Anda di halaman 1dari 7

Berikut disertakan contoh karangan Bahasa Melayu BM bertajuk Kesan Kemasukan Pendatang Asing Di Malaysia.

Karangan BM Kesan Kemasukan Pendatang Asing Ke Malaysia

Isu pendatang asing di Malaysia sememangnya sudah lama diperkatakan dan digembar gemburkan oleh media massa
mahupun media elektronik. Pendatang asing yang datang ke Ma'aysia terbahagi kepada dua iaitu pendatang asing berpermit
dan pendatang asing tanpa permit ataupun disebut sebagai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Kedatangan pendatang asing ini mempunyai kebaikan dan keburukannya yang tersendiri. Pendatang asing berpermit yang
datang ke Malaysia lazimnya bertujuan untuk menimba ilmu di institusi-institusi pengajian tinggi tempatan, melancong,
berniaga dan majoritinya adalah untuk bekerja sebagai buruh dan sebagainya. Lain pula halnya dengan PATI, mereka
kebanyakannya datang untuk bekerja atas dasar keperluan hidup yang mendesak. Mereka tidak memilih pekerjaan, makanan,
dan tempat tinggal.

Kedatangan pendatang asing dapat meningkatkan tar ai ekonomi negara apabila matawang negara mereka mengalir masuk ke
negara kita apabila mereka belaiar, melancong, dan berniaga di sini Apabila mereka kembali ke negara asal mereka. mereka
pasti akan menceritakan tentang keistimewaan dan keunikan Malaysia pada saudara dan sahabat handai. Lantas, memberi
ime] baik kepada Malaysia dan seterusnya dapat terus memacu pembangunan dan ekonomi negara dengan lebih pesat.

Sememangnya kehadiran pekerja asing ini sama ada sah atau secara haram mampu memenuhi keperluan sumber tenaga
buruh negara yang memuncak Dalam proses mencapai sebuah negara maju, Malaysia mengalami perkembangan ekonomi
yang tinggi sehingga menyebabkan pasaran buruhnya memerlukan pekerja yang ramai. Dalam masa yang sama penduduk
tempatan tidak meminati sektor pekerjaan tertentu yang kritikal seperti perladangan dan pekerja asing datang memenuhinya.
Malah, kehadiran pekerja asing itu turut menjadikan pekerja tempatan satu saingan yang menarik.

Persaingan ini menyebabkan pekerja tempatan berasa mereka harus meningkatkan kemampuan diri mereka sebaik mungkin
agar tidak diganti oleh pekerja asing ini. Pekerja tempatan akan bekerja lebih baik, meningkatkan kemahiran mereka, mencari
ilmu yang lebih sesuai dan tidak menimbulkan masalah seperti mogok. Jadi, keadaan persaingan seperti ini menyebabkan
ekonomi negera diminati oleh pelabur asing. Di samping itu, imej negara turut meningkat kerana sudah pasti masyarakat
antarabangsa menyedari bahawa kebanjiran pekerja asing ini adalah kerana ekonomi negara yang mantap dan berkembang
Negara dilihat sebagai sanggup berkongsi kekayaan dengan negara jirannya dan contoh negara yang maju dalam ekonominya.
Negara juga akan dianggap mempunyai pemimpin dan rakyat yang bersatu dalam mencapai Citacita negara. Bukankah ini satu
pandangan yang kita harapkan daripada negara luar terhadap keupayaan negara kita?

Namun, di sebalik kebaikan kedatangan pendatang asing, terselit seribu satu keburukan. Kehadiran pekerja asmg terutama
secara haram ini telah menyebabkan kadar jenayah di negara ini semakin meningkat Ada pekerja asing yang datang ke sini tidak
mempunyai pekerjaan untuk tempoh tertentu dan melakukan jenayah menjadi alternatif untuk mereka memperoleh sedikit
wang bagi membiayai kehidupan diri dan keluarga. Jadi, semakin ramai pekerja asing semakin tinggilah kebarangkalian untuk
meningkatnya jenayah di negara kita.

