Anda di halaman 1dari 12

Fun-Tastik Board: KAJIAN PEMUPUKAN MINAT PEMBELAJARAN MATEMATIK

MURID ORANG ASLI DI SEKOLAH KEBANGSAN KUALA BETIS


oleh
Ros Ayu bt Abdullah, Siti Rahaimah bt Ali, Wan Zaini b Wan Ismail,
Abdul Halim b Konting , Aminudin b Ab Rahman

ABSTRAK

Kajian ini dijalankan untuk meninjau mengenai penggunaan Fun-Tastik Board sebagai bahan

bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran matematik di sekolah rendah orang asli di negeri

Kelantan. Empat puluh orang murid dikalangan orang asli telah dijadikan sampel kajian. Data

kajian ini dikumpul dengan menggunakan soalan ujian pra dan ujian post. Dapatan kajian

menunjukkan bahawa murid yang lemah dapat menyelesaikan soalan darab dengan

menggunakan alat Fun-Tastik Board

Pengenalan

Matlamat pendidikan matematik rendah adalah untuk membina pemahaman mengenai konsep

dan kemahiran asas dalam pengiraan bagi membolehkan mereka mengaplikasikan dalam

kehidupan seharian dengan berkesan (Kementerian Pelajaran, 2003). Kemahiran mengaplikasi

[pengetahuan] dalam kehidupan seharian dengan berkesan oleh negara-negara lain, seperti

Singapura (Curriculum Development and Planning, 2001) dan Amerika Syarikat (National

Council of Teachers of Mathematics,2000). Menurut Siti Ana Hamdan (2007), penguasaan

matematik boleh menjadi prasyarat kepada kejayaan negara mencapai negara maju yang

berorientasikan teknologi maklumat. Melalui ilmu matematik pelbagai bidang ilmu lain dapat

digarap dan diterjemah untuk faedah semua.


Dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR), matematik merupakan mata muridan

wajib yang dimuridi oleh setiap murid hinggalah ke peringkat tertinggi. Dalam proses yang

memakan masa enam tahun untuk pendidikan rendah, murid dibimbing untuk mengembangkan

kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah yang logik (Nik Azis, 1992).

Keadaan ini memerlukan murid memahami konsep asas matematik seperti fakta asas darab di

samping menghayatinya dalam kehidupan seharian.

Penguasaan kemahiran fakta asas darab menjadi keutamaan yang penting dalam

pembelajaran matematik. Olahan kira tambah dan kira tolak biasanya dapat dikuasai oleh murid

dengan mudah. Namun bagi olahan darab dan bahagi sering menjadi masalah kepada murid

untuk memahaminya. Antara faktor yang dikenalpasti menjadi punca kepada ketidakseimbangan

kefahaman ini adalah kaedah, persekitaran, dan perbezaan individu. (Fernandez, 2004)

Dalam kurikulum KBSR, kaedah pengajaran yang memusatkan murid, bahan dan

berasaskan aktiviti telah menjadi fokus utama dalam pengajaran dan pembelajaran matematik di

sekolah rendah sejak ia dilaksanakan dalam tahun 1982. Dengan perubahan ini, kurikulum

latihan perguruan di Institusi Pendidikan Guru telah diubahsuai untuk melatih guru-guru yang

bukan sahaja mempunyai pengetahuan isi kandungan yang tinggi malah dapat menguasai

kemahiran pedagogi dalam melaksanakan pengajaran yang memusatkan bahan, murid dan

aktiviti.

Dalam beberapa tahun yang akan datang, semua sekolah di negara kita akan dibestarikan.

Sekolah-sekolah bestari ini akan dilengkapi dengan pelbagai sumber murid dan bahan bantu

mengajar yang merangkumi pelbagai media. Oleh itu, guru-guru di sekolah harus menguasai

kemahiran memilih dan mengoptimumkan penggunaanya untuk mencapai dengan jayanya


objektif murid yang telah dirancang. Guru-guru perlu bersedia menghadapi cabaran-cabaran dan

perubahan-perubahan yang dijangkakan dari segi amalan pengurusan pembelajaran di bilik

darjah khususnya dalam menguasai kemahiran menggunakan bahan bantu mengajar dengan

berkesan dan juga perubahan 'mindset'nya tentang kepentingan dan peranan bahan-bahan dalam

pengajaran dan pembelajaran matematik.

Janting Ak Ringkai dan Jamin Nangtang( 2006) telah membuat kajian untuk mengenal

pasti pendekatan yang sesuai untuk membantu murid-murid menguasai sifir darab. Dalam kajian

ini, teknik menguasai sifir darab dengan cara melengkap grid 100 untuk membentuk Jadual Sifir

Pelbagai Guna (JSPG) menjadi fokus utama kajian. Pelbagai pendekatan diperkenalkan untuk

memudahkan murid melengkapkan grid 100. Kajian mendapati Bonnia, seorang murid slow

learner lebih mudah melengkapkan grid 100 dengan cara penambahan berulang. Kajian juga

mendapati latih tubi yang berterusan dapat membantu Bonnia membina JSPG dengan baik.

Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan

kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan dan kepuasan

kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga

kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa

dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.

Menurut Caplan (2003), main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan

sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat

memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan


juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta

memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang

dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kad-kad bergambar,

catur dan sebagainya.

Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran

untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy

dan Fagen(2004) menyatakan kanak-kanak bermain dengan diarah oleh diri mereka sendiri tanpa

mengambil kira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui

permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanak-kanak melibatkan diri dalam

permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan

Rubin, Fein, dan Vendenberg (2003).

Jerome Singer (2007) menganggap imaginative play sebagai usaha kanak-kanak

menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. Beliau juga

berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan

mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka

kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam

konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan

perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti

main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan

aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.


Tujuan kaedah bermain sambil belajar adalah untuk mendatangkan keseronokan dan

hiburan di samping merangsang individu mempelajari sesuatu dengan cara yang aktif dalam

keadaan tidak formal. Kaedah ini membantu perkembangan fizikal, sosioal emosi dan mental di

mana mereka juga dapat meningkatkan kekuatan dan ketangkasan, dapat berintraksi dan

mempelajari nilai-nilai social yang positif seperti bertolak ansur, bertimbang rasa dan lain-lain

lagi. Kesab keseronokan daripada bermain dapat mempercepatkan lagi proses pembelajaran di

mana maklum balas yang diberi serta merta tentang betul atau salah akan mengukuhkan lagi

pembentukan satu-satu konsep (Barwell & Clarkson, 2009)

Pernyataan Masalah

Dalam latihan keguruan di Institut Pendidikan Guru Malaysia, guru pelatih pengkhususan

matematik telah didedahkan pelbagai kaedah mengajar yang memusatkan murid , sumber-

sumber pengajaran pembelajaran dan juga bagaimana menggunakan bahan bantu mengajar

dengan berkesan. Kaedah-kaedah ini diharapkan dapat dicuba dan diterokai apabila mereka

bertugas sebagai guru matematik di sekolah kelak. Seseorang guru juga harus mahir mengenal

pasti , membuat keputusan untuk memilih bahan bantu mengajar yang paling berkesan dan

mengoptimumkan sumber untuk mencapai objektif pengajaran yang dirancang.

Herlinda (2008) ada menyatakan bahawa penggunaan bahan bantu dapat meningkatkan

kefahaman murid selain dapat merangsang minat dan sikapnya yang lebih positif. Namun begitu

masih terdapat ramai guru matematik yang mengajar menggunakan pendekatan chalk and talk (

Nooriza, 2001). Keadaan ini mengakibatkan murid menjadi bosan dan pengajaran kurang

memuaskan.
Kualiti murid amat bergantung kepada keberkesanan guru memilih dan menggunakan

bahan bantu mengajar yang sesuai. Sesebuah sekolah yang mempunyai pusat sumber yang

dilengkapi bahan bantu mengajar tidak dapat membantu murid dalam pembelajarannya jika

gurunya tidak mahir menggunakan bahan itu dengan berkesan.

Tujuan Kajian

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengkaji penggunaan bahan bantu mengajar dalam pengajaran

dan pembelajaran matematik oleh guru di sekolah rendah. Kajian ini difokuskan ialah untuk :

i. Mengetahui perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai

alat bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit
ii. Mengetahui kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua

digit degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board;
iii. Perbandingan tahap pencapaian murid menyelesaikan masalah darab dengan kaedah

biasa dengan kaedah Fun-Tastik board

Soalan Kajian

Kajian ini cuba menjawab persoalan yang berikut :

i. Apakah perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat

bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit?
ii. Apakah kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit

dengan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Fun-Tastik Board?


iii. Apakah Tahap pencapaian murid menyelesaikan masalah darab dengan kaedah biasa

dengan kaedah Fun-Tastik Board

Batasan kajian
Kajian ini hanya melibatkan murid yang lemah dalam matematik yang berada pada tahun 5 di

Sekolah Kebangsaan Kuala Betis, Gua Musang. Fokus kajian hanya kepada penggunaan alat

Fun-Tastik Board yang bilangannya terhad dibekalkan kepada murid. Pengkaji hanya membuat

pendedahan tentang kaedah ini hanya dua kali sesi pengajaran sahaja sepanjang kajian.

