dengan jelas. Selain itu, penerangan bagi skala atau gred yang
25
digunakan juga perlu dinyatakan. Skala kadar boleh digunakan secara individu,

kumpulan atau secara kelas. Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah memilih untuk

membuat rekod skala kadar secara berkumpulan iaitu dengan mengumpulkan

kesemua sampel kajian.

Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan skala kadar yang

mengandungi lima soalan yang telah dibina untuk mengukur aras kefahaman

responden. Soalan-soalan yang dibina tidak keluar daripada standard kandungan dan

standard pembelajaran yang terdapat dalam Kurikulum Standard Prasekolah

Kebangsaan. Soalan yang dikemukakan oleh pengkaji adalah berbentuk lisan tetapi

responden diminta menjawab soalan yang diberi dalam dua kaedah yang berbeza,

iaitu satu kaedah melalui tulisan dimana responden diminta mendengar soalan

dengan teliti dan menjawabnya di dalam lembaran kerja yang diberikan. Satu kaedah

lagi adalah pengkaji memberikan responden kebebasan untuk menjawab soalan yang

diberi dengan memanipulasi bahan yang diberikan dan responden bebas bergerak di

dalam kelas prasekolah.

Pengkaji memilih instrumen skala kadar yang mempunyai item-item soalan

ini adalah kerana menurut Zurida & Sharifah (2003), soalan-soalan adalah cara yang

paling mudah untuk mendapatkan maklumat. Soalan-soalan seharusnya berbentuk

terbuka dan member maklumat berhubung aktiviti yang dilakukan serta

membolehkan guru mendapatkan gambaran berhubung tahap kefahaman kanak-

kanak.

26
6.2 CARA MENGANALISIS DATA.

Maklumat-maklumat serta data-data yang diperlukan untuk mengetahui kesan

pengaplikasian aktiviti hands-on dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-

murid Prasekolah Hikmah Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong akan dikumpul

melalui instrumen-instrumen yang berasaskan kepada fokus yang dirancang. Untuk

mendapatkan maklumat melalui instrumen pemerhatian yang telah dirakamkan

melalui rakaman video dan gambar, pengkaji akan menggunakan maklum balas yang

akan dilakukan melalui pemerhatian pengkaji sendiri serta pemerhatian daripada

rakan guru.

Pemerhatian secara berstruktur yang dirancangkan ini adalah untuk

memastikan keesahan dan kebolehpercayaan data yang akan terkumpul daripada

analisa yang dijalankan adalah boleh dipercayai berbanding daripada pemerhatian

yang akan dijalankan hanya daripada kaca mata pengkaji semata-mata. Aspek

pemerhatian yang akan dianalisis adalah dari segi minat murid-murid terhadap

pengajaran guru, penglibatan mereka dalam pembelajaran dan juga kefahaman

mereka terhadap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru.

Aspek pemerhatian secara berstruktur yang akan dijalankan akan dibahagikan

kepada tiga tahap pencapaian iaitu baik (B), sederhana (S) dan memuaskan (M).

Untuk pembahagian tahap pencapaian yang diperolehi setiap responden akan

dianalisis seperti dalam borang:

27
Jadual 6.1 : Aspek Pemerhatian Berstruktur.

TAHAP PENCAPAIAN
ASPEK YANG DINILAI CATATAN
B S M
Minat responden terhadap pengajaran
guru.
Penglibatan responden dalam
pembelajaran.
Kefahaman responden terhadap topik
yang diajar.
Kreativiti responden dalam
pembelajaran.
Tingkahlaku positif yang dipamerkan
sepanjang pembelajaran.

Bagi mendapatkan maklumat daripada instrumen temubual, pengkaji akan

menjalankan sesi temubual bersama responden sendiri. Sesi temubual dan interaksi

bersama responden akan dijalankan pada setiap sesi akhir pengajaran guru untuk

mengesan kehendak mereka terhadap teknik pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Setiap butiran maklumat yang diucapkan oleh murid akan direkodkan oleh pengkaji

untuk mendapatkan maklumat yang terperinci daripada setiap kata-katanya.

Pertuturan bukan lisan juga seperti gerak laku badan yang dilakukan oleh murid juga

akan direkod supaya pengkaji dapat mentafsir pergerakan yang dilakukan untuk

mengetahui keadaan murid sewaktu temubual dijalankan. Item-item penyoalan yang

akan digunakan semasa sesi temubual adalah seperti berikut :

1. Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti

hands-on?

2. Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku

ini?
28
3. Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

Daripada soalan-soalan yang dikemukakan, pengkaji akan merekodkan segala

respon ataupun tindak balas yang diberikan oleh guru dan responden untuk dianalisa

bagi mendapatkan maklumat yang jelas tentang perkembangan responden tersebut.

Menurut Amy & Nancy (2005), pemerhatian dan temu bual merupakan dua kaedah

penilaian yang paling berguna dalam proses penilaian kanak-kanak.

Dalam mendapatkan maklumat melalui senarai semak pula, pengkaji akan

menggunakan borang senarai semak yang mengandungi lima aktiviti pengajaran

yang telah dipilih oleh pengkaji untuk melihat perkembangan minat dan penglibatan

responden terhadap pengajaran guru. Borang ini akan digunakan sebelum dan selepas

murid menjalankan sesuatu aktiviti yang telah dirancang oleh guru. Ini adalah

bertujuan untuk mengukuhkan lagi dapatan kajian yang diperolehi. Borang senarai

semak adalah seperti yang tertera di bahagian lampiran.

Instrumen yang keempat iaitu rekod skala kadar telah digunakan untuk

merekod peningkatan aras kefahaman responden terhadap pengajaran guru.

Sebanyak tiga tunjang telah dipilih oleh pengkaji iaitu Tunjang Bahasa dan

Komunikasi, Tunjang Sains dan Teknologi dan juga Tunjang Fizikal dan Estetika

sebagaimana yang terkandung dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan

(KSPK). Rekod skala kadar ini turut pengkaji gunakan sebelum dan selepas rawatan

iaitu sebelum mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on dan selepas

pembelajaran secara hands-on.

29
6.3 PELAKSANAAN TINDAKAN.

Perancangan pelaksanaan tindakan bagi kajian tindakan ini adalah seperti yang

diterangkan dalam carta alir di bawah :

Rajah 6.1 : Carta Alir Perancangan Pelaksanaan Tindakan.

REFLEKSI MERANGKA / PELAKSANAAN


MERANCANG TINDAKAN
AWAL PELAN
TINDAKAN

PEMERHATIAN MENGUKUR MENGAMBIL


DAN PENILAIAN DATA TINDAKAN

KESIMPULAN ULANG
LANGKAH

Perancangan pelaksanaan tindakan seperti carta alir di atas adalah telah

diolah daripada Model Penyelidikan Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988) yang

terdiri daripada empat langkah utama iaitu mereflek, merancang, bertindak dan akhir

sekali memerhati. Pengkaji telah menjadikan Model Penyelidikan Tindakan Kemmis

dan Mctaggart ini sebagai asas menjalankan kajian tindakan di sekolah pengkaji

menjalani praktikum. Langkah pertama yang diambil oleh pengkaji adalah membuat

refleksi awal iaitu dengan mengenalpasti masalah yang wujud di kalangan Murid-
30
murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong. Setelah beberapa

sesi pengajaran dan pembelajaran guru bersama murid-murid, pengkaji mula

mendapati bahawa murid-murid prasekolah ini kebanyakannya tidak berminat

terhadap pembelajaran sekiranya guru menggunakan kaedah tradisional dan hanya

menggunakan lembaran kerja dan buku latihan sebagai aktiviti pengukuhan. Mereka

akan cepat kebosanan kerana tidak berminat dan tidak berupaya memahami tugasan

yang diberikan. Apabila hal ini berlaku, murid-murid akan mula menunjukkan

tingkahlaku mengganggu dimana mereka akan berjalan ke sana ke mari dan mula

membuat bising dengan mengganggu rakan-rakan yang lain. Masalah ini juga telah

pengkaji perhatikan di mana-mana sekolah pengkaji pernah menjalani praktikum.

