Anda di halaman 1dari 7

Pada Mei tahun ini, seluruh dunia dikejutkan dengan kes rogol dan pembunuhan

kejam yang berlaku di Indonesia melibatkan seorang gadis berusia 18 tahun, Eno Parinah
yang dirogol oleh tiga lelaki, termasuk seorang daripadanya adalah teman lelaki gadis itu
sendiri. Apa yang menyayat hati, gadis tersebut bukan sahaja dirogol berkali-kali tanpa
kerelaannya, bahkan dia juga diseksa dengan cara dimasukkan batang pemegang cangkul
berukuran 65 sentimeter panjang dan 3 sentimeter lebar ke dalam kemaluannya, dan
ditendang berkali-kali hingga tembus ke paru-paru dan mengakibatkan kematian akibat
pendarahan teruk di organ-organ bahagian dada dan perut mangsa. Pihak polis
memaklumkan, hampir 90 peratus bahagian cangkul itu telah masuk ke tubuh mangsa.

Kes ini hanyalah salah satu daripada pelbagai lagi kes rogol yang saban kali berlaku
di dunia termasuk negara kita Malaysia yang seringkali dikatakan aman ini. Namun sejauh
manakah keamanan itu dinikmati penduduk khususnya wanita dan juga sebanyak manakah
rasa selamat yang ada dalam diri setiap wanita tatkala berjalan berseorangan di malam
yang gelap? Hampir 70 tahun yang lalu, Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
memaktubkan hak asasi bagi setiap manusia di dunia. Hak ini termasuk hak untuk hidup
bebas dari keganasan, perhambaan, dan diskriminasi untuk diberi pendidikan, untuk
memiliki harta, untuk mengundi dan untuk mendapatkan pendapatan yang adil dan
bersesuaian. Wanita turut berhak kepada semua hak ini. Namun hampir di mana-mana
seluruh dunia, wanita dan kanak-kanak perempuan masih dinafikan hak mereka, hanya
kerana jantina mereka.

Konsep hak asasi wanita terdiri daripada dua segi iaitu dari segi perundangan dan
juga dari segi moral. Dari segi perundangan, hak asasi wanita merupakan satu bentuk hak
yang dinikmati oleh seorang warganegara berjantina wanita seperti apa yang telah
termaktub dalam undang-undang negara berkenaan. Contohnya, dalam undang-undang
penerangan mengenai hak kemanusiaan bagi wanita yang terlindung dibawah
perlembagaan. Pencabulan hak kemanusiaan yang berkenaan, mungkin akan membawa
kepada tindakan undang-undang yang sewajarnya. Penakrifan hak bagi wanita dari segi
undang-undang adalah berbeza dari satu negara ke negara yang lain.

Dari segi moral pula, hak asasi wanita merupakan satu tanggapan moral yang
didukung oleh anggota masyarakat dengan mengakui wujudnya hak tertentu yang harus
dinikmati oleh setiap wanita, yang dianggap sebagai sebahagian daripada sifatnya sebagai
manusia, walaupun ia mungkin tidak termaktub dalam undang-undang. Maka anggota-
anggota masyarakat berkenaan akan cuba mengelakkan diri mencabuli hak wanita di
sekeliling mereka dengan penuh perasaan dan kesedaran moral.
Selaras dengan semangat negara merdeka yang sedang membangun, kerajaan
telah menghasilkan Dasar Wanita Negara (1989) yang mendukung cita-cita Negara dan
Perlembagaannya bagi menjamin kedaulatan, kemakmuran, keadilan, kebebasan serta hak-
hak asasi manusia untuk semua rakyat. Memandangkan kaum wanita merupakan potensi
sumber pembangunan yang baru mendapat pengiktirafan, maka Dasar wanita ini bertujuan
untuk memberi panduan dan tuju hala dalam segala usaha perancangan dan pelaksanaan
program-program pembangunan negara supaya kepentingan dan penyertaan wanita tidak
terabai, baik sebagai sasaran mahupun sebagai agen-agen pembangunan masyarakat
moden. Terdapat lapan prinsip utama Dasar Wanita Negara iaitu:

1. Bahawa Dasar Wanita ini 2. Bahawa Dasar ini mengutamakan


hendaklah diselaraskan dengan dasar penyertaan dan penglibatan aktif
pembangunan negara, yang bersama kaum wanita dan lelaki
berlandaskan keluhuran dalam proses pembangunan, baik di
Perlembagaan berkaitan dengan hak peringkat perancangan, mahupun di
asasi rakyat, perlindungan undang- peringkat pelaksanaan dan penilaian
undang, perpaduan dan kebebasan. impaknya.

