Carl Orff dialhirkan pada tahun 1895 di Munich, Jerman. Beliau memulakan
pembelajaran muzik dengan piano dan ketika berumur lima tahun di bawah
pengawasan ibunya. Beliau sangat berminat dengan kemahiran berbahasa dan
sastera. Beliau menerima latihan pendidikan muzik secara formal di Akademie der
Tonkust bertempat di Munich. Dari tahun 1915 hingga 1917, Orff menjadi Pengarah
Muzik di Munich Kammerspiele dan orang yang banyak mempengaruhi kerjaya
beliau ialah mentor dan rakannya iaitu Curt Sachs. Beliau banyak belajar dan
mengkaji muzik zaman Renaissance dan awal Barroque khususnya komposer
Claudio Monteverdi.
1- http://mzu3111.blogspot.com
2-
FALSAFAH
Beliau percaya bahawa muzik pergerakan dan pertuturan bukanlah entiti yang
berasingan tetapi satu bentuk gabungan yang disebut muzik elemental. Muzik
elemental menurut Orff ialah muzik pergerakan dan pertuturan yang dihasilkan oleh
kanak-kanak yang tidak memerlukan latihan khas tetapi berlaku secara spontan.
Hasil dalm kaedah Orff ialah kepercayaan bahawa muzik weujud dalam setiap
individu dan kanak-kanak menggunaka irama dan pergerakan yang natural untuk
menghasilkan muzik. Kaedah Orff yang unik ini telah digunakan oleh Kementerian
Kebudayaan Jerman untuk sekolah-sekolah elementari di Berlin.
1- http://mzu3111.blogspot.com
2-