Selain itu, pekerja asmg yang bekerja di sini setiap bulan menghantar wang balik ke negara asal mereka. Keadaan ini
menyebabkan wang itu tidak digunakan untuk membangunkan semula ekonomi negara secara efektif. Sebaliknya, wang negara
digunakan untuk menjana ekonomi negara asal pekerja asmg itu. Wang negara dugunakan untuk membiayai kehidupan
keluarga pekerja asrng itu. Jadi, keadaan ini tidak sihat terutama untuk jangka masa panjang atau ketika negara dalam
kegawatan ekonomi. Keselamatan sosial kita juga terancam.
Ada antara pendatang asing tanpa izrn ini merupakan penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka.
Mereka melarikan diri ke MalaySia supaya terlepas daripada serbuan pihak berkuasa negara asal mereka. Malangnya, mereka
terus melakukan jenayah di sini. Kes-kes rompakan, pembunuhan, dan rogol sering berlaku. Mangsa akan menanggung trauma
sepanjang masa. Malahan sesetengah taman perumahan dimasuki pencuri setiap malam buat satu tempoh yang panjang. Hal
ini menyebabkan penduduk tempatan hidup dalam ketakutan. Kes-kes penjenayah warga Indonesta ditembak mati dalam
serbuan polis bukanlah kes yang luar biasa lagi. Malah tentera kita terpaksa dikerah ke Semporna, Sabah, untuk menghadapi
lanun Filipina yang menggunakan senjata canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.

Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas. Buruh asing yang sah akan dikenakan pemeriksaan kesrhatan.
Sebaliknya, pendatang asing tanpa izin tidak berbuat demikian. Banyak antara mereka yang berasal dari kawasan mundur dan
keaihatan mereka kurang terjamin. Ada antara mereka menghidap AIDS, tibi, penyakit kelamin, dan sebagainya. Akibatnya,
rakyat kita menjadi mangsa Statistik telah menunjukkan bilangan rakyat yang menghidap penyakit tibi meningkat semula.
Banyak pendatang asing tanpa izin juga disahkan sebagai pembawa kuman HIV dan hepatitis. Hubungan mereka secara seksual
dengan pelacur tempatan akan meningkatkan kes jangkitan AIDS.

Kedatangan pendatang asmg, khususnya yang tanpa izm,juga mendatangkan masalah perumahan. Mereka akan mendirikan
kawasan perumahan secara haram Sesetengah kumpulan pendatang asmg ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan
perumahan mereka. Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas, seperti ' sistem pembuangan
sampah dan air kumbahan. oleh itu, pencemaran alam sekitar akan berlaku. Selain itu, pembangunan negara pada masa akan
datang juga terbantut kerana kemunculan setinggan ini Imej negara kita juga terjejas kerana ini menggambarkan kelemahan
pentadbiran kerajaan serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.

Terdapat juga kawasan perkampungan haram yang mewah, lengkap dengan bekalan elektrik, dan air. Hak rakyat kita juga
sedikit sebanyak terjejas. Pihak majikan lebih suka mengupah pendatang asmg tanpa izin dalam sektor perladangan,
pembinaan, dan pembantu rumah kerana gaji mereka jauh lebih murah. Hal ini pasti menjejaskan peluang pekerjaan rakyat
kita sungguhpun bukan semua rakyat kita berminat dalam bidang pekerjaan ini. Selain itu, banyak antara mereka melibatkan
diri dalam perniagaan, misalnya membuka gerai makanan, menjual barang kemas, lampu hiasan, batik dan sebagainya. Malah
ada antara mereka yang menjadi kaya-raya, berumah besar tanpa membayar cukai pendapatan.

