Anda di halaman 1dari 5

1.

IKHLAS NIAT Kewajipan ke atas setiap muslim di dalam memastikan niat ketika menuntut ilmu
ikhlas kerana Allah dan bukannya untuk mencari habuan dunia yang sementara kerana
Rasulullah S.A.W pernah memberi amaran yang mana Allah akan menyediakan tempat di
dalam neraka bagi mereka yang menuntut ilmu untuk kesenangan dunia semata-mata tanpa
memikirkan maslahat Islam dan ummatnya. Memang agak susah untuk ikhlas di dalam belajar
tetapi kita mesti terus berusaha ke arahnya. Kita yang berada dalam sistem sekular yang
mementingkan material menyebabkan kita terlupa bahawa ilmu yang dipelajari bukan untuk
mendapatkan tempat dan kedudukan serta kerja tetapi adalah untuk menjauhkan kita daripada
kejahilan yang mana dengan ini mampu menjadi perisai diri di dalam melawan arus kesesatan
dan seterusnya membawa perubahan kepada keislaman. Jadikanlah diri kita sebagaimana padi
yang mana semakin semakin berisi semakin tunduk ke bumi kerana rendah diri. Jangan jadi
sebagaimana lalang yang tinggi semakin mendongak ke langit kerana sombong. Ingatlah bahawa
orang yang benar ikhlas dalam menuntut ilmu sahaja yang mampu memiliki sifat terpuji
termasuk merendah diri. Maksud firman Allah dalam ayat 235 surah al-Baqarah :.........Dan
ketahuilah bahawa Allah mengetahui apa yang tersemat dalam hatimu maka takutlah
kepadaNya dan ketahuilah bahawa Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Ingatlah
bahawa setiap orang akan binasa melainkan orang yang berilmu, setiap orang yang berilmu akan
binasa melainkan orang yang beramal dan setiap orang yang beramal akan binasa melainkan
orang yang benar-benar ikhlas.

2. TEKUN BERUSAHA DAN TAWAKKAL - Sentiasa bersungguh-sungguh dalam pembelajaran


tanpa menurut keadaan dan masa dengan menghindari perasaan malas dan mudah jemu
dengan buku pengajian. Ini dapat diatasi dengan membaca nota atau buku-buku yang kecil dan
ringan atau mendengar kaset ceramah agama yang berbahasa Melayu dan sebaiknya berbahasa
Arab.Perkara ini mampu melembut hati kita kerana sesiapa yang menjauhi nasihat ataupun
tazkirah diri ditakuti Allah akan mengeraskan hatinya sebagaimana firman Allah dalam ayat 5
surah as-Sof yang bermaksud : Dan ingatlah ketika mana nabi Musa berkata kepada kaumnya
:"Wahai kaumku! Mengapa kamu menyakitiku sedangkan kamu mengetahui bahawa aku ini
adalah utusan Allah kepadamu?". Maka tatkala mereka buat endah tak endah sahaja lalu Allah
memalingkan hati mereka dan Allah tidak memberi petunjuk kerpada kaum yang fasik. Ayat ini
walaupun menceritakan umat nabi Musa tetapi peringatannya terus kekal hingga sekarang
untuk kita sama-sama ambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Kita juga hendaklah
mewujudkan suasana sekeliling terutama di rumah dengan budaya ilmu bukannya budaya yang
dipenuhi dengan cara mewah dan kesenangan serta hiburan yang boleh menghilangkan
perasaan semangat untuk menambah ilmu dan pengetahuan.Kita hendaklah mencontohi
ulama'-ulama' silam yang mana mereka belajar dalam keadaan susah tetapi tekun yang mana
mereka sentiasa berada dalam suasana belajar bukannya mewah dan penuh kesenangan yang
menyebabkan hilangnya perasaan bersungguh untuk belajar.Disamping itu kita mestilah
bertawakkal kepada Allah agar kejayaan diimpikan akan menjadi milik kita.Tawakkal yang
dilakukan mestilah mencukupi syaratnya iaitu berusaha, tekun, yakin, tidak mudah putus asa
dan menyerah natijah ataupun keputusan kepada Allah sepenuh hati.

