Anda di halaman 1dari 22

SBFS 1103

SBFS 1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH

1
SBFS 1103

ISI KANDUNGAN
1.0 PENDAHULUAN 3

2.0 ANALISIS CARA AKHIR FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK 4

3.1 Status sosio-ekonomi 4


3.2 Jaringan Sosial 6
3.3 Norma Budaya 8
3.4 Hubungan Perkahwinan 10

3.0 STRATEGI RANTAIAN HADAPAN BAGI MENGATASI MASALAH


PENDERAAN KANAK-KANAK

3. 1 Sosial 12
3.1.1 Peranan Keluarga
3.1.2 Peranan Masyarakat
3.1.3 Peranan Kerajaan

3. 2 Psikologi 15
3.2.1 Peranan Keluarga
3.2.2 Peranan Kerajaan

3. 3 Fizikal 16
3.3.1 Peranan Masyarakat
3.3.2 Peranan Kerajaan

4.0 PENUTUP 18
5.0 RUJUKAN 19
6.0 LAMPIRAN 1-2

2
SBFS 1103

KEMAHIRAN BERFIKIR DAN MENYELESAIKAN MASALAH TERHADAP ISU


PENDERAAN KANAK-KANAK

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran berfikir adalah kecekapan seseorang menggunakan akal dalam menjalankan


prosese pemikiran. Penerapan kemahiran berfikir secara lansung dapat mendedahkan kita
kepada kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif untuk menghadapi dunia yang saling
berhubung kait tanpa sebarang sempadan.

Menurut (Chaffee,1988) pemikiran merupakan proses luar biasa yang digunakan dalam
proses membuat keputusan dan menyelesaikan masalah manakala (Vincent Ryan Ruggiero,
1991), pula menyatakan berfikir ialah apa sahaja aktiviti mental yang membantu untuk
memformulasi atau menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan menyempurnakan
sesuatu kemahuan untuk memahami sesuatu (mencari jawapan dan mendapatkan makna)

Apabila wujud permasalahan, maka sudah pastinya kita memerlukan jalan


penyelesaian untuk menyelesaikannya. Menurut (Azizi, 2005), penyelesaian masalah boleh
didefinisikan sebagai satu proses kognitif di mana maklumat digunakan sebagai usaha
mencari cara-cara yang sesuai bagi mencapai sesuatu matlamaat. (Torrence,1973) pula
mendefinisikan penyelesaian masalah sebagai proses seseorang itu menjadi peka terhadap
masalah dan ini melibatkan seseorang individu itu cuba mencari penyelesaian membuat
andaian, mengubah hidup, dan akhirnya melaporkan silannya.

Penyelesaian masalah yang hendak dilakukan hendaklah berpandukan kepada strategi-


strategi terpilih mengikut kesusuaian tahap masalah yang dihadapi. Menurut (Haresh, 2012),
terdapat beberapa strategi yang dapat kita gunakan bagi menyelesaikan masalah yang ada.
Namun, dalam kertas ini, penulis hanya akan menggunakan strategi analisis cara akhir dan
rantaian hadapan dalam menyelesaikan isu tentang masalah penderaan kanak-kanak.

Kes penderaan kanak-kanak bukanlah perkara baru dalam negara ini. Ianya dilihat
meningkat secara mendadak sejak akhir-akhir ini. Ini merefleksikan satu perubahan besar
telah berlaku dalam gaya hidup masyarakat sekarang. Manifestaso perubahan gaya hidup
yang berlaku dalam kalangan masyarakat telah meningkatkan laporan kes-kes penderaan dan

3
SBFS 1103

pengabaian kanak-kanak. Statistik terbaru dari Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga


dan Masyarakat menunjukkan peningkatan kes penderaan kanak-kanak dari 2010 iaitu
sebanyak 3,257 kes, 3,428 kes (2011), 3,831 kes (2012), dan 4,119 kes pada 2013, manakala
dari Januari hingga April 2014 sahaja terdapat sebanyak 1,430 kes.

Kanak-kanak yang merupakan sebahagian daripada masyarakat yang akan


menyambung kepada pembangunan negara dan aset sumber manusia pada masa akan datang
perlulah di jaga dari pelbagai aspek kehidupan. Namun, melihat keadaan peningkatan kes
dera yang berlaku, kanak-kanak dilihat berada dalam situasi yang agak membimbangkan.
Kertas ini akan cuba menganalisis faktor berlakunya kes penderaan dan memberikan
cadangan bagi mengatasi masalah yang ini.

2.0 ANALISIS CARA AKHIR FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK

Analisis cara akhir merupakan suatu proses penyelesaian masalah yang dalam
pelaksanaannya diawali dengan pemberian suatu masalah. Melalui masalah yang diberikan,
penulis akan mengindentifikasikan current state dan goal state, menyusun sub-sub maslaah,
kemudian penulis akan mencari penyelesaian dari submasalah yang telah disusun sehingga
akhirnya sampai pada tujuan atau maksud dari masalah tersebut. Bagi masalah yang
dibincangkan dalam kertas ini iaitu berkaitan penderaan kanak-kaank, penulis akan mengenal
pasti current state yang berlaku dan akan cuba untuk membincangkan beberapa cadangan
bagi menuju kearah penyelesaian yang dipanggil goal state dalam strategi ini. Berikut
merupakan analisis tentang faktor-faktor bagi masalah penderaan kanak-kanak.

2.1 Status Sosio ekonomi


Status Sosio-ekonomi telah dikenalpasti sebagai suatu faktor yang sangat dominan
dalam isu penderaan kanak-kanak. Ini telah dibuktikan daripada beberapa kajian terdahulu
terhadap isu ini. Misalnya, menurut Leontine Young (1964: 69) dalam kajiannya telah
menyatakan bahawa persoalan yang penting dalam status sosio-ekonomi adalah berkenaan
dengan tingkat pendidikan dan jenis pekerjaan, jenis tempat kediaman dan jiran tetangga
tempat tinggal serta masalah kesihatan dan sosial yang dihadapi oleh pendera.

4
SBFS 1103

Penulis menyokong terhadap faktor yang telah dikemukakan oleh Leontine Young
kerana faktor-faktor yang berkaitan dengan sosio ekonomi tersebut akan mempengaruhi
cara atau tingkahlaku ibu bapa dalam mendidik anak-anak. Ciri-ciri pekerjaan dan
keadaan pekerjaan ibubapa atau pendera mempunyai kaitan dengan cara mendidik kanak-
kanak. Misalnya, ibu dari golongan status sosio-ekonomi yang rendah didapati kurang
memberi perhatian terhadap keadaan rumah tangga dan cara penjagaan kanak-kanak.
Tidak cukup dengan itu, kanak-kanak dipaksa bekerja menambahkan pendapatan
keluarga.