Pada ketika nilai wang kitajatuh dengan teruknya, peluang pekerjaan rakyat semakin sempit. Hal ini memang tidak adil kepada
rakyat kita. Kesimpulannya, kemasukan pekerja asing ke sesebuah negara adalah fenomena sejagat dalam era dunia tanpa
sempadan hari ini. Kita tidak boleh menghalang kemasukan ini kerana tawaran yang diberikan mereka adalah sangat menarik
seperti kos buruh yang murah dan kemahiran yang dimiliki.

Namun membendung kemasukan pekerja asing yang tidak mahu berdaftar adalah cabaran besar kepada kita kerana mereka ini
boleh mencetuskan masalah sosial yang lebih parah pada masa hadapan. Ketiga-tiga pihak iaitu kerajaan, swasta dan
masyarakat wajar melihat kerjasama pintar sebagai satu jalan penyelesaian seperti memperkasa progam kesedaran di akar
umbi dan pada masa yang sama menambah baik peranan agensi penguatkuasa supaya Malaysia bebas daripada pendatang
asing tanpa izin.
Alam sekitar adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan manusia, tidak mengira bangsa, agama dan negara. Alam sekitar ini
termasuklah kawasan-kawasan tumbuhan hijau, udara dan air seperti sungai dan laut. Alam sekitar masa kini semakin
tercemar kerana terdapat pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab telah melakukan pencemaran seperti pembuangan
sampah di sungai-sungai, penggunaan baja-baja kimia dan pelbagai lagi. Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar
bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Oleh iu, untuk
mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Langkah-langkah yang boleh diambil adalah melalui pendedahan media massa. Media massa ini termasuklah televisyen, radio,
telefon bimbit, komputer dan surat khabar. Pada hari ini, media massa memainkan peranan penting dalam membentuk cara
pemikiran semua pengguna. Media massa kini perlulah lebih banyak memberi maklumat tentang isu-isu pencemaran alam
sekitar, terutamanya dalam siaran-siaran di televisyen. Hal ini kerana televisyen adalah satu media elektronik yang hampir
dimiliki oleh setiap keluarga atau individu di setiap pelusuk dunia. Hal ini sedemikian kerana setiap manusia atau individu perlu
mengetahui tentang keadaan alam sekitar yang semakin tercemar dan perkara yang sepatutnya dilakukan oleh mereka untuk
menjaga alam sekitar. Surat khabar dan majalah pula adalah media yang banyak mendedahkan tentang isu pencemaran alam
sekitar. Pihak-pihak berwajib sepatutnya perlu mendedahkan isu-isu pencemaran ini dengan lebih luas di jaringan-jaringan
internet kerana masyarakat kini lebih banyak menggunakan media tersebut berbanding media-media lain.

Selain itu, langkah untuk menjaga alam sekitar ialah melalui kempen alam sekitar. Antara kempen-kempen yang boleh
dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya.Dalam kempen-kempen ini
masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti
menguruskan sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar. Kempen kitar semula pula dapat
menggalakkan pengguna supaya mengitar semula bahan-bahan yang boleh dikitar semula. Dengan itu, masyarakat akan dapat
berjimat-cermat dan dapat megurangkan pencemaran alam sekitar. Dalam kempen alam sekitar ini juga, aktiviti-aktiviti seperti
penanaman pokok-pokok bunga dan membersihkan kawasan-kawasan yang kotor boleh dijalankan. Penanaman pokok bunga
bukan sahaja dapat mencantikkan alam sekitar tetapi dapat mengembalikan semula kehijauan sesuatu tempat serta dapat
membuktikan betapa pentingnya hidupan hijau di bumi ini.