Langkah kedua yang diambil pengkaji adalah memulakan pencarian fakta

berkaitan pengajaran secara tradisional yang diamalkan di prasekolah dan contoh

rawatan yang boleh diaplikasikan terhadap murid-murid yang tidak berminat dan

tidak mahu melibatkan diri dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Pengkaji

mula merancang dan merangka tindakan yang boleh dilakukan di samping membuat

banding beza bagi setiap kaedah yang ditemui. Setelah membuat beberapa rujukan,

pengkaji mendapati bahawa kaedah pembelajaran secara hands-on merupakan

kaedah terbaik bagi menangani masalah murid yang tidak berminat terhadap

pengajaran guru dan tidak mahu melibatkan diri dalam pembelajaran. Pengkaji mula

merangka beberapa aktivi hands-on yang boleh dilakukan.

Langkah yang ketiga merupakan pelaksanaan pelan tindakan dimana pengkaji

mula melaksanakan perancangan dan rawatan yang telah dirancang. Pengkaji turut

mengumpul data-data dari pelbagai instrumen. Setelah memperoleh pelbagai data


31
yang relevan dan signifikan dengan kajian, pengkaji menjalankan analisis terhadap

data yang diperoleh. Langkah yang terakhir adalah pengkaji melakukan pemerhatian

untuk menilai tindakan yang diambil. Daripada penilaian yang dibuat, pengkaji

mendapati kaedah pembelajaran secara hands-on adalah berkesan dalam

meningkatkan minat dan tahap penglibatan responden dalam pembelajaran.

7.0 ANALISIS DATA.

7.1 Pengenalan.

Dalam Bab 7 ini, pengkaji akan membincangkan mengenai pengumpulan data yang

telah dilakukan berdasarkan tajuk kajian tindakan yang dilaksanakan iaitu

Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on Membantu Meningkatkan Minat dan

Penglibatan Murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong

Dalam Pembelajaran Melalui Aktiviti Hands-On. Selain itu, di dalam bab ini juga

pengkaji memfokuskan dapatan kajian dan dihuraikan berdasarkan sumber kajian

yang telah dikenalpasti.

Data-data yang diperolehi daripada kajian ini hasil berdasarkan penggunaan

instrumen kajian yang telah pengkaji gunakan iaitu instrumen pemerhatian,

temubual, senarai semak dan juga rekod skala kadar. Selain itu, data-data yang telah

diperolehi adalah selari dengan matlamat penyelidikan dan menjawab semua soalan

penyelidikan iaitu:

32
i. Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu

meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

ii. Adakah tahap penglibatan murid-murid prasekolah dalam pembelajaran

meningkat apabila guru mengaplikasikan pengajaran secara hands-on?

iii. Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah

menjalani pembelajaran secara hands-on?

7.2 Profil Responden.

Profil responden diperolehi berdasarkan pemerhatian yang dilakukan sepanjang

tempoh kajian. Berdasarkan jadual 7.1 di bawah, seramai sepuluh orang murid telah

diambil sebagai responden sampel kajian. Ia melibatkan kumpulan murid daripada

prasekolah Hikmah. Pengklasifian telah dibuat mengikut jantina masing-masing.

Jadual 7.1 : Taburan Responden Mengikut Jantina.

Jantina Kekerapan Peratus (%)

Lelaki 5 50
Perempuan 5 50

Jumlah 10 100

Jadual 7.1 di atas menunjukkan seramai sepuluh orang responden daripada

murid-murid Prasekolah Hikmah yang terdiri daripada lima orang murid lelaki,

mewakili 50% dan lima orang murid perempuan, mewakili 50%.

33
7.3 Analisis Data Melalui Pemerhatian.

Bahagian ini akan membincangkan data yang telah diperoleh hasil daripada

pemerhatian secara berstruktur yang telah dijalankan terhadap murid Prasekolah

Hikmah semasa sesi pengajaran dan pembelajaran aktiviti hands-on. Untuk dapatan

data pemerhatian, penyelidik telah membuat senarai kriteria yang akan dilihat

sepanjang proses pemerhatian sebelum dan selepas pengaplikasian pembelajaran

secara hands-on. Dalam pemerhatian yang dijalankan ini, pengkaji telah mengambil

kira aspek keberkesanan yang dapat dicapai melalui proses tindakan yang telah

dilakukan. Aspek-aspek tersebut ialah :

i. Minat responden terhadap pengajaran guru.

- Menyertai setiap aktiviti yang dijalankan dalam proses pembelajaran

dengan penuh minat.

ii. Penglibatan responden dalam pembelajaran secara hands-on.

- Terlibat dengan aktif dalam aktiviti pembelajaran.

iii. Kefahaman responden terhadap topik yang diajar.

- Dapat bersoal jawab apabila ditanya mengenai satu-satu topik

pembelajaran dengan baik.

iv. Kreativiti responden dalam melakukan aktiviti.

- Pengolahan idea murid terhadap bahan serta alatan yang digunakan.

34
v. Penjanaan idea dalam proses menyiapkan aktiviti hands-on yang

diberikan.

- Dapat menghasilkan sesuatu yang baru dan lain daripada rakan

semasa proses menjalani aktiviti secara hands-on.

Aspek pemerhatian secara berstruktur yang telah dijalankan dibahagikan

kepada tiga tahap pencapaian baik (B), sederhana (S), dan memuaskan (M). Untuk

pembahagian tahap pencapaian yang diperolehi, pengkaji telah membuat analisis

seperti di bawah :

Jadual 7.2 : Aspek Pemerhatian Secara Berstruktur

Catatan
Aspek Yang Dilihat Tahap Pencapaian
Pencapaian

Minat responden terhadap pengajaran guru. B S M


Penglibatan responden dalam pembelajaran. B S M
Peningkatan kefahaman responden dalam B S M
pembelajaran.
Kreativiti responden dalam pembelajaran . B S M
Tingkah laku positif yang dipamerkan. B S M

7.3.1 Analisis Data Sebelum Rawatan.

Pemerhatian ini dijalankan semasa pembelajaran murid-murid sebelum

pengaplikasian kaedah hands-on kepada responden. Pra pemerhatian ini dijalankan

bagi mendapatkan gambaran awal terhadap tahap pencapaian murid dalam aktiviti

35
hands-on. Hasil dapatan daripada pra pemerhatian yang dijalankan adalah seperti

berikut :

Jadual 7.3 : Analisis Data Sebelum Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on.

Aspek Yang Tahap Pencapaian


Item
Dinilai Baik % Sederhana % Memuaskan %
Minat responden
Item
terhadap pengajaran 3 30 3 30 4 40
1
guru.
Penglibatan
Item responden dalam
2 20 3 30 5 50
2 pembelajaran.

Kefahaman
Item responden
2 20 3 30 5 50
3 terhadap topik yang
diajar.
Kreativiti
Item responden dalam
3 30 2 20 5 50
4 melakukan aktiviti .

Tingkah laku
positif yang
Item
dipamerkan 2 20 2 20 6 60
5
sepanjang
pembelajaran.

Berdasarkan kepada jadual 7.3 di atas, secara keseluruhannya didapati

responden masih lagi berada pada tahap memuaskan iaitu bagi item 1, 2, 3, 4 dan 5.

Bagi item 1 iaitu minat responden terhadap pengajaran guru menunjukkan tahap

memuaskan mencapai peratusan tertinggi iaitu sebanyak (40%) berbanding tahap

baik dan sederhana iaitu masing-masing (30%). Bagi item 2 iaitu tahap penglibatan

responden dalam pembelajaran masih menunjukkan memuaskan sebagai tahap paling

tinggi iaitu (50%) diikuti sederhana (30%) dan baik hanya (20%). Bagi item 3 pula

iaitu kefahaman responden terhadap topik yang diajar, peratusan bagi tahap
36
memuaskan adalah sebanyak (50%) berbanding tahap baik dan sederhana yang

menunjukkan peratusan sebanyak (20%) dan (30%).

