Anda di halaman 1dari 3

Aspek-Aspek Keselamatan:

Mengenal pasti kemampuan, tahap, dan kecergasan murid semasa melakukan aktiviti.
Kemudahan peralatan
Persekitaran atau tempat beraktiviti.
Penyeliaan, arahan dan bimbingan.
Memahami latihan yang sistematik.
Perlakuan murid / peserta

Peraturan Lari berganti-ganti

Garisan-garisan setebal 5sm hendaklah dibuat merentasi balapan bagi menandakan jarak
peringkat larian dan menentukan garisan pembahagi.
Setiap zon sambut hendaklah sepanjang 20m dengan garisan pembahagi ditengah-
tengahnya.
Garisan tengah zon sambut pertama 4 x 400m ( atau zon sambut kedua 4 x 200m) sama
dengan garisan permulaan 800m.
Zon sambut kedua dan terakhir 4 x 400m ialah garisan 10m di kedua-dua belah garisan
permulaan/penamat
Lari berganti-ganti 4 x 100m dan kalau boleh 4 x 200m hendaklah dijalankan dalam
lorong sepenuhnya.
Dalam 4 x 100m dan 4 x 200m, pelari-pelari kecuali pelari pertama sesuatu pasukan itu
boleh memulakan lariannya tidak melebihi 10m keluar daripada zon sambutnya. Satu
tanda yang jelas akan diletakkan pada setiap lorong bagi menandakan had luar zon.
Bagi 4 X 400m, pelari pertama berlari dalam lorong sendiri; pelari kedua berlari 100m
dalam lorong sendiri sehingga ke garisan memotong masuk lorong pertama (cut in line)
selepas itu masuk ke lorong pertama.Pelari ketiga dan keempat akan menerima baton
mengikut susunan kedudukan di selekoh 200m. Peraturan ini dikuatkuasakan jika
terdapat lebih daripada 4 pasukan.
Baton hendaklah diserahkan di dalam zon sambut. Kedudukan baton yang menjadi
penentu bukan kedudukan tubuh, kaki atau tangan peserta.
Peserta tidak boleh menghalang atau mengganggu peserta lain.
Komposisi dan susunan larian peserta-peserta dalam pasukan hendaklah diisytiharkan
secara rasmi sejam sebelum masa panggilan pertama pusingan pertama. Setelah
pertandingan bermula hanya dua peserta boleh digantikan.
Prosedur Masuk Dan Keluar Arena Pertandingan

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan keluar daripada arena
pertandingan diringi oleh Penyelia Peserta.

Untuk acara balapan, selepas sesuatu acara itu tamat, peserta-peserta hendaklah berada
di lorong masing-masing, berpusing balik dan menghadap hakim-hakim balapan
untuk menunjukkan nombor mereka dan balik ke tempat peserta dengan serta
merta tanpa memasuki padang.

Paku Kasut ( Spikes )

Paku Kasut : Kejohanan yang diadakan di atas balapan jenis sintetik. Panjang maksima
paku kasut ( spikes ) tidak boleh melebihi 09mm, kecuali untuk acara Lompat Tinggi dan
Merejam Lembing. Untuk acara-acara tersebut, paku kasut tidak boleh melebihi 12mm.

Cara Menanda Di Tempat-Tempat Pertandingan

Peserta-peserta tidak dibenarkan menggunakan kapur atau lain-lain bahan sepertinya


untuk menandakan di tempat tempat pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan
pita.

Cara menentuan Peserta Terbaik adalah berdasarkan kateria berikut:

Pemecah rekod baru berstatus ( ikut ranking kejohanan ) Rekod Kejohanan Olahraga
peringkat Kebangsaan ( KOAM ) , Rekod Remaja Kebangsaan ( KOAM ) , MSS Asean, dan
MSSM dan jumlah rekod yang diperbaharui dengan mengambil kira usia rekod dan
bilangan pingat emas, perak dan gangsa.

Sekiranya tiada rekod yang diatasi / dicatat, jumlah pungutan pingat emas atau perak atau
gangsa dalam acara individu akan diambil kira.

Sekiranya pungutan pingat emas masih sama, pungutan pingat perak dan pingat gangsa
dalam acara individu akan diambil kira.
Sekiranya kedudukan masih sama juga, maka keputusan akan dibuat berdasarkan Jadual
Mengira Mata IAAF bagi pencapaian terbaik acara tertentu setiap peserta

Olahragawan dan olahragawati di beri kepada peserta terbaik keseluruhan ( lelaki dan
perempuan ).

Anda mungkin juga menyukai