Langkah ketiga bagi mengatasi pencemaran alam sekitar pula ialah melalui organisasi-organisasi seperti sekolah, balai rakyat,
kelab remaja dan juga syarikat-syarikat tertentu. Pendidikan alam sekitar mula diperkenalkan secara formal pada peringkat
rendah dalam pelajaran Alam dan Manusia. Pada peringkat menengah khususnya dalam pelajaran sains seperti Biologi dan di
peringkat pengajian tinggi melalui kursus Sains Alam Sekitar dan Biologi Persekitaran. Guru-guru sekolah haruslah bersikap
prihatin terhadap alam sekitar dan bersifat cintakan alam sekitar. Hal ini penting supaya setiap guru dapat menanamkan
perasaan cinta alam sekitar kepada pelajar-pelajar melalui pendidikan moral di sekolah. Pertandingan kelas terbersih di antara
kelas juga perlu dijalankan agar perasaan tanggungjawab terhadap alam sekitar dalam diri pelajar dapat disemai. Di peringkat
tinggi, pelajar didedahkan dengan proses kitaran alam sekitar dan cara alam sekitar berinteraksi dan hubungannya dengan
hidupan lain di bumi ini. Dengan itu, sikap sayangkan alam sekitar akan dapat dipupuk dalam diri pelajar

Langkah seterusnya ialah melalui penggunaan teknologi moden. Penggunaan teknologi moden untuk mengurangkan
pencemaran alam sekitar adalah amat penting. Penggunaan teknologi moden dapat mengawal dan mengurangkan
pencemaran dengan lebih cepat dan efektif. Dengan adanya teknologi moden, tumpahan minyak di lautan adalah lebih mudah
dibersihkan tanpa meninggalkan sisa tumpahan minyak. Selain itu, dengan menggunakan teknologi moden kita dapat
menjalankan aktiviti kitar semula bahan-bahan buangan dan sisa-sisa pepejal seperti surat khabar, majalah lama, kain dan
bahan-bahan plastik. Hal ini sudah tentu akan dapat mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh pengurusan sisa
pepejal yang tidak sempurna. Penggunaan teknologi moden seperti penapis udara yang dipasang pada ekzos kenderaan dan
cerobong asap kilang-kilang perindustrian telah dapat mengurangkan kadar gas karbon monoksida yang dilepaskan. Hal ini
akan dapat mengurangkan kadar pencemaran udara di sekeliling.
Kesimpulannya, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan bilangan pengguna. Saya
berharap setiap individu dapat mengambil pengajaran tentang betapa pentingnya menjaga alam sekitar agar alam sekitar yang
semakin tercemar ini dapat dipulihkan semula dan dapat dijaga dengan lebih baik pada masa hadapan. Pihak kerajaan dan
badan-badan bukan kerajaan yang berkaitan haruslah memainkan peranan penting dalam memulihkan dan memelihara alam
sekitar. Sebagai golongan yang berkuasa mereka pasti dapat menjaga dan mengawal alam sekitar daripada terus tercemar.
Dewasa Ini, dalam era globalisasi yang kian mencabar, gejala sosia semakin berleluasa dan
merunsingkan. Acap kali. Kita melihat kes-kes gejala sosial terpampang di dada akhbar mala
disiarkan di kaca televisyen. Perkara ini, tidak keterlaluan jika dikatakan menjadi lebih parah
apabila kebanyakan pelaku gejala sosial tersebut terdiri daripada golongan remaja. Memetik
kata-kata Profesor Dr. Tun Abdullah Hassa, seorang profesor yang melakukan kajian
Peradaban Manusia, beliau sangat kecewa apabila setiap pagi melihat ramai anak muda
ditangkap secara kasar oleh pihak polis kerana dituduh melakukan gejala sosial dalam berita
semasa. Menyedari hakikat kata-kta itulah pihak kerajaan telah bertungkus-lumus mencari
jalan penyelesaian untuk merungkai permasalahan gejala sosial ini. Sungguh malang apabila
segala usaha kerajaan terkubur dan hampa seperti membunag garam ke laut kerana gejala
sosial langsung tidak berganjak dari zon selesanya. Namun persoalannya, apakah peranan ibu
bapa dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka dalam usaha mengelakkan mereka
daripada gejala sosial?

