Anda di halaman 1dari 10

TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!

SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

Pernyataan Hakcipta:
P Hakcipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian Ebook ini kecuali
A soalan Percubaan dan soalan peperiksaan sebenar dalam apa jua bentuk dan dengan apa cara
P sekalipun, sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat
E izin bertulis daripada pihak maths-catch.com.Pihak Kami boleh mengambil tindakan tegas melalui
R saluran undang-undang jika didapati anda melanggar hakcipta ini.

2 Penafian Penulisan:
Pihak penerbit (penulis) berusaha sedaya upaya memastikan buku (Ebook) yang diterbit ini
mengandungi maklumat yang tepat dan berautoriti daripada segi subjek yang dibincangkan. Penerbit
Ebook ini tidak boleh dianggap memberikan khidmat perundangan, perakaunan atau khidmat
professional yang lain kepada pembaca. Sekiranya nasihat atau bantuan pakar diperlukan, sila
dapatkan nasihat dan khidmat profesional daripada pakar yang berkelayakan.

Bantuan Teknikal:
Segala permasalahan teknikal anda ketika melakukan teknik yang diberikan didalam Ebook ini
haruslah di hantar ke bahagian support di mathscatch@yahoo.com

UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


1
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

P
A
P Sekapur Sirih
E
R Pertama sekali saya ingin mengucapkan tahniah dan jutaan terima kasih kepada anda kerana telah Berjaya
memuat turun Pakej Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 ini.Strategi atau teknik yang ditulis didalam
2 ebook ini adalah berdasarkan pengalaman dan hands-on kami sendiri, sebagai salah seorang guru yang mana
kami berharap ia juga dapat dimanfaatkan oleh anak-anak anda nanti.Pakej ini telah dibuat sebegini rupa iaitu
mengunakan medium e-book tidak seperti mana yang dilakukan sebelum ini iaitu menggunakan buku-buku
fizikal.Tujuan utama selain disebabkan kos adalah supaya apa yang dibincangkan akan terus kepada anda
tanpa melalui proses editing,suntingan dan beberapa lagi,yang mana ada beberapa pendedahan didalam
ebook ini saya berasa yakin pasti akan disunting terlebih dahulu kerana atas sudut perniagaan.walaubagai
manapun dengan menggunakan medium ebook ini sudah pasti segala isi kandunganya akan terus kepada anda
tanpa melaui proses-proses ini yang hanya memikirkan sudut keuntungan semata-mata.Oleh itu besar
harapan saya moga-moga ebook Kertas Soalan Ramalan matematik ini akan memberi sejuta manfaat dan
makna kepada anda.Sekiranya anda mengikut segala panduan mudah yang telah kami berikan ,adalah dijamin
anak-anak anda pasti beroleh kejayaan.

UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


2
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

Pengenalan
P
A Tahukah anda tahap penguasaan matematik itu terbahagi kepada 4 tahap. Secara lazimnya
P penguasaan matematik makin bertambah sejajar dengan pertambahan usia. Jadi semakin kita
E meningkat dewasa semakin bertambah pengetahuan kita dan ini tidak terbatas atau khusus untuk
R matematik sahaja, ia merangkumi semua benda yang kita pelajari. 4 tahap penguasaan matematik
itu boleh dibahagi kepada berikut iaitu;
2
1. Tahap kanak-kanak

Masa yang paling baik untuk merangsang perkembangan otak kanak-kanak adalah semasa mereka
berumur 4 hingga 6 tahun dan pada tahap ini mereka mudah menerima apa yang diajar kepada
mereka dan mereka amat meminati mempelajari benda-benda yang baru. Pada tahap ini anda
sebagai ibu bapa ( yang sama waktu dengannya ) perlu memainkan peranan dengan mendedahkan
mereka dengan sistem pernomboran. Ajarlah mereka dengan asas-asas pengiraan 1 - 10 dan ajar
mereka agar tahu dan kenal nombor-nombor tersebut.