Pengkaji berpendapat, disebabkan proses urbanisasi iaitu penghijrahan


masyarakat ke bandar dan modenisasi iaitu proses perubahan dalam segala aspek
kehidupan masyarakat menyebabkan berlakunya impak migrasi luar bandar sehingga
wujudnya fenomena kemiskinan bandar. Impak pembangunan pantas ini menyebabkan
wujud segelintir masyarakat tidak mampu mengikut arus kemodenan yang serba pantas
sehingga mereka tercicir dan dibelenggu kemiskinan.

Masalah kemiskinan bandar biasanya membabitkan persoalan pendapatan


ekonomi yang rendah dan kesukaran untuk mendapat peluang kerja dan wang. Apabila
berada dalam kesempitan hidup ini akan mendorong ibubapa bertindak di luar kawalan
apabila berhadapan dengan masalah kewangan (Conger, Lorenz, dan Simons, 2002)
mendapati kekangan ekonomi yang dihadapi oleh ibu bapa dari sudut psikologi akan
meningkatkan tekanan emosi di mana mereka dikatakan akan cepat meradang, marah
serta cenderung untuk menyerang kanak-kanak apabila berada dalam keadaan tertekan.

Ini disokong oleh satu kajian lain di mana tingkah laku ibu bapa dan status
sosioekonomi adalah dilihat signifikan menyumbang kepada risiko penderaan di kalangan
golongan ibu (Berger & Brooks-Gunn 2005). Manakala menurut (Schuck & Widom,
2005), kebanyakan kes penderaan kanak-kanak boleh dijelaskan puncanya dengan
melihat kepada faktor sosioekonomi terutamanya kadar kemiskinan yang tinggi di
kalangan ibu bapa yang mempunyai anak yang ramai.

Bagi mengatasi masalah ini, pihak kerajaan boleh membantu dengan mengadakan
bancian di penempatan yang berisiko dan mengambil data tentangmasalah sosioekonomi
yang berlaku dan seterusnya membantu mengiut apa yang diperlukan
5
SBFS 1103

2.1 Jaringan Sosial

Suatu kelompok yang terdiri dari tiga orang atau lebih boleh dikelompokkan sebagai
kelompok sosial. Menurut (Gelles, R.J, dan Ann Levine, 1995), kebiasaannya mereka yang
berada dalam suatu jaringan sosial tidak sedar akan keanggotaannya kerana jaringan sosial
tersebut belum tentu terwujud sebagai suatu organisasi atau perkumpulan rasmi, contohnya
hubungan kekeluargaan atau jiran tetangga, upacara keluarga, upacara sepanjang kitaran
hidup, upacara istiadat dan aktiviti-aktiviti persatuan atau pertubuhan.

Ketidakpuasan dalam jaringan sosial seperti kurang pergaulan dengan kawan-kawan


atau saudara-mara juga telah memperlihatkan sebagai faktor berlakunya oenderaan terhadap
kanak-kanak. Menurut (Vondra & Sheree,1989), keadaan tersebut telah menyebabkan mereka
lebih suka memenuhi masa lapang dengan cara tersendiri dan keadaan ini telah memberikan
ruang yang lebih luas terhadap aktivit penderaan yang dilakukan tanpa pengetahuan jaringan
sosial. Kurangnya hubungan jaringan sosial dikalangan ibubapa juga boleh menyebabkan
kesan dua kali ganda terhadap perkembangan psikologi kanak-kanak (Cochran & Brassad,
1979). Sokongan sosial yang tidak mencukupi ini akan menjejaskan fungsi diantara ibubapa
sebagai individu dan pelindung kepada anggota keluarga.

Kes penderaan yang berlaku yang disebabkan oleh wujudnya jurang sosial ini dapat
dilihat dengan kejadian yang telah menimpa arwah adik Muhammad Firdaus Dullah. Dia
yang ditemukan oleh anggota penguat kuasa Jabatan Imigresen Negeri Sembilan dalam satu
operasi membanteras pendatang asing tanpa izin (PATI) di Nilai telah mendapat perhatian
seluruh masyarakat. Ketika ditemui, dia berada dalam keadaan yang amat sedih dan
memilukan. Remaja malang yang dikurung dalam sebuah bilik tidak bertingkap itu dibiarkan
bergelumang dalam persekitaran kotor dipenuhi najis dan tanah, tubuhnya kurus kering
seperti mayat dipercayai akibat kekurangan zat. Baju dipakai mangsa didapati telah mereput
akibat sudah terlalu lama bercampur dengan sisa air kencing dan najisnya sendiri selama
berada di situ. Hasil siasatan mendapati ibu kandungnya meninggalkannya pada waktu pagi
dan pulang pada waktu malam.

6
SBFS 1103

Penulis melihat isu ini lebih kepada masalah jaringan sosial kerana laporan siasatan
mendapati ibunya kurang bergaul dengan masyarakat sekeliling. Menurut laporan dari jiran
tetangga, kelibatnya suspek hanya kelihatan pada awal pagi dan lewat malam ketika dia ingin
pergi dan pulang dari tempat kerja pada lewat malam dan tidak pernah bergaul dengan jiran.
Suspek juga sukar dilihat kerana kedudukan rumah sewanya paling hujung bersebelahan
tangga dan tidak melalui hadapan rumahnya untuk turun ke bawah.

Dia yang telah menetap selama 15 tahun di perumahan flat itu hanya pernah dilihat
satu atau dua kali datang ke majlis anjuran flat menyebabkan ramai tidak mengetahui
kehadirannya di kawasan perumah tersebut. Jiran tetangganya juga tidak tahu bahawa
terdapat OKU yang tinggal di flat tersebut. Menurut laporan daripada majikannya pula,
suspek yang bertugas sebagai pekerja penyajian di syarikat itu sejak 10 tahun lalu dikatakan
terlalu berahsia dan hanya melakukan tugas tanpa membabitkan hal-hal peribadi di tempat
kerja.

Jaringan sosial dalam keluaraga yang mendera kanak-kanak gagal membentuk fungsi
fungsi kawalan sosial. Umumnya, kawalan sosial inilah yang menyekat tingkahlaku ibubapa
daripada bertindak ganas. Kegagalan dalam mengawal tingkahlaku menyebabkan keluarga
mangsa memerlukan perlindungan,perkhidmatan rudingcara, pengawalan dan bantuan
kewangan (Garbarino & Galliam, 1980 dan Sherman, 1980).