3. MENJAUHI MAKSIAT Kita mestilah menghidupkan budaya amar maruf dan nahi munkar
dalam diri dan suasana sekeliling mengikut kemampuan yang ada. Sesungguhnya ilmu itu adalah
nur yang suci yang mana ia tidak dapat kita perolehi jika diri kita sentiasa disaluti dengan najis-
najis dosa. Cubalah sedaya yang mungkin di dalam menghindari kehendak nafsu kita dengan
menutup segala jalan menuju ke arahnya.Jangan sekali-kali kita membuka jalan kepada maksiat
untuk bertapak di hati kita. Jangan terlalu mengambil mudah dan endah tak endah sahaja
terhadap perkara maksiat ini yang mana ia boleh menjerumuskan kita kepada maksiat yang
lebih besar lagi. Di zaman sekarang ramai orang memandang maksiat yang kecil seperti maksiat
mata, mulut, telinga, tangan(internet ataupun tulisan) serta pergaulan antara lelaki dan
perempuan yang halal berkahwin hanya suatu perkara yang biasa dan dirasakan ia bukannnya
maksiat dan mereka hanya menganggap hanya dosa besar seperti berzina, mencuri, memukul
orang dan lain-lain lagi sahaja sebagai maksiat. Dosa yang kecil jika dibuat berterusan akan
menjadi dosa besar.

4. MEMILIH TEMAN YANG SOLEH - Pilihlah teman yang mampu membawa kita ke arah
kebaikan dan cubalah hidupkan budaya nasihat menasihati antara satu sama lain di dalam
rumah kita sendiri samada berbentuk rasmi seperti diskusi kitab atau melalui perbincangan yang
tidak rasmi setiap hari.Loqman Al-Hakim pernah berpesan kepada anaknya supaya sentiasa
bersama orang alim dan soleh serta menghadiri majlis ilmu kerana apabila Allah menurunkan
keberkatan kita turut sama memperolehinya. Disamping itu apabila kita sentiasa bersama orang
soleh akan menasihati kita ke arah kebaikan serta menegur kita apabila berlakunya kesilapan
dan kesalahan. Ini kan mematangkan lagi diri kita disamping menambahkan lagi semangat kita
dalam belajar. Ini bukan bermakna kita diminta menjauhi mereka yang tidak soleh sebaliknya
kita diminta berdakwah kepada mereka setakat kemampuan yang ada dan jangan pula kita yang
terpengaruh dengan cara hidup mereka. Ingatlah firman Allah dalam surah Al-Zukhruf ayat 67
yang bermaksud :Teman-teman yang rapat pada hari itu sebahagiannya menjadi musuh kepada
sebahagian yang lain kecuali mereka yang bertaqwa. Rasulullah S.A.W pernah berpesan kepada
kita melalui hadis yang diriwayatkan oleh imam Tarmizi dan Abu Daud : Seseorang itu mengikut
agama sahabat temannya. Maka hendaklah seseorang itu memerhati siapakah yang dijadikan
teman.

5. BANYAKKAN ZIKRULLAH Pastikan kita sentiasa solat lima waktu secara berjemaah dan
mengamalkan wirid serta doa selepas solat walaupun ringkas kerana ulama sufi begitu menitik
beratkan perkara wirid ini kerana ia boleh menghidupkan hati yang mati dan ia juga boleh
mendatangkan perasaan ingin memusabahkan diri dengan amalan seharian. Tanpa wirid yang
mathur selepas solat boleh menyebabkan perasaan zikrullah agak berkurangan dan ia boleh
mendatangkan perasaan memudahkan segala kewajipan yang telah diperintahkan oleh Rabbul
Izzati. Jangan ajar diri kita melengah-lengahkan solat lima waktu kerana ia akhirnya mampu
membawa diri kita ke arah mengabaikan solat. Bacalah Al-Quran sekurang-kurangnya
sehelai setiap hari kerana ia merupakan ibu segala ubat. Hidupkan amalan-amalan sunat dalam
setiap gerak kerja kita seharian kerana hidup yang sentiasa dihiasi dengannya akan sentiasa
diberkati dan diredhai oleh Allah dan makhluk-Nya.