2. Tahap kanak-kanak remaja

Tahap kanak-kanak remaja adalah disekitar antara 7 hingga 12 tahun dan pada tahap ini mereka
berada di sekolah rendah. lazimnya mereka telah diajar dan didedahkan dengan operasi asas
matematik seperti tambah, tolak, darab dan bahagi. Selain daripada itu mereka juga diajar dengan
pelbagai teknik pembelajaran, operasi matematik dan terma-terma matematik selain didedahkan
dengan pecahan, peratus, statistik dan pelbagai operasi lain yang selalu digunakan didalam
kehidupan seharian kita.

3. Tahap remaja

Tahap remaja dikira dari usia 13 tahun sehingga usia 17 tahun dan pada tahap ini mereka berada di
peringkat sekolah menengah. Sejajar dengan perkembangan usia dan perkembangan otak, mereka
diajar matematik algebra dan matematik diskrit yang lebih rumit sedikit. Pada tahap ini mereka
dianggap telah menguasai matematik dengan baik dan apabila melanjutkan pelajaran ketahap
universiti kelak, mereka akan berdepan dengan pelajaran matematik yang lebih khusus dengan
bidang pengajian yang mereka ikuti. Amat malang sekiranya asas matematik mereka lemah sekiranya
berada ditahap ini..( related untuk ibu bapa yang mempunyai anak-anak).

4 . Tahap umum

Tahap ini dikira dari umur 18 tahun keatas dan tahap ini merupakan tahap dimana mereka telah
dapat menguasai matematik seperti aljebra dan matematik diskrit dengan begitu baik secara
keseluruhannya. Dan amat-amat malang sekiranya ditahap ini anak-anak anda hanya mampu
menguasai 40% - 50% matematik secara keseluruhannya. Bayangkan matematik yang akan mereka
pelajari mengikut bidang yang dipilih..cuba anda pilih satu bidang untuk anak anda ikuti di universiti
atau kolej atau politeknik atau sebagainya. Katakan bidang Kejuruteraan Elektrik di Politeknik ( ini
adalah contoh)..peringkat sijil dan diploma. Semester 1 sehingga sehingga semester 6 semuanya ada
subjek matematik. Itu belum lagi matematik kejuruteraan khusus untuk elektrik.kita tidak dapat lari
UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


3
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

dari perkara-perkara yang berkaitan dengan matematik. Perkara penting disini ialah asas matematik
P perlulah kuat kerana apabila asas matematik telah kuat, mahir, cekap dan pintar, letaklah didalam
A bidang apa sekalipun pasti tidak gentar dan tidak akan menghadapi Masalah.Persoalan disini
P bagaimana jika anak kita memang ditakdirkan lemah Matematik?.erm boleh kah kita katakan
E ditakdirkan? Jawapanya tidak..anak-anak kita tidak ditakdirkan untuk menjadi lemah
R Matematik.Habistu Kenapa anak saya terlalu lemah dengan Matematik..tinggal beberapa bulan
sahaja lagi UPSR ni..Disini sebenarnya kita perlu mengenal penyakit dahulu kemudian barulah kita
2 berikan rawatan yang sewajarnya.Berikut saya senaraikan beberapa sebab Kenapa Anak-anak kita
Lemah Matematik

