Anda di halaman 1dari 2

Nyatakan dan jelaskan secara terperinci 3 contoh aktiviti matematik awal di

peringkat awal kanak-kanak. Hasilkan penulisan perbincangan berkenaan.

Nama: Nazliatun Azlin Binti Shamsudin.

Nur Anis Nabilah Binti Adnan.

Antara 3 contoh aktiviti matematik awal di peringkat awal kanak-kanak ialah


pertama guru menggunakan objek untuk mengajar konsep nombor. Aktiviti ini lebih
kepada permainan dengan menggunakan bongkah, guru dapat menunjukkan
bilangan nombor dengan menggunakan bongkah sambil menunjukkan kad nombor
yang disediakan. Kanak-kanak akan lebih memahami kerana menggunakan deria
sentuh kepada konsep nombor dan kuantiti. Aktiviti ini menggunakan bongkah yang
pelbagai bentuk. Contohnya, kanak-kanak memegang 1 bongkah di tangan kanan,
sambil berkata satu bongkah dan mereka menunjukkan bongkah yang ada pada
tangannya. Kemudian 2 bongkah diberikan kepada kanak-kanak, semasa
menunjukkan kedua-dua bongkah mereka berkata lagi dua bongkah. Seterusnya
adalah cara yang sama dilakukan pada nombor berikutnya. Lama-kelamaan, kanak-
kanak boleh mengatur bongkah-bongkah itu mengikut ciri-ciri yang lain, contohnya
kanak-kanak boleh mengasingkan blok mengikut bentuk dan warnanya yang
tersendiri.

Aktiviti kedua ialah bagi mengembangkan kebolehan membilang secara


berturutan dan mengikut kedudukan seperti pertama, kedua, ketiga dan seterusnya.
Aktiviti ini juga menggunakan bongkah ataupun objek yang boleh membantu kanak-
kanak untuk mengira. Pertama sekali kanak-kanak akan diberi beberapa ketul
bongkah yang tidak melebihi 10 bongkah. Setiap orang membilang bongkah tersebut
satu demi satu, semasa membilang bilangan bongkah yang dia dapat kanak-kanak
lain akan memerhatikan dengan teliti. Aktiviti akan dijalankan selepas kanak-kanak
sudah biasa dengan konsep nombor. Kanak yang terpilih untuk mengira akan
menyusun ketulan bongkah dalam satu barisan dan seterusnya membilang bongkah
yang telah diberikan kepadanya. Hal ini dapat menunjukkan kebolehan kanak-kanak
tersebut sama ada telah dapat menguasai konsep nombor sama ada betul atau
tidak. Melalui aktiviti ini guru boleh membuat pemerhatian dan dapat membantu
dengan menjadi sebagai fasilitator bagi pelajar yang lambat dan lemah ketika
diperlukan. Selain itu, perkembangan sosial mereka dapat dipertingkatkan hasil
daripada interaksi dua hala antara guru dengan murid.

Aktiviti terakhir ialah guru akan menyusun ketulan bongkah yang besar di
hadapan kelas seperti kereta api dan kanak-kanak mengelilingi bongkah tersebut
dalam bulatan. Guru akan memilih seorang kanak-kanak untuk menunjukkan
kedudukan bongkah pertama, kedua, ketiga dan lain-lain. Aktiviti ini dilakukan
mengikut peringkat iaitu pada peringkat permulaan jangan melebihi angka 5 dan
seterusnnya 10, 15 dan 20. Aktiviti ini boleh dilakukan selepas kanak-kanak telah
menguasai tentang konsep nombor dan kedudukan nombor dengan betul. Melalui
aktiviti ini juga guru dapat menunjukkan kedudukan nombor secara menaik dan
menurun dengan menunjukkan bilangan bongka yang lebih banyak kepada sedikit
iaitu menurun dan bilangan bongkah yang sedikit kepada lebih banyak iaitu menaik.
Hal ini disebabkan matematik pada tahap kanak-kanak lebih bersifat penerokaan
berbanding sesuatu pendidikan yang formal. Kanak-kanak dapat memberi tumpuan
semasa aktiviti mempelajari matematik awal kanak-kanak sedang berlangsung.

Berikut adalah contoh 3 aktiviti yang boleh dijalankan menggunakan bongkah


kepada kanak-kanak prasekolah. Dengan mengaplikasikan aktiviti ini guru dapat
membantu dan mengajar kanak-kanak dalam penguasaan konsep nombor di
sekolah disamping latihan-latihan yang sesuai yang boleh dilakukan oleh guru
prasekolah. Hal ini sekaligus melahirkan kanak-kanak prasekolah dengan
penguasaan Matematik memerlukan teknik pengajaran yang tepat agar kanak-kanak
dapat memberikan tumpuan yang sepenuhnya ketika aktiviti dilaksanakan di dalam
bilik darjah.