Anda di halaman 1dari 9

PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN

PEMBELAJARAN
PENDEKATAN HUMANISTIK DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Menurut Carl Rogers, setiap individu mempunyai keinginan semulajadi untuk


belajar ( Choong Lean Keow, 2011). Oleh itu Carl Rogers percaya bahawa setiap
individu mempunyai kecenderungan dan hasrat untuk mencapai kesempurnaan
dirinya. Dalam hal ini guru dapat memanfaatkan pendekatan ini dengan cara
membentuk suasana bilik darjah yang kondusif untuk murid-murid belajar. Guru
boleh membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan menyediakan
persekitaran kelas yang selamat dan tenang agar murid dapat belajar dengan
selesa. Seorang guru boleh menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan
pembelajaran agar murid-murid berasa seronok ketika berada dalam bilik darjah
tersebut tidak merasa tertekan atau terbeban apabila mengikuti pembelajaran. Guru
perlu peka terhadap aspek perkembangan diri setiap murid dengan memastikan
keperluan asas wujud dalam persekitaran bilik darjah khususnya. Dalam hal ini guru
perlu mengambil kira tentang aspek bilik darjah, sama ada bilik darjah tersebut
selesa atau tidak.

Selain itu, guru perlu memberikan kebebasan kepada murid-murid untuk


memilih apa yang ingin mereka pelajari semasa berada dalam bilik darjah. Hal ini
bersesuaian dengan pendapat yang dinyatakan oleh Rogers bahawa pembelajaran
yang bersifat signifikan hanya akan berlaku kandungan matapelajaran adalah
relevan dengan minat murid-murid. Guru perlu memberi ruang kepada murid-murid
untuk mengembangkan potensi mereka ke tahap yang maksimum. Dalam hal ini,
guru boleh memberikan peluang kepada muriduntuk memilih pembelajaran yang
mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Murid-murid lebih mudah memahami
sesuatu pelajaran sekiranya mereka berminat dan ingin tahu tentang perkara
tersebut. Contohnya, murid yang minat melukis akan memberikan tumpuan
sepenuhnya apabila guru lukisan mengajar di dalam kelas. Secara tidak langsung
minat dan sifat ingin tahu dalam diri murid tersebut menyebabkan murid itu mudah
menerima dan memahami apa yang telah disampaikan oleh gurunya. Pembelajaran
melalui proses kebebasan dapat memberi peluang kepada murid untuk membuat
penilaian kendiri terhadap kemampuan diri sendiri.

Menurut Rogers juga, murid-murid lebih mudah menerima pembelajaran


apabila ancaman luaran berada pada tahap minimum (Noriati Arashid & Boon Pong
Ying, 2009). Di sini bermakna guru bukan sahaja menyediakan keadaan bilik darjah
yang tenang dan selesa, tetapi juga menyediakan keadaan bilik darjah yang selamat
kepada murid-murid. Keselamatan bilik darjah tersebut termasuklah keadaan bilik
darjah. Susunan meja dan kerusi yang teratur akan mempengaruhi minat murid-
murid untuk belajar. Kebersihan dan keceriaan kelas juga mempengaruhi emosi
murid-murid. Keadaan bilik darjah yang bersih, ceria dan selamat membolehkan
murid dapat menjalankan sebarang aktiviti dengan rasa yang selesa dan tenang.
Guru juga penting untuk mengambil kira aspek keselamatan pelajar ketika mereka
berada dalam bilik darjah atau luar bilik darjah tersebut. Contohnya tidak ada
gangguan atau halangan daripada mana-mana individu yang boleh menyebabkan
murid tersebut berasa takut untuk belajar seperti gangguan daripada rakan-rakan
lain yang suka membuli atau sebagainya.