Oleh itu, interaksi di dalam hubungan kekeluargaan mangsa penderaan adalah amat
penting. Hubungan baik di dalam sesebuah keluarga akan mempengaruhi hubungan luar
keluarga terutamanya di antara jiran tetangga dan saudara-mara. Kawalan sosial yang
sepatutnya bertindak untuk menyekat ibubapa daripada bertindak ganas akan mengalami
kegagalan dalam konteks fungsinya yang asal terhadap keluarga yang mendera kanak-kanak.

Sebagai rakyat Malaysia yang dikatakan hidup dalam keadaan bersatu padu dan
mempunyai rukun tetangga yang aman damai, kes sebegini tidak seharusnya berlaku. Kes ini
mencerminkan kepincangan kita membendung isu membabitkan pengabaian kanak-kanak.
Ini menggambarkan penyakit sosial dalam masyarakat dan insiden berkenaan perlu
dipandang serius oleh semua pihak. Kes pengabaian arwah Firdaus sepatutnya tidak akan
berlaku jika sekiranya setiap induvidu mesyarakat peka terhadap keadaan sekeliling lebih-
lebih lagi hal yang membabitkan jiran tetangga yang berada dekat dengan kediaman kita.
7
SBFS 1103

Beberapa langkah yang boleh diambil bagi menghindarkan kes sebegini kembali
berlaku pada masa hadapan. Kes ini mencerminkan kepincangan kita membendung isu
membabitkan pengabaian kanak-kanak Jika dilihat kepada laporan siasatan kes arwah
Firdaus, mangsa hanya boleh menyebut tiga perkataan iaitu umi, ibu dan makan. Perkataan
'ibu' itu merujuk kepada pengasuh remaja berkenaan sementara 'ummi' merujuk kepada ibu
kandungnya. Manakala, perkataan 'makan' pula biasanya akan keluar daripada mulutnya
setiap kali lapar (Sinar Harian, Jun 2014). Ketiga-tiga perkataan itu menunjukkan 'dunia'
Muhammad Firdaus sebelum ini hanya tertumpu kepada pengasuh dan ibunya saja, tanpa
melihat dan mengenali orang lain di sekeliling, sehingga ada kala dia kelihatan takut pada
orang ramai.

Laporan ini dapat memberi pengajaran kepada ibubapa terutamanya yang mempuyai
anak yang kurang upaya supaya lebih mendedahkan kepada dunia luar. Contohnya, ibubapa
menggalakkan anak-anak untuk mengikuti aktiviti atau program yang bersesuaian dengan
kebolehan anak kurang upaya tersebut, mendedahkan kepada mereka tentang apa yang perlu
dilakukan jika berlaku perkara yang tidak diingini kepada mereka dan sebagainya. Selaku
individu yang hidup bermasyarakat pula, setiap individu perlu peka dan menjalankan peranan
sebagai masyarakat yang prihatin, menghidupkan semangat kejiranan dengan menyertai
program yang dianjurkan oleh pihak JKKK dan rukun tetangga.

Di samping itu juga, pihak berwajib dalam setiap kawasan perumahan harus lebih
peka dan cakna terhadap setiap anggota jiran tetangga yang tinggal di kawasan di bawah
pengawasannya. Sekiranya terdapat individ atau keadaan yang agak mencurigakan, pihak
berwajib perlulah mengambil tindakan segera untuk menyiasat atau bertanya khabar tentang
keadaan yang dilihat agak menyelitkan itu. Perkara ini bukanlah dilihat sebagai menjaga tepi
kain orang, tetapi ianya sebagai satu bentuk pencegahan daripada berlakunya kes seumpama
ini lagi.

2.3 Norma Budaya


Norma budaya adalah peraturan atau tatacara tingkah laku individu yang diterima
umum di dalam masyarakat. Ini adalah kerana keakuran terhadap norma budaya sesuatu
kelompok boleh melambangkan ciri-ciri keperibadian budaya tersebut. Dalam kes penderaan
dan pengabaiaan kanak-kanak, norma budaya mempengaruhi cara ibubapa mendidik kanak-
kanak. Menurut (Sharon D, 1996), sesetengah budaya menggalakkan hukuman fizikal
8
SBFS 1103

terhadap kanak-kanak.. Terdapat beberapa pemikir barat memberi pandangan mengenai


hukuman rotan antaranya, Friedman dan Schonberg (1994), mentakrifkan perbuatan
memukul sebagai tujuan mendisiplinkan anak bagi membentuk sahsiah diri yang sempurna
termasuk kesempurnaan moral dan etika. Manakala, Larzelere (2001) mengatakan dalam
keadaan tertentu, menggunakan hukuman berat seperti merotan membuatkan anak itu lebih
berdisiplin berbanding anak yang tidak dikenakan hukuman dan hanya menggunakan nasihat,
amaran ataupun denda.

Dalam masyarakat timur, norma budaya yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi
dalam mendidik anak-anak adalah dengan cara merotan. Dalam masyarakat timur, norma
budaya yang telah diamalkan sejak dari dahulu lagi dalam mendidik anak-anak adalah dengan
cara merotan. Dari segi psikologi, budaya merotan untuk mendidik yang diamalkan ini
adalah supaya mereka akur serta patuh kepada ibu bapa. Namun begitu, saban hari kita dapat
melihat bahawa perkara yang dikatakan sebagai norma masyarakat ini telah disalaherti dan
disalahguna oleh ibubapa kepada anak-anak mereka.

Kes penderaan yang telah melibatkan faktor norma budaya ini dapat disaksikan
dengan berita daripada laman web rasmi ( Malaysian Edition- Ogos 2013) mengenai seorang
kanak-kanak perempuan berusia lima tahun di Ipoh terpaksa dikejarkan ke hospital selepas
mengalami kecederaan parah di beberapa bahagian anggota tubuh dan kepala disyaki akibat
didera ibu di rumah mereka di Mengelembu. Dalam kejadian itu, mangsa dibawa bapanya ke
Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi
(ICU). Ibu mangsa dipercayai merotan mangsa kerana kanak-kanak terbabit nakal dan tidak
mendengar nasihat. Ketua mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan dan
kepala disyaki akibat penderaan.

Baru-baru ini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri
Rohani Abdul Karim ada mengumumkan cadangan merotan anak bakal menjadi satu
kesalahan jenayah bagi ibu bapa di negara ini (Metro, 2015, Jun). Pengumuman cadangan ini
mendapat tentangan daripada beberapa pihak termasuk kesatuan guru dan juga ibu bapa. Dari
satu sudut, cadangan ini adalah agak positif bagi membendung salah guna kuasa ibu bapa
dengan cara merotan anak-anak mereka. Namun begitu, adat masyarakat timur dalam
mendidik anak yang masih berpegang kepada prinsip kepercayaan bahawa sayangkan anak
tangan-tangankan ini diakui masih lagi relevan untuk dipraktikkan oleh ibu bapa masa kini.