Sememangnya terdapat pelbagai usaha yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk
membentuk sahsiah anak-anak mereka. Antaranya, ibu bapa perlulah memantapkan fizikal
atau jasmani serta tubuh anak-anak mereka. Jasman merupakan satu elemen yang prima bagi
membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini kerana anak anak akan dapat membina keyakinan diri
dalam menjaga tubuh badan mereka sendiri. Apakah pula peranan ibu bapa untuk memastikan
kesihatan fizikal anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah mereka yang sempurna?
Terdapat pelbagai aktiviti jasmani yang boleh dilakukan anak-anak mereka bersama-sama ibu
bapa mereka. Sebagai contoh, ibu bapa perlulaj membawa anak-anak mereka untuk bersenam
dan bersukan bersama-sama. Sebaik-baiknya, bawalah anak-anak keluar tiga kali seminggu
hanya untuk beriadah kerana bak kata pepatah badan cergas minda cerdas. Selain itu, ibu
bapa perlulah menghantar anak-anak mereka untuk menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah
seperti kelab dan persatuan serta unit beruniform. Hal-hal sebegini membolehkan mereka
untuk menjauhi diri daripada terjebak dalam gejala sosial.

Selain itu, ibu bapa berperanan penting dalam mengawal dan memberi perhatian
terhadap emosi anak-anak mereka. Secara amnya, emosi manusia kian berubah mengikut
perkembangan diri masing masing. Perubahan emosi anak-anak sentiasa berubah
terutamanya apabila mereka sudah mencapai usia keremajaan. Perubahan emosi juga jelas
ditunjukkan oleh emaja perempuan. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa perlu
memahami emosi anak-anak mereka sekiranya mereka mengalami perubahan emosi. Hal ini
menyebabkan anak-anak akan biasa kerana alah bisa tegal biasa untuk meluahkan isi hati
mereka kepada ibu bapa mereka. Selain itu, ibu bapa perlulah memahami emosi anak-anak
mereka. Sekiranya ibu bapa tidak memahami mengapa mereka berubah emosi maka anak-
anak mereka akan mudah tersinggung dan kecewa terhadap ibu bapa mereka. Tambahan pula,
ibu bapa perlulah meminta nasihat daripada pakar supaya mengetahui cara mengenali emosi
anak-anak mereka. Akhirnya, anak-anak mereka tidak akan melepaskan emosi dengan
melibatkan diri dengan gejala sosial kerana mempunyai ibu bapa yang memahami emosi
mereka.

Seterusnya, ibu bapa juga berperanan untuk menyediakan sumber rohani yang kuat
kepada anak-anak. Hal ini sedemikian kerana faktor terbesar yang menyebabkan berlakunya
gejala sosial dalam kalangan remaja ialah kurangnya atau rapuhnya rohani tersebut. Hal ini
membuktikan rohani merupakan aspek yang tidak kurang pentingnya dalam usaha
membentuk sahsiah anak-anak sekaligus mengelakkan mereka daripada melakukan aktiviti
gejala sosial. Agama pula meruapakan pilihan individu tetapi semua agama menginginkan
yang terbaik daripada penganutnya. Oleh itu, apakah peranan ibu bapa dalam menyediakan
sumber rohani yang kukuh dan kental kepada anak-anak mereka? Sebagai permulaan, ibu
bapa perlulah menguatkan iman anak-anak mereka, hal ini kerana iman yang kuat menjadi
bekalan kepada anak-anak mereka untuk menghindari diri daripada gejala sosial. Selain itu,
ibu bapa perlulah kerap membawa anak-anak mereka ke tempat ibadat. Hal ini membolehkan
anak-anak untuk sentiasa dekat dengan agamanya. Sememangnya peranan ibu bapa dalam
membentuk sahsiah anak-anak adalah untuk menyediakan sumber rohani yang kukuh kepada
anak-anak mereka sekaligus menjauhkan mereka daripada gejala sosial.