Bagi item 4 juga iaitu kreativiti responden dalam melakukan aktiviti, tahap

memuaskannya menunjukkan peratusan tertinggi iaitu sebanyak (50%) berbanding

tahap baik dan sederhana iaitu (30%) dan (20%). Sebelum pengaplikasian aktiviti

hands-on dalam pembelajaran responden, bagi item 5 yang telah diperhatikan iaitu

tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran juga masih

menunjukkan tahap memuaskan sebagai peratusan tertinggi iaitu sebanyak (60%)

berbanding baik dan sederhana yang masing-masing menunjukkan peratusan (20%).

Rajah 7.1 : Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pra Pemerhatian.

Rajah 7.1 menunjukkan carta perbandingan antara item bagi pra pemerhatian

iaitu sebelum pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on kepada

responden. Bagi item 1, 2 dan 3 masing-masing mencatat peratusan yang sama bagi
37
tahap sederhana iaitu (30%). Bagi tahap baik pula, item 1 dan item 4 mencatat

peratusan lebih tinggi berbanding tiga lagi item yang lain iaitu sebanyak (30%).

Walaubagaimanapun, kelima-lima item menunjukkan bahawa tahap pencapaian

responden adalah masih lagi berada di tahap memuaskan sahaja.

7.3.2 Analisis Data Selepas Rawatan.

Pemerhatian ini dijalankan semasa pembelajaran selepas mengaplikasikan aktiviti

hands-on kepada responden. Selepas sesi rawatan dilaksanakan pengkaji

menjalankan pasca pemerhatian bagi menilai tahap pencapaian responden. Hasil

dapatan daripada pasca pemerhatian yang dijalankan adalah seperi berikut :

Jadual 7.4 : Analisis Data Selepas Pengaplikasian Pembelajaran Secara Hands-on.

Aspek Yang Tahap Pencapaian


Item
Dinilai Baik % Sederhana % Memuaskan %
Minat responden
1 terhadap 10 100 - 0 - 0
pengajaran guru.
Penglibatan
2 responden dalam 9 90 1 10 - 0
pembelajaran.
Kefahaman
responden
3 9 90 1 10 - 0
terhadap topik
yang diajar.
Kreativiti
4 responden dalam 8 80 1 10 1 10
melakukan aktiviti
Tingkah laku
positif yang
5 dipamerkan 9 90 1 10 - 0
sepanjang
pembelajaran.

38
Jadual 7.4 di atas menunjukkan peningkatan dalam kelima-lima item iaitu

secara keseluruhannya mencapai 80% ke atas. Hanya pada item 4 sahaja iaitu

kreativiti responden dalam melakukan aktiviti menunjukkan responden yang masih

berada di tahap memuaskan iaitu hanya (10%).

Rajah 7.2 : Carta Perbandingan Antara Setiap Item Bagi Pasca Pemerhatian.

Rajah 7.2 menunjukkan carta perbandingan antara item bagi pasca

pemerhatian iaitu setelah pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on

kepada responden. Berdasarkan carta di atas menunjukkan bahawa peningkatan bagi

kelima-lima item yang mana secara purata mencapai peratusan sebanyak (80%) ke

atas. Peningkatan ini bukan sahaja melibatkan peratusan peningkatan pada tahap

baik, malahan juga pada tahap sederhana di mana terdapat pengurangan peratusan

pada setiap item bagi tahap sederhana. Hanya bagi item 4 iaitu kreativiti responden

dalam melakukan aktiviti masih terdapat (10%) pada tahap sederhana, daripada

sebelumnya (50%).
39
Rajah 7.3 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 1.

Rajah 7.3 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 1, iaitu minat

responden terhadap pengajaran guru. Data menunjukkan tahap baik meningkat

sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (100%) pada pasca pemerhatian berbanding

dengan hanya (30%) pada pra pemerhatian. Tiada responden yang masih berada pada

tahap sederhana dan memuaskan pada pasca pemerhatian berbanding pada

pemerhatian yang mencatatkan peratusan sebanyak (30%) dan (40%).

40
Rajah 7.4 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 2.

Rajah 7.4 di atas menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 2, iaitu

penglibatan responden dalam pembelajaran. Data menunjukkan tahap baik

meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca pemerhatian

berbanding pada pra pemerhatian hanya (20%). Tahap sederhana pula berjaya

dikurangkan sebanyak (20%) iaitu menjadi (10%) pada pasca pemerhatian

berbanding sebelumnya (30%) pada pasca pemerhatian. Begitu juga dengan tahap

memuaskan yang berjaya dihapuskan berbanding (50%) pada pra pemerhatian.

41
Rajah 7.5 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 3.

Rajah 7.5 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 3, kefahaman

responden terhadap topik yang diajar. Data menunjukkan tahap baik meningkat

sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca pemerhatian berbanding

pada pra pemerhatian hanya (20%). Tahap sederhana telah dapat dikurangkan

sebanyak (20%) iaitu menjadi (10%) pada pasca pemerhatian berbanding

sebelumnya (30%) pada pasca pemerhatian. Bagi tahap memuaskan pula, ianya

berjaya dihapuskan terus berbanding (50%) pada pra pemerhatian.

42
Rajah 7.6 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 4.

Rajah 7.6 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 4, iaitu

kreativiti murid-murid dalam melakukan aktiviti. Bagi tahap baik, data menunjukkan

peningkatan sebanyak (50%) iaitu menjadikannya (80%) pada pasca pemerhatian

berbanding dengan (30%) pada pra pemerhatian. Bagi tahap sederhana dan

memuaskan pula, data mencatatkan hanya (10%) responden pada kedua-dua tahap ini

berbanding pada pra pemerhatian dimana tahap sederhana dan memuaskan masing-

masing mencatat (20%) dan (50%).

43
Rajah 7.7 : Carta Perbandingan Antara Pra dan Pasca Pemerhatian Bagi Item 5.

Rajah 7.7 menunjukkan tahap pencapaian responden bagi item 5, iaitu

tingkah laku positif yang dipamerkan sepanjang pembelajaran. Data menunjukkan

tahap baik meningkat sebanyak (70%) iaitu menjadikannya (90%) pada pasca

pemerhatian berbanding hanya (20%) pada pra pemerhatian. Tahap sederhana

berjaya dikurangkan sebanyak (10%) menjadikannya hanya (10%) sahaja berbanding

(20%) sebelumnya. Pada tahap memuaskan pula, tiada peratusan yang dicatatkan

kerana ianya telah berjaya dikurangkan sebanyak (100%).

7.4 Analisis Data Melalui Temubual.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji turut menggunakan instrumen temubual bagi

mendapatkan data bagi mengukuhkan lagi kajian yang dilaksanakan. Temubual

dijalankan terhadap sepuluh orang responden yang telah dipilih. Sebanyak tiga
44
soalan yang telah digunakan. Data-data temubual dianalisis berdasarkan persoalan

kajian yang telah dibuat. Berikut merupakan tema-tema tersebut :

i. Pembelajaran secara hands-on dapat menunjukkan peningkatan terhadap

minat responden dalam pembelajaran.

ii. Bagaimana penerimaan responden terhadap pembelajaran secara hands-on.

iii. Pembelajaran secara hands-on dapat membantu meningkatkan tahap

kefahaman responden dalam pembelajaran.

7.4.1 Senarai Soalan Temubual.

1. Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti

hands-on?

2. Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku

ini?

3. Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

7.4.2 Temubual Bersama Responden.

7.4.2.1 Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti

hands-on?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk mengesan perubahan minat responden

dalam proses pembelajaran setelah guru mengaplikasikan kaedah hands-on. Tujuan

soalan ini dikemukakan adalah untuk menjawab dan menyokong persoalan kajian
45
satu iaitu Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat membantu

meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

Jadual 7.5 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 1

Responden Jawapan Temubual Kod

Murid 1 Kite lagi suke kalu kite dapat buat sendiri, cikgu. M1.1

Murid 2 Best ngat, cikgu. M2.1

Murid 3 Ambe rase nok wat lagi bende gini. Best, cikgu. M3.1

Murid 4 Kite memang suke cikgu buat bende gini. M4.1

Murid 5 Seronok, cikgu. Rase nok wat lagi. M5.1

Murid 6 Kite suke ngat cikgu. Kite nok bawak balik ke adik kite. M6.1

Murid 7 Sedap belajar gini cikgu. M7.1

Murid 8 Dop ahu nok kabo guane. Mestilah suke cikgu. M8.1

Murid 9 Oh best la cikgu. Kite wase suke ngat. M9.1

Murid 10 Kite nok wat lagi bende gini cikgu. No wat kt dumoh plok. M10.1

Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden, pengkaji

mendapati bahawa responden sangat berminat terhadap pengajaran guru sekiranya

guru mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on. Selain itu juga, tempoh

tumpuan responden dalam pembelajaran turut meningkat berbanding sebelumnya. Ini

dapat dilihat dengan jelas apabila responden memberi respon yang baik apabila

ditanya tentang perasaan mereka setelah menjalani aktiviti hands-on. Kesemua

responden menjawab mereka sangat seronok dan suka aktiviti hands-on yang

dijalankan oleh guru.