6. MENJAGA KEHORMATAN- Kita wajib menjaga kehormatan diri sendiri dan juga orang lain.
Tutup segala ke'aiban diri dan orang lain kerana ia membawa kepada keredhaan Allah dan
manusia lain kepada diri kita.Hanya orang yang mana kehidupannya dicucuri dengan keredhaan
dan rahmat Allah sahaja yang mampu merasakan kebahagian di dalam kehidupan seharian.
Manakala mereka yang jauh daripada rahmat Allah, hidup mereka dipenuhi dengan perkara
yang kurang baik dan derita. Jangan sekali-kali menyakiti hati orang lain kerana doa orang yang
dizalimi adalah lebih bahaya daripada panah malam.Firman Allah dalam ayat 12 surah Al-Hujurat
yang bermaksud : Wahai orang-orang yang beriman! jauhilah kebanyakan perasaan prasangka,
sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari
kesalahan orang lain dan janganlah pula sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain.
Adakah salah seorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati?. Maka
sudah tentu kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertaqwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah
Maha Penerima taubat lagi Maha Penyayang.
7. DOA DAN KEREDHAAN IBUBAPA- Kita hendaklah sentiasa menjaga perasaan kedua ibubapa
kita dan menghormati mereka dalam perkara yang tidak menyalahi syariat Islam. Sentiasa
berhubung dengan mereka dan mengambil berat tentang keadaan keduanya serta mendoakan
kebahagian mereka di dunia dan akhirat. Kita juga hendaklah sentiasa meminta agar mereka
meredhai kita dan mendoakan kejayaan kita. Ingatlah bahawa keredhaan Allah bergantung
kepada keredhaan ibubapa terhadap kita. Firman Allah dalam ayat 23 hingga 24 surah al-Isra'
yang bermaksud : Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu tidak menyembah selain
Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika
salah seorang daripada keduanya ataupun kedua-duanya telah lanjut usia mereka dalam jagaan
kamu, maka jangan sekali-kali kamu mengherdik kepada keduanya dengan perkataan "uf" dan
janganlah kamu menghertak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang baik. Dan
rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kasih sayang dan ucaplah : "
Wahai Tuhanku! kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka berdua telah mendidikku
semasa kecil".

8. MENGHORMATI GURU- Kita juga wajib menghormati guru dan mematuhi segala arahannya
selagi mana tidak menyalahi kehendak Islam. Kita mesti patuh kepadanya walaupun fikrah atau
pendapat kita berbeza. Kita pernah mendengar bagaimana imam As-Syafi'e walaupun berijtihad
bahawa qunut di dalam solat Subuh sunat ab'adh(kena sujud sahwi jika tidak melakukannya)
tetapi dia tidak melakukannya apabila mendirikan solat itu berhampiran maqam gurunya imam
Malik kerana menghormati gurunya. Bagaimana dengan kita? Sesungguhnya ulama' silam begitu
menitik beratkan masalah keberkatan ilmu, sedangkan kita hari ini tidak lagi mengendahkan
perkara ini. Ini menyebabkan timbulnya pelbagai masalah terutama keruntuhan akhlak di
kalangan remaja.Guru janganlah dianggap sebagai guru di sekolah, universiti atau di tempat
pengajian sahaja tetapi kita mestilah menganggap bahawa dia pengajar dan secara langsung
sebagai pendidik yang mesti dihormati walaupun di mana berada.Cubalah kita fikir dan renungi
bersama tentang dua keadaan berbeza antara pelajar dulu dan sekarang mengenai pandangan
dan penghormatan mereka terhadap guru. Tanpa ada keserasian dan kasih sayang yang wujud
antara guru dan pelajar tidak memungkinkan berlakunya ketenteraman dalam kehidupan
seharian.Oleh itu marilah kita sama-sama membina kembali keutuhan dan mahabbah antara
guru dan pelajar agar ia mampu menyinarkan kembali suasana harmoni serta menghindari
perkara negatif dalam kehidupan.