Disamping itu, dalam pendekatan humanistik Carl Rogers juga guru boleh
mengaplikasikan cara pembelajaran dan pengajaran dengan merancang pelbagai
jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid-murid. Rogers
menyatakan seorang guru perlu menjelaskan objektif pembelajaran dan
membekalkan sumber pembelajaran yang sesuai (Mok Soon Sang, 2009). Guru
boleh memanfaatkan cara ini ketika melaksanakan pengajaran di dalam kelas. Murid
perlu tahu apa yang mereka perlu capai dalam sesuatu pembelajaran yang
dilaksanakan oleh guru agar mereka mudah untuk mengikuti pembelajaran dalam
bilik darjah tersebut. Pada hakikatnya, guru perlu bijak untuk menghidupkan
suasana pembelajaran dengan mempelbagaikan kaedah pengajaran. Guru juga
perlu membuat refleksi diri tentang kelemahan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran dilaksanakan. Pembelajaran yang menyeronokkan di dalam bilik
darjah akan menimbulkan minat dan motivasi dalam diri murid untuk belajar.
Sebagai contoh, guru menggunakan bahan bantu mengajar yang menarik ketika
menjalankan proses pengajaran di dalam bilik darjah. Bahan bantu mengajar yang
sesuai dapat membantu murid-murid untuk memahami pelajaran dengan cepat dan
mudah. Dalam pendekatan humanistik, guru juga perlulah memupuk nilai
penghargaan kendiri dalam kalangan murid-murid serta memberi motivasi dan
peneguhan yang sesuai supaya mereka sentiasa bersungguh-sungguh dalam
mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam hal ini guru bukan sahaja
bertindak sebagai menyampaikan ilmu semata-mata malahan guru juga bertindak
untuk memberikan motivasi kepada murid-murid. Abraham Maslow menganggap
motivasi sebagai sesuatu yang kompleks, dimana tingkah laku luaran yang
diperlihatkan oleh manusia. Beliau juga menganggap, individu akan terus
bermotivasi oleh kerana sesuatu matlamat ( Choong Lean Keow, 2011). Matlamat ini
dianggap sebagai keperluan yang perlu dipenuhi oleh semua manusia tanpa
mengambil kira budaya, persekitaran dan perbezaan generasi. Motivasi mampu
merangsang dan membantu seseorang murid untuk mencapai matlamat
pembelajaran. Motivasi juga mampu membuatkan murid aras rendah berkeyakinan
untuk meningkatkan perkembangan kognitifnya. Dalam pendekatan humanistik
Rogers juga, guru haruslah berkongsi perasaan dan idea dengan murid-murid.Guru
perlu berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain cuba berkomunikasi
menggunakan pendekatan dua hala. Komunikasi yang baik antara guru dan murid
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan dan hubungan
antara guru dan murid menjadi lebih baik. Perkongsian perasaan dan idea akan
memudahkan guru untuk memahami murid-muridnya. Guru juga mudah
menyelesaikan masalah-masalah yang wujud di dalam bilik darjah yang berkaitan
dengan masalah murid. Komunikasi dua hala antara guru dan murid juga boleh
mewujudkan suasana yang penyayang di dalam bilik darjah. Murid-murid tidak akan
berasa tertekan dan mereka juga akan lebih menghargai guru mereka.Komunikasi
yang baik dan berkesan dapat dijelmakan dalam pelbagai cara seperti cara bertutur,
penggunaan bahasa badan, penulisan, dan juga melalui penggunaaan alat-alat
tertentu seperti komputer. Perkongsian perasaan membolehkan situasi bilik darjah
mudah dikawal oleh guru kerana guru mengetahui di mana kelemahan seseorang
murid tersebut. Hal ini memudahkan guru tersebut mengambil langkah mengawal
dan menyelesaikan masalah murid tersebut. Setiap orang pasti akan menghadapi
kegagalan, namun kegagalan tidak bermaksud kekalahan. Guru haruslah
membimbing muridnya untuk membetulkan kesilapan dan mengajar tanpa rasa
jemu.Contohnya dalam bilik darjah, guru perlu memotivasikan murid-murid dengan
menunjukkan sesuatu yang menarik sebelum memulakan sesi pembelajaran agar
mereka dapat memberikan tumpuan yang baik. Motivasi juga boleh diberikan dalam
bentuk lain contohnya dengan memberikan ganjaran. Pelbagai bentuk ganjaran
boleh diberikan seperti hadiah, pujian, pelepasan dari tugas harian dan sebagainya.
Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan supaya
murid dapat memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti
sosial, dan seterusnya memperkembangkan potensi diri sendiri. Ahli humanistik
berpendapat bahawa kriteria pertama dalam menentukan kejayaan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran ialah kepuasan kanak-kanak atau murid-murid
terhadap dirinya sendiri. Kepuasan seseorang murid dalam diri sendiri akan
meningkatkan keyakinan mereka dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya
seorang guru yang mengajar murid tahun satu perlu menyediakan soalan-soalan
latihan yang sesuai dengan aras murid tersebut agar mereka dapat menjawab
soalan tersebut. Jika mereka mendapat soalan yang susah dan tidak dapat
menjawab soalan tersebut, mereka akan menganggap bahawa diri mereka bodoh
dan seterusnya menyebabkan keyakinan dalam diri mereka rendah. Perasaan
rendah diri boleh membawa kepada terhapusnya potensi diri dalam seseorang
murid. Mereka akan sentiasa berasa gelisah dan bimbang kerana tidak dapat
menjawab soalan yang diberikan oleh guru setiap kali guru mengajar di dalam kelas.
Sikap intrinsik akan mempengaruhi kepercayaan murid-murid tentang kebolehan diri
untuk meningkatkan pencapaian. Disamping itu, guru juga boleh memanfaatkan
pendekatan humanistik dalam pembelajaran dengan cara memberi perhatian
kepada potensi diri setiap pelajar mereka khususnya melibatkan bakat dan
kebolehan terpendam. Guru boleh menjalankan pelbagai pertandingan untuk
mencungkil bakat-bakat yang ada dalam diri murid-murid. Contohnya pertandingan
melukis. Dengan mengajurkan pertandingan ini, guru dalam melihat murid-murid
yang berbakat dan seterusnya menggalakkan mereka untuk mengasah bakat
semulajadi yang mereka ada tu. Murid-murid yang mengikuti bidang yang mereka
minati akan berkebolehan untuk berjaya dalam bidang tersebut. Pendekatan
humanistik menekankan sifat semulajadi individu untuk belajar. Dalam erti kata lain
perasaan ingin belajar dalam diri individu di dorong oleh keinginan semulajadi murid
tersebut. Dalam hal ini, murid-murid tersebut akan mempunyai kawalan atas
pembelajaran mereka masing-masing. Di sini guru memainkan peranan yang
penting. Guru perlu menjadi seorang fasilitator dalam proses pengajaran dan
pembelajaran. Guru hanya memainkan peranan sebagai pembimbing kepada
pelajar. Kaedah ini amat sesuai kerana kaedah ini lebih berkonsepkan kepada
pendekatan pembelajaran berpusatkan pelajar. Sebagai fasilitator, guru perlu
memainkan peranan dengan membimbing murid-murid agar pembelajaran berjalan
dengan lancar. Sebagai contoh, ketika guru hendak mengajar karangan di dalam
kelas, guru hanya perlu menyediakan gambar sebagai panduan kepada murid-murid
tersebut. Melalui gambar tersebut murid boleh menghasilkan sebuah karangan dan
seterusnya dapat memperkembangkan kemahiran dalam diri murid. Guru
memberikan kebebasan kepada pelajar untuk menilai karangan mereka sendiri
berdasarkan daripada skema yang ditetapkan oleh guru tersebut. Seorang guru juga
perlu bersikap prihatin dan memahami setiap murid-muridnya. Guru perlu
menangani kesilapan yang dilakukan pelajar dengan cara yang lebih proaktif melalui
komunikasi secara peribadi dengan murid yang berkaitan tanpa melibatkan
kelompok besar di dalam bilik darjah. Dengan cara ini pelajar tidak akan berasa
malu di hadapan kawan-kawan lain. Cara ini juga dapat mengelakkan murid-murid
daripada berasa rendah diri. Disamping ituguru juga perlu mengambil berat akan
aspek perbezaan individu khususnya isu sensitif yang melibatkan perbezaan latar
belakang dan kepelbagaian kaum murid-murid dalam setiap sesi pengajaran dan
pembelajaran. Contohnya guru tidak boleh merendah-rendahkan kaum lain di
hadapan murid-murid yang berbilang kaum agar tidak timbul masalah-masalah
dalam kelas tersebut. Sesetengah murid sangat sensitif dan merasa rendah diri
apabila kaum mereka di rendah-rendahkan. Hal ini seterusnya akan mempengaruhi
kepuasan intrinsik murid-murid tersebut dan keyakinan diri rendah. Selain daripada
itu, seorang guru juga boleh memanfaatkan pendekatan humanistik dengan cara
menggalakkan pelajar mengambil bahagian dalam kerja kumpulan terutamanya
dalam pembelajaran koperatif dengan tujuan membina kemahiran sosial dan afektif.
Sebagai contoh guru boleh membahagikan murid-murid kepada beberapa kumpulan
kecil untuk perbincangan kerja kumpulan setiap minggu. Murid-murid akan
berbincang bersama ahli kumpulan untuk menyelesaikan sesuatu masalah tersebut.
Murid-murid akan didedahkan kepada perbincangan dan mereka juga dapat belajar
sebagai satu pasukan. Murid-murid dapat berkongsi idea dengan kawan-kawan lain
untuk menjawab soalan tersebut. Murid-murid juga dapat belajar untuk saling
berkerjasama antara ahli kumpulan. Di dalam kelas juga, guru perlu mengajar murid-
murid dengan penuh kasih sayang. Dalam hirarki keperluan Maslow, keperluan
kasih sayang berada pada aras ketiga ( Choong Lean Keow, 2011). Guru hendaklah
bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang murid. Guru yang
melayan murid-murid dengan sikap kasar menyebabkan murid akan berasa kecil