9
SBFS 1103

Bagaimanapun pihak berwajib perlulah menekankan kepada ibubapa tentang garis


panduan dan tunjuk ajar islam dalam cara memukul anak untuk tujuan mendidik. Bagi
membendung masalah yang sama kembali berlaku, hukuman alternatif dan khidmat
masyarakat atau kaunseling atau kursus ke ibubapaan perlulah diberikan kepada ibubapa
yang telah melakukan kesalahan merotan agar ibubapa yang telah melakukan kesalahan
benar-benar faham tentang gaya asuhan yang perlu diberikan kepada anak-anak agar
perbuatan merotan anak yang selama ini dianggap sebagai norma masyarakat tidak disalh
ertikan sehingga berlaku kes penderaan kepada anak mereka.

2.4 Hubungan perkahwinan


Menurut Vondra dan Sheree (1989), dalam krisis perceraian sama ada ibu bapa telah
bercerai atau dalam proses perceraian dimana perasaan marah atau kecewa tidak diselesaikan
akan diluahkan kepada anak mereka yang sememangnya tidak ada kaitan secara lansung
dengan kerenggangangn hubungan mereka. Anak itu mungkin diperlihatkan sebagai
kelemahan salah satu daripada ibubapa dan anak itu dibelasah atau diketepikan, padahal ia
tidak bersalah sama sekali. Disamping itu, ibubapa yang menghadapi masalah keretakan
hubungan perkahwinan antara satu sama lain, mempunyai hubungan di luar perkahwinan
dengan wanita lain, perceraian dan sebagainya. Semua faktor ini merupakan punca penderaan
dan penganiayaan dikalangan kanak-kanak yang terperangkat dalam konflik hubungan
perkahwinan ibubapa.

Terdapat beberapa kes penderaan yang berpunca daripada keretakan perkahwinan


ibubapa. Kes pertama yang dipetik dari laman web suara TV pada (Suara TV, 2015-April),
memperlihatkan tentang satu kes penderaan yang berlaku di Ipoh yang berpunca daripada
masalah rumahtangga. Akibat tekanan masalah dengan suaminya itu suspek bertindak
memukul anaknya dan merakam menggunakan telefon bimbit sebelum video kejadian
menjadi viral di laman sosial. Suspek yang berusia 17 tahun dan juga ibu kandung mangsa
dipercayai mengalami masalah tekanan perasaan dan dalam proses perceraian dengan
suaminya yang berusia 18 tahun. mangsa diserahkan kepada ibu dan neneknya untuk dijaga
tetapi melalui pemantauan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Kes kedua yang berkaitan dengan hubungan perkahwinan ibubapa ialah satu kes yang
masih menjadi buah mulut masyarakat sehingga sekarang iaitu kes adik yaya yang telah
didera oleh ibu tiri di Pasir Mas, Kelantan. Mengikut berita hasil laporan daripada (Utusan,

10
SBFS 1103

Jun 2015), hasil pemeriksaan kesihatan mendapati mangsa mengalami beberapa kecacatan
kekal seperti bongkok akibat masalah tulang belakang yang patah serta tempang kerana
perbezaan panjang tulang paha kiri dan kanan. 10 kesan kecederaan patah dikesan di
bahagian tulang rusuk manakala tiga lagi masing-masing dikesan di bahagian tulang
belakang, pinggul serta lengan kanan. Mangsa dipercayai terpaksa menanggung kesakitan
bersendirian akibat patah tulang selama kira-kira tiga hingga enam bulan.

Mangsa juga didapati dalam keadaan trauma di samping mengalami radang paru-paru
sehingga mengganggu sistem pernafasannya. Usus Yaya juga dikatakan berlipat sehingga
mengganggu sistem pencernaan. Selepas berlaku perceraian anatra ibubapa kandung Yaya,
hak penjagaannya telah diambil oleh bapanya yang telah berkahwin dengan seorang gadis.
Ibu kandung Yaya tidak peluang untuk melawat dan berjumpa anaknya sehinggalah beliau
dihubungi oleh ibutirinya yang mahu mengembalikan Yaya kepadanya dan baru ketika itu dia
mendapati perubahan pada tubuh badan Yaya akibat didiera.

Berdasarkan dua kes yang dibuktikan di atas, beberapa langkah atau usaha perlulah
diambil agar kes penderaan yang berpunca daripada keretakan hubungan perkahwinan
ibubapa tidak lagi berlaku. Pertamanaya, setiap pasangan yang ingin berkahwin perlulah
mencukupkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang rumahtangga, apa yang akan dilalui
dalam hubungan perkahwinan kelak. Seperti yang kita sedia maklum, setiap individu perlu
mengambil kursus perkahwinan sebelum mereka melangkah ke gerbang rumah tangga. Jadi,
disini pihak JAKIM boleh mengambil peluang untuk memanfaatkan ilmu dengan cara yang
berkesan kepada para peserta kursus perkahwinan. Mungkin modus operandi yang disediakan
atau cara yang disampaikan tentang kepentingan masalah dalam hubungan rumahtangga tidak
memberi kesan kepada para peserta. Disini pihak JAKIM boleh menyemak kembali atau
cuba untuk memberikan info yang lebih terkesan di hati mereka.

Kedua, masalah ini bergantung kepada individu pasangan yang menghadapi masalah
itu sendiri. Langkah yang terbaik apabila sudah tidak mampu untuk menyelesaikan masalah
rumahtangga secara sendiri, maka individu perlu untuk keluar memberitahu pihak ketiga atau
pihak berwajib. Sesi kaunseling boleh didapatkan di mana-mana badan yang
bertanggungjawab dalam hal perkahwinan. Jika langkah ini tidak diambil, tidak mustahil
ianya akan mendatangkan tekanan kepada pasangan yang bermasalah dan mereka
melepaskan tekanan itu dlaam bentuk penderaan kepada anak-anak.
11
SBFS 1103

Ketiga, kes seperti yang telah berlku kepada mangsa dera yang bernama yaya dapat
dielakkan pada masa hadapan dengan kita perlu lebih prihatin terhdapa penjagaan anak-anak
yang diambil ahli penjagaannya oleh orang lain terutamnaya melibatkan ibu atau bapa tiri.
Langkah ini penting kerana kita perlu berhati-hati terhadap individu yang belum pernah hidup
bersama dengan anak-anak itu. Hak penjagaan boleh dituntut pada pihak yang berwajib jika
kita ragu-ragutentang tahap keselamatan yang diberikan oleh individu yang menjaganya. Ibu
Yaya sepatutnya mendapat hak untuk melawat anaknya dan dia berhak mengadukan kepada
pihak mahkamah apabila dia tidak diberi kebenaran untuk melawat dan bercakap melalui
telefon oleh ayahnya.