46
7.4.2.1.1 Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu

dalam buku ini?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk mendapatkan maklumat mengenai respon

yang ditunjukkan oleh responden sekiranya guru tidak menggunakan kaedah hands-

on, sebaliknya guru mengamalkan pengajaran secara tradisional. Berdasarkan soalan

yang dikemukakan, guru dapat membezakan minat atau kesukaan responden

terhadap kaedah yang diaplikasikan.

Jadual 7.6 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 2.

Responden Jawapan Temubual Kod

Murid 1 Tak mboh ah cikgu, lenguh doh kite. M1.2

Murid 2 Kite dok suke nulih cikgu. M2.2

Murid 3 Letih tangan cikgu, tak mboh doh la wat. M3.2

Murid 4 Nok wat kat umoh bulih dok cikgu. M4.2

Murid 5 Banyok sangat nak kena nulih cikgu. M5.2

Murid 6 Die ambik kalam kite cikgu. Kite dok leh nok nulih. M6.2

Murid 7 Aloh cikgu. Lenguh doh ambe. M7.2

Murid 8 Buat doh kang maring, cikgu. M8.2

Murid 9 Hok lain pun dok wat gok, cikgu. M9.2

Murid 10 Kite dok reti, cikgu. M10.2

Berdasarkan jawapan yang telah diberikan oleh responden, didapati bahawa

apabila pengkaji menggunakan kaedah tradisional dalam pembelajaran, iaitu sekadar

memberi latihan di dalam buku kerja sebagai aktiviti pengukuhan selepas sesi

pengajaran pelbagai alasan yang telah diberikan responden untuk tidak

menyelesaikan tugasan yang diberikan.


47
7.4.2.2 Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

Soalan yang dikemukakan ini adalah untuk membezakan tahap kefahaman murid-

murid dalam pembelajaran melalui aktiviti hands-on. Soalan yang dikemukakan ini

juga adalah untuk menjawab dan menyokong persoalan kajian tiga iaitu

Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru setelah

menjalani pembelajaran secara hands-on?

Jadual 7.7 : Ringkasan Temubual Bersama Responden Bagi Soalan 3

Responden Jawapan Temubual Kod

Murid 1 Mesti doh cikgu. M1.3

Murid 2 Kite faham doh mendape cikgu ajor. M2.3

Murid 3 Faham, cikgu. Best belajar ngan cikgu. M3.3

Murid 4 Kite faham doh cikgu. Maring kite dok faham. M4.3

Murid 5 Paham. M5.3

Murid 6 Ye cikgu. M6.3

Murid 7 Eerm (sambil menganggukkan kepala). M7.3

Murid 8 Faham, cikgu. M8.3

Murid 9 Bulih paham doh. M9.3

Murid 10 Faham sikit-sikit, cikgu. M10.3

Berdasarkan kepada jawapan yang diberikan oleh responden, pengkaji

mendapati bahawa tahap kefahaman responden dapat ditingkatkan melalui

pembelajaran secara hands-on. Pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa mereka

akan lebih mudah mempelajari dan memahami sesuatu yang dipelajari sekiranya

mereka berpeluang melakukan sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan. Hal ini adalah

kerana sekiranya mereka berpeluang menyentuh, merasa, menghidu, memegang dan


48
membuat sesuatu aktiviti yang dijalankan itu pengetahuan yang diperoleh akan lebih

cepat diserap oleh responden.

Secara keseluruhannya, pengkaji dapat menyatakan bahawa responden dapat

menerima pembelajaran secara hands-on ini dengan baik. Ini dapat ditunjukkan

melalui jawapan-jawapan yang telah diberikan oleh responden sendiri di samping

pemerhatian dan ujian yang telah dijalankan. Responden dilihat telah dapat membina

ilmu baru nerdasarkan pengetahuan sedia ada mereka.

7.5 Analisis Data Melalui Senarai Semak.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan senarai semak untuk melihat

perbezaan penglibatan responden dalam pembelajaran iaitu sebelum pengaplikasian

aktiviti hands-on dan selepas pengaplikasian aktiviti hands-on. Sebanyak sepuluh

aktiviti telah dipilih bagi tujuan ini iaitu lima aktiviti melibatkan pembelajaran tanpa

aktiviti hands-on dan lima aktiviti yang menggunakan aktiviti hands-on.

Jadual 7.8 : Senarai Semak Penglibatan Responden Sebelum Pembelajaran Secara

Hands-on.

AKTIVITI

RESPONDEN Menulis Mewarnakan Menulis Menyalin Menulis


huruf gambar. nombor 1- semula ayat. perkataan.
besar. 20.
(Aktiviti I) (Aktiviti II) (Aktiviti III) (Aktiviti IV) (Aktiviti V)
R1 X X X X X
R2 X X X X /
R3 X X X X X
R4 X X X / X
R5 X X X / X
R6 X X X X /
49
R7 / X X X X
R8 X X X / /
R9 X / / X X
R10 X / X X X
JUMLAH 1 / 10 2 / 10 1 / 10 3 / 10 3 / 10

Petunjuk : Simbol / x

Tidak
Petunjuk Terlibat
terlibat

Markah
10 0
(%)

Jadual 7.8 menunjukkan data-data penglibatan responden bagi setiap aktiviti

yang tidak mengamalkan pembelajaran secara hands-on. Bagi Aktiviti I iaitu untuk

aktiviti menulis huruf besar mengikut cara yang betul, daripada pemerhatian pengkaji

hanya seorang daripada sepuluh orang responden (1-10) yang melibatkan diri dalam

aktiviti ini. Seramai sembilan orang responden lagi hanya memberikan alasan dan

enggan membuat latihan yang diminta. Bagi Aktiviti II pula iaitu aktiviti

mewarnakan gambar dalam ruang tertentu, seramai dua orang responden (2/10) yang

menunjukkan penglibatan manakala selebihnya tidak mahu melibatkan diri.

Bagi aktiviti menulis nombor 1-20 dengan betul pula iaitu pada Aktiviti III,

hanya seorang daripada sepuluh orang responden yang terlibat (3/10). Tiga orang

responden daripada sepuluh orang (3/10) yang melibatkan diri dalam Aktiviti IV dan

V iaitu aktiviti menyalin semula ayat-ayat mudah dan menulis perkataan berdasarkan

gambar.

50
Rajah 7.9 : Analisa Peratus Penglibatan Responden Sebelum Pembelajaran Secara

Hands-on.

PERATUS PENGLIBATAN
AKTIVITI
RESPONDEN (%)

I 10

II 20

III 10

IV 30

V 30

Jadual 7.9 menunjukkan ringkasan daripada data yang diperolehi dalam nilai

peratusan bagi aktiviti sebelum kaedah pembelajaran secara hands-on. Data bagi

setiap aktiviti menunjukkan peratusan yang sangat rendah. Bagi Aktiviti I, hanya

(10%) daripada (100%) responden yang terlibat dalam aktiviti pembelajaran. Aktiviti

II turut menunjukkan peratusan yang rendah iaitu (20%) dan Aktiviti III hanya

(10%). Data menunjukkan Aktiviti IV dan Aktiviti V masing-masing mencatatkan

peratusan (30%). Aktiviti I dan Aktiviti III mencatatkan peratusan penglibatan yang

terendah iaitu masing-masing hanya serendah (10%).

Jadual 7.10 : Senarai Semak Penglibatan Responden Selepas Pembelajaran Secara

Hands-on.

