Anda di halaman 1dari 1

CATATAN HARI SUKAN SEKOLAH

Jummaat,24 Jun 2017

7.30 pagi : Murid-murid tahun 6 berkumpul di kantin, murid-murid tahun 5 berkumpul di kelas murid
tahun 6. Pasukan pancaragam dan peserta-peserta rumah berhimpun di dewan manakala
atlet-atlet berada di khemah masing-masing menanti dengan sabar Hari Sukan Sekolah
ke-9 membuka tirainya.

7.45 pagi : Dif-dif kehormat berduyun-duyun mengambil tempat di bangsal tetamu. Para ibu bapa
juga tidak ketinggalan memenuhi tempat duduk yang disediakan di sebelah khemah
tetamu. Guru-guru bertungkus-lumus apabila menjalankan tugas yang diamanahkan di
astaka di padang. Pengakap membantu cikgu menyediakan alat manakala tunas puteri
munyusun pingat-pingat di atas meja.

8.00 pagi : Hari Sukan membuka tirai apabila pasukan pencaragam mengetuai pasukan rumah
berarak mengelilingi padang yang dihias dengan panji-panji dan belon-belon yang
citra warna. Peserta-peserta lima buah rumah memberikan tabik hormat kepada
Pengerusi Jemaah Pengelala Foon Yew , Dr, Cheng Chen Kiang di astaka semasa lintasan
hormat.

8.20 pagi : Dr, Cheng Chen Kiang merasmikan Sukan Sekolah ke-9 dan diikuti oleh Chan Qing Jun
mewakili atlet melafazkan ikrar dengan penuh semangat. Seterusnya, pengakap
menaikkan bendera sukan sekolah. Pasukan pencaragam sekolah telah membuat
persembahan untuk menghiburkan para penonton.

8.35 pagi : Acara balapan bermula dengan lompat pagar 80 meter lelaki. Murid-murid mula
berkerumun di tepi lorong untuk memberi sokongan dan dorongan kepada pelari rumah
masing-masing. Pada masa itu,padang diselubungi tepukan dan sorakan apabila setiap
acara dipertandingkan. Suasana pada masa itu meriah dan hingar-bingar.

11.30 pagi : Lumba lari 100 meter terbuka kepada guru dan ibu bapa sambutan yang hangat. Cikgu
Lim menjuarai kategori lelaki manakala kategori perempuan disandang oleh Cikgu Tan.
Kemudian, pasukan campuran ibu bapa dan guru menyertai acara tarik tali
memuncakkan sukan sekolah. Mereka menarik bermati-matian untuk mencapai
kejayaan.

12.00 tengah hari: Guru Besar dijemput menyampaikan hadiah.Johan keseluruhan jatuh ke tangan
Rumah Kuning dan naib johan pula dimenangi oleh Rumah Biru. Atlet-atlet rumah
menerpa ke arah kawan-kawan melonjak kegembiraan. Mereka bergambar
dengan merakamkan detik kegemilangan ini.

12.35 tengah hari : Murid-murid dan guru-guru berkemas dan membersihkan padang bagai aur
dengan tebing.