3.0 STRATEGI RANTAIAN HADAPAN BAGI MENGATASI MASALAH


PENDERAAN KANAK-KANAK

Masalah penderaan yang berlaku telah mengekspresikan kepada kita tentang satu
situasi yang perlu diberi perhatian dengan lebih mendalam. Penderaan ke atas kanak-kanak
meninggalkan kesan yang sangat besar bukan saja ke atas fizikal mereka sebaliknya kesan
yang paling teruk ke atas emosi dan jiwa kanak-kanak itu sendiri. Berdasarkan kajian
perkembangan, apa saja pengalaman dilalui kanak-kanak pada usia enam tahun ke bawah
akan kekal dalam minda mereka.Walaupun penderaan fizikal kelihatan amat menakutkan
kerana mampu meninggalkan kecederaan dan parut kekal ke atas tubuh kanak-kanak, kesan
ke atas emosi paling teruk kerana mampu meninggalkan kesan negatif dan membabitkan
perubahan emosi yang drastik. Melihat kepada kesan ini, strategi yang teratur dan berkesan
perlu diambil bagi mengurangkan kadar peratusan kejadian kes penderaan pada masa
hadapan.

Dalam menyelesaian masalah kes penderaan mengikut strategi rantaian hadapan ini,
penulis ingin menggariskan empat sebab utama berlakunya penderaan iaitu terdiri daripada
sosial, psikologi, dan fizikal. Kemudian, daripada faktor-faktor ini, penulis akan
menggariskan dengan lebih lanjut lagi dengan mengemukakan pihak-pihak yang mesti
berganding bahu bersama-sama seperti pihak keluarga, masyarakat dan pihak kerajaan dalam
menyelesaikan isu ini dan apa yang perlu setiap pihak itu perlu lakukan.

12
SBFS 1103

3.1.1 Sosial

Keadaan sosial keluarga mangsa adalah sangat penting untuk diberi perhatian. Ini adalah
kerana ianya merupakan penebab utama kebanyakan kes penderaan terjadi. Faktor sosial ini
adalah boleh dikaitkan dengan masalah sosioekonomi keluarga mangsa. Hasil kajian lalu
mendapati bahawa status sosio-ekonomi merupakan salah satu faktor dominan yang
menyebabkan kanak-kanak terlibat di dalam kes-kes penderaan dan pengabaian kanak-kanak
(Muhd. Husaain, 1994; Karneneedi, 1993 dan Noraini Abdullah, 1991. Jenis pekerjaan,
pendapatan, jenis rumah kediaman, kemudahan dan perkhidmatan awam menjadi isu-isu
yang dinilai dalam faktor ini. Beberapa kajian mendapati bahawa kecenderungan melakukan
keganasan adalah tinggi di sesetengah keluarga kerana Tekanan perasaan yang disebabkan
oleh masalah disekitar pelaku, contohnya pengangguran.

Begitu juga dengan jenis rumah kediaman. Daripada data kajian yang telah dilakukan
oleh (Cochran & Brassad,1979) mendapati 54 peratus dari keluarga mangsa penderaan
tinggal di rumah setinggan. Disamping itu, jurang sosial yang wujud dalam diri pelaku dan
mangsa, Kekurangan kekerapan mangsa bergaul serta berkomunikasi dengan jiran tetangga
akan menyebabkan meningkatnya risiko penderaan berlaku. Penerangan di atas
menggambarkan bahawa faktor sosioekonomi merupakan salah satu faktor penting
berlakunya insiden penderaan dan pengabaian kanak-kanak. Keadaan tempat tinggal yang
tidak sempurna ditambah dengan masalah kewangan yang tidak mencukupi menyebabkan
mereka lebih agresif dan sering melakukan keganasan terhadap kanak-kanak.

3.1.1 Peranan keluarga


Ahli keluarga dan sanak saudara terdekat yang merupakan individu paling rapat
perlulah lebih bertanggungjawab terhadap keadaan sosial ahli keluarga setiap masa. Masalah
pengangguran yang berlaku tidak seharusnya dibiarkan dengan begitu lama kerana ia berisiko
mendatangkan masalah ekonomi dan tekanan perasaan untuk meneruskan kehiduapan
seharian. Ahli keluarga perlu membantu memberi semangat dan panduan dalam mencari
pekerjaan. Dunia yang penuh mencabar sekarang memerlukan kita untuk hidup dalam
keadaan yang bijak untuk meneruskan hidup. Individu yang menganggur boleh mencuba
untuk mencipta peluang pekerjaan dengan berusaha untuk berniaga kecil-kecilan. Individu
perlu rajin untuk mencungkil bakat untuk mencari rezeki. Dari segi sosialisasi, cara ibubapa
mensosialisasikan-kanak adalah sangat penting. Mengadakan majlis keramaian sesama ahli

13
SBFS 1103

keluaraga, bertukar-tukar kunjungan dan kerap kali mengadakan pertemuan dapat


mengurangkan keluarga yang berisiko daripada terjebak dengan masalah penderaan.
Hubungan baik di antara ibubapa dengan kanak-kanak di dalam sesebuah keluarga akan
mempengaruhi hubungan di luar keluarga terutamanya diantara jiran tetangga, sanak-saudara
dan sebagainya. Jaringan sosial di dalam sesebuah keluarga mempunyai kaitan yang rapat
dengan norma budaya. Kedua-dua faktor ini amat penting kerana masyarakat kita masih
mempertahankan hubungan jaringan sosial dan norma budaya mengikut latarbelakang budaya
masing-masing.

3.1.2 Peranan Masyarakat

Daripada punca jurang sosial yang berlaku dalam kes penderaan, masyarakat boleh
memainkan peranan bagi membasmi jurang ini. Jiran tetangga terdekat perlu untuk lebih
prihatin dengan keadaan sekeliling, sentiasa rajin untuk bertanya khabar, aktif dalam
melakukan aktiviti dalam kawasan rukun tetangga dengan menggalakkan seramai mungkin
penduduk sekitar untuk menyertainya. Jika tindakan ini dapat diambil dengan teliti, tiada lagi
masalah tidak mengenali jiran sebelah rumah, tidak mengetahui kewujudan sesetengah jiran
dan merapatkan silaturrahim antara masyarakat di sekeliing.