hati dan tidak bersemangat untuk belajar. Guru juga perlu memenuhi keperluan asas
murid-muridnya dahulu sebelum memulakan pengajaran. Guru perlu mengenal pasti
setiap kekurangan keperluan asas semasa awal sesi pengajaran. Hal ini penting
supaya murid merasa berminat dan tidak merasa bosan ketika sesi pengajaran
dijalankan. Hal ini bersesuaian dengan hierarki keperluan Maslow. Guru hendaklah
menerima murid tanpa syarat mengikut keupayaan dan kebolehan mereka. Guru
perlu faham bahawa aras kebolehan dan kemampuan seseorang murid tidak
semuanya sama. Sesetengah murid mudah menerima dan memahami sesuatu
pelajaran sementara sesetengah pula sukar menerima sesuatu pelajaran yang
disampaikan oleh guru. Kesimpulannya, guru haruslah memainkan peranan penting
dan memastikan mereka memilih kaedah-kaedah dan pendekatan yang paling
sesuai bagi memastikan murid-murid dapat belajar dan menerima pelajaran yang
disampaikan dengan berjaya dan berkesan.
IMPLIKASI PRINSIP TEORI HUMANISTIK DI DALAM BILIK DARJAH
Guru perlulah cuba membentuk suasana bilik darjah yang kondusif dengan
menjalankan pelbagai jenis aktiviti pengajaran dan pembelajaran agar mereka
merasa seronok, gembira dan harmonis serta selamat untuk melibatkan diri dalam
aktiviti yang dijalankan tersebut.
Guru juga perlulah memupuk nilai penghargaan kendiri dalam kalangan
murid-murid serta memberi motivasi dan peneguhan yang sesuai supaya mereka
sentiasa bersungguh-sungguh dalam menjalankan aktiviti pengajaran dan
pembelajaran.
Guru boleh merancang aktiviti pengajaran mengikut kebolehan pelajar
dengan tujuan meningkatkan keyakinan mereka, seterusnya meningkatkan peluang
dan memenuhi keperluan penyuburan mereka iaitu kesempurnaan kendiri,
memperoleh ilmu pengetahuan, menikmati dan menghasilkan karya atau ciptaan
estetik yang bermutu tinggi.
Selain itu, guru boleh memupuk nilai-nilai motivasi diri melalui bimbingan
supaya pelajar memahami diri, menerima diri, melibatkan diri secara aktif dalam
aktiviti sosial, dan seterusnya menentukan aktualisasi kendiri, iaitu arah hidup dan
masa depan sendiri mengikut perkembangan potensinya yang tertinggi.
Tambahan lagi, guru boleh membantu dan menggalakkkan pelajar mengambil
bahagian dalam kerja kumpulan terutama pembelajaran koperatif dengan tujuan
membina kemahiran sosial dan afektif.
Guru juga perlu berusaha dalam mengimbangkan komponen intelek dan
emosi menerusi aktiviti-aktiviti yang berkaitan pengajaran dan pembelajaran.
Guru mesti menunjukkan contoh yang terbaik dari segi sikap, kepercayaan
dan kebiasaan yang ingin ditanamkan oleh guru dalam diri pelajar.
Guru hendaklah bersifat penyayang untuk memenuhi keperluan kasih sayang.
Guru hendaklah berkongsi perasaan, idea dan fikiran dengan pelajar selain
cuba berkomunikasi menggunakan pendekatan dua hala.
Teori pembelajaran Humanis turut memainkan peranan yang penting di dalam memastikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah menjadi lebih berkesan. Pendekatan humanis
yang dilihat sebagai kuasa ketiga dalam bidang psikologi adalah sangat sangat menarik untuk
diaplikasikan oleh guru. Namun, sejauh manakah keberkesanannya?
Seorang guru yang dapat mengesan keadaan dan situasi murid-muridnya yang mempunyai
pelbagai keperluan yang harus dipenuhi adalah bertepatan dengan teori humanis bagi menjadikan
pembelajaran menjadi lebih efektif. Sebagai contoh, ada pelajar yang belum bersarapan atau
mengantuk didalam kelas. Apabila guru boleh menghidu situasi murid yang sebegini, guru tersebut
perlu memberi ruang untuk murid makan dan juga memberi masa untuk murid yang mengantuk untuk
tidur sekejap. Hal ini bukan sahaja akan meningkatkan mood untuk murid belajar. Malah, ia akan
menjadikan murid lebih menumpukan kepada aktiviti pembelajaran yang berlangsung didalam kelas.
Disamping itu, guru perlulah mengajar dengan berfokuskan kepada pelajar, bukannya
mengajar subjek yang diajar semata-mata. Dalam hal ini, keperluan pelajar haruslah diutamakan.
Jika hal ini dilakukan, pastinya proses pembelajaran akan menjadi lebih berkesan. Guru
bertanggungjawab supaya memberikan kefahaman kepada pelajar sebaik mungkin. Sebagai contoh,
guru sains mengajar mengenai planet di alam semesta. Guru harus mengenalkan murid kepada
planet supaya murid tahu, bukannya menyampaikan apa yang guru tahu mengenai planet sehingga
murid tidak faham apa yang diajar oleh guru. Perkara ini haruslah disedari oleh semua guru supaya
murid boleh menerima pengajaran guru dan seterusnya supaya keberkesanan murid untuk belajar
topik yang akan datang akan menjadi lebih mudah.