AKTIVITI

RESPONDEN Menanam
Menguntai Membentuk Menyediakan Membuat
pokok.
manik. doh. Popia. pupet.
(Aktiviti
(Aktiviti I) (Aktiviti II) (Aktiviti III) (Aktiviti V)
IV)
M1 / / / / /
M2 / / / / /

51
M3 X / / / /
M4 / / / / /
M5 / X / / /
M6 / / / / /
M7 X / / X /
M8 / / / / /
M9 / / / / /
M10 / / / X /
JUMLAH 8 / 10 9 / 10 10 / 10 8 / 10 10 / 10

Petunjuk : Simbol / x

Tidak
Petunjuk Terlibat
terlibat

Markah
10 0
(%)

Jadual 7.10 menunjukkan data-data yang dicatat oleh pengkaji bagi setiap

aktiviti yang mengaplikasikan kaedah pembelajaran secara hands-on. Data

menunjukkan catatan penglibatan yang sangat tinggi untuk setiap aktiviti. Bagi

Aktiviti I iaitu aktiviti menguntai manik untuk dijadikan gelang seramai lapan orang

daripada sepuluh orang responden (8/10) yang melibatkan diri dalam aktiviti.

Aktiviti II iaitu aktivit membentuk doh untuk memperkenalkan bentuk-bentuk asas

mencatatkan jumlah penglibatan responden seramai sembilan daripada sepuluh orang

(9/10) yang melibatkan diri.

Bagi Aktiviti III pula iaitu menyediakan popia penglibatan responden adalah

kesemua responden terlibat dalam beraktiviti (10/10). Bagi Aktiviti IV pula iaitu

menanam pokok taugeh seramai lapan orang daripada sepuluh orang responden

melibatkan diri dengan aktif (8/10) dan Aktiviti V iaitu membuat puppet pula

kesemua responden terlibat dalam beraktiviti (10/10).


52
Jadual 7.11 : Analisa Peratus Penglibatan Responden Selepas Pembelajaran Secara

Hands-on.

PERATUS PENGLIBATAN RESPONDEN


AKTIVITI
(%)

Aktiviti 1 70

Aktiviti 2 90

Aktiviti 3 100

Aktiviti 4 90

Aktiviti 5 100

Jadual 7.11 menunjukkan ringkasan daripada data yang diperolehi dalam nilai

peratusan, bagi catatan data penglibatan responden setelah pengkaji mengaplikasikan

kaedah pembelajaran secara hands-on. Data bagi setiap aktiviti menunjukkan

peratusan yang sangat tinggi, iaitu melebihi (70%) dan ke atas. Aktiviti II dan

Aktiviti V mencatatkan peratusan penglibatan responden yang tertinggi iaitu masing-

masing (100%).

7.6 Analisis Data Melalui Skala Kadar.

Dalam kajian tindakan ini, pengkaji telah menggunakan skala kadar untuk melihat

perbezaan tahap kefahaman murid-murid prasekolah dalam pembelajaran iaitu

sebelum pengaplikasian aktiviti hands-on dan selepas pengaplikasian aktiviti hands-

on. Sebanyak lima aktiviti telah dipilih menggunakan dua kaedah berbeza, iaitu

kaedah tradisional yang tidak melibatkan pembelajaran secara hands-on dan satu

kaedah lagi menggunakan kaedah pembelajaran secara hands-on.

53
Lima aktiviti yang telah dipilih oleh pengkaji adalah berpandukan standard-

standard pembelajaran di bawah tiga tunjang iaitu Tunjang Bahasa dan Komunikasi,

Tunjang Sains dan Teknologi dan juga Tunjang Fizikal dan Estetika seperti yang

telah tercatat dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Senarai

aktiviti yang telah pengkaji pilih sebelum pengaplikasian kaedah pembelajaran

secara hands-on adalah seperti senarai dibawah :

i. Aktiviti I : Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

ii. Aktiviti II : Name commons objects in the classroom.

iii. Aktiviti III : Mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat dan segi empat

sama.

iv. Aktiviti IV : Menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor.

v. Aktiviti V : Mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

Jadual 7.12 : Skala Kadar Aras Kefahaman Sebelum Pengaplikasian Kaedah Hands-

0n.

PENILAIAN
RESPONDEN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI
I II III V IV
R1 1 1 1 1 1
R2 1 1 1 1 1
R3 1 1 1 1 1
R4 1 1 1 2 1
R5 1 1 1 2 1
R6 1 1 1 1 2
R7 2 1 1 1 1
R8 1 1 1 1 2
R9 1 2 2 1 1
R10 1 2 1 1 1

54
Skala : 4 Cemerlang

3 Baik

2 Sederhana

1 Perlu bimbingan

Jadual 7.13 : Analisa Skor Aras Kefahaman.

AKTIVITI
SKALA
I II III IV IV

1 9 8 9 8 8

2 1 2 1 2 2

3 - - - - -

4 - - - - -

Berdasarkan jadual 7.12 iaitu skala kadar aras kefahaman responden dan

jadual 7.13 iaitu analisa skor kefahaman responden yang tidak menggunakan kaedah

hands-on di atas, jelas dapat dilihat tahap kefahaman responden adalah sangat

rendah. Data menunjukkan bagi setiap aktiviti, tiada responden yang mendapat skala

4 dan skala 3 iaitu tahap cemerlang dan tahap baik.

Bagi Aktiviti I iaitu memadankan huruf kecil dengan huruf besar, seramai

sembilan orang daripada sepuluh orang responden (9/10) yang mendapat skala 1 iaitu

perlu bimbingan. Manakala bagi skala 2 iaitu sederhana seorang responden (1/10).

Skala 3 dan skala 4 tiada catatan dilakukan. Bagi Aktiviti II pula iaitu iaitu name

common objects in the classroom (menamakan objek-objek yang terdapat di dalam

bilik darjah), skala 1 iaitu perlukan bimbingan mencatat seramai lapan daripada
55
sepuluh orang responden (8/10). Tahap baik iaitu bagi skala 2, mencatatkan dua

orang responden (2/10) yang memahami pengajaran guru.

Bagi Aktiviti III pula iaitu mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat

dan segi empat sama, sembilan orang responden (9/10) masih memerlukan

bimbingan guru kerana tidak dapat memahami pengajaran guru. Bagi Aktiviti IV dan

V iaitu aktiviti menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor dan juga aktiviti

mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat masing-masing mencatatkan

dapatan data yang sama iaitu 8 orang responden (8/10) pada skala 1 dan dua orang

responden (2/10) pada skala 2.

Jadual 7.14 : Skala Kadar Aras Kefahaman Selepas Pengaplikasian Kaedah Hands-

0n.

PENILAIAN
AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI
RESPONDEN
I II III IV V
M1 4 4 4 4 4
M2 4 4 4 4 4
M3 3 4 4 4 4
M4 4 4 4 4 4
M5 4 3 4 4 4
M6 4 4 4 4 4
M7 3 4 4 3 4
M8 4 4 4 4 4
M9 4 4 4 4 4
M10 4 4 4 3 4

56
Skala : 4 Cemerlang

3 Baik

2 Sederhana

1 Perlu bimbingan

Jadual 7.15 : Analisa Skor Aras Kefahaman.

AKTIVITI
SKALA
I II III IV IV

1 - - - - -

2 - - - - -

3 2 1 - 2 -

4 8 9 10 8 10

Berdasarkan jadual 7.14 iaitu rekod skala kadar aras kefahaman responden

selepas pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dan jadual 7.15 iaitu analisa

skor kefahaman responden selepas rawatan di atas, jelas dapat dilihat peningkatan

aras kefahaman responden yang ketara bagi setiap aktiviti. Hal ini adalah kerana

tiada catatan data pada skala 1 dan skala 2.

Aktiviti III dan V mencatatkan tahap cemerlang iaitu pada skala 4 bagi kesemua

responden (10/10). Bagi skala 3 pula iaitu baik, hanya tiga aktiviti iaitu Aktiviti I,

Aktiviti II dan Aktiviti IV yang dicatatkan. Data menunjukkan peningkatan aras

kefahaman responden bagi setiap aktiviti kerana tiada responden yang berada di aras

kefahaman yang sederhana dan masih perlukan bimbingan. Daripada data yang

57
ditunjukkan ini, pengkaji dapat membuat rumusan bahawa pengaplikasian

pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan kefahaman murid-murid

prasekolah terhadap pengajaran guru.