Jika ikatan silaturrahim ini kukuh terjalin diantara setiap jiran tetangga, kemungkinan
masalah sosial dalam setiap keluarga pelaku dan juga mangsa dapat dicegah. Kejiranan
merujuk kepada pola interaksi sosial diantara jiran-jiran disuatu kawasan kediaman, Jiran
biasanya merujuk kepada semua individu yang tinggal di satu kawasan kejiranan (Stephan,
H.K, 1997). Umpamanya, mereka saling tolong-menolongg dan bekerjasama dalam keadaan
suka dan duka. Ukuran dalam hubungan kejiranan yang dapat dilihat dari segi penilaian yang
dibuat oleh para penghuni tidaklah mencukupi. Tetapi ianya harus diukur dari kekerapan
kunjungan penghuni ke rumah jiran mereka.

3.1.3 Peranan Kerajaan


Kerajaan perlu untuk memandang serius kepada masalah sosial yang berlaku dalam
masyarakat. Seharusnya pihak berwajib perlu untuk mengumpulkan data bancian dari segi
pendapatan, jumlah ahli dalam isi rumah, tingkat keselamatan sesebuah rumah dan
sebagainya yang mempengaruhi sosial sesebuah keluarga. Selepas itu, langkah yang lebbih
terperinci perlu dilakukan seperti sekurang-kurangnya membantu memberi maklumat tentang

14
SBFS 1103

peluang pekerjaan bagi individu yang menganggur, menyediakan rumah yang lebih selesa
kepada keluarga yang sangat memerlukan, serta menyediakan aktiviti atau program yang
dapat membentuk masyarakat untuk menggunakan peluang bersosial dengan berkualiti.

3.1 Psikologi.

Faktor psikologi juga boleh menyebabkan terjadinya kes penderaan. Ianya juga termasuk
dalam kegagalan mengawal emosi yang tidak baik. Kemurungan, sikap kendiri yang rendah
serta stress yang terjadi kepada diri pelaku dan mangsa telah meningkatkan kejadian kes
penderaan. Pertengkaran antara suami isteri, masalah penangihan dadah dan arak, faktor ibu
dan ayah tiri, pengaruh kisah silam, faktor membalas dendam, kegagalan mengawal nafsu,
yang termasuk dalam aspek psikologikal ini juga serta kegagalan mengawal nafsu telah
menambahkan lagi purata kejadian penderaan ke atas kanak-kanak yang tidak bersalah.

3.2.1 Peranan keluarga


Ahli keluarga selaku individu yang paling rapat dengan mangsa dan suspek perlu
menyedari dan sensitif sekiranya wujud masalah psikologi dalam keluarga. Masalah
perceraian, pergaduhan, ketagihan arak dan dadah , pengaruh kisah silam perlulah dilihat
sebagai suatu masalah yang serius. Misalnya, sekiranya isteri mengahadi masalah dengan
suami yang sangat bengis, isteri wajib berkongsi masalah tersebut kepada ahli keluarga
terdekat bagi mengelakkan sebarang risiko kemudaratan lain yang berlaku khususnya
penderaan. Peranan ahi keluarga pula, apabila mendapat maklumat, mengesyaki atau yakin
bahawa terdapat kesulitan dari segi psikologikal yang berlaku dalam keluarga, maka
hendaklah mengambil langkah bijak dengan memberi nasihat, menggalakkan supaya
berjumpa dengan pihak yang pakar dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi, menghadiri
sesi kaunseling dan sebagainya. Apa yang penting, langkah seterusnya adalah bermula
dengan langkah pertama yang harsu dimulai dengan kesedaran diri individu mangsa atau
pelaku dan ahli keluarga sekitarnya. Jika tidak, perkara ini akan menjadi masalah yang
terpendam dan memburukkan lagi situasi dan masalah yang dihadapi.

3.1.4 Peranan Pihak Kerajaan

Dalam hal ini, pihak berwajib harus peka dengan setiap aduan atau yang diterima dan
segera mengambil keputusan untuk tindakan seterusnya. Sesi kaunseling secara percuma
perlu diadakan untuk sebarang masalah yang dihadapi oleh mangsa atau pelaku. Jika keadaan
15
SBFS 1103

psikologikal atau kawalan emosi adalah berada pada tahap yang agak membimbangkan,
kaunselor boleh merujuk kepada pihak psikiatri atau psikologis untuk mendapatkan rawatan
yang lebih terperinci untuk kawalan emosi.

3.2 Fizikal

Weiss (2002) mendapati menjaga kanak-kanak kurang upaya mendatangkann tekanan


psikologikal kepada ibu bapa. Tekanan psiklogikal yang dialami ibubapa atau penjaga dalam
membesarkan anak OKU berpunca daripada kurangnya sokongan, tekanan kewangan (Weiss,
2012), tahap ketidakupayaan anak (Singer & Floys, 2006), status perkahwinan (Olsson &
Hwang, 2001), harapan terhadap anak (Faso, Neal-Beevers & Carlson, 2013) dan penerimaan
ibu bapa terhadap kehadiran anak OKU.

Sesetengah ibubapa yang dikurniakan anak kurang upaya (OKU) malu dengankeadaan
anak mereka. Disebabkan itu kanadang-kadang mereka tidak mendedahkan anak-anak itu
kepada masayarakat. Anak-anak dikurung di dalam kediaman, tiada pergaulan dan
pendedahan terhadap persekitaran. Alasan sukar untuk dibawa keluar anak-anak yang
berkeadaan cacat ditambah dengan perasaan malu, maka anak-anak itu hanya dibiarkan
terkurung di dalam rumah.

Selain daripada itu, anak-anak yang hiperaktif juga menjadi isu dalam kes penderaan
ini. Kanak-kanak memnag tidak dinafikan mereka memerlukan lebih perhatian dan
perlindungan dek kerana sifat hiperaktif mereka yang barangkali boleh membuatkan mereka
melakukan sesuatu aktiviti yang membahayakan diri mereka. Kanak-kanak ini yang sering
menunjukkan sifat memberontak, kasar dan sangat aktif di hadapan khalayak dan jiran
tetangga kadang kala menyebabkan mereka dipukul dan dirotan kerana dianggap memalukan
ibubapa mereka. Atas alasan penat untuk melayan dan menjaga tingkahlaku kanka-kanak
yang hiperaktif ini, ada antara mereka diikat dan di dinding rumah supaya pergerkan mereka
terhad dan menyenangkan kerja ibubapa mereka.