Akhir sekali, teori humanis dapat dilihat keberkesanannya melalui tindakan guru yang sentiasa
menjadi contoh teladan yang baik kepada muridnya. Sebagai contoh, setiap pagi akan ada kelas
yang bertugas untuk memungut sampah. Guru yang bertugas untuk memantau para pelajar boleh
menunjukkan contoh yang baik dengan turut sama bersama para pelajar memungut sampah. Hal ini
bukan sahaja menimbulkan rasa percaya pelajar terhadap guru. Malah, ianya dapat memupuk tabiat
suka menjaga kebersihan dalam kalangan pelajar dan guru. Haruslah diingatkan bahawa, seorang
guru bukanlah mengajar akademik dan kokurikulum sahaja. Guru juga turut sama bertanggungjawab
membentuk sahsiah, akhlak dan peribadi pelajar agar boleh berketrampilan mulia di dalam kehidupan
seharian.
Implikasi Teori Pembelajaran Carl Rogers Terhadap Pengajaran Dan
Pembelajaran

Suasana bilik darjah yang kondusif perlu disediakan supaya murid dapat
belajar dengan selamat dan tenang. Guru juga boleh mempelbagaikan aktiviti
pengajaran dan pembelajaran supaya murid berasa seronok ketika berada di dalam
bilik darjah tanpa sebarang tekanan ketika belajar. Oleh itu, guru perlu memastikan
murid berasa selesa dengan persekitaran yang disediakan.

