Anda di halaman 1dari 6

MINIT MESYUARAT PANITIA PENDIDIKAN MORAL BIL.

1 / 2017
SEKOLAH KEBANGSAAN SEMALATONG

Hari : Rabu
Tarikh : 18 Januari 2017
Masa : 2.30 petang
Tempat: Makmal Komputer SK Semalatong

Kehadiran :

KEHADIRAN
1. Encik Ahmad Fikri Bin Johari (Guru Pendidikan Moral Tahun 1)
2. Encik Yusri Bin Kipli (Guru Pendidikan Moral Tahun 2)
3. Encik Hasri Bin Yakup (Guru Pendidikan Moral Tahun 3)
4. Encik Kasri Bin Kadri (Guru Pendidikan Moral Tahun 4)
5. Encik Ismawi Bin Jorini (Guru Pendidikan Moral Tahun 5)
6. Encik Zai Bin Main (Guru Pendidikan Moral Tahun 6)

TIDAK HADIR BERSEBAB


- Tiada

Pengerusi Mesyuarat : Encik Ahmad Fikri Bin Johari


Ketua Panitia Pendidikan Moral, SK Semalatong
1- Agenda Mesyuarat :

Agenda 1: KATA-KATA ALUAN PENGERUSI

1.1. Memulakan dengan mengucapkan selamat datang dan berterima kasih atas kehadiran guru-
guru yang terlibat dan guru-guru yang turut menghadiri Mesyuarat Panitia Pendidikan Moral
Bil.1/ 2017.
Tindakan : Makluman

1.2. Penilaian dan Rumusan Bidang Kurikulum 2016.


1.2.1. Pencapaian PKSR Akhir tahun bagi murid-murid masih belum mencapai target yang
ditetapkan.
Tindakan : Makluman

1.2.2. Guru-guru diminta melihat keberkesanan pengajaran dan pembelajaran yang telah
dilaksanakan pada tahun 2016 sebelum membuat perancangan tahun 2017.
Perancangan perlu sesuai dengan masalah dan kelemahan yang dihadapi oleh murid
dalam subjek.
Tindakan : Semua Guru

1.3. Persediaan Sesi Persekolahan 2017.


1.3.1. Guru-guru diminta membuat persediaan untuk sesi persekolahan yang telah bermula
pada 3 Januari 2017. Pengerusi mahu pada setiap hari persekolahan PdP berjalan
mengikut jadual yang ditetapkan.
1.3.2. Setiap guru diminta memberi maklumat dan penerangan kepada murid berkaitan
pelaksanaan PdP , peraturan sekolah, adab belajar dan sebagainya. Guru juga perlu
membantu guru kelas dalam menguruskan bilik darjah dengan baik bagi
menggalakkan pembelajaran dan pastikan kerusi dan meja mencukupi mengikut
bilangan murid dan dalam keadaan baik serta selamat digunakan oleh murid sebelum
sesi persekolahan bermula.
1.3.3. Guru juga diminta menyediakan PdP pada hari pertama dalam buku persediaan
mengajar.
Tindakan : Semua guru

Agenda 2: DASAR PANITIA PENDIDIKAN MORAL


2.1 Lantikan Jawatankuasa Panitia Pendidikan Moral.
Penaung : Guru Besar SK Semalatong
(En. Mohd Faiz Bin Abdullah)
Penasihat : Penolong Kanan Kurikulum
(Ust. Ismawi Bin Joroni)
Ketua Panitia : En. Ahmad Fikri Bin Johari
Setiausaha : En. Yusri Bin Kipli
Ahli:
1. Encik Ahmad Fikri Bin Johari (Guru Pendidikan Moral Tahun 1)
2. Encik Yusri Bin Kipli (Guru Pendidikan Moral Tahun 2)
3. Encik Hasri Bin Yakup (Guru Pendidikan Moral Tahun 3)
4. Encik Kasri Bin Kadri (Guru Pendidikan Moral Tahun 4)
5. Encik Ismawi Bin Jorini (Guru Pendidikan Moral Tahun 5)
6. Encik Zai Bin Main (Guru Pendidikan Moral Tahun 6)

2.2 Mesyuarat panitia akan diadakan empat kali setahun dan mengikut keperluan.
Tindakan: Makluman

2.3 Latihan dan Kerja Rumah

2.3.1 Latihan dan kerja rumah murid adalah mengikut ketetapan guru sendiri.
Walaubagaimanapun, bilangan soalan bergantung kepada prestasi serta kemampuan dan
kebolehan murid.
2.3.2 Buku
: 1 buah buku latihan
1 buah buku teks
1 buah buku rujukan
Tindakan: Semua guru