2 Sebab Anak-anak kita Lemah Matematik (Mesti Baca!)

SEBAB PERTAMA

Asas Matematik yang lemah. Oleh kerana pelajaran matematik bersifat membangun atau
mengembang (developmental), pelajar yang sudah ketinggalan di peringkat bawah akan menghadapi
kesukaran mengikuti dan memahami pelajaran di peringkat lanjut. Jangan pelik jika anak anda lemah
Matematik pada UPSR ,kemudianya dia akan terus lemah Matematik pada PMR dan peringkat
SPM.Kenapa?ini berkait rapat dengan asas Matematik.Oleh itu wahai ibu bapa anda perlu merasa
bimbang pada anak-anak anda pada ketika ini.Jika anda mahu berikannya tuisyen saya cadangkan
anda berbuat demikian ketika ini.Percaya atau tidak pelajar yang lemah Matematik akan juga lemah
pada subjek-subjek yang ada hubungkait dengan Matematik seperti sains,fizik dan kimia.Saya belum
pernah berjumpa dengan mana-mana pelajar yang lemah Matematik tapi hebat dalam
matapelajaran fizik,kimia ataupun Matematik tambahan.Ini adalah disebabkan kunci kejayaan
subjek-subjek ini adalah dari Matematik.Inilah kesilapan terbesar saya lihat kalangan ibubapa yang
berhabis-habisan untuk anak-anak mereka ketika mereka ditingkatan 5.Kononnya inilah waktu
halatuju yang akan menentukan masa depan mereka.Wahai ibubapa jika anda beranggapan begitu
anda sebenarnya melakukan kesilapan besar.Anda harus ingat jika anak anda lemah asas Matematik
pada peringkat UPSR ini bermakna anak-anak anda sedang menangung risiko untuk gagal dalam
matapelajaran Matematik,Matematik tambahan,fizik,kimia,sains dan beberapa subjek lagi pada
peringkat SPM.Hanya disebabkan lemah satu subjek sahaja anak-anak anda akan lemah dalam
banyak subjek lagi. Oleh itu Kenapa tidak anda berhabis-habisan untuk anak anda ketika mereka
diusia ini (UPSR)? INGAT! Asas pelajaran matematik tidak bermula daripada darjah satu kerana pada
usia tujuh tahun, kira-kira 95 peratus kemampuan otak-saraf sudah pun terbina. Maka itu, tidak
hairanlah kalau ada pelajar kita yang gagal dalam matematik di peringkat darjah satu lagi.

Di sinilah letaknya PERANAN IBUBAPA dalam memastikan anak mereka yang berumur 0-7 tahun
membina potensi yang diperlukan untuk menguasai bahasa dan memahami konsep matematik.

Jika ini tidak dilakukan, kemungkinan besar anak mereka akan ditinggalkan jauh oleh rakan-rakan
mereka yang mendapat pendedahan dan pendidikan asas yang lebih sempurna.Jika anak-anak anda
sudah melewati tempoh masa ini (0-7 tahun),jangan bimbang masih belum terlambat untuk anda
membimbing mereka.Apa yang perlu anda lakukan mengenal pasti dimana tahap penguasaan
matematik anak-anak anda.Bagaimana caranya?mudah sahaja .pada peringkat UPSR jika anak anda
lemah dengan sifir bermakna lemahlah dia dengan keseluruhan matematik.Disini anda sudah
UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


4
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

nampak bukan,penyakit utama adalah sifir,jadi rawatan utama juga adalah pada sifir tadi.Bukan pada
P yang lain.Tidak perlu menghantar anak-anak anda ke kem motivasi ,kem bina semangat dan banyak
A lagi jika anak-anak anda sebenarnya tidak memerlukanya.Pada ketika ini anak anda perlukan rawatan
P secara intensif untuk peningkatan sifir.Percayalah anda sebagai ibubapa merupakan GURU terbaik
E untuk anak-anak anda.
R
Cara mudah yang sangat-sangat berkesan yang boleh anda lakukan adalah dengan anda sendiri
2 mengajar mereka sifir Matematik.Begini caranya katakan anda membawa keluar anak-anak anda
bersiar-siar atau ke gedung-gedung beli belah, dalam perjalanan pasti akan banyak kereta lalu lalang
bukan? apa yang perlu anda katakan kepada anak anda, adik cuba lihat kereta kat depan tu,berapa
no plat keretanya.Katakan nombornya adalah BHU4190..Minta anak anda untuk membuat operasi
penambahan 4+1+9+0 berapa jawapanya?atau boleh juga buat operasi pendaraban 4X1X9X0 berapa
nilainya?Gunakan kreativiti anda untuk bertanyakan soalan supaya nampak lebih santai dan
menyeronokkan.mungkin pada mulanya anak-anak anda tak boleh jawab atau perlukan masa
sehingga 5 minit,10 minit atau 15 minit.Apa yang perlu anda lakukan hanyalah memberikan galakan
dan membuat analisa.Mungkin minggu pertama anak anda perlukan masa 15 minit.Lihat pula pada
minggu Hadapan masih 15 minit ?atau semakin pantas.Percayalah jika anda lakukan ini setiap hari
dengan bertanyakan padanya 3-4 soalan ,matematik anak anda akan lebih pantas.Tujuan saya
meminta anda menggunakan cara ini adalah untuk mengelakkan mereka berasa bosan menghafal
sifir semata-mata..Cara begini secara praktikalnya telah membantu ramai kalangan pelajar saya yang
lemah Matematik dahulu.Hasil kerjasama yang baik antara saya dengan ibubapa hasilnya sangatlah
membanggakan.Sehinggakan ada kalangan ibubapa yang memberitahu, anak saya sekarang pantang
nampak kereta ,tak payah tanya dia dah jawab dah.siap tanya kat saya lagi.Kadang-kadang siap ajak
mak dengan abah dia lawan lagi,siapa lagi cepat dapat jawapanSekarang terpulanglah kepada anda
untuk melakukanya..apa kata jika anda sudah melaksanakan saranan saya ini ,kemudianya anda
emailkan kepada saya di mathscatch@yahoo.con (attention pada Cikgu Rajaei) tentang
perkembangan anak-anak anda.mungkin saya boleh berikan sedikit tips untuk membantu anak-anak
anda nanti.Insyaallah.

UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


5
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

MASALAH KEDUA KENAPA ANAK ANDA LEMAH MATEMATIK


P -Rasa Gerun dengan Matematik
A
P Masalah rasa gerun ini sebenarnya berpunca daripada kurang keyakinan pada diri sendiri. Menurut
E Pn. Rogayah Binti Ghazali bekas Pensyarah di UPM dan tutor di UMS menurut beliau Ini adalah masalah
R jiwa. Pelajar seperti ini sebelum mencuba atau sebelum membaca soalan sudah menyerah kalah dan
mengatakan dirinya tidak boleh. Mereka begitu yakin akan gagal.Masalah sebegini biasanya terjadi
2 pada pelajar-pelajar yang akan menduduki peperiksaan PMR dan SPM.Ada juga sebilangan kecil
pelajar yang mempunyai asas Matematik yang agak baik juga mengalami sindrom rasa Gerun
ini.Gerun disini saya boleh bahagikan kepada dua jenis iaitu

Gerun ketika belajar Matematik dan


Gerun ketika menduduki peperiksaan Matematik

Punca Utama bagi Gerun Ketika Belajar Matematik ini adalah disebabkan oleh perasaan
malu,kurang keyakinan dan boleh juga kita sifatkan oleh Masalah jiwa Pelajar itu sendiri.Kebiasanya
Pelajar sebegini belum mencuba atau kadang-kadang belum membaca soalan sudahpun mengaku
kalah.Untuk mengatasi masalah ini,anak-anak anda perlu diajar dengan membuat latihan yang
mudah-mudah dahulu.Bagaimana yang dimaksudkan mudah?Anda harus faham soalan peperiksaan
dirangka dalam beberapa tahap iaitu mudah,sederhana dan sukar.Ini bermakna tidak semua soalan
adalah sukar.saya beri contoh begini apa yang saya cuba maksudkan untuk anda.Jika anda
mempunyai anak yang akan menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi anda boleh berikan soalan-
soalan yang mudah seperti ini.Contoh Kertas Soalan Peperiksaan Sebenar UPSR 2009 ,Soalan
Nombor 13 (7148+189-356=).Ini adalah contoh soalan yang mudah .tetapi jika mereka masih
mengatakan susah,apa kata anda mudahkan sedikit jadikan begini (7000+100-300=?).beginilah yang
perlu anda lakukan.Tujuan Utama adalah untuk memberi pendedahan kepada anak-anak anda
dengan soalan bertaraf peperiksaan atau paling tidakpun mirip-mirip peperiksaan..jangan mudahkan
mereka dengan memberi soalan sebegini (7+1-3=?).Percayalah soalan sebegini tidak membantu pun
anak-anak anda pada peringkat UPSR dan keatas..Sekarang anda sudah tahu bukan apa yang saya
maksudkan dengan menjawab soalan-soalan yang mudah.Adakah anak anda kadang-kadang boleh
jawab,kadang-kadang tak boleh jawab.PERNAH BERLAKU?Jangan bimbang saya sangat memahami
anda.Mudah sahaja anda carilah mana-mana buku latih tubi yang mirip-mirip pada soalan
diatas.Berikan kepada mereka sebagai medan latihan.Tak perlu banyak .Cukup dengan 5 atau 10
soalan.kemudianya berikan semula soalan peperiksaan sebenar kepada mereka.cuba lihat
perbezaanya.teknik ini akan saya jelaskan terperinci selepas ini.teruskan pembacaan anda.Insyaallah
