PERUTUSAN PENGARAH
SEMPENA PERAYAAN HARI GURU TAHUN 2016
TEMA: GURU PEMBINA NEGARA BANGSA
Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
Salam Sejahtera, Salam 1Malaysia dan Salam 1Terengganu. Alhamdullillah,
bersyukur ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan izin dan limpah kurnia-Nya,
dapat saya sampaikan sepatah dua kata sempena Perayaan Hari Guru Kali
Ke-45 Tahun 2016 ini
Semua guru yang disanjungi,
Pada kesempatan ini saya mengucapkan tahniah kepada guru-guru yang
telah bertungkus lumus selama ini untuk menjayakan pelbagai aktiviti dan
program semata-mata untuk kecemerlangan anak didik yang kita kasihi
Alhamdulillah, segala perit jerih guru-guru sekalian telah membuahkan hasil
apabila Terengganu terus mengungguli persada negara dalam semua
peperiksaan awam tahun 2015. Untuk itu, saya ucapkan syabas dan tahniah
kepada guru-guru sekalian. Kejayaan yang amat bermakna ini adalah milik
anda semua.Bidang pendidikan merupakan pelaburan yang sangat penting dalam
sesebuah negara. Pencapaian yang diperoleh hasil sistem pendidikan akan
menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan
merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan
mengembangkan intelek, jiwa dan sahsiah ke arah mengenali diri dan
mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna. Selari
dengan itu Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu telah menghasilkan
tagline Memperkasakan Transformasi Pendidikan dengan menggariskan
enam prinsip utama. Antaranya termasuklah Transformasi PdP, Transformasi
Kemenjadian Murid, Transformasi Guru, Transformasi PGB, Transformasi
Sekolah dan Transformasi JPN/PPD. Hal ini adalah untuk meneruskan
kelangsungan kecemerlangan pendidikan Terengganu.
Semua guru yang dikasihi,
Jika ditinjau dari sudut pandangan yang berbeza, bidang pendidikan adalah
jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua
elemen kualiti yang ada bagi membangunkan modal insan ke suatu tahap
yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara.
Pemilihan tema “GURU PEMBINA NEGARA BANGSA” amat bertepatan
dengan hasrat dan cita-cita murni tersebut. Berasaskan guru serba boleh,
maka peranan kita sebagai guru berupaya membimbing, mengasah dan
2membentuk setiap insan dengan membangunkan dan mengcungkil bakat
berdasarkan potensi murid
Dalam hal ini, masyarakat meletakkan harapan tinggi melangit kepada guru
dan tumpuan sepenuhnya perlu diberikan terhadap tanggungjawab yang
perlu digalas dalam bidang kurikulum, kokurikulum dan pembinaan sahsiah
selari dengan usaha murni kita melahirkan Murid Terengganu Pasca 2020.
Bersempena Perayaan Hari Guru Tahun 2016 ini, saya menyeru agar barisan
pendidik khasnya di negeri Terengganu sentiasa bersedia menerima
Transformasi Pendidikan Negara dan diterjemahkan semasa proses
Pengajaran dan Pembelajaran bersesuaian dengan konsep Pembelajaran
Abad Ke-21. Saya sebagai peneraju Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu
sentiasa mengambil langkah meningkatkan profesionalisme guru dan
martabat keguruan untuk terus dihormati, disegani, dipandang tinggi dan
dihargai olen masyarakat.
FUNGS| DAN PERANAN guru sangat hebat bukan sahaja sebagai
penyampai ilmu, jurutera sosial, penyubur perpaduan, pencorak minda,
pembangun sahsiah malah sebagai agen perubahan. Guru sebagai tunjang
utama dalam memperkasakan dan memajukan bidang pendidikan tidak dapat
dinafikan lagi. Oleh hal yang demikian, semua pendidik perlu memahami,
3