3. Bahawa Dasar ini mengambil kira


potensi tenaga manusia yang 4. Bahawa usaha pengintegrasi
separuhnya terdiri daripada kaum wanita dalam pembangunan
wanita. Pengembangan dan hendaklah berupa tanggungjawab
pengintegrasian tenaga wanita bersama sektor-sektor Kerajaan dan
hendaklah tidak terbatas kepada bukan Kerajaan. Pelaksanaan dasar
sektor-sektor tradisional sahaja, ini adalah fungsi umum, bukan
malah hendaklah menembusi semua terbatas kepada satu jantina, ataupun
sektor dan lapisan ekonomi, sosial, sektor dan agensi tertentu.
politik dan budaya.

6. Bahawa taraf pendidikan dan


5. Bahawa keperluan istimewa dan
keilmuan yang luas dan mendalam
sifat kewanitaan tidak terjejas;
dipertingkatkan bagi kaum wanita
tanggungjawab keibuan dan keluarga
sejajar dengan peranan
tidak dikorbankan dan maruah, moral
dan penglibatan mereka dalam dunia
dan nilai kehormatan wanita tidak
dan masyarakat yang moden dan
diabaikan.
dinamis.

7. Bahawa sebarang diskriminasi


8. Bahawa maklumat mengenai
yang berasaskan jantina yang
sasaran dan kesan rancangan
merugikan kaum wanita dihapuskan
pembangunan hendaklah
dalam semua pertimbangan sewaktu
mengandungi data keberkesanannya
membuat keputusan dan tindakan-
terhadap kaum wanita.
tindakan selanjutnya.
Kaum wanita di Malaysia begitu beruntung sekali kerana hak mereka tidak
dipandang remeh oleh pemerintah. Di Malaysia, boleh dikatakan hampir keseluruhan kaum
wanita mendapat segala hak utama yang mereka kehendaki sama ada dari segi peluang
pekerjaan, dalam bidang ekonomi, pemilikan harta, hak bersuara dan sebagainya. Malah,
kini isu wanita dan pembangunan sudah menjadi agenda dunia. Dengan peningkatan lebih
ramai cerdik pandai dalam kalangan wanita dan semakin ramai di serata dunia yang berani
ke depan serta bersuara lantang melontarkan pandangan, pendapat dan kritikan, maka
semakin banyak isu mengenai wanita diketengahkan dan diperjuangkan.

Terdapat pelbagai perjuangan wanita abad kini dan ianya bergantung kepada latar
belakang masyarakat masing-masing. Berdasarkan isu diketengahkan, jelas menunjukkan
kepelbagaian tuntutan wanita, bergantung kepada tahap kemajuan politik dan ekonomi
negara mereka. Laporan Amnesty (badan pengampunan antarabangsa) pada awal
Disember tahun lalu misalnya menyebut, wanita dan gadis dirogol, didera dengan kejam dan
dihina di zon perang seluruh dunia tetapi pihak berkuasa tempatan tidak melakukan apa-apa
tindakan untuk menghukum penjenayah. Laporan itu turut berkata, penderaan seks dan
keganasan lain berlaku secara meluas. Di sebalik janji, pelbagai perjanjian dan
perundangan, kerajaan gagal melindungi wanita dalam konflik di Colombia, Iraq, Sudan,
Chechnya, Nepal dan Afghanistan.

Begitu juga dalam menempuhi cabaran dunia kontemporari, golongan wanita terus
dihambat dengan beberapa masalah. Wanita di Eropah contohnya, kini mendapati semakin
sukar untuk mengimbangi tanggungjawab di tempat kerja dan kehidupan berkeluarga jika
ingin terus berjaya sebagai wanita bekerjaya. Kajian Suruhanjaya Ekonomi PBB yang
dibentangkan tiga bulan lalu menunjukkan, beban berganda yang digalas wanita sebagai
seorang profesional dan ibu menyebabkan tanggungjawab mereka semakin berat di
kebanyakan negara di rantau Eropah. Contohnya para ibu yang menyusukan anak mereka
tidak dibenarkan untuk membawa anak ke tempat kerja dan juga seringkali apabila diminta
berkerja di luar kawasan bagi satu tempoh yang panjang, anak mereka perlu ditinggalkan
dan sekiranya tidak dapat berbuat demikian, maka kemungkinan untuk dipecat dan
kehilangan jawatan adalah tinggi.

