Anda di halaman 1dari 4

Penutup

ISI-ISI Formula Contoh


Ayat KESIMPULAN penanda wacana penutup + Bulan semakin terang, bayang
kata kunci (punca / kesan / kian jelas bahawa beberapa
langkah) + tema langkah yang dapat
diimpelmentasikan oleh
(sasaran) ibu bapa untuk
(tema) mewujudkan keluarga
yang bahagia

Ayat cadangan perlulah / hendaklah / Namun begitu, obligasi


haruslah / seyogianya untuk menangani masalah
jenayah di negara kita tidak
seyogianya diletakkan atas
pundak kerajaan sahaja.
Oleh itu, semua pihak
tanpa mengenal batasan
usia dan warna kulit
perlulah bersinergi ibarat ke
bukit sama didaki, ke lurah
sama dituruni untuk
menangani masalah ini
hingga akar umbi.
Kita haruslah berganding
bahu dan menggembleng
tenaga serta mempunyai
semangat tinggi setinggi
Gunung Everest, seluas
Banjaran Himalaya,
sedalam Jurang Mariana
dalam membendung isu ini
daripada membarah
sebelum terlewat kerana
sesal dahulu pendapatan,
sesal kemudian tiada
gunanya.
Ayat harapan Komitmen padu daripada
semua pihak diharapkan
impian untuk mencapai visi
kudsi negara iaitu
Wawasan 2020 tidak akan
menjadi omongan kosong
dan angan-angan Mat
Jenin.
Diharapkan impian negara
untuk melahirkan modal
insan yang cemerlang,
gemilang dan terbilang
akan menjadi realiti dan

1
nama negara akan sentiasa
gah di pentas dunia.
Jika perpaduan dapat
dipupuk maka impian
negara untuk mencapai
Gagasan Satu Malaysia
akan menjadi kenyataan
dan sekali gus Wawasan
2020 dapat dicapai dengan
mudah untuk memastikan
Malaysia dapat duduk
sama rendah, berdiri sama
tinggi dengan negara-
negara gergasi di persada
antarabangsa.
Hubungan ukhuwah antara
semua pihak dapat
merealisasikan impian
untuk mencapai tahap
negara kelas pertama
seperti kata falsafah
Confusius, apakah
gunanya sekiranya kita
tidur sebantal tetapi mimpi
kita lain-lain, lebih baik kita
tidur bantal yang berlainan,
tetapi mimpi kita tetap
sama.
Wahai anak watan
Malaysia, sahutlah cabaran
dan hadapilah dengan
semangat habis kapak
berganti beliung (semangat
rajin bekerja) / biar putih
tulang, jangan putih mata
(semangat berjuang
bersungguh-sungguh)
untuk menunaikan impian
nusa tercinta ini ke arah
cemerlang, gemilang dan
terbilang! Malaysia Boleh!

Penanda wacana ayat penutup Sebagai intiha,


karangan Akhir kalam / Akhirulkalam,
Sudah terang lagi bersuluh bahawa
Bulan semakin terang, bayang kian jelas bahawa
Secara tuntasnya,
Sebagai konklusinya
Berdasarkan cambahan minda di atas, konklusi yang dapat

2
dibuat ialah sukar untuk menafikan bahawa
Sebagai penghias bicara akhir,
Secara keseluruhan,
Secara total,