9. BERAMAL DENGAN SEGALA ILMU YANG DIPEROLEHI - Kita mengamalkan segala ilmu yang
dipelajari setakat mana yang termampu oleh kita. Ulama' silam sentiasa mengingatkan kita
bahawa orang yang berilmu dan tidak beramal dengan ilmunya akan dihumban ke dalam api
neraka lebih dahulu daripada penyembah berhala. Jadikanlah ilmu yang dipelajari sebagai
benteng daripada terjerumus ke kancah maksiat dan jadikanlah juga ia sebagai senjata di dalam
mematahkan serangan musuh Islam serta jadikankanlah ia sebagai ubat yang mujarab di dalam
menyembuhkan penyakit jahil dan batil di dalam masyarakat. Jangan jadikan ia sebagai
barangan jualan untuk mengejar kekayaan dunia yang sementara. Berapa ramaikah yang telah
dihinakan oleh Allah kerana melacurkan ilmu semata-mata untuk mengaut kemewahan
dunia.Inilah merupakan antara sebab atau punca yang menyebabkan umat Islam terus
mundur.Berapa ramaikah mereka yang belajar tentang al-Quran dan Hadis tetapi mereka
dilaknat oleh keduanya kerana tidak merealisasikan segala apa yang dipelajari.Oleh itu kita
mestilah beringat dan berhati-hati mengenai perkara ini demi kebahagian kita di dunia yang
sementara dan akhirat yang kekal selamanya. Begitu mudah untuk memberi nasihat dan
tazkirah tetapi begitu sukar untuk mengota dan merealisasikannya dalam kehidupan. Tanpa
Bagi seorang pelajar atau murid haruslah menepati beberapa syarat untuk
menuntut ilmu agar ilmu yang dicari akan memberi manfaat kepadanya di dunia
mahupun di akhirat. Di antara adab-adab yang perlu dimiliki oleh seorang
penuntut ialah seperti berikut:
- Niat yang ikhlas kepada Allah swt . Yakni mencari ilmu kerana ia merupakan satu
kefardhuan daripada Allah. Mencari ilmu bukan bertujuan untuk mendapat habuan
dunia semata-mata atau untuk berdebat dengan orang jahil. Barang siapa yang mencari
ilmu dengan tujuan selain daripada kerana Allah swt maka telah siap untuknya neraka
Allah swt.
- Tekun dan bertawakkal hanya kepada Allah swt. Sesungguhnya Allah swt sangat
suka kepada orang yang melakukan sesuatu pekerjaan lalu ia tekun mengerjakannya.
kita hendaklah bertawakkal hanya kepada Allah swt. sahaja dalam segenap hal, lebih-
lebih lagi dalam masalah menuntut ilmu . Ini kerana kita sebagai hamba hanya mampu
berusaha tetapi Allahlah yang menentukan segalanya.
- Menjauhi segala maksiat. Maksiat adalah satu punca daripada punca-punca
seseorang pelajar itu susah untuk menerima, memahami dan mengamalkan sesuatu
ilmu. Seorang pelajar perlulah berusaha semampu yang boleh untuk mengelakkan
dirinya daripada sebarang maksiat. Sekiranya ia melakukan maksiat secara tidak sedar
maka segeralah bertaubat kepada Allah swt. Orang yang sempurna bukan orang yang
tidak pernah melakukan maksiat tetapi orang yang sempurna ialah orang yang apabila
ia melakukan maksiat ia terus bertaubat kepada Allah swt dengan segera.
- Memilih kawan yang soleh. Kawan memainkan peranan penting bagi orang yang
hendak menuntut ilmu. Kita akan senang terpengaruh dengan akhlak kawan, sekiranya
kita memilih kawan yang soleh mudah-mudahan kita akan menjadi insan yang soleh
juga.
- Banyakkan zikir atau mengingati Allah swt. Kita tidak akan melakukan sesuatu
maksiat di saat kita mengingati Allah swt. Zikir juga akan memberi ketenangan kepada
jiwa kita. Apabila jiwa kita tenang maka segalah masalah akan dapat diselesaikan
dengan baik.
- Menghormati diri sendiri dan orang lain. Ramai orang yang boleh menghormati
orang lain tetapi tidak ramai orang yang mampu menghormati diri sendiri seperti tidak
melakukan perkara-perkara yang boleh merosakkan badan,roh dan akal.
- Doa daripada ibubapa. Doa ibubapa memainkan peranan penting dalam kejayaan
seseorang pelajar. Doa yang tidak akan ditolak oleh Allah swt ada tiga golongan iaitu
doa orang yang dizalimi,doa ibubapa dan doa orang musafir.
- Menghormati guru. Seorang pelajar wajib menghormati gurunya untuk mendapat
keberkatan dalam hidupnya. Gurulah yang berkorban untuk menjadikan kita seorang
yang berilmu pengetahuan sehingga dapat memasuki menara gading dan
mendapatkan pekerjaan yang baik.
- Beramal dengan ilmu yang dipelajari. Allah amat murka kepada mereka yang
mempunyai ilmu tetapi tidak mengamalkannya. Ilmu yang tidak diamal ibarat pohon
yang tidak berbuah
.
ASSALAMUALAIKUM W.B.T DAN SALAM SEJAHTERA.

Yang Berusaha Tuan Guru besar, EN MOHD YUNOS B ABD RAHMAN,


Yang Dihormati Barisan Kepimpinan Pentadbir Sekolah ;
.1) EN MOHD GHAZALI B HARON - PK Pentadbiran.
.2) EN ROSLI B. SALIM - PK Hal Ehwal Murid
.3) PN NORHARYATI BT HAMDAN - PK Kokurikulum.

4) PN MAIZATUL ASMA BT IBRAHIM- PK PEND. KHAS


Yang Dikasihi lagi disayangi, para pendidik dan rakan-rakan pelajar.

Anda mungkin juga menyukai