Dalam negara membangun seperti Malaysia dan banyak lagi negara lain, kes hak
asasi wanita yang paling sering kita dengari adalah mengenai kes rogol dan juga keganasan
rumah tangga. Mengikut definisi Kamus Dewan edisi Keempat, rogol ialah perbuatan
memperkosa atau mencabul kehormatan perempuan. Mengikut Seksyen 375 kk , rogol
didefinisikan sebagai persetubuhan yang bertentangan iaitu tanpa kerelaan perempuan atau
dengan kerelaan perempuan tetapi atas ketakutan mati atau cedera atau salah tanggapan
fakta seperti bomoh mengatakan dengan persetubuhan boleh menyembuhkan penyakit atau
dengan kerelaan tetapi perempuan itu tidak memahami jenis dan akibat kerelaan yang
diberikan seperti bodoh, hilang akal, pengsan atau gila. "Rogol" boleh juga merujuk kepada
hubungan seksual dengan seorang yang rela tetapi dari segi undang-undang belum cukup
umur; ini dikenali sebagai "rogol statutori".
Keganasan rumah tangga merupakan satu tindakan atau kekerasan yang
menyebabkan kecederaan fizikal, mental dan emosi. Ia juga gangguan kawalan kepada
orang lain daripada mendapat hak tertentu dan kebebasan dirinya. "Rogol" pula merujuk
kepada serangan seksual yang mana penyerang memaksa mangsa yang enggan bersetuju
untuk melakukan hubungan seksual. Suami yang mendera isteri serta lelaki yang merogol
sebenarnya telah menafikan hak asasi bagi seseorang wanita untuk hidup dengan aman
dan tenteram selaras dengan intipati kelima Dasar Wanita Negara iaitu maruah, moral dan
nilai kehormatan wanita tidak diabaikan.

Masalah pelanggaran hak asasi wanita ini boleh memberikan kesan yang besar
terhadap keruntuhan akhlak dalam kalangan masyarakat. Ia juga boleh dibahagikan kepada
individu, keluarga, masyarakat dan juga global. Kesan penafian hak asasi wanita dari sudut
individu adalah, wanita yang menjadi mangsa akan menjadi kurang keyakinan diri untuk
berhadapan dengan masyarakat, berasa tertekan untuk menjalankan kehidupan seharian
seperti biasa serta merasakan diri tidak lagi suci dan layak untuk bergaul bersama rakan-
rakan yang lain. Teori Freud (1938) menyatakan, tekanan hidup serius yang dialami oleh
manusia menyebabkan tekanan itu diekspresikan melalui perlakuan mengejut dan luar
biasa. Contohnya, seorang remaja yang dirogol akan hilang motivasi untuk hidup sempurna
dan seterusnya menyertai rakan-rakan yang membawa pengaruh buruk dan terlibat dengan
pelbagai masalah sosial seperti pergaulan bebas dan dadah yang membawa kepada
keruntuhan akhlak.

Kesan dari sudut keluarga pula adalah, anak-anak yang datang daripada keluarga yang
berpecah belah dan ibunya didera akan cenderung untuk mencari kasih sayang di luar
kerana takut untuk berada di rumah. Ghafani (2007) menyatakan bahawa akhlak anak
bermula di rumah. Anak sejak kecil dan sebahagian besar masanya berada dalam
lingkungan keluarga. Apabila anak-anak ini sering berada di luar, maka mereka juga akan
terdedah kepada pelbagai masalah akhlak yang berlaku bagi remaja seusia dengan mereka.
Mereka juga berkemungkinan sanggup menjual maruah demi mendapatkan wang ringgit
dek kerana tidak diberikan keperluan yang secukupnya oleh bapa sendiri. Hasilnya,
penafian hak asasi wanita akan membawa kepada masalah pelacuran yang juga merupakan
salah satu daripada ciri keruntuhan akhlak.
Jika dilihat dari aspek yang lebih besar pula, masyarakat yang disekelilingnya banyak
berlaku pelanggaran hak asasi wanita pula akan menjadi masyarakat yang kurang peka
kepada jenayah dan wanita di sekeliling mereka. Di India contohnya, terlalu banyak kes
yang menunjukkan wanita dibakar hidup-hidup bersama suami yang meninggal dunia. Kes
anak perempuan yang ditanam kerana bimbang membawa malang juga masih berlaku di
sebahagian kawasan di pedalam India. Oleh kerana hal ini telah berlaku dalam tempoh
masa yang lama, maka rakyatnya tidak menganggap itu sebagai sesuatu yang besar dan
perlu diperangi. Hanya apabila ada campur tangan daripada pihak lain barulah datangnya
kesedaran sedikit demi sedikit. Ini juga menunjukkan betapa rendah dan hancurnya akhlak
masyarakat disana yang merelakan berlaku perkara seperti itu disekeliling mereka.
Sekiranya hak wanita dijaga dengan baik, tentulah kerosakan akhlak seperti ini tidak akan
berlaku.

