Anda di halaman 1dari 10

10 PERUBAHAN BUKU

PERATURAN FIFA YANG


PERLU ANDA TAHU
Buku peraturan FIFA yang asal sudah diperkemaskan kepada
edisi yang terbaru. Ini adalah 10 perubahan paling signifikan
yang wajib anda ketahui.

Kemas kini 2 tahun

Sejak dari pertengahan tahun 2014, pihak FIFA sedaya upaya


cuba memperkemaskan peraturan bola sepak yang baru
supaya ia lebih mesra pengguna dan sesuai dengan
kehendak industri.

Dari teks asal yang mempunyai lebih 22,000 patah perkataan,


kini hanya tinggal lebih kurang 12,000 patah perkataan
sahaja.

Buku peraturan FIFA edisi terbaru ini telah diluluskan oleh