Guru hendaklah memberi peluang kepada murid untuk memilih tugasan dan
aktiviti pembelajaran yang mereka mahukan sesuai dengan minat murid. Dengan
adanya minat dan perasaan ingin tahu tentang sesuatu perkara, murid-murid akan
lebih mudah memahami sesuatu pelajaran Contohnya, murid yang minat melukis
akan memberikan tumpuan sepenuhnya apabila guru Pendidikan Seni mengajar di
dalam kelas. Dengan ini, murid tersebut mudah menerima dan memahami apa yang
telah disampaikan oleh gurunya.

2.2.5 Teori Pembelajaran Humanism Dalam teori humanisme lebih melihat pada sisi perkembangan
kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu bagaimana dirinya untuk melakukan hal-
hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai potensi manusia dan para pendidik
yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan pengajarannya pada pembangunan kemampuan
yang positif. Kemampuan positif tersebut erat kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang
terdapat dalam domain afektif. Emosi merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari
para pendidik beraliran humanisme. Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan
proses yang dimulai dan ditujukan untuk kepentingan memanusiakan manusia. Dimana
memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai tujuan untuk mencapai aktualisasi diri,
pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara optimal. Dalam teori humanisme lebih
melihat pada sisi perkembangan kepribadian manusia. Pendekatan ini melihat kejadian iaitu
bagaimana dirinya untuk melakukan hal-hal yang positif. Kemampuan positif ini yang disebut sebagai
potensi manusia dan para pendidik yang beraliran humanisme biasanya menfokuskan 20
pengajarannya pada pembangunan kemampuan yang positif. Kemampuan positif tersebut erat
kaitannya dengan pengembangan emosi positif yang terdapat dalam domain afektif. Emosi
merupakan karateristik yang sangat kuat yang nampak dari para pendidik beraliran humanisme.
Dalam teori pembelajaran humanistik, belajar merupakan proses yang dimulai dan ditujukan untuk
kepentingan memanusiakan manusia. Dimana memanusiakan manusia di sini bererti mempunyai
tujuan untuk mencapai aktualisasi diri, pemahaman diri, serta realisasi diri orang yang belajar secara
optimal. Pendekatan humanisme dalam pendidikan menekankan pada perkembangan positif.
Pendekatan yang berfokus pada potensi manusia untuk mencari dan menemukan kemampuan yang
mereka punya dan mengembangkan kemampuan tersebut. Hal ini mencakupi kemampuan
interpersonal sosial dan cara untuk pengembangan diri yang ditujukan untuk memperkaya diri,
menikmati keberadaan hidup dan juga masyarakat. Ketrampilan atau kemampuan membangun diri
secara positif ini menjadi sangat penting dalam pendidikan kerana keterkaitannya dengan
keberhasilan akademik. Dalam teori belajar humanistic, belajar dianggap berhasil jika siswa
memahami lingkungannya dan dirinya sendiri. Siswa dalam proses belajarnya harus berusaha agar ia
mampu mencapai aktualisasi diri dengan sebaik-baiknya. Teori belajar ini berusaha memahami
perilaku belajar dari sudut pandang pelakunya, bukan dari sudut pandang pengamatnya. Tujuan
utama para pendidik adalah membantu pelajar untuk mengembangkan dirinya, iaitu membantu
individu untuk mengenal diri mereka sendiri sebagai manusia yang unik dan membantu dalam
mewujudkan potensi-potensi yang ada dalam diri mereka. Salah satu idea penting dalam teori
belajar humanisme iaitu pelajar harus mampu untuk mengarahkan dirinya sendiri dalam kegiatan
belajar mengajar, sehingga pelajar mengetahui apa yang dipelajarinya serta tahu betapa besar
pelajar tersebut dapat memahaminya. Dan juga pelajar dapat mengetahui mana bagaimana mereka
akan belajar. Dengan demikian maka pelajar di harapkan mendapat manfaat dan kegunaan dari hasil
belajar bagi dirinya sendiri. Aliran humanisme memandang belajar sebagai sebuah proses yang
