Anda di halaman 1dari 1

Tuan,

JEMPUTAN KE PROGRAM FROCK 2016

Dengan hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk.

Kelab Sukan Rekreasi Pacuan Empat Roda Froc Kuching atau FROCK (**) akan mengadakan latihan
teknik pemanduan dan pengendalian keselamatan jentera pacuan empat roda di Kuching. Tujuan
program ini adalah untuk membantu pemandu-pemandu jentera pacuan empat roda agar dapat
mengendalikan kenderaan dengan betul dan selamat disamping mendidik mereka agar sentiasa
mematuhi peraturan dan undang-undang di jalanraya.

Sehubungan itu, kami kelab FROCK ingin menjemput kelab/persatuan/organisasi daripada pihak
tuan untuk menjayakan program kelab kami ini. Berikut adalah tentatif program.

Hari : 21 Mei 2015

Tempat : Perkarangan Tempat Letak Kereta Stadium Negeri

Masa : 7.30

Untuk pengetahuan tuan, sesi kembara dan kejurulatihan akan dikelola oleh seorang jurulatih
pacuan empat roda yang berpengalaman iaitu Encik______________. Yuran untuk sebuah
kenderaan adalah sebanyak RM200.00. Para peserta individu boleh berkongsi yuran sebanyak
Rm200.00 bagi sebuah kenderaan

Oleh yang demikian, besar harapan kami sekiranya pihak tuan dapat hadir dan menjayakan program
kami nanti. Kami juga berbesar hati sekiranya pihak tuan dapat menganugerahkan sijil kepada para
peserta di akhir program tersebut. Dilampirkan beberapa dokumen untuk perhatian dan tindakan
tuan.

Sekian,

Terima Kasih

EN YUSUF BIN SAMAON


Presiden FROC KUCHING

Anda mungkin juga menyukai