Kesignifikan Kajian

Dapatan kajian dapat membantu pegawai pendidikan, pentadbir sekolah serta guru-guru tentang

penggunaan Fun-Tastik Board dapat menarik minat murid. Fun-Tastik Board juga dirasakan

dapat membantu murid lemah menyelesaikan masalah melibatkan pendaraban. Dapatan kajian

juga dapat membantu pihak penggubal kurikulum agar kaedah menggunakan Fun-Tastik Board

ini boleh diterima sebagai salah satu teknik dalam menjawab soalan yang melibatkan operasi

pendaraban.

Rekabentuk dan Sampel Kajian

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah ujikaji dengan menggunakan ujian pensel

dan kertas dengan menggunakan soalan ujian pre dan ujian post. Analisis data secara diskriptif

dilakukan. Sampel kajian telah dipilih dari kalangan murid orang asli di SK Kuala Betis, Gua

Musang, Kelantan. Empat puluh orang murid telah dipilih sebagai sampel di mana 23 orang

murid adalah perempuan dan 17 orang murid adalah lelaki . Pemilihan murid ini telah ditentukan

oleh pihak pengurusan sekolah di mana kriteria pemilihan murid adalah berdasarkan murid yang

lemah.

Dapatan Kajian
Profil Responden

Secara keseluruhannya, kajian ini melibatkan seramai 40 orang responden seperti yang

ditunjukkan dalam jadual 1. 23 orang responden (57.5%) terdiri dari perempuan dan 17 orang

lelaki (42.5%). Responden terdiri dari tahap 2 iaitu responden dari tahun 5 sahaja iaitu seramai

40 orang (100.0%).

Jadual 1: Profil Responden

Kekerapan Peratus(%)
Jantina
Lelaki 17 42.5
Perempuan 23 57.5

Tahun
Tahun 5 40 100.0

Apakah perasaan murid sebelum dan selepas menggunakan Fun-Tastik Board sebagai alat

bantu mengajar untuk menyelesaikan pendaraban dua digit dengan dua digit?

Dapatan kajian yang dijalankan ke atas 40 orang murid mendapati murid tidak dapat

menyelesaikan operasi darab dua digit dengan dua digit dengan betul menggunakan bentuk

lazim. Ini kerana mereka tidak dapat menguasai kemahiran menyelesaikan masalah kerana

mereka tidak menghafal sifir.

Setelah murid didedahkan kaedah menggunakan Fun-Tastik board untuk menyelesaikan operasi

darab menggunakan soalan yang sama dengan sebelumnya mendapati bahawa kesemua murid
dapat mendapatkan jawaban yang betul. Mereka menyatakan bahawa kaedah ini lebih mudah

kerana mereka tidak perlu menghafal sifir secara langsung. Mereka menyatakan perasaan

bahawa mereka gembira dan seronok kerana dapat menyelesaikan operasi darab menggunakan

kaedah dan menggunakan alat Fun-Tastik Board.

Apakah kebolehan murid lemah menyelesaikan masalah darab dua digit dengan dua digit

degan kaedah biasa berbanding dengan menggunakan alat Funtastik-Board?

Kajian ini telah dijalankan dengan memberikan soalan ujian pre kepada murid. Murid

dikehendaki menyelesaikan operasi darab dua digit dengan dua digit menggunakan kaedah biasa

yang telah diajar oleh guru mereka. Setelah selesai menjawab ujian pre, murid akan diberi

pendedahan tentang cara menyelesaikan operasi darab menggunakan Fun-Tastik Board. Tempoh

masa yang diambil untuk memberi pendedahan kepada murid tentang kaedah Fun-Tastik Board

adalah kurang lebih dua jam sahaja. Ujian post diberikan kepada murid. Kajian mendapati

bahawa murid yang lemah ini dapat menjawab betul sekurang-kurangnya satu soalan. Ini

ditunjukkan seperti jadual 2.

Jadual 2: Skor Markah Dan Min Bagi Ujian Pre Dan Ujian Post

Skor markah Ujian pre Ujian post


Bil responden Peratus (%) Bil responden Peratus (%)
0 40 100.0 0 0
1 0 0 2 5.0
2 0 0 5 12.5
3 0 0 3 7.5
4 0 0 3 7.5
5 0 0 4 10.0
6 0 0 6 15.0
7 0 0 7 17.5
8 0 0 5 12.5
9 0 0 2 5.0
10 0 0 3 7.5
Jumlah 40 40

Bagi ujian pre, terdapat 40 orang (100.0) yang mendapat skor 0 dimana responden ini gagal

menjawab kesemua item soalan manakala setelah didedahkan dengan kaedah fun-tastik board

tidak ada responden yang mendapat skor 0. Ujian pre menunjukkan tidak terdapat seorang

responden yang dapat menjawab sekurang-kurangnya satu soalan betul, manakala ujian post

pula menunjukkan kesemua responden (100.0%) menjawab sekurang-kurangnya satu soalan

betul . Terdapat 2 orang (5.0%) mendapat skor 10. Ini menunjukkan satu peningkatan pencapaian

responden yang ketara dalam menyelesaikan masalah pendaraban menggunakan kaedah Fun-

Tastik Board.