terjadi dalam individu yang meliputi bagian/domain yang ada iaitu dapat meliputi domain kognitif,
afektif, dan psikomotorik. 21 Dengan kata lain, pendekatan humanisme menekankan pentingnya
emosi atau perasaan, komunikasi terbuka, dan nilai-nilai yang dimiliki oleh setiap pelajar. Untuk itu,
cara pembelajaran humanistik mengarah pada supaya untuk mengasah nilai-nilai kemanusiaan
pelajar. Sehingga para pendidik/guru diharapkan dalam pembelajaran lebih menekankan nilai-nilai
kerjasama, saling membantu, dan menguntungkan, kejujuran dan kreativiti untuk diaplikasikan
dalam proses pembelajaran sehingga menghasilkan suatu proses pembelajaran yang diharapkan
sesuai dengan tujuan dan hasil belajar yang dicapai siswa.
Bilik darjah merupakan medan perjuangan utama seorang guru menjalankan tugas, peranan dan
tanggung jawab. Seseorang guru akan diklasifikasikan sebagai tidak melaksanakan tugas sekiranya
amanah ini diabaikan walaupun beliau merupakan seorang juara masyarakat yang paling komited di
luar bilik darjah atau di luar sekolah. Seseorang itu tidak akan dikatakan sebagai pemain jika sekadar
duduk di luar padang walaupun mempunyai kemahiran sebagai juara. Sehubungan dengan itu, bilik
darjah perlu diurus dengan keadaan terbaik dan kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat
dijalankan dengan efektif serta guru boleh dinobatkan sebagai pendidik berketerampilan cemerlang.
Pada asanya, pengurusan bilik darjah merupakan kemahiran yang agak sukar dikuasai walaupun
banyak teori dan teknik yang telah dipelajari oleh guru pelatih di universiti maupun di institut-
institut perguruan. Sekiranya kemahiran ini dapat dikuasai dan dihayati oleh guru pelatih, proses
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan. Bilik
darjah yang mempunyai pelajar-pelajar yang bertingkah laku baik menjadikan tugas pengajaran guru
one of the most wonderful jobs in the world kerana setiap hari guru mengalami pelbagai
pengalaman yang baru dan berbeza di bilik darjah. Guru berpeluang melihat pelajar mereka
mempelajari sesuatu yang baru setiap hari; berpeluang melihat kepuasan di wajah pelajarnya bila
mereka mendapat ilmu yang mereka tidak pernah ketahui atau alami sebelum ini. Walau apapun
pelajar kita tidak mudah melupakan guru yang baik, tetapi apakah sebenarnya maksud menjadi
seorang guru yang baik? Salah satu ciri yang asas untuk menjadi guru yang baik adalah
kemampuan mengurus bilik darjah dan mengawal tingkah laku pelajar agar proses pengajaran dan
pembelajaran dapat dilaksanakan dengan lancar. Kemampuan mengawal tingkah laku pelajar
menjadi sangat penting sekiranya seseorang guru mengajar di sekolah yang menghadapi masalah
tingkah laku yang serius. Fungsi utama anda sebagai seorang guru, adalah berusaha untuk
memotivasi pelajar untuk belajar. Ini boleh berlaku sekiranya anda boleh membuat pelajar itu
memberi sepenuh perhatian, berdisiplin dan bertingkah laku baik semasa sesi pengajaran anda.
Setiap pelajar di sekolah memerlukan pendidikan yang baik yang boleh guru tawarkan. Menjadi
tanggungjawab guru mencari jalan untuk mencapai matlamat ini. Di sesetengah sekolah mengurus
dan mengawal tingkah laku para pelajarnya merupakan satu cabaran hebat yang perlu guru harungi
bagi menjadikan pembelajaran dan pengajaran lebih kondusif di bilik darjah. Guru-guru boleh
mempelbagaikan kemahiran pengajaran dalam menjalankan tugas harian mereka di sekolah. Mereka
perlu menjadi seorang yang pakar dalam subjek yang mereka ajar, dan juga mesti mempunyai
kemahiran mengawal tingkah laku pelajar yang disruptif di bilik darjah agar proses pembelajaran dan
pengajaran berlaku di bilik darjah.

Mohd Hasani Dali & Mohamad Johdi Salleh (2009). Pengurusan Bilik Darjah. Dalam Noraini Idis dan
Shuki Osman, Pengajaran dan Pembalajaran: Teori dan Praktis. Kuala Lumpur: McGraw Hill. Pps 161
188. ISBN 978-983-3850-54-9.

Anda mungkin juga menyukai