8.0 DAPATAN KAJIAN.

8.1 Pendahuluan.

Dalam bahagian ini pengkaji akan menerangkan tentang rumusan dan perbincangan

keseluruhan mengenai data-data yang diperolehi daripada hasil kajian yang

dijalankan berkaitan dengan sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara

hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid dalam pembelajaran.

8.2 Ringkasan Kajian.

Seramai 10 orang murid terdiri daripada murid-murid Prasekolah Hikmah, Sekolah

Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu, Terengganu telah digunakan sebagai

sampel kajian dimana bilangan responden lelakinya adalah seramai 5 orang dan

bilangan responden perempuannya juga seramai 5 orang. Kesemua responden yang

dipilih adalah berbangsa Melayu yang berumur antara lima hingga enam tahun.

Kajian ini dijalankan untuk mengkaji sejauh manakah pengaplikasian

pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan minat dan penglibatan murid-

murid dalam pembelajaran. Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan tiga

58
instrumen kajian iaitu melalui pemerhatian, temu bual dan borang senarai semak bagi

menjawab persoalan-persoalan kajian yang telah dikemukakan.

8.3 Interpretasi Data dan Dapatan Kajian.

Hasil dapatan pengkaji melalui analisa yang telah dibuat menunjukkan wujud

peningkatan dan kemajuan melalui pengaplikasian pembelajaran secara hands-on

dalam meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran.

Pengkaji mendapati setelah pembelajaran secara hands-on ini diaplikasikan dalam

satu-satu tunjang pembelajaran, dari aspek minat dan tahap penglibatan responden

telah meningkat. Responden lebih berminat terhadap isi pengajaran yang

disampaikan oleh guru, malahan sangat bersungguh-sungguh untuk melibatkan diri

dalam aktiviti yang dijalankan. Ilmu baru dan juga unsur kreativiti telah dapat dibina

sendiri oleh responden bersandarkan kepada pengetahuan sedia ada dan pengalaman

mereka sebelum ini. Penerimaan responden terhadap teknik dan strategi

pembelajaran ini juga dapat diukur melalui temubual responden bersama penyelidik.

8.3.1 Adakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat

membantu meningkatkan minat murid-murid dalam pembelajaran?

8.3.1.1 Dapatan Melalui Pemerhatian.

Dapatan daripada hasil pemerhatian yang telah dilakukan sebelum dan selepas

pengaplikasian pembelajaran secara hands-on terhadap responden menunjukkan

wujudnya peningkatan dan kemajuan dalam aspek minat dan tahap penglibatan
59
mereka dalam pembelajaran. Merujuk kepada rajah 7.3 iaitu tahap pencapaian

responden bagi item 1, iaitu minat responden terhadap pengajaran guru menunjukkan

tahap baik meningkat sebanyak (70%) menjadikannya (100%) berbanding

sebelumnya yang hanya mencatat peratusan minat responden sebanyak (30%).

Peningkatan peratusan ini menunjukkan responden lebih berminat terhadap

satu-satu topik atau isi pelajaran yang ingin disampaikan guru sekiranya mereka

terlibat dalam pembelajaran secara hands-on di mana mereka berpeluang meneroka

sendiri sesuatu aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan pemerhatian juga didapati

responden yang sebelumnya enggan melibatkan diri dan sering memberikan alasan

sekiranya diberikan latihan akan bersungguh-sungguh dan menunjukkan minat

mendalam apabila diberikan aktiviti berasaskan hands-on.

Merujuk kepada rajah 7.4 pula iaitu pemerhatian terhadap item 2 yang telah

dijalankan, didapati tahap penglibatan responden adalah sangat baik. Perkara ini

dapat dibuktikan melalui data yang diperoleh di mana data menunjukkan peratus

penglibatan responden pada tahap baik meningkat sebanyak (80%) menjadikan

peratus penglibatan responden (100%) berbanding sebelumnya hanya (20%).

Berdasarkan kepada peningkatan peratusan ini, pengkaji dapat menyimpulkan

bahawa melalui pengaplikasian pembelajaran secara hands-on, peratus penglibatan

murid-murid dalam pembelajaran adalah tinggi.

Semasa pra pemerhatian, pengkaji mendapati responden agak sukar

melibatkan diri dalam sesuatu aktiviti yang diminta oleh guru. Sebagai contoh,

apabila diminta menulis nombor 1-10 di papan putih, responden tidak akan berganjak
60
daripada tempat duduk dan memberikan alasan mereka tidak tahu. Perkara

sebaliknya berlaku apabila responden diberikan doh yang berwarna-warni dan guru

meminta mereka membentuk nombor 1-10 dengan betul. Responden yang tertarik

dengan doh yang berwarna-warni itu akan berusaha melihat contoh carta nombor

yang terdapat di dalam kelas dan membentuk nombor-nombor yang diminta

menggunakan doh yang diberi. Responden juga akan sentiasa menawarkan diri

sekiranya guru bertanyakan siapa di antara mereka yang sukarela untuk membuat

sesuatu aktiviti yang diminta.

8.3.1.2 Dapatan Melalui Temubual.

Temubual yang telah dijalankan adalah untuk mendapatkan respon berkaitan minat

responden terhadap pembelajaran yang dijalankan secara hands-on. Berdasarkan

analisis data temubual, pengkaji dapat membuat kesimpulan bahawa responden lebih

berminat kepada aktiviti yang dijalankan secara hands-on berbanding pembelajaran

secara tradisional iaitu talk and chalk dan pembelajaran yang berasaskan lembaran

kerja semata-mata. Minat murid-murid terhadap pembelajaran turut dapat

mempengaruhi tahap penglibatan dan kefahaman seseorang murid-murid itu dalam

pembelajaran. Merujuk kepada petikan perbualan bersama responden di bawah;

Dop ahu nok kabo guane, Mestilah gembira, cikgu.

(rujuk kod : M8.1)

61
Responden telah melahirkan perasaan gembira setelah menjalani

pembelajaran secara hands-on. Gaya percakapan yang ditunjukkan juga

membuktikan bahawa responden sangat berminat terhadap pembelajaran yang

dijalankan secara hands-on. Di sini membuktikan bahawa telah berlaku satu

peningkatan dari aspek minat murid-murid terhadap pengajaran guru. Pengkaji turut

menjalankan temubual bersama kesemua sepuluh orang responden dan secara

keseluruhannya memberikan respon yang positif terhadap pembelajaran secara

hands-on. Berdasarkan jawapan temubual dibawah;

Seronok, cikgu. Kite nak bawak balik, bulih dok?

(rujuk kod : M5.1)

Berdasarkan respon yang telah diberikan ini, responden merasakan aktiviti

pembelajaran secara hands-on adalah menyeronokkan dan responden menunjukkan

peningkatan minat yang ketara. Malahan, responden ingin menunjukkan hasil kerja

yang dibuat kepada ibu bapa dan adik-adiknya. Secara keseluruhannya, pengkaji

telah berjaya menjawab persoalan kajian satu iaitu melalui pengaplikasian kaedah

pembelajaran secara hands-on ini menunjukkan wujudnya peningkatan minat di

kalangan murid-murid dalam pembelajaran di prasekolah.

62
8.3.2 Adakah tahap penglibatan kanak-kanak prasekolah dalam

pembelajaran meningkat apabila guru mengaplikasikan pengajaran

secara hands-on kepada mereka?

8.3.2.1 Dapatan Melalui Senarai Semak.

Bagi menjawab persoalan kajian ini, pengkaji telah menggunakan instrumen senarai

semak untuk membezakan penglibatan responden sebelum dan selepas menjalani

aktiviti hands-on. Senarai semak yang telah dijalankan oleh pengkaji adalah untuk

melihat perbezaan penglibatan responden sebelum dan selepas menjalani aktiviti

hands-on. Pengkaji telah memilih lima aktiviti yang tidak berasaskan pembelajaran

secara hands-on dan lima lagi aktiviti yang berasaskan pembelajaran secara hands-on

bagi mengesan perbezaan penglibatan responden dalam pembelajaran.