sangat-sangat berkesan.Walaubagaimanapun ada beberapa soalan bagi kebanyakan ibubapa sukar
untuk mengenal pasti nama tajuk bagi sesuatu soalan.jadi jika tak tahu tajuk macam mana nak bagi
latih tubi dekat anak anda?sebagai contoh anda mungkin boleh menjawab soalan sebegini :Soalan
Peperiksaan Sebenar,PMR 2009 kertas 2 Nombor 14 (6k = 8) ,tapi adakah anda tahu nama tajuk
ini?jika tak tahu tajuk ,agak sukar dan melambat kan kerja anda untuk mencari soalan-soalan yang
mirip denganya bukan.Oleh itu saya amat memahami tentang masalah anda dan Pelajar ini.Jika anda
lihat Kertas Soalan Ramalan Matematik 2010 ini terutamanya untuk Kertas 2 juga disertakan dengan
nama tajuk ,bagi membantu Pelajar dan ibubapa mengatasi Masalah ini..Jika anda melakukan apa
yang saya sarankan Masalah gerun ketika Belajar Matematik akan Berjaya diatasi sedikit demi
sedikit.
UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


6
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

Gerun ketika menduduki peperiksaan Matematik.Ini juga merupakan faktor penyumbang kegagalan
P Utama anak-anak kita gagal mendapat keputusan yang baik setiap kali peperiksaan besar ataupun
A hanya ujian bulanan.Pernahkan anda melihat anak-anak anda bertungkus lumus belajar
P matematik,setiap hari pergi tuisyen,atau dia beritahu kepada anda dia sudahpun belajar sungguh-
E sungguh matematik ,hampir semua soalan sudah berjaya dijawab tetapi setiap kali menjelang
R peperiksaan mesti kecundang jua.Ada juga beberapa pelajar saya yang menghadapai masalah
sebegini.Saya cuba mencari jawapan bagi persoalaan ini.Ok, perkara pertama disini yang perlu kita
2 faham ada dikalangan pelajar yang sudahpun membuat latihan.Latihtubi juga dilakukan hampir
setiap hari.tetapi bila examtidak boleh buat juga.Kadang-kadang membuat terlalu banyak latihtubi
juga bukanya membantu tetapi akan menjadikan anak-anak kita menjadi cepat bosan,penat dan
terkeliru.Ini berpunca latih tubi yang dibuat tidak mempunyai matlamat yang jelas.Matlamat disini
seperti yang saya terangkan sebelum ini iaitu anda perlu menjadikan soalan Bertaraf peperiksaan
sebagai matlamat utama,manakala soalan latih tubi adalah soalan yang diguna pakai untuk
membantu anak anda menjawab soalan peperiksaan tadi.jumlah latihan latih tubi bergantung sejauh
mana anak anda sudah mampu menjawab soalan peperiksaan sebenar tersebut..jika hanya dengan
membuat 4 soalan latih tubi dia sudah mampu menjawab Soalan Bertaraf Peperiksaan,maka jumlah
tersebut sudah memadai untuk mereka.KESILAPAN TERBESAR PELAJAR adalah mereka membuat
latihtubi beratus-ratus tetapi tanpa matlamat,atau lebih tepat main semborono jerrrPelajar juga
tidak tahu apakah soalan yang sewajarnya mereka jadikan latih tubi dan mereka juga tidak tahu
apakah soalan atau tajuk yang sepatutnya mereka perbanyakkan latihtubi.Akhirnya bila masuk exam
mereka jadi keliru .Untuk memudahkan anda faham sila lihat contoh dibawah

