Anda di halaman 1dari 2

Carian...

Perolehan

Isnin, 6 November 2017


Pilih Bahasa Tema Asal

ORANG AWAM

PEGUAM SYARIE

WARGA MSWP

PENGIRAAN FARAID

Perhatian:

Sila baca dan terima penafian ini sebelum mula menggunakan Pengiraan Faraid Dalam Talian

SEGALA MAKLUMAT DAN PENGIRAAN FARAID YANG TERKANDUNG DI DALAM PORTAL INI YANG BERKAITAN DENGAN FARAID TIDAK BOLEH DIGUNAKAN DI DALAM
MAHKAMAH SYARIAH . IA HANYA SEBAGAI MAKLUMAT ILMIAH SAHAJA.

Saya terima : Masuk

Apa Itu Faraid?

Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Menurut Istilah di dalam Syarak, Faraid adalah pembahagian harta pusaka selepas kematian seseorang islam yang telah di tetapkan di bawah Hukum Syarak ke atas waris-waris
yang sah dan layak seperti (Anak, Isteri, Suami, Ibu, Bapa dan Lain-lain) Harta yang dibahagikan kepada waris-waris adalah baki harta yang ditinggalkan selepas ditolak segala
pembiayaan pengurusan jenazah, hutang-hutang pewaris sama ada bentuk agama (Zakat, Nazar dll) atau segala hutang kepada manusia dan menunaikan wasiat yang di
benarkan syarak. Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dll);


2. Barang kemas (emas, perak dll);
3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
4. Tanah, kebun, ladang dll;
5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dll.

Hukum Berkenaan Faraid

Pembahagian harta pusaka menurut Islam selepas berlakunya kematian seseorang muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu terhadap harta yang ditinggalkan. Hak-hak tersebut
telahpun ditentukan sendiri oleh Allah secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDU KIFAYAH
kepada umat islam (Khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Apakah Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid?

Sekiranya umat islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya

1. Memakan Harta Anak Yatim.


2. Memakan Harta Saudara-Mara.
3. Memakan Harta Baitulmal.

Tuntutan Belajar Ilmu Faraid Dalil

Rasullulah s.a.w (maksudnya):


Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada Manusia, kerana ia adalah separuh dari ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama yang akan dicabut dari umatku.
- Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.

Sabda Rasullulah s.a.w:


Pelajarilah Ilmu Faraid dan Ajarkanlah kepada orang lain, Sesungguhnya aku akan mati dan ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau bilau. Sehingga ada dua orang
bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan masalah mereka.
- Hadis riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas'ud.
Allah mensyariatkan bagimu tentang (pembahagian pusaka) anak-anakmu. Iaitu, bahagian seorang anak laki-laki sama dengan bahagian dua orang anak perempuan; dan jika
anak itu semuanya perempuan lebih daripada dua, maka bagi mereka dua per tiga daripada harta yang ditinggalkan; jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka dia
memperolehi separuh harta. Dan untuk dua orang ibu bapa, bagi masing-masingnya satu perenam daripada harta yang ditinggalkan jika orang yang meninggal itu mempunyai
anak dan dia diwarisi oleh ibu bapanya sahaja, maka ibunya mendapat sepertiga; jika yang meninggal itu mempunyai beberapa orang saudara, maka ibunya mendapat
seperenam. (Pembahagian-pembahagian tersebut di atas sudah dipenuhi wasiat yang dibuatnya atau (dan) sesudah dibayar hutangnya. (Tentang) orang tuamu dan anak-
anakmu, kamu tidak mengetahui siapa antara mereka yang lebih dekat (banyak) manafaatnya bagimu. Ini adalah ketetapan daripada Allah. Sesungguhnya Allah Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana.
- Surah An-Nisa :11.

PENGUMUMAN
UNDIAN
ORANG AWAM
Apakah pandangan anda mengenai rekabentuk Laman Web MSWP ini?
Tiada pengumuman buat masa ini
Baik - 51.8%
Khamis, 11 Ogos 2016
Memuaskan - 41.8% Tiada pengumuman buat masa ini.
Read More...

KALENDAR AKTIVITI

< November 2017 >


S M T W T F S
29 30 31 1 2 3 4
5 6 7 8 9 10 11
12 13 14 15 16 17 18
PENGUMUMAN
19 20 21 22 23 24 25
WARGA MSWP
26 27 28 29 30 1 2
Senamrobik dan
Gotong Royong

Isnin, 06 Mac
2017
Read More...

STATISTIK PELAWAT

Hari Ini 3152


Semalam 5175
Minggu Ini 8327
Minggu Lepas 5180748
Bulan Ini 27439
Bulan Lepas 171359
Keseluruhan 5224806
Visitors Counter

Pautan Segera | Pautan Negeri | Glosari Mahkamah | Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

Waktu Urusan Alamat Kami Kod QR Versi Mobile


Isnin - Jumaat Kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan,
8.30am - 4.30pm Jalan Sri Hartamas 1, Taman Sri Hartamas 50676 Kuala Lumpur
Tel : 03 - 6205 7000 / 03 - 6205 7200
Faks : 03 - 6205 7100 / 03 - 6205 7300
Emel: mswpkl@esyariah.gov.my

Hakcipta Terpelihara 2014 MSWP. Paparan terbaik menggunakan browser Google Chrome dengan resolusi melebihi 1024 x 768 ke atas.
PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.
Tarikh Kemaskini: 13/10/2017

Anda mungkin juga menyukai