Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN PEKAN

TAMBUNAN SABAH

KERTAS KERJA PENUBUHAN

KELAB COMPUTER WHIZ

ANJURAN:

PANITIA TEKNOLOGI MAKLUMAT


DAN KOMUNIKASI
SK PEKAN TAMBUNAN

DENGAN KERJASAMA:

GURU PENOLONG KANAN KOKURIKULUM


SK PEKAN TAMBUNAN

2
1.0 PENDAHULUAN

Sejajar dengan transformasi pendidikan, kemahiran maklumat, media dan teknologi


merupakan kemahiran yang perlu dikuasai dalam pengajaran dan pembelajaran abad ke-21.
Kini, kaedah pengajaran konvensional seperti chalk and talk tidak lagi diaplikasikan dalam
sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana pembelajaran abad ke-21 merupakan
platform utama sistem pendidikan pada zaman ini. Keberkesanan pembelajaran abad ke-21
di sekolah menghendaki murid untuk mempelajari dan menguasai kemahiran menggunakan
komputer. Hal ini demikian, komputer merupakan alat utama dalam pembelajaran abad ke-21
yang membantu murid ke arah pembelajaran aktif.

Bersesuaian dengan era pendidikan abad ke-21, keperluan kemahiran penggunaan


komputer dan pengaplikasian teknologi maklumat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran
adalah wajar. Sehubungan itu, penubuhan kelab Computer Whiz adalah langkah dan usaha
unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi bagi melahirkan murid yang berkemahiran dalam
bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Cadangan penubuhan kelab ini juga disusuli
dengan permohonan penggunaan makmal komputer sebagai bilik gerak kerja dan aktiviti bagi
kelab Computer Whiz. Inisiatif tersebut dapat memaksimumkan penggunaan kemudahan
makmal komputer sekolah yang telah disediakan.

2.0 MATLAMAT

Dalam penciptaan sesuatu perkara, semamangnya mempunyai sebab yang tersendiri. Seperti
penubuhan kelab komputer ini, ia bermatlamat untuk meningkatkan kreativiti murid melalui
pengaplikasian kemahiran Teknologi Maklumat dan Komunikasi. Seperti yang kita tahu,
pelbagai perkara boleh dilakukan dengan menggunakan kemahiran Teknologi Maklumat dan
Komunikasi dan salah satunya adalah dengan mereka cipta design dalam menghasilkan
banner. Secara tidak langsung, bakat ini dapat digunakan untuk dirinya kelak dengan
membuka perniagaan berkenaan penghasilan banner atau percetakan. Hal ini dapat
menguntungkan murid itu sendiri.

Walau bagaimanapun, kelab komputer ini bertujuan menjadikan sesi pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih seronok dan mudah bukan sahaja kepada pihak guru tetapi juga
murid-murid. Sebagai seorang guru, kita hendaklah tahu bahawa murid-murid mempunyai
inkuiri yang sangat tinggi dalam diri mereka, penggunaan benda baharu dalam sesi
pengajaran dan pembelajaran boleh menjadikan murid-murid mempunyai kemahiran yang
pelbagai di samping murid seronok menggunakan kemahiran yang baru dipelajarinya.

3
Seterusnya, kelab ini juga sangat penting dalam diri seseorang individu bagi
memastikan mereka tidak ketinggalan dengan arus pemodenan yang cepat berkembang ini.
Individu yang mempunyai kemahiran yang pelbagai adalah individu yang dicari masa kini. Hal
ini kerana, kemahiran bukan boleh dipelajari dalam masa dua tiga hari namun dalam satu
tempoh masa yang lama. Jadi bukan mudah untuk mendapatkan individu yang berkemahiran
tinggi. Keadaan ini menunjukkan individu yang berkemahiran tinggi mempunyai nilai yang
tinggi di pasaran terutama dalam mencari pekerjaan kelak.

Kesimpulannya, kelab komputer ini bukan hanya sekadar sebuah kelab yang
ditubuhkan tanpa hala tuju yang betul, malahan ia mempunyai matlamat yang jelas dan
mampu dicapai oleh pihak murid yang menyertainya. Diharapkan pihak tuan dapat
mempertimbangkan penubuhan kelab ini bagi melahirkan murid yang berkemahiran dan
berpotensi di masa akan datang kelak.

3.0 OBJEKTIF

Objektif penubuhan kelab ini adalah bertujuan:


a) Pengetahuan
i. Mendedahkan murid kepada pengetahuan asas kemahiran Teknologi Maklumat
dan Komunikasi.
ii. Membimbing murid mengetahui sistern pengoperasian komputer.
iii. Memberi murid peluang untuk meneroka perkembangan terbaru dalam pelbagai
disiplin ilmu.
iv. Mendedahkan murid kepada peluang-peluang kerjaya yang berkaitan dengan
komputer dan Teknologi Maklumat.
b) Kemahiran
i. Menguasai kemahiran mencari dan mengurus maklumat yang sesuai melalui
penggunaan Teknologi Maklumat.
ii. Menguasai kemahiran berinteraksi antara individu/kumpulan melalui kemudahan
Teknologi Maklumat dan sistem rangkaian komunikasi.
iii. Menguasai kemahiran pengaturcaraan yang membolehkan murid membangunkan
sesuatu sistem.
c) Nilai
i. Memupuk sikap positif terhadap penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi.
ii. Menggalakkan perkongsian idea dan maklumat dalam kalangan murid, antara
kelab dan antara institusi atau individu dalam masyarakat.