Ini merupakan Cth Soalan Bertaraf Peperiksaan Ramalan Add Maths 2010 Paper 2 Question 1

. LANGKAH 1
Sebagai contoh anak anda akan menduduki pepriksaan SPM Matematik Tambahan 2010 ini. Anda cuba minta
dia membuat soalan ramalan yang telah kami sediakan ini dalam masa ditetapkan.mungkin 2 jam.Dan buat
semakan jawapan.berikan markah pada diri sendiri atau boleh juga anda tolong semakan.

LANGKAH 2
Katakan anak anda salah pada soalan ini.(Lihat contoh dibawah).Ini merupakan Soalan pertama bahagian A
bagi Kertas 2 Matematik Tambahan dan tajuknya adalah simultaneous equation.Disini anak anda perlukan
rawatan khusus iaitu latihtubi khas untuk tajuk ini jika dia salah.
2
Solve the simultaneous equation 4 x + 3 y = x xy = 8.
Give your answer correct to four significant figures.
[5 marks]
Bagaimana cara memberi rawatan?
LANGKAH 3
Caranya begini dapatkan mana-mana soalan yang mirip dengan soalan diatas mungkin dari buku teks,buku-
buku latihan,soalan percubaan atau soalan peperiksaan sebenar.dan cuba 1 soalan sehingga
faham.kemudianya cuba kembali membuat soalan ramalan diatas.Cuba jangan beri dia lihat jalan kerja soalan
ramalan ini dahulu.hanya lihat jawapan sebagai semakan.Masih tak boleh buat.?

LANGKAH 4
Ulang kembali langkah 3 dengan cara cari lagi soalan y mirip dengan soalan ramalan diatas (sebaiknya ambil
soalan peperiksaan sebenar) dan kemudian ulang balik buat soalan ramalan diatas. Jumlah soalan latih tubi ini
UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


7
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

bergantung sejauh mana anak anda sudah mampu menjawab soalan peperiksaan sebenar tersebut.Ada
kemungkinan anak anda perlukan 10 soalan latih tubi untuk membantu beliau menjawab Soalan Ramalan
P
A
diatas.Dengan menggunakan cara ini anak-anak anda secara tidak langsung telahpun mengkaji
P bagaimana menjawab soalan tersebut dan secara tidak langsung didedahkan dengan SOALAN-
E SOALAN BERTARAF PEPERIKSAAN.Mereka akan membuat latih tubi berdasarkan matlamat iaitu
R fokus utama untuk menyelesaikan soalan Ramalan itu.

2 Latih Tubi 1
SPM 09

Latih Tubi 6
Latih Tubi 2
SPM 09
SPM 09
FOKUS
Soalan Ramalan

Latih Tubi 5
SPM 09 Latih Tubi 3
SPM 09
Latih Tubi 4
SPM 09

Kelebihan utama cara ini adalah pelajar secara tidak langsung akan mengenal tajuk soalan (kenal
tajuk baru tahu formula nak pakai),mengenal format soalan,mengetahui trend soalan peperiksaan
terdahulu,apa yang pernah keluar dan apa yang belum pernah keluar disamping mengelakkan pelajar
terkeliru apabila menjawab soalan pepriksaan nanti.Jika anda lihat pada soalan ramalan yang telah
disediakan kami telahpun membuat analisis untuk anda.Oleh itu manfaatkan.Lihat cth
Latih Tubi 1 Latih Tubi 2 Latih Tubi 3 Latih Tubi 4
SPM 09 SPM 09 SPM 09 SPM 09

