Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Kaedah : Penceritaan
Aktiviti : Bercerita dengan menggunakan boneka
2.1 PENGENALAN
Puppet atau boneka berasal daripada perkataan Latin iaitu pupa. Ahli sejarah
telah menyatakan bahawa boneka ini telah dijumpai kira-kira 3000 tahun sebelum
Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Mereka telah menggunakan kayu, tanah
liat atau tulang binatang untuk mencipta boneka. Namun, boneka yang lebih cantik
pada ketika itu adalah boneka yang diperbuat daripada lilin dan gading gajah. Pada
zaman itu, boneka direka bukan bertujuan untuk membuat permainan bagi golongan
kanak-kanak tetapi untuk tujuan keagamaan. Oleh itu, bentuk bonekanya adalah
buruk, menyeramkan dan menakutkan sehingga kanak-kanak enggan memilikinya.
Boneka pertama yang lengkap dengan lengan dan kaki dan dapat digerak-gerakkan
telah dibuat pada 600 tahun sebelum Masihi.
Amerika telah berjaya mencatat rekod dunia dengan menjadi negara pencipta
boneka terbesar di dunia di akhir Perang Dunia I. Kemudian, boneka direka menjadi
lebih cantik kerana boneka ini telah dilengkapi dengan mata yang dapat mengerdip
lengkap dengan bulu matanya, dapat membuka mulut sehingga terlihat deretan
giginya yang rapi dan boleh makan dan minum sendiri. Oleh itu, boneka-boneka ini
telah dijual dengan harga yang mahal di pasaran.
4
PKUK 3013 BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Terdapat pelbagai jenis boneka seperti boneka lidi, wayang kulit, boneka
bertali, bertongkat dan bertopeng, boneka sarung tangan dan boneka jari. Aktiviti
bercerita dengan menggunakan boneka ini sesuai digunakan sebagai alat bantuan
dalam proses pengajaran dan pembelajaran untuk menyampaikan cerita atau
maklumat dengan lebih berkesan. Dengan ini, murid-murid akan lebih menghayati
dan memahami sesebuah penyampaian itu dengan khusyuk di samping melihatkan
diri secara tidak langsung melalui penggunaan boneka. Pengaplikasian permainan
boneka akan mendedahkan murid yang mengalami masalah bahasa untuk
berkomunikasi dengan lebih berkesan serta melahirkan idea kreatif dalam
penciptaan cerita, dan merangsang imaginasi.Selain itu, penggunaan boneka juga
mendedahkan murid-murid untuk bekerjasama secara kumpulan. Pemain akan
mencuba untuk menghidupkan watak objek yang dapat dijadikan boneka itu sama
ada menerusi dialog yang dipertuturkan oleh pemain atau tanpa sebarang sebarang
dialog.
5
PKUK 3013 BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
1. Lukis bentuk seekor haiwan dan coraknya seperti corak badan, mata, mulut
dan gigi haiwan di atas foamyang berbeza warna warni.
2. Gunting mengikut bentuk badan haiwan dan coraknya.
3. Gam semua corak di atas badan haiwan tersebut.
4. Gamkan haiwan yang telah siap di batang aiskrim sehingga menghasilkan
stick puppet seperti dalam Rajah 1.
5. Ulang langkah satu hingga empat untuk haiwan yang lain pula seperti dalam Rajah 2.
6
PKUK 3013 BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
5
PKUK 3013 BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
Aktiviti ini dilakukan di tempat yang lapang supaya murid berasa selesa
untuk melakonkan watak boneka masing-masing. Selain itu, kotak persembahan
juga diletakkan di atas permaidani agar murid berasa lebih selesa semasa duduk
menghadap kepada pentas boneka mereka. Susun atur boneka juga disusun
megikut kesesuaian bercerita. Setelah aktiviti ini selesai dijalankan semasa sesi
pengajaran dan pembelajaran, pentas persembahan hendaklah diletakkan di sudut
komponen kreativiti dan estetika atau sudut bahasa. Hal ini dapat menggalakkan
murid-murid untuk terus berlakon dan bercakap dengan betul apabila mereka
bermain bersama-sama rakan sekelas.
Rumusan
6
PKUK 3013 BAHASA DAN KOMUNIKASI KANAK-KANAK BERKEPERLUAN KHAS
http://cikamal.com/penggunaan-boneka-dalam-membantu-
perkembangan-bahasa-awal-kanak-kanak.html
http://www.mybukhari.net/wp-content/uploads/2012/02/Nota-
Boneka.pdf