Anda di halaman 1dari 5

JBA 5071

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5

JALAN YUSOF

83600 SEMERAH

JOHOR DARUL TAKZIM

KERTAS KERJA

PERTANDINGAN REKA CIPTA MENGGUNAKAN PENYEDUT MINUMAN

TARIKH :

08.07.2013

TEMPAT :

BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP

SEKOLAH KEBANGSAAN PARIT NO 5

MASA :

12.20-1.20 PETANG

ANJURAN BERSAMA :

GURU PELATIH PROGRAM INTERNSHIP 2013 SEMESTER 8

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS TUN HUSSEIN ONN

83000 BATU PAHAT

JOHOR DARUL TAKZIM


1.0 Pendahuluan

Kertas kerja ini bertujuan untuk melaksanakan pertandingan reka cipta


menggunakan penyedut minuman (straw). Pertandingan ini diadakan di peringkat
sekolah yang mana telah dicadangkan dan mendapat persetujuan oleh guru-guru
panitia Kemahiran Hidup Sekolah Kebangsaan Parit No 5, Muar, Johor.

2.0 Objektif

Program pertandingan reka cipta dari bahan terbuang mempunyai objektif seperti
berikut :

2.1 Melahirkan murid yang berfikiran kreatif dan inovatif

2.2 Mengembangkan dan mencungkil bakat terpendam para murid

2.3 Mengaplikasikan pengetahuan mengenai reka cipta

2.4 Melahirkan murid yang menghargai alam sekitar dengan mengitar semula
barang terbuang seperti penyedut minuman

3.0 Rasional

Pertandingan ini bertujuan bagi memberi peluang kepada para murid menunjukkan
minat terhadap reka cipta. Selain itu, murid-murid juga berpeluang menzahirkan
idea-idea yang bernas di samping mencuba sesuatu yang baru dan menajamkan
pemikiran mereka agar berfikir di luar kotak pemikiran.

4.0 Sasaran

4.1 Murid-murid tahun 4 SK Parit No 5.

4.2 Pertandingan diadakan secara berkumpulan. 1 kumpulan 4 orang murid.

5.0 Tempat

Bengkel Kemahiran Hidup SK Parit No 5.

6.0 Tarikh dan masa

Tarikh : 08.07.2013

Masa : 12.20-1.20 petang


7.0 Jawatankuasa Pelaksana

Pengerusi : Tn Hj Othman Bin Hashim

Naib Pengerusi : Encik Murshed bin Mohd Said

Penyelaras projek : Encik Mohamad Safuan Bin Che Othman

Setiausaha : Encik Mohd Aidil Bin Othman

Fotografi : Encik Mohamad Hairunamri Bin Meskam

8.0 Anggaran perbelanjaan

Anggaran perbelanjaan bagi menjalankan pertandingan adalah seperti berikut :

Bil Perkara Harga seunit Kuantiti Jumlah


.
1. Set Kotak Pensil (hadiah pertama) RM 4 4 unit RM 16
2. Pensil Warna (hadiah kedua) RM 4 4 unit RM 16
3. Buku nota kecil (hadiah ketiga) RM 4 4 unit RM 16
Jumlah RM 48

9.0 Pelaksanaan

I. Pertandingan diadakan secara berkumpulan, peserta bagi setiap kumpulan


adalah seramai 4 orang murid.
II. Pertandingan dijalankan dengan pemantauan guru subjek Kemahiran Hidup
bagi mengelakkan berlakunya kemalangan.
III. Masa yang diberikan untuk setiap kumpulan menyiapkan reka cipta adalah
satu jam.
IV. Proses penilaian pemenang dilakukan sepenuhnya oleh guru-guru subjek
Kemahiran Hidup.
10.0 Penutup

Adalah menjadi harapan agar segala segala perancangan yang telah diatur dapat
memberi faedah kepada warga sekolah dan mencapai objektif yang telah digariskan
dengan jayanya.

Semoga segala usaha dan bakti ikhlas yang ditaburkan dalam menjayakan program
ini akan mendapat ganjaran yang lebih baik di sisi Allah SWT. Insya-Allah.

Disediakan oleh : Disemak oleh :

........................................................ ........................................................

(MOHD AIDIL BIN OTHMAN) (ENCIK MURSHED BIN MOHD SAID)

Setiausaha pertandingan reka cipta Mentor program internship

Program Internship Sekolah Kebangsaan Parit No 5

Institut Pendidikan Guru Jalan Yusof

Kampus Tun Hussein Onn 83600 Semerah

Batu Pahat, Johor Johor Darul Takzim


Ulasan : _____

Bahawasanya dengan sukacitanya saya meluluskan/ tidak meluluskan

program dalam kertas kerja ini.

Disahkan oleh,

..

( TN HJ OTHMAN BIN HASHIM )

GURU BESAR

Sekolah Kebangsaan Parit No 5.

Jalan Yusof, Muar

83600 Semerah

Johor Darul Takzim