Soalan
Ramalan
UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


8
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

Tahukah anda hampir semua Pelajar cemerlang mengatakan mereka menjadikan soalan-soalan
P bertaraf peperiksaan atau soalan tahun-tahun lepas sebagai medan latihan mereka.Cuba anda lihat
A apa yang dikatakan oleh Nur Amalina didalam akhbar tentang bagaimana beliau mempelajari
P matapelajaran matematik tambahan dahulu.
E Nur Amalina :
R Saya berminat dengan Matematik Tambahan kerana berpendapat subjek ini senang sekiranya
memahami konsep sebenarnya
2 Suka dengan aktiviti pengiraan dan penyelesaian masalah yang memerlukan kemahiran
berfikir
Saya suka cabaran terutama cabaran yang susah
Tidak dinafikan saya membuat banyak latihan dan latih-tubi. Saya membuat hampir semua
soalan tahun-tahun lepas.
Saya dapati setiap tahun soalan yang keluar mengikut pattern (corak) yang sama, Cuma
angkanya sahaja yang berubah. Ini memudahkan saya mendapat 100%.

Apa Nur Amalina buat apabila stuck ketika menyelesaikan masalah dalam Matematik Tambahan?
Saya cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya sendiri dan merujuk buku-buku bagi
mencari maklumat.
Check jalan, mungkin ada yang tersilap
Rujuk masalah lepas yang telah diselesaikan, mungkin ada persamaan
Pastikan formula yang digunakan betul
Sekiranya masih tidak dapat, berbincang bersama rakan-rakan di dalam study group tentang
soalan tersebut dan menyelesaikannya secara bersama.
Jalan terakhir adalah bertanya kepada guru

Disini jelas pentingnya anak anda membuat persediaan dengan cara menjawab soalan bertaraf
peperiksaan bagi mengelakkan mereka merasa gerun ketika menghadapai peperiksaan sebenar
nanti.Tidaklah mereka terkejut lagi bila masuk dewan peperiksaan nanti.Ini kerana soalan
peperiksaan sebenar hanya dipusing-pusing sedikit sahaja dengan soalan-soalan terdahulu.(Lihatlah
contoh diatas).. Disebabkan permasalahan ini saya telah pun membuat sedikit kajian dan telah pun
merangka soalan-soalan yang boleh anak-anak anda manfaatkan didalam peperiksaan nanti.Soalan-
soalan Ramalan ini dirangka bagi mengatasi Masalah-masalah yang telah kita bincangkan sebelum
ini.Antara ciri-ciri Soalan Ramalan ini adalah seperti berikut:

1. Setiap Soalan diletakkan nama tajuk atau nama bab bagi memudahkan ulangkaji
2. Setiap soalan dibekalkan analisis soalan Peperiksaan sebenar untuk membantu Pelajar
melihat trend soalan yang pernah dan belum keluar
3. Setiap Set soalan direkabentuk dengan design yang menarik oleh pereka bentuk professional
untuk membangkitkan mood ketika proses ulangkaji.
4. Setiap jawapan disediakan bersama soalan dan jalan pengiraan yang tepat.

Jika anda lihat ciri-ciri umum diatas Kertas soalan yang disediakan ini dirangka Khusus untuk
mengatasi segala masalah yang telah kita bincangkan sebelum ini.Apa yang perlu anda lakukan
dorong anak-anak anda untuk membuat latihan didalam ebook soalan Ramalan ini dan cuba juga

UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


9
TEKNIK BELAJAR BERKESAN MATEMATIK.DIJAMIN!
SULITEDITION
SPECIAL 2010/Sept

mengenal pasti Masalah-masalah yang dihadapi.Anda dinasihatkan untuk mebaca sekurangnya 2


P atau 3 kali artikel ini..harap membantu.sekian dulu dari saya
A
P Cikgu Rajaei
E
R Artikel ini telah ditulis oleh penulis asal tanpa dibuat sebarang perubahan.

Yang benar,

MATHS Catch.
Emel : mathscatch@yahoo.com
URL: www.maths-catch.com

UPSR FOKUS A+
2010

Find more Tips and Guide here www.maths-catch.com MATHS Catch


10

Anda mungkin juga menyukai