3.3.1 Peranan Masyarakat


Stigma yang diberikan oleh masyarakat terhadap ibu bapa kanak-kanak OKU
didapati mempengaruhi kesihatan mental ibu bapa. Hasil kajian ini konsisten dengan kajian
(Bolner, 2012) dimana ibu bapa yang merasa dirinya menerima stigma daripada ahli

16
SBFS 1103

masyarakat dan akan menjurus kepada peningkatan tekanan dan kemurungan yang dialami.
Melihat keadaan ini, harus diadakan kursus atau khidmat nasihat melalui JKM kepada ibu
bapa kanak-kanak OKU dalam berhadapan dengan stigma negatif yang diberikan oleh
golongan masyarakat. Masyarakat pula harus peka dengan perasaan ibubapa yang
mempunyai anak-anak istimewa.Elakkan daripada bertanya soalan yang boleh menyinggung
perasaan, atau memperkatakan sesuatu dengan cara menyindir tentang kekurangan anak-anak
istimewa tersebut.

3.2.2 Peranan Pihak Kerajaan


Disebabkan hal ini, pengenalpastian punca sebenar rendahnya tahap kesihatan
berdasarkan perspektif ibu bapa kanak-kanak OKU sendiri adalah amat penting. Ini kerana,
dengan bukti adanya dapatan kajian lepas yang mendapati tahap kesihatan mental ibu bapa
kanak-kanak OKU yang rendah menjadi punca penderaan kanak-kanak OKU, pihak kerajaan
khususnya Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) perlu memandang serius akan perkara ini.

Selain daripada memberi bantuan dari sokongan kewangan dan alat tiruan;
pemberian keistimewaan kepada kanak-kanak OKU melalui pandaftaran anak OKU;
penubuhan institusi pemulihan dan latihan bagi kanak-kanak OKU seperti Pusat Pemulihan
Dalam Komuniti (PDK), pihak JKM perlu bermula dengan pengenalpastian masalah sebenar
yang dialami oleh ibu bapa dalam membesarkan ka kanak-kanak OKU khususnya dari segi
kesihatan mental bagi menangani masalah penderaan atau pengabaian kanak-kanak OKU.

Pihak JKM perlu menjalankan kursus atau program seperti intervensi awal bagi
membantu ibu bapa yang baru sahaja mendapat tahu anaknya didiagnose sebagai OKU. Ini
kerana pada peringkat awal inilah ibu bapa akan mengalami masalah untuk menerima
kenyataan bahawa anaknya adalah orang kurang upaya, tidak tahu apa yang perlu dilakukan
ke atas anak OKU (Dale, 1996) dan bimbang akan perkembangan anak OKU (Veisson, 2004)
sehingga mendatangkan kemurungan kepada ibu bapa. Melaui program intervensi awal ini,
ibu bapa akan cepat ke tahap penerimaan anak kurang upaya seperti dinyatakan dalam
Kubler-Ross Model dimana seseorang akan bermula dengan proses peniadaan, kemarahan,
tawar-menawar, kemurungan dan akhir sekali penerimaan (Lineker & Ferlis, 2014).

Disamping itu, tumpuan juga harus diberikan kepada golongan ibu bapa kanak-
kanak OKU yang tinggal di luar bandar atau pendalaman. Ini kerana, berdasarkan dapatan
17
SBFS 1103

kajian ini dan kajian-kajian lepas, ibu bapa kanak-kanak OKU yang menetap di luar bandar
mengalami masalah untuk berjumpa dengan golongan profesional seperti ahli terapi bagi
mendapatkan rawatan anak OKU kerana faktor lokasi yang jauh dari bandar (Goins, et al.,
2005); kurang pilihan institusi perubatan (Buchanan et al. 2006); kurang pengangkutan awam
(Scott-Findlay & Chalmers, 2001); dan mempunyai masalah kewangan bagi menanggung kos
perubatan anak OKU (Skinner & Slifkin, 2007). Adalah dicadangkan bahawa, golongan
profesional perlu ditempatkan di kawasan luar bandar agar bebanan dan cabaran yang
dihadapi oleh ibu bapa kanak-kanak OKU di luar bandar dapat dikurangkan, seterusnya dapat
mengurangkan risiko anak kurang upaya menjadi mangsa penderaan dan pengabaian.

Dapat disimpulakan bahawa, melalui hasil kajian ini dapat difahami akan cabaran
yang dialami oleh ibu bapa dalam membesarkan kanak-kanak kurang upaya. Dengan
memahami cabaran yang membawa kepada rendahnya kesihatan mental ibu bapa, dapat
dilaksanakan program atau sokongan yang bersesuaian, khusus untuk ibu bapa yang
mempunyai anak kurang upaya.

4.0 PENUTUP
Penderaan fizikal yang berlaku kepada kanak-kanak menunjukkan runtuhnya nilai
kasih sayang dalam sesebuah institusi keluarga. Ia secara tidak langsung melemahkan hasrat
negara dalam usaha mencapai Wawasan 2020 di mana salah satu sembilan cabaran Wawasan
2020 adalah memupuk kasih sayang dalam membentuk sebuah keluarga dan masyarakat yang
penyayang. Oleh itu, kanak-kanak perlu dilindungi daripada sebarang bentuk bahaya
termasuk semua jenis penyeksaan, penderaan, diskriminasi dan eksploitasi. Ini kerana
kesejahteraan kanak-kanak sebagai modal insan akan tergugat akibat menjadi mangsa
penderaan mereka yang tidak bertanggungjawab. Lindungilah hak asasi kanak-kanak kerana
mereka adalah pewaris negara yang bakal menerajui masa depan sosial, politik dan ekonomi
negara.

Berdasarkan kepada semua analisis faktor dan strategi penyelesaian masalah terhadap
isu penderaan kanak-kanak yang dikemukakan di atas, diharap dapat membantu memberi
maklumat atau mempertimbangkan cadangan tersebut untuk kebaikan dan menuju matlamata
penyelesaian masalah yang terakhir iaitu untuk menyelesaikan masalah penderaan kanak-
kanak yang saban hari membanjiri negara ini.

18
SBFS 1103

RUJUKAN.

Akhbar

Friedman dan Schonberg (1994), Sinar Harian: Rotan pilihan terakhir mendidik anak, Feb 7,
2015.

Larzelere (2001), Sinar Harian: Rotan pilihan terakhir mendidik anak, Feb 7, 2015.
Malaysian Edition, Kes dera kanak-kanak, ibu rotan anak hingga masuk ICU,
www.malaysiaedition.net/kes-dera-kanak-kanak-ibu-rotan-anak-hingga-masuk-icu/- 23 Ogos
2013

Says: Rangkuman Penuh Kes Dera Adik Yaya Oleh Ibu Tiri Kejam Sehingga Patah 13,Jun
30, 2015, Tulang, http://says.com/my/news/kes-dera-adik-yaya-sehingga-patah-13-tulang

Buku

Azizi Yahaya; Asmah Suboh; Zurihanmi Zakaria; Fawziah Yahya (2005). Aplikasi Kognitif
dalam Pendidikan Kuala Lumpur : PTS Professional Publishing. Kuala Lumpur.