4
4.0 RASIONAL

Melihat kepada keperluan pada zaman kini yang banyak didorong oleh kemahiran
berkomputer dan ICT dalam kehidupan seharian terutamanya bagi pihak murid-murid. Hal ini
bagi menyahut seruan pihak kerajaan yang menggalakkan sesi pengajaran dan pembelajaran
abad ke-21 yang lebih menekankan penggunaan alatan elektronik dan perisian atas talian.
Oleh itu, bagi memastikan keberhasilan matlamat pihak kerajaan ini, saya rasa
bertanggungjawab untuk membuka peluang kepada pihak murid untuk menjayakannya
dengan melibatkan diri dalam kelab komputer di sekolah.

Tambahan lagi, pihak pentadbiran sekolah telah menyediakan dua buah makmal
komputer yang dilengkapi dengan peralatan moden masa kini seperti pemancar, bilangan
komputer sebanyak 50 buah di samping sistem pembesar suara dan skrin LCD yang dapat
menjayakan kelab komputer ini. Kelab komputer ini dapat memaksimumkan penggunaan
makmal tersebut untuk kebaikan pihak murid itu sendiri. Alangkah membazirnya sekiranya
makmal komputer yang sempurna ini tidak digunakan sebaik mungkin. Pihak pentadbiran tidak
perlu mengeluarkan tajaan yang banyak dalam penubuhan kelab ini kerana saya faham akan
keadaan kewangan negara kita kini yang tidak stabil.

Selain itu, jaringan internet yang disediakan secara percuma di sekolah kepada pihak
murid juga menguatkan lagi hasrat saya ini untuk menubuhkan kelab komputer di sekolah ini.
Jaringan internet yang meluas di sekolah ini membantu murid melayari internet bukan sahaja
untuk mencari ilmu tambahan namun juga untuk berkongsi maklumat dengan rakan-rakan dan
guru dalam kelab tersebut. Sebagai contoh, gunanya laman Schoology bagi berkongsi
maklumat dengan rakan dan guru tentang sesuatu perkara. Tiada lagi alasan untuk tidak
mengamalkan pembelajaran abad ke-21 oleh pihak guru mahupun murid-murid. Segala
kemudahan telah tersedia, hanya perlu rajin untuk belajar dan mencuba perkara baru sahaja.

Dengan adanya kemahiran yang tinggi dalam diri murid dan guru berkenaan bidang
ICT ini, maka warga sekolah boleh menggunakan Model Flipped Classroom. Di mana, guru
memuat naik maklumat berkenaan pembelajaran seterusnya pada hari ini untuk dipelajari oleh
murid terlebih dahulu. Hal ini bagi memastikan murid bersedia dengan rapi dengan sedikit
pengetahuan sebelum menjalani sesuatu sesi pengajaran dan pembelajaran secara formal di
sekolah. Akhir kata, sememangnya penggunaan ICT yang betul dalam sistem pendidikan
dapat membantu murid dan guru dalam memperolehi ilmu secara maksimum dan
menyeronokkan.

5
5.0 JAWATANKUASA

5.1 Jawatankuasa Penaja

PENGERUSI
Guru Besar

NAIB PENGERUSI
Guru Penolong Kanan Kokurikulum

SETIAUSAHA
Guru Panitia Unit Teknologi Maklumat dan Komunikasi

BENDAHARI
Guru

GURU PENASIHAT
Guru

5.2 Jawatankuasa Induk

PENGERUSI
Murid Tahun 6

NAIB PENGERUSI
Murid Tahun 5

SETIAUSAHA
Murid Tahun 6

NAIB SETIAUSAHA
Murid Tahun 5

BENDAHARI
Murid Tahun 6

NAIB BENDAHARI
Murid Tahun 5

AHLI JAWATANKUASA
Murid Tahun 5

6
6.0 KUMPULAN SASARAN

Persatuan ini hanya terbuka kepada murid Tahun 5 dan Tahun 6. Mengamalkan sistem murid
Tahun 5 sebagai pelapis kelab dan murid Tahun 6 sebagai mentor. Menerima seramai 25
orang ahli kelab sebagai fasa permulaan. Apabila kelab telah menyediakan pelapis, kelab
akan dibuka untuk 50 orang ahli kelab.

7.0 KETERANGAN PROGRAM

Perjumpaan kelab dijalankan dalam waktu kokurikulum sekolah iaitu 2 kali seminggu dan di
luar waktu persekolahan sebanyak 1 kali 2 minggu. Aktiviti dan program kemahiran yang
ditawarkan oleh kelab akan berubah setiap tahun. Tahun pertama penubuhan, melatih pelapis.
Tahun kedua, program Mentor-Mentee akan dijalankan dan diteruskan pada tahun-tahun yang
akan datang. Program Mentor-Mentee bertujuan melatih ahli kelab yang baharu dengan
kemahiran yang telah dipelajari oleh pelapis, perkara ini dilaksanakan bagi memastikan
keberlangsungan kemahiran-kemahiran menggunakan komputer. Setiap tahun, ahli kelab
akan memperolehi teknik-teknik yang baharu dan terkini.

Anda mungkin juga menyukai