Bukti wujudnya peningkatan penglibatan responden dalam pembelajaran

dapat dilihat melalui setiap aktiviti yang dijalankan. Berdasarkan borang senarai

semak untuk melihat tahap penglibatan responden sebelum pembelajaran secara

hands-on, tahap penglibatan responden bagi setiap aktiviti adalah sangat rendah.

Sebagai contoh, bagi aktiviti 1 iaitu menulis huruf besar mengikut cara yang betul,

hanya satu daripada sepuluh responden yang terlibat. Begitu juga bagi aktiviti 3 iaitu

menulis nombor 1-20 mengikut cara yang betul, juga hanya satu catatan daripada

sepuluh responden yang menunjukkan penglibatan.

63
Setelah pengkaji mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on, tahap

penglibatan responden adalah sangat tinggi bagi setiap aktiviti. Berdasarkan senarai

semak penglibatan murid-murid dalam pembelajaran selepas pengaplikasian

pembelajaran secara hands-on, didapati tahap penglibatan responden adalah melebihi

(80%) dan ke atas bagi setiap aktiviti.

8.3.2.2 Dapatan Melalui Temubual.

Data menunjukkan perbezaan penglibatan responden apabila pengkaji tidak

mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on. Murid-murid sering memberikan

alasan dan mengelak untuk melaksanakan tugasan yang diberi oleh guru. Ini dapat

dibuktikan berdasarkan respon-respon yang diberikan oleh responden iaitu,

Tak mboh ah cikgu, lenguh doh.

(rujuk kod : M1.2)

Nak wat dumoh bulih dok cikgu.

(rujuk kod : M4.2)

Banyok ngat nak kena nulih cikgu.

(rujuk kod : M5.2)

Respon yang diberikan semasa sesi temubual ini membuktikan bahawa

sekiranya guru tidak mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on, penglibatan

murid-murid dalam pembelajaran adalah sangat rendah. Pelbagai alasan yang dicipta

oleh responden untuk tidak melakukan latihan yang diberikan oleh guru.
64
7.3.3 Bagaimanakah tahap kefahaman murid-murid terhadap pengajaran guru

setelah menjalani pembelajaran secara hands-on?

8.3.2.3 Dapatan Melalui Temubual.

Bagi menjawab persoalan kajian tiga ini, pengkaji telah menggunakan instrumen

temubual untuk membezakan tahap kefahaman responden dalam pembelajaran

melalui aktiviti hands-on. Di akhir proses pembelajaran, pelbagai respon diberikan

oleh responden yang menunjukkan tahap kefahaman mereka adalah sangat

memuaskan apabila ditanya adakah mereka memahamai apa yang telah diajar oleh

guru pada hari tersebut. Ini dapat dibuktikan berdasarkan respon-respon yang telah

diberikan oleh responden antaranya;

Mesti doh cikgu.

(rujuk kod : M1.3 )

Kite faham cikgu. Best belajar gini cikgu.

(rujuk kod : M2.3)

Kite faham doh cikgu. Maring kite dok faham.

(rujuk kod : M4.3)

Berdasarkan kesemua respon yang diberikan oleh responden, data

menunjukkan bahawa mereka lebih mudah untuk memahami satu-satu isi pelajaran

yang berasaskan pembelajaran secara hands-on. Sebagai contoh, dalam Tunjang


65
Sains dan Teknologi murid-murid sangat berminat untuk mempelajari mengenai

proses percambahan biji benih. Murid-murid juga akan lebih mudah memahami

proses percambahan biji benih kerana mereka berpeluang membuat percambahan itu

sendiri dan melihat proses percambahannya daripada pertumbuhan akar, batang dan

pucuk dari sehari ke sehari. Berbeza sekiranya guru hanya menggunakan carta

semasa sesi penerangan, murid-murid kurang berminat dan kurang faham apa yang

ingin disampaikan oleh guru.

Secara ringkas, pembelajaran secara hands-on bukan sahaja dapat

membantu meningkatkan minat, penglibatan dan kefahaman murid-murid dalam

pembelajaran malah memberikan pengalaman langsung dalam pencarian ilmu

pengetahuan. Apabila murid itu sendiri bergerak aktif dalam penerokaan ilmu

pengetahuan, maka akan terbinalah satu pengetahuan dan pengalaman yang berguna

untuk murid itu sendiri. Sehubungan dengan itu, melalui instrumen temubual ini

maka jelaslah bahawa kefahaman seseorang murid itu adalah lebih baik dan berkesan

sekiranya guru mengaplikasikan pembelajaran secara hands-on.

8.4 RUMUSAN.

Pengkaji telah dapat menjawab ketiga-tiga soalan kajian dan dapat menyimpulkan

bahawa pengaplikasian pembelajaran secara hands-on dapat meningkatkan minat dan

penglibatan murid-murid dalam pembelajaran prasekolah. Melalui pembelajaran

secara hands-on, pengetahuan yang diperoleh oleh murid-murid adalah hasil

daripada aktiviti yang dilakukan sendiri oleh murid-murid tersebut dan bukan

pembelajaran yang dijalani secara pasif.


66
Berdasarkan kepada kajian lepas yang juga telah menyokong dapatan

pengkaji seperti menurut David L. Haury & Peter Rillero (1994) yang menyatakan

bahawa aktiviti hands-on sebagai learning by doing activities yang dapat melibatkan

kanak-kanak dalam pengalaman pembelajaran yang sebenarnya dan dapat

meningkatkan kemahiran berfikir kanak-kanak. Selain itu, aktiviti hands-on adalah

satu-satu kaedah yang dapat menggalakkan kemahiran berfikir secara kritis dan

kreatif di kalangan kanak-kanak.

Reeja Matthew (2010) menyatakan bahawa aktiviti hands-on dapat

mempertingkatkan kefahaman dalam satu-satu topik pembelajaran daripada

peringkat awal lagi. Cooperstein & Kocevar-Weidinger, (2004) telah merumuskan

bahawa aktiviti hands-on dapat merangsang pemikiran kanak-kanak berkembang

dengan baik kerana kanak-kanak dapat belajar melalui pengalaman persekitaran yang

sebenar.

9.0 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN.

Kajian ini menyelidik sejauh manakah pengaplikasian pembelajaran secara hands-on

dapat membantu meningkatkan minat dan penglibatan murid-murid prasekolah

dalam pembelajaran. Kajian lanjutan diperlukan untuk mencapai objektif-objektif

lain. Sampel kajian ini dihadkan kepada 10 orang murid Prasekolah Hikmah di

Sekolah Kebangsaan Bukit Guntong, Kuala Terengganu sahaja. Oleh itu, dapatan

kajian yang diperolehi tidak dapat digeneralisasikan kepada semua guru atau murid

prasekolah di seluruh negara namun ia dapat dijadikan panduan oleh guru-guru

prasekolah yang menghadapi masalah yang sama. Sehubungan dengan itu, kajian
67
lanjutan adalah diperlukan ke atas sampel yang lebih besar dari prasekolah-

prasekolah lain di seluruh negeri Terengganu mahupun di seluruh negara.

Pengaplikasian pembelajaran secara hands-on tidak hanya terhad kepada

beberapa tunjang sahaja malah boleh juga diaplikasikan dalam semua tunjang

mengikut kesesuaian standard kandungan dan standard pembelajaran yang terdapat

dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK). Adalah dicadangkan

supaya suatu penyelidikan yang lebih menyeluruh dijalankan ke atas keenam-enam

tunjang pembelajaran yang terdapat dalam KSPK agar satu dapatan yang lebih

lengkap diperolehi.

Dapatan kajian ini memberi implikasi bahawa berlakunya peningkatan dalam

aspek minat dan tahap penglibatan kanak-kanak dalam pembelajaran melalui

pengaplikasian aktiviti hands-on. Menurut Nur Baizura (2006), teknik pengajaran

yang diaplikasikan oleh guru haruslah sesuai agar dapat menimbulkan rasa ingin tahu

dan minat dalam kalangan pelajar. Pengkaji melihat hal ini dapat menjadikan

pembelajaran murid-murid prasekolah lebih bermakna. Sistem pendidikan

prasekolah di Malaysia kini telah jauh berubah berbanding zaman dahulu. Segala

bahan bantu belajar dan penggunaan teknologi telah berubah dari semasa ke semasa.