Haresh (2012), Kemahiran Berfikir dan Menyelesaikan Masalah, Serdang : Open University
Malaysia,(7) (150)

Jurnal / Kertas Kerja

Berger, L., & Brooks-Gunn, J. 2005.Socioeconomic status, parenting knowledge and


behaviors and perceived maltreatment of young low-birth-weight children. The Social
Service Review, 79 (2), 237-268.

Bolner, O. (2012). Effects of perceived stigma amongst parents of children with


mitochondrial disease. Ogden Utah: Weber State University.

Conger, R., G, X., Lorenz, F., & Simons, R., 2002. Economic Stress, Coercive Family
Process And Developmental Problems Of Adolescents. Child Development, 65 (2), 541-562.

Garbarino & Galliam, 1980 dan Sherman, 1980, dalam Peranan atau Tanggungjawab
Jabatan Kebajikan Masyarakat Dalam Menangani Isu Pengabaian dan Penderaan Dalam
Kalangan Anak Oku. Kesihatan Mental Ibu Bapa KanakKanak OKU: Kajian Awal:
Universiti Malaysiia Sabah, ISBN : 978-967-0582-32-0

Lineker & Ferlis, (2014), dalam Peranan atau Tanggungjawab Jabatan Kebajikan
Masyarakat Dalam Menangani Isu Pengabaian dan Penderaan Dalam Kalangan Anak Oku.
Kesihatan Mental Ibu Bapa KanakKanak OKU: Kajian Awal: Universiti Malaysiia Sabah,
ISBN : 978-967-0582-32-0

Noremy Md. Akhir, Khadijah Alavi, Salina Nen, Fauziah Ibrahim, M. Suhaimi Mohamad,
Nazirah Hassan, Hubungan Faktor Dalaman Penderaan Fizikal Terhadap Kanak-Kanak Oleh
Ibubapa, Fakulti Sains Sosial, Bangi: Universiti kebangsaan Malayisia, 7(1), 001-014, April
Special -2012.

19
SBFS 1103

Schuck, A., & Widom, C. 2005. Understanding the role of neighborhood context in the long
term criminal consequences of child maltreatment. American Journal of Community
Psychology, 36 (3/4), 207-222.

Weiss, M. J. (2002). Hardiness and social support as predictors of stress in mothers of typical
children, children with autism, and children with mental retardation. Autism, 6, 115-130.

Laman Web

Chaffee, 1988, dalam Kemahiran berfikir


http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir#scribd1988

Cochran & Brassad, 1979, dalam Bab 2, Penderaan kanak-kanak : Konsep dan teori ,
http://studentsrepo.um.edu.my/682/3/BAB2.pdf

Gelles, R.J, dan Ann Levine, 1995, dalam Bab 2, Penderaan kanak-kanak : Konsep dan teori,
http://studentsrepo.um.edu.my/682/3/BAB2.pdf
Leontine Young ,(1964: 69) dalam Bab 2, Penderaan kanak-kanak : Konsep dan teori ,
http://studentsrepo.um.edu.my/682/3/BAB2.pdf

Vincent Ryan Ruggiero, 1991 dalam Kmahiran Berfikir


http://www.scribd.com/doc/4025887/Kemahiran-Berfikir#scribd1988

Vondra & Sheree, 1989, dalam Bab 2, Penderaan kanak-kanak : Konsep dan teori ,
http://studentsrepo.um.edu.my/682/3/BAB2.pdf

Sharon D, 1996, dalam Bab 2, Penderaan kanak-kanak : Konsep dan teori ,


http://studentsrepo.um.edu.my/682/3/BAB2.pdf

Suara TV: Usus Yaya Berlipat Kesan Dari Penderaan, June 29, 2015,
http://www.suara.tv/2015/06/29/usus-yaya-berlipat-kesan-dari-penderaan

20
SBFS 1103
LAMPIRAN
(i) ANALISIS CARA AKHIR FAKTOR PENDERAAN KANAK-KANAK

Masalah Current Issue Goal State Langkah Penyelesaian

Status Sosio ekonomi Kajian menunjukkan ia merupakan Tiada / Kurangkan masalah sosio- Kerajaan/pihak berwajib mengambil
faktor dominan ekonomi yang ada data keluarga yang bermasalah,
membantumengikut apa yang
diperlukan supaya masalah dan
bebanan mereka dapat dikurangkan.
Jaringan Sosial Kes Arwah Muhammad Firdaus Kes sebegini tidak berulang Ibu bapa/Jiran tetangga main
Dullah peranan/JKKK adakan lebih banyak
program, galakkan semua penduduk
untuk sertai

Norma Budaya - Kes kanak perempaun dirotan Fahami apa yang dimaksudkan -Memberi pemahaman kepada
hingga masuk ICU dengan denda melalui rotan masyarakat tentang hukuman denda
-mengumumkan cadangan merotan dengan menggunakan rotan
anak bakal menjadi satu kesalahan
jenayah bagi ibu bapa di negara ini -Meletakkan garis panduan yang jelas
dlaam merotan kanak-kanak

Hubungan Perkahwinan -Kes adik Yaya didera oleh ibu tiri Elakkan penglibatan anak-anak dalam -Pihak berwajib ambik tindakan-:sesi
-Kes di Ipoh pukul anak akibat masalah rumahtangga/perceraian kaunseling
tertekan dengan suami

1
SBFS 1103

LAMPIRAN
(ii ) STRATEGI RANTAIAN HADAPAN BAGI MENGATASI MASALAH PENDERAAN KANAK-KANAK

PRIMER (Keluarga)
SOSIAL - Kemahiran
Persekitaran KELUARGA keibubapaan
Kewangan Adik - Jarinagn
beradik sokongan
PENDERAAN Ibubapa keluarga
KANAK- Sanak
KANAK saudara
PSIKOLOGI
Kawalan MASYARAKAT
SEKUNDER PENYELESAIAN
emosi Jiran
Kognitif (Masyarakat) MASALAH
tetangga
Tekanan -Kenal pasti latar PENDERAAN
Orang
Masalah belakang pelaku KANAK-KANAK
awam
rumahtang
ga
KERAJAAN
Pihak
FIZIKAL bertanggungjawab
Hiperaktif Badan berkanun TETIER (Kerajaan)
Kurang upaya -Program kesedaran
(OKU) di peringkat
mmasyarakat

Anda mungkin juga menyukai