Pada masa yang sama, ibu bapa juga memainkan peranan yang amat penting untuk
memberi ilmu pengetahuan kepada anak-anak mereka dalam usaha membentuk sahsiah
bahkan juga menghindari mereka daripada gejala sosial. Ilmu pengetahuan amat penting
kepada anak-anak mereka melalui ilmu, anak-anak akan dapat membezakan perkara yang
baik dan buruk dalam kehidupan. Oleh itu, ibu bapa perlulah memberikan secukupnya ilmu
pengetahuan yang sedia ada dalam membentuk sahsiah anak-anak. Cara yang paling mudah
adalah dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Hal ini amat wajib kepada ibu bapa agar
anak-anak mereka dicurahkan ilmu yang berguna kepada mereka satu hari nanti. Selain itu,
ibu bapa perlu mengikuti perkembangan akademik anak-anak mereka. Oleh itu, ibu bapa
haruslah sentiasa berhubung dengan guru-guru di sekolah untuk pengetahuan lanjut. Cara
yang lain boleh dilakukan oleh ibu bapa adalah dengan membawa mereka ke pameran buku.
Melalui pendekatan ini, anak-anak mampu belajar dengan kondusif bersama-sama ibu bapa
mereka. Semestinya, ibu bapa berperanan menyediakan sumber intelek kepada anak-anak
mereka dalam membentuk sahsiah anak-anak mereka.

Selain itu, ibu bapa perlulaj memainkan peranan dengan memantapkan kemahiran
sosial anak-anak mereka. Kemahiran sosial dalam konteks ini sangat diperlukan dalam
membentuk sahsiah anak-anak. Hal ini sedemikian kerana melalui kemahiran sosial, anak-
anak dapat mengetahui betapa buruknya kesan melakukan gejala sosial melalui pemerhatian
dan peninjauan. Oleh itu, apakah yang perlu dilakukan oleh ibu bapa dalam usaha
memantapkan kemahiran sosial anak-anak mereka? Kaedah yang paling asas adalah dengan
mengajar anak-anak mereka nilai-nilai murni. Sebagai contoh, nilai hormat-menghormati dan
kerajinan. Melalui nilai-nilai ini, sahsiah anak anak akan dapat dibentuk dengan sempurna.
Selain itu, anak-anak juga akan dapat membuat refleksi diri sendiri dan membentuk peribadi
yang lebih baik. Ibu bapa haruslah mendidik anak-anak dengan nilai-nilai murni sejak kecil
kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Tambahan pula, ibu bapa haruslah
mengajar anak-anak mereka mengenai pantang larang seperti membongkok apabila melalui
orang yang lebih tua. Hal-hal ini mengajar anak-anak muda untuk beradab sopan lantas
menjadikan mereka sebagai remaja yang berbudi pekerti tinggi.

Konklusinya, Malaysia yang merupakan negara yang indah di mata duia serta
mempunyai masyarakat yang berbilang kaum akan kelihatan buruk sekiranya gejala sosial
dalam kalangan masyarakat masih belum dibendung, bak kata pepatah Melayu kerana nila
setitik, rosak susu sebelanga. Oleh itu, peranan semua pihak harus dimainkan terutamanya
peranan ibu bapa kerana merekalah yang mencorak keperibadian golongan muda kotemporari
ini kerana bagaimana acuan begitulah kuihnya. Anak-anak diibaratkan kain putih yang
perlu dicorakkan dengan sempurna agar kelihatan cantik dan elok dipandang mata. Kita
janganlah menuding jari dan bersikpa pasif dalam hal ini kerana semua pihak turut serta
dalam membentuk sahsiah anak-anak muda. Mahukah kita melihat dunia ini sarat dengan
kemusnahan dan kegelapan akibat ketidakprihatinan kita? Semestinya tidak jawapan kita.
Maka, bersama-sama lah kita berganding bahu menyahut cabaran dengan mengemblengkan
tenaga membentuk sahsiah anak-anak muda agar mereka membawa kegemilangan negara di
mata dunia satu hari nanti.

Anda mungkin juga menyukai