CONTOH 1 Secara analoginya, bayang kian jelas bahawa terdapat


Pengaruh luar yang dihadapi banyak pengaruh luar yang dihadapi oleh para remaja di negara
oleh remaja kita. Oleh itu, semua pihak haruslah bekerjasama bagai aur
dengan tebing untuk mengatasi masalah ini. Tindakan
mengharapkan pihak kerajaan untuk menyelesaikan masalah ini
semata-mata tidak berkesan kerana bertepuk sebelah tangan
tidak akan berbunyi. Jika masalah pengaruh luar dalam kalangan
remaja dapat dihapuskan, remaja yang merupakan pemuda
harapan bangsa, pemudi tiang negara dapat melaksanakan
tanggungjawab dan obligasi masing-masing untuk memacu
pembangunan negara. Jika remaja kita tidak diasuh, dibimbing
dan dididik dengan kamil, tidak mustahil segala aspirasi negara
hanya sekadar imaginasi semata-mata dan tidak menjadi realiti.
Oleh sebab itu, remaja kita perlu terjaga daripada lena dan
keasyikan serta melengkapkan diri dengan ciri-ciri yang mulia
supaya dapat menempatkan diri sebagai modal insan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang. Secara implisitnya, negara
kita dapat berdiri gah di pentas antarabangsa bergandingan
dengan negara maju yang lain dan terkenal di seantero dunia.
Imej negara juga akan harum di persada dunia dan masyarakat
Malaysia akan dianggap sebagai masyarakat kelas pertama
kerana ketinggian akhlaknya bak kata pujangga, Sesungguhnya
bangsa akan kekal utuh jika akhlaknya masih utuh. Jika akhlaknya
sudah lumpuh, mereka pun akan lenyap.
CONTOH 2 Sebagai penutup kata pemanis bicara, bulan semakin
Peranan ibu bapa untuk terang, bayang kian jelas bahawa ibu bapa memainkan peranan
mendidik anak menjaga yang singnifikan untuk mendidik anak-anak supaya menjaga
kebersihan kebersihan. Anak-anak apabila diajar erti kasih sayang, mereka
akan mengasihi. Apabila diajar erti kebaikan mereka akan belajar
bertanggungjawab dan apabila diajar erti kebersihan mereka akan
belajar menjadi harmoni. Oleh itu, ibu bapa sentiasa menjadi
rujukan dan terminologi utama untuk menentukan jati diri anak-
anak. Walau bagaimanapun, kita tidak seharusnya menunding jari
kepada ibu bapa sahaja untuk memikul tanggungjawab ini. Semua
pihak seyogianya bekerjasama ibarat ke buki sama didaki, ke
lurah sama dituruni supaya remaja di negara kita dapat
mementingkan kebersihan pada masa hadapan. Amalan
kebersihan ini amatlah penting bagi seseorang individu,
sekumpulan masyarakat dan sesebuah negara. Sebuah negara
yang maju berakarkan masyarakat yang sihat dan cergas. Oleh
itu, remaja yang merupakan aset negara dan bakal menerajui
pemerintahan negara haruslah mementingkan kebersihan di
negara kita. Nelson Mandela pernah berkata, Jika hendak
melihat sesebuah negara, lihatlah generasi mudanya. Jika
remaja kita mementingkan kebersihan dalam kehidupan maka

3
negara kita akan disegani oleh negara lain lantas menjadi terkenal
di seantero dunia.
Ayat Kesimpulan (AK)
Terdiri daripada satu hingga dua ayat .
Merumuskan keseluruhan karangan.
Tidak menyenaraikan isi yang telah ditulis dalam perenggan isi (dikira salah).

Ayat Cadangan (AC)


Terdiri daripada satu hingga dua ayat.
Memberi cadangan yang relevan dan mengaitkan dimensi dengan fokus arahan yang diberikan.
Tidak memerlukan huraian panjang.

Ayat Harapan (AH)


Menyatakan harapan sekiranya cadangan yang diberikan dalam AC diguna pakai dalam usaha
menangani isu yang dibincangkan.
Menggunakan kata hubung agar / supaya / demi untuk menyambungkan AC dengan AC.
Kaitkan dengan dasar-dasar negara atau Wawasan 2020.

Peringatan :
Jangan memasukkan isi dalam kesimpulan.
Perenggan kesimpulan haruslah seimbang dengan perenggan pendahuluan.
Mesti memasukkan ayat cadangan dan harapan.

Anda mungkin juga menyukai