2.5 Sukatan dan Rancangan Matapelajaran

2.5.1 Guru-guru hendaklah menjalankan PdP berpandukan kepada rancangan pengajaran tahunan
yang disediakan sendiri oleh guru. Rancangan pengajaran tahunan tersebut boleh dibina
sendiri berdasarkan kurikulum dan takwim sekolah ataupun didapati dari sumber internet
tetapi perlu diperbaiki berdasarkan kesesuaian kurikulum dan takwim sekolah.
Tindakan: Semua guru
2.6 Persediaan Buku Rekod Mengajar

2.6.1 Persediaan Rekod Mengajar perlu merangkumi


Tema:
Tajuk:
Standard
Kandungan:
Standard
Pembelajaran:
Objektif Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
Pembelajaran:
EMK:
Nilai Murni:
Kemahiran
Bernilai Tambah
Pengetahuan
Sedia ada:
ABM/ BBM:
Penilaian:
Aktiviti Pdp:
Impak/ Refleksi:

2.6.2 Sebarang perubahan adalah tertakluk kepada kreativiti guru itu sendiri. Perkara yang disebut ini
hanyalah isi utama untu format Pengajaran Rancangan Harian.
Tindakan: Semua guru

Agenda 3: PROGRAM DAN AKTIVITI PANITIA


3.1 Latihan yang berterusan.
3.1.1 Guru perlu menyediakan soalan latihan samada dengan menggunakan buku kerja, buku
latihan, buku aktiviti atau lembaran kerja yang bersesuaian dengan kebolehan murid.
Tindakan: Semua guru
3.1.2 Guru boleh merujuk kepada buku teks, DSKP, kuikulum, internet dan berkongsi dari guru-
guru dari sekolah lain.
Tindakan: Semua guru

3.2 Projek Pendidikan Moral


3.2.1 Projek ini akan dijalankan sepanjang tahun yang dirancang adalah seperti berikut:
- Kuiz Pendidikan Moral
- Pertandingan Sudut Pendidikan Moral Antara Kelas
- Pondok Nilai-nilai Murni
- Aktiviti lain jika ada.
Tindakan: Semua guru
Agenda 4: Bahan Bantu Mengajar

4.1 Panitia Pendidikan Moral akan membuat pesanan beberapa Bahan Bantu Mengajar dan segala
Bahan Bantu Mengajar adalah dimasukkan ke dalam peruntukan panitia Pendidikan Moral. Antara
peralatan yang diperlukan adalah Carta-carta yang sesuai berkaitan dengan Pendidikan Moral.
Sekiranya bajet untuk panitia rendah, pengerusi mencadangkan untuk guru-guru membina item
Bahan Bantu Mengajar menggunakan inisiatif sendiri dengan bantuan peruntukan panitia pada tahun
ini. Justeru, semua ahli sebulat suara untuk membuat tempahan kertas A4, Kertas Manila Kad, Pen
Marker, Kertas Plastik Binding dan beberapa peralatan lain sekiranya perlu.
Tindakan: Untuk makluman

4.2 Semua bahan ini perlu direkodkan serta difailkan dan sesiapa yang hendak menggunakannya
mestilah berurusan dengan ketua Panitia.
Tindakan: Semua guru

Agenda 5: Hal-hal lain

5.1 Buku teks Pendidikan Moral tidak disediakan untuk guru dan guru boleh mendapatkannya
dengan inisiatif sendiri.
Tindakan: Semua guru
5.2 Encik Zai Bin Main memaklumkan bahawa tiada buku teks panduan guru bagi subjek
Pendidikan Moral. Guru yang mengajar subjek Pendidikan Moral boleh mendapati bahan
daripada guru yang telah menghadiri Kursus KSSR Pendidikan Moral pada tahun lepas.
Tindakan: Semua guru

6.3 Bagi penyediaan kertas soalan Ujian/PKSR, guru-guru diminta menghantar kertas soalan
berserta dengan skema semakan oleh ketua panitia.
Tindakan: Semua guru

6.4 Mesyuarat telah ditunda pada pukul 4.30 petang dengan dicadang oleh Encik Yusri Bin Kipli dan
disokong oleh Encik Kasri Bin Kadri.

Disediakan oleh: Disemak oleh: Disahkan Oleh:

.............................................. ...................................... ..............................................


(En. Yusri Bin Kipli) (En. Ahmad Fikri Bin Johari) (En. Mohd Faiz Bin Abdullah)
Setiausaha Panitia Pendidikan Ketua Panitia Pendidikan Guru Besar,
Moral, Moral, SK Semalatong, Simunjan
Sesi 2017. Sesi 2017.
SK Semalatong, Simunjan SK Semalatong, Simunjan

Anda mungkin juga menyukai