Segala masalah keruntuhan akhlak yang berlaku ini boleh diatasi sekiranya berlaku
proses sosialisasi yang baik dalam kalangan masyarakat di sekeliling mereka. Sosialisasi
yang baik akan membentuk masyarakat yang prihatin, harmoni dan juga berdaya saing.
Sosialisasi merupakan proses yang dialami oleh seseorang dalam mempelajari lingkungan
hidupnya hingga sesuai dengan norma, nilai sosial, serta kebiasaan yang dianut oleh suatu
kelompok dimana ia tinggal (Koentjaraningrat, 2012). Ia bertujuan untuk mengajarkan
seseorang tentang keterampilan yang berguna dalam melangsungkan hidup atau
menyesuaikan diri pada suatu kelompok masyarakat. Sosialisasi bukan sahaja menolong
seseorang memainkan peranan sosialnya dengan sempurna tetapi secara keseluruhannya
ia juga boleh dikatakan sebagai alat untuk mengekalkan kumpulan dan masyarakat. Idea-
idea, nilai-nilai dan pola-pola tingkah laku yang menyatukan masyarakat akan terus kekal
walaupun ahli-ahlinya berganti.

Namun demikian, terdapat juga kekangan yang ketara dalam menjalankan proses
sosialisasi yang baik yang mencabar pengahayatan dan amalan nilai murni. Ramai ahli
sosiologi berpendapat bahawa kita tidak dilahirkan sebagai manusia, tetapi kita menjadi
manusia melalui proses interaksi sosial atau sosialisasi. Sosialisasi mengubah organisme
bilogikal kepada insan sosial Oleh itu pastinya terdapat cabaran dalam menghasilkan
manusia yang terbaik dan bersahsiah tinggi. Antara cabaran ini adalah daripada aspek
keluarga, sekolah, rakan sebaya, dan juga media massa.

Keluarga adalah cabaran sosialisasi yang sangat dekat dengan diri individu. Walaupun
seseorang itu tinggal di kawasan yang masyarakatnya bermoral tinggi, namun jika
keluarganya adalah sebuah keluarga yang berpecah belah dan sering mengabaikan hak
wanita, maka anak yang lahir juga akan dibentuk menjadi seberti itu. Contohnya, jika sejak
kecil lagi anak telah melihat ibunya dipukul oleh bapa, maka anak akan merasakan bahawa
keganasan itu bukanlah suatu yang teruk, malahan melihat keganasan adalah penyelesaian
kepada sesuatu masalah dalam keluarga. Jika disekolah anak dididik akan nilai moral yang
baik, namun jika pulang ke rumah keluarganya mengamalkan seks bebas, minum arak dan
pelbagai lagi perkara jelek, tentunya anak-anak akan terpengaruh sama. Oleh itu keluarga
memainkan peranan samada menjadi madu atau racun dalam pembentukan sosialisasi
yang baik.

Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga merupakan cabaran dalam penghayatan moral
dan nilai murni. Apa yang mereka cakapkan, lakukan, bahasa yang digunakan, semua ini
akan meninggalkan kesan ke atas remaja. Mengikut kajian Halcomb(1991), personaliti
remaja mempunyai masalah berasakan kehidupan keluarga tidak memuaskan, kurang kasih
sayang dan mempunyai tahap konflik yang tinggi. Oleh itu, remaja cenderung untuk mencari
kebahagiaan melalui rakan sebaya. Sosialisasi melalui rakan sebaya adalah yang paling
efektif berbanding dengan sosialisasi melalui keluarga mereka kerana sosialisasi rakan
sebaya berlaku secara tidak formal dan tidak sengaja. Aktiviti kumpulan rakan sebaya
adalah berbentuk sukarela, ahlinya terdiri daripada yang sama taraf dan dipilih berdasarkan
suka sama suka. Dalam kumpulan rakan sebaya mereka belajar berdikari dan membentuk
peraturan, nilai dan norma sendiri daripada sebesar-besar hal hingga kepada hal yang kecil
seperti citarasa dalam muzik. Oleh itu, apabila ahli dalam kumpulan mencadangkan sesuatu
perkara yang negatif namun mendatangkan keseronokan, remaja cenderung untuk
mencuba kerana tidak mahu ketinggalan dan ingin terus mendapatkan perhatian daripada
rakan mereka. Hal ini termasuklah pelbagai masalah sosial seperti merokok, shisha, seks
bebas dan juga penyalahgunaan dadah. Budaya perjudian haram juga tidak kurang
banyaknya dilakukan apabila mereka melepak dalam kumpulan. Kesemua ini adalah
cabaran rakan sebaya yang besar dalam mengamalkan kehidupan yang bermoral.

Cabaran lain dalam penghayatan nilai murni adalah adanya media massa yang bercorak
negatif dan menunjukkan pelbagai cara buruk remaja boleh mendapatkan keseronokan.
Lambakan filem berbentuk masalah sosial seperti rempit, pelacuran, penagihan dadah dan
pergaulan bebas memberikan impak negatif yang lebih banyak berbanding dengan impak
positif yang diharapkan. Remaja yang berakal pendek tidak akan dapat melihat nilai moral
yang dipaparkan dan membuat pertimbangan yang baik sebaliknya akan melihat filem itu
sebagai filem yang memaparkan pelbagai cara dan aktiviti baru yang boleh dicuba mereka.
Filem Pekak yang ditayangkan baru-baru ini juga turut mengundang kontroversi apabila
memaparkan seorang lelaki bernama Uda yang cacat pendengaran menjual dadah untuk
menampung kos pembedahan bagi memulihkan pendengarannya. Ini mengajar remaja
bahawa mereka boleh mendapatkan duit yang banyak dalam masa yang singkat dengan
menjual dadah sahaja.

Babak wanita yang menjadi hamba seks turut ditayangkan dan isu ini sudah semestinya
melanggar hak asasi wanita yang perlu dihormati sebagai individu yang bebas. Dalam teori
organismik yang dipopularkan oleh Sigmund Freud (1938), Erik Erikson (1968) dan Jean
Piaget, perubahan hormon semasa baligh menggugat keseimbangan psikik yang dicapai
pada tahap psiko seksual terdahulu iaitu pendaman (latency). Semasa remaja, dorongan
seks dan aggression atau kelangsangan tertimbul semula selepas menyepi ketika peringkat
kanak-kanak. Oleh itu, remaja wanita dan lelaki cenderung untuk meraih kasih sayang
secara fizikal. Filem-filem seperti ini hanya akan semakin merangsang keinginan mereka
untuk dibelai dan melakukan hubungan seks.

Secara kesimpulannya, bukti demokrasi dunia gagal memelihara wanita adalah fakta
yang tidak dapat di sangkal lagi. Saban hari kita dihidangkan dengan pelbagai kes-kes ngeri
dan kejam melibatkan wanita sebagai mangsa. Sudah semestinya keadaan yang
menyedihkan dan mengerikan ini perlu diubah. Walaupun pelbagai pihak sudah memainkan
peranan mereka, merancang dan meminda pelbagai kempen dan perlembagaan bagi
melindungi hak wanita, namun sejauh manakah pelaksanaannya berjalan dan memberi
kesan? Masih ramai lagi wanita yang menjadi mangsa dan dinafikan hak mereka sebagai
insan takut-takut untuk tampil ke hadapan dan melaporkan keganasan yang dialami. Maka
menjadi tanggungjawab kita, untuk bermula daripada diri kita sendiri, supaya dapat belajar
menghormati insan bergelar wanita dan menjaga hak-hak mereka serta seterusnya
mendidik anak cucu dengan nilai yang sama supaya mereka dapat membesar dan
bersosialisasi dalam suasana yang positif dan menyanjung wanita sebagai golongan yang
banyak bersusah payah demi melahirkan mereka serta golongan yang penuh dengan kasih
sayang dan perlu dihormati. Hanya dengan itulah kita dapat hidup dalam suasana yang
harmoni dan nilai moral dihayati dengan sebenar-benar penghayatan.

Anda mungkin juga menyukai