Anda di halaman 1dari 5

1.

Pendahuluan

Unit Ko Kurikulum dengan kerjasama Unit Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Kebangsaan
FELDA Krau 1 , merancang untuk melaksanakan satu program Kem Kepimpinan yang melibatkan
pemimpin unit kokurikulum yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari. Program ini bertujuan memberi penerapan dari segi disiplin dan keyakinan diri dalam
meningkatkan daya kepimpinan.

2. Rasional

Kepimpinan dalam satu-satu unit kokurikulum merupakan golongan terpilih yang memimpin dan
membimbing rakan-rakan atau murid-murid lain dalam aktiviti kokurikulum. Golongan tersebut
perlu dibekalkan dengan ciri-ciri pemimpin dan kepimpinan yang cemerlang supaya boleh dicontohi
oleh murid-murid lain. Oleh itu penerapan dan kaedah kepimpinan perlu diterapkan kepada mereka
dari semasa ke semasa.

3. Objektif

Adalah diharapkan melalui program ini dapat;

3.1 Melahirkan murid yang berketerampilan, berdisiplin dan berdedikasi dalam menjadi murid
contoh di sekolah
3.2 Meningkatkan tahap keyakinan diri serta memberi peluang kepada AJK kelab & persatuan
menjadi lebih berwibawa, berdedikasi, berketerampilan dan bertanggungjawab.
3.3 Melatih murid agar dapat menunjukkan contoh yang baik dan terpuji kepada pelajar lain.
3.4 Membimbing murid agar cemerlang dalam akademik dan kokurikulum di samping
berakhlak dan berperibadi mulia.

4. Waktu dan Lokasi

4.1 Tarikh :

4.2 Tempat :

5. Sasaran

Seramai ____ orang murid yang terdiri daripada Pengerusi, Naib Pengerusi, Setiausaha dan
Bendahari setiap unit kokurikulum SK LKTP Tersang Satu bagi tahun 2012.

6. Guru Pengiring
Seramai 20 orang guru sebagai pengiring / urusetia dan fasilitator sepanjang program dilaksanakan.
7. Ahli Jawatankuasa

Penasihat : Pn. Juriyatol Huriyah binti Jamaludin


(Guru Besar SK FELDA Krau 1)

Pengerusi : En Hishamudin bin Mohammed


(GPK Kokurikulum)

Penyelaras Program : En. Abd Basits bin Mohamed Mokhtar

Penolong Penyelaras : Pn. Nur Hafiza binti Kamisan

Setiausaha : Pn. Rusziah binti Nurudin

Bendahari : Pn Siti Meriam binti Ibrahim

AJK : Disiplin : Pn Sabariah binti Abd Manan


Pendaftaran Murid : Pn. Suhailia binti Hamzah
Pn. Caroline Lua Fu Yin
Buku Program : Pn. Mahmudah binti Abu Bakar
Pn. Radiah bin Kamarudin
Sijil Penyertaan : En. Aziz bin Ahmad Asri
Cenderahati : Pn Rabeah binti Abdul Jalil
Peralatan/ Siaraya : En. Faizal bin Hassan
En. Ainul Azwan bin Azman
Jurugambar/Dokumentasi : Pn. Siti Fatimah binti Bakar
Bacaan Doa : En. Abd Basits bin Mohamed Mokhtar

Fasilitator : En. Shamsul Bahri bin Sagimin

8. Anggaran Perbelanjaan

8.1 Pengangkutan pergi dan balik = RM 70.00 x 120 0rang = RM8,400.00

8.2 Makan dan penginapan = RM120.00 x 120 orang = RM14,400.00

8.3 Cenderahati = RM10.00 x 20 orang = RM 200.00

JUMLAH = RM 27,000.00
9. Penutup

Diharapkan program ini dapat membantu peserta dalam meningkatkan daya kepimpinan dan
membantu peserta agar lebih berdisiplin, berdedikasi dan bertanggungjawab dalam merealisasikan
matlamat pendidikan di peringkat sekolah dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Disiplin Cemerlang, Akhlak Gemilang, Akademik Terbilang

Disediakan oleh: Disahkan oleh:

.. .
HISHAMUDIN BIN MOHAMMED JURIYATOL HURIYAH BINTI JAMALUDIN
GPK Kokurikulum, Guru Besar,
SK FELDA Krau 1 SK FELDA Krau 1.
Lampiran
Tentatif Program

Hari Pertama, Rabu : 6 Oktober 2010

3.00 pm Berkumpul di sekolah dan pendaftaran


3.30 pm Bertolak ke Amansari Beach Resort, Kuantan.
4.30 pm Sembahyang Asar , taklimat, pembahagian kumpulan,
minum petang dan check-in.
7.00 pm Makan malam
7.30 pm Solat Maghrib dan tazkirah / Pendidikan Moral
8.40 pm Solat Isya
9.00 pm Ice Breaking
10.30 pm Kembara Malam
11.30 pm Minum dan tidur

Hari Kedua, Khamis : 7 Oktober 2010

5.00 am Kemas diri


6.15 am Solat Subuh
6.45 am Senaman
7.45 am Sarapan pagi
8.30 am Jungle tracking
1.00 pm Makan tengahari, kemas diri dan solat Zohor
2.30 pm Halangan komando
5.00 pm Kemas diri, solat Asar dan minum petang
6.00 pm Aktiviti kumpulan
7.00 pm Makan malam
7.00 pm Makan malam
7.30 pm Solat Maghrib dan tazkirah / Pendidikan Moral
8.40 pm Solat Isya
9.00 pm Aktiviti Kumpulan
11.30 pm Minum dan tidur
KERTAS CADANGAN

KEM KEPIMPINAN PENGAWAS SEKOLAH

TAHUN 2010

PADA 6 OKTOBER HINGGA 8 OKTOBER 2010

TEMPAT
AMANSARI BEACH RESORT , KUANTAN ,
PAHANG

ANJURAN
UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DENGAN KERJASAMA
UNIT HAL EHWAL MURID
SK BANDAR BARU SUNGAI BULOH
47000 SELANGOR DARUL EHSAN