Apakah Tahap pencapaian murid menyelesaikan masalah darab dengan kaedah biasa

dengan kaedah Fun-Tastik Board

Jadual 3 menunjukkan skor min markah ujian pre dan ujian post. Ujian pre menunjukkan skor

min kumpulan ialah 0.0 dan skor min bagi ujian post pula ialah 5.65. Ini menunjukkan skor min

ujian post adalah lebih tinggi dari ujian pre. Ini jelas menunjukkan terdapat perbezaan skor min

yang ketara antara ujian pre dan ujian post. Dapatan ini dapat dirumuskan bahawa tahap

pencapaian murid bagi kaedah biasa adalah sangat rendah manakala tahap pencapaian murid

menyelesaikan masalah darab dengan kaedah Fun-Tastik Board berada pada tahap yang tinggi.

Ini menunjukkan bahawa kaedah Fun-Tastik Board boleh dan dapat membantu murid dalam

menyelesaikan masalah pendaraban mudah.


.

Jadual 3: Skor Min Markah Ujian Pre Dan Ujian Post

Ujian pre Ujian post


Bil responden Peratus (%) Bil responden Peratus (%)

Bil Responden 40 40
Skor Min 0.0 5.65

Kesimpulan

Fun-Tastik Board adalah alat bantu mengajar yang dapat menarik minat dan sekali gus dapat

membantu murid menyelesaikan masalah yang melibatkan operasi pendaraban. Kajian ini

mendapati dengan menggunakan alat Fun-tastik board dapat meningkatkan minat murid yang

lemah dan sederhana agar mereka tidak membenci matematik disebabkan mereka tidak dapat

menyelesaikan masalah pendaraban mudah. Dengan menggunakan alat ini, murid dapat

menyelesaikan operasi darab dengan jayanya. Ini memberikan impak yang besar dalam diri

mereka yang matematik adalah sesuatu yang mudah. Ini dapat memotivasikan mereka untuk

menyukai matematik.

BIBLIOGRAFI

Barwell, R. Clarkson (2009), Teaching and Learning Mathematics in Multilingual Classroom. In


Search for Theories in Mathematics Education: Proceding of the 33rd Conference of the
International Group for the Psychology of Mathematics Education.
Bob Perry, John Conroy. Early Childhood And Primary Mathematics: A Participative Text For
Teachers. Harcourt Brace.
Curriculum Development and Planning Division (2001): Primary Mathematics Syllabus
Singapore, Manistry Education Singapore.
David Perkins (1992). Smart Schools : Better Thinking And Learning For Every Child. New
York : The Free Press.
Fernandez.C & Yoshida M (2004), Lesson study: A Japenese approach to Improving
Mathematics Teaching And Learning. London: Lawrence Erlbaum Assiociates.
Herlinda Abdul Rahim. (2008). Penerapan unsur sejarah matematik dalam menentukan nilai pi
dan kebarangkalian. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
Janting Ak Ringkai dan Jamin Nangtang, Jurnal Penyelidikan Tindakan Tahun 2006, Jilid 1/
Kerjasama IPBL dengan PPG Sri Aman dan PPDK Serian, JPN Sarawak di bawah
KPKIPBL, ms:102-110.
Kementerian Pendidikan Malaysia (2003), Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah: Huraian
Sukatan Pelajaran Matematik Tahun 1 Kuala Lumpur, Pusat Perkembangan Kurikulum.
Ministry Of Education Malaysia (1997). Smart School Flagship Application : The Malaysian
Smart School : A Conceptual Blueprint.
Mohd Rashidi Mat Jalil. (2008). Keberkesanan kaedah petak sifir dalam penguasaan fakta asas
darab dan mencari hasil darab dan bahagi dalam matematik tahun 4: Satu kajian di SK
Felda Tenggaroh 1, Mersing, Johor. Tesis Sarjana Muda. UTM Skudai: Fakulti
PendidikanOrton, A.(1992). Learning mathematics : Issues, Theory And Classroom
Practice (2nd ed. London : Cassell.
Nik Azis Nik Pa. (1992). Penghayatan Matematik KBSR dan KBSM. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.
NCTM (2000) Principles and Standard for school Mathematics, Reston Va Author

Skemp, R.R. (1989 ). Mathematics In Primary School. London : Routledge.


Siti Ana Hamdan. (2007). Penggunaan bahan bantu mengajar guru pelatih matematik. Sarjana
Muda. UTM Skudai: Fakulti Pendidikan.
.

Anda mungkin juga menyukai