Justeru itu, guru-guru prasekolah haruslah kreatif dengan menggunakan

pelbagai bahan bantu mengajar agar dapat digunakan secara dengan oleh murid-

murid prasekolah secara maksima. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar yang

dapat digunakan sendiri oleh murid-murid dalam pembelajaran secara hands-on

68
menjadikan pendidikan lebih konkrit, cenderung untuk menimbulkan rasa ingin tahu

dan minat murid-murid serta menambah variasi kepada corak pengajaran dalam kelas

prasekolah. Sebaliknya, pengajaran yang bersandarkan lembaran kerja dan buku-

buku kerja semata-mata boleh menimbulkan perasaan yang hambar dan kurang

berkesan.

Pada pandangan pengkaji, seseorang guru prasekolah itu sendirilah yang

bertanggungjawab mencari kaedah atau strategi pengajaran yang berkesan untuk

anak-anak didiknya. Chen & Hwe Min (2004) menyatakan bahawa jikalau situasi

pembelajaran tidak menarik, kaedah dan strategi pengajaran guru yang tidak

bersesuaian dengan tahap kognitif atau keperluan pelajar maka akan menyukarkan

guru menyalurkan ilmu kepada pelajar. Kaedah pembelajaran yang kurang cekap

juga akan menyebabkan proses pembelajaran menjadi kurang efektif.

... murid-murid di peringkat sekolah rendah harus mendapat kemahiran dan

pengetahuan melalui pengalaman secara langsung...

(Petikan : Kementerian Pendidikan Malaysia 1981)

Berdasarkan kepada petikan yang dipetik dari Falsafah Pendidikan Sekolah

Rendah di atas, ternyata murid-murid di peringkat awak persekolahan seharusnya

mendapat kemahiran dan pengetahuan melalui pengalaman secara langsung.

Sehubungan dengan itu, pengkaji ingin sekali lagi menegaskan bahawa pendekatan

pembelajaran secara hands-on merupakan salah satu pendekatan yang menyokong

kenyataan tersebut.
69
Menyedari kejayaan kajian ini juga, maka kajian lanjutan yang berkaitan

boleh dijalankan dalam bidang-bidang lain agar pendekatan, strategi, kaedah dan

teknik yang dirancang dan dilaksanakan untuk memastikan sistem pendidikan

prasekolah kini lebih berkualiti dan dapat ditingkatkan dengan cemerlang. Kajian ini

diharap akan membuka jalan kepada usaha-usaha lain dalam menerokai cara

meningkatkan lagi minat dan penglibatan murid-murid dalam pembelajaran di

prasekolah khususnya dan dalam mata pelajaran yang lain secara umumnya.

70
RUJUKAN

Amy Driscoll & Nancy G. Nasel (2005). Early Childhood Educations Birth-

8. Pearson.

Prof Madya Dr Zurida Ismail, Dr Sharifah Norhaidah Syed Idros dan Maznah

Ali (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS

Publications & Distributors Sdn Bhd.

Surayah Zaidon & Haslinda Md. Ali. (2007). Penilaian Dalam Pendidikan

Prasekolah. Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing Sdn Bhd.

Ab. Halim Tamuri, Zuria Mahmud & Safani Bari. (2005). Permasalahan

Pelajar-pelajar Fakir Miskin di Daerah Sabak Bernam. UKM.

Jabatan Pendidikan 31 (2005) 21-33.

Haji Ab. Kadir bin Hj. Md Amin. (1992). Perkaitan Antara Lembaran Kerja

Dengan Objektif Pengajaran. Jabatan Pendidikan, Maktab Perguruan

Perempuan Melayu Melaka.

Haji Ab. Kadir bin Hj. Md Amin. (1992). Keberkesanan Penggunaan Alat

Bantu Mengajar Dalam Praktikum. Jabatan Pendidikan, Maktab

Perguruan Perempuan Melayu Melaka.

71
Mohd Nasruddin bin Basar. Penggunaan Media Bahan Murah Dalam

Pengajaran Bahasa Melayu KBSR. Jabatan Pengajian Melayu,

Maktab Perguruan Kent.

Noor Azizah binti Ahmad. (2006). Pengaplikasian Teori Konstruktivisme

Dalam Proses Pengajaran dan Pembelajaran Mata Pelajaran Reka

Cipta. Tesis Sarjana Muda Universiti Teknologi Malaysia.

Rohaila Yusof, Norasmah Othman & Faridah Karim. (2005). Strategi

Pembelajaran Pengalaman Berasaskan Model Kolb Dalam

Pendidikan Perakaunan. UKM. Jurnal Pendidikan 31 (2005) 113-128.

Shukri bin Ismail. (1999). Konsepsi Guru Pelatih Kursus Diploma Perguruan

Malaysia Pengajian Sains Terhadap Sains Dan Pembelajaran

Konstruktivisme. Maktab Perguruan Kuala Terengganu.

Rosa Lizardi. (2005). Learn To Read With Hands-On Activities. Dicapai pada

11 Februari 2011 dari : http://weeklypreschoollessons.com

Claire Castella. (2010). Hands-on Activities For School. Dicapai pada 13

March 2011 dari : http://www.bizymoms.com/preschool/preschool-

learning.html

Dr Sue Grossman. (1999) The Worksheet Dilemma. Dicapai pada 23 Februari

2011 dari : http://earlychildhoodnews.com/


72
Lampiran A

CONTOH AKTIVITI PEMBELAJARAN SECARA HANDS-ON DI


PRASEKOLAH HIKMAH, SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT GUNTONG,
KUALA TERENGGANU.

Aktiviti Pengajaran Mengenal Bentuk-bentuk Asas Menggunakan Doh.

Aktiviti Menguntai Manik Menjadi Gelang.

73
Lampiran B

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN

NAMA RESPONDEN :

TAHAP PENCAPAIAN
ASPEK YANG DINILAI CATATAN
B S M

Minat responden terhadap pengajaran guru.

Penglibatan responden dalam pembelajaran.

Kefahaman responden terhadap topik yang

diajar.

Kreativiti responden dalam pembelajaran.

Tingkahlaku positif yang dipamerkan

sepanjang pembelajaran.

RUMUSAN :
__________________________________________________________________________
__________________________________________________________________________

Catatan : Tahap pencapaian responden.

B Baik

S Sederhana

M - Memuaskan

74
Lampiran C

SENARAI SEMAK PEMERHATIAN PENGLIBATAN RESPONDEN

AKTIVITI

Menulis Mewarnakan Menulis Menyalin Menulis


RESPONDEN
huruf gambar. nombor 1- semula ayat. perkataan.

besar. 20.

(Aktiviti I) (Aktiviti II) (Aktiviti III) (Aktiviti IV) (Aktiviti V)

R1

R2

R3

R4

R5

R6

R7

R8

R9

R10

JUMLAH

75
Lampiran D

BORANG SKOR SKALA KADAR BAGI PENILAIAN KEFAHAMAN


RESPONDEN

PENILAIAN
RESPONDEN AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI AKTIVITI
I II III V IV
R1
R2
R3
R4
R5
R6
R7
R8
R9
R10

Panduan Guru :

i. Aktiviti I : Memadankan huruf kecil dengan huruf besar.

ii. Aktiviti II : Name commons objects in the classroom.

iii. Aktiviti III : Mengecam bentuk segitiga, bulat, segi empat tepat dan segi empat

sama.

iv. Aktiviti IV : Menggunakan titik untuk mewakili bilangan nombor.

v. Aktiviti V : Mengenal jenis makanan berkhasiat dan tidak berkhasiat.

76
Lampiran E

SENARAI SOALAN TEMU BUAL DENGAN RESPONDEN.

1. Apakah perasaan kamu apabila diberi peluang untuk melakukan aktiviti

hands-on?

2. Mengapakah kamu tidak menyiapkan latihan-latihan yang cikgu dalam buku

ini?

3. Adakah kamu faham apa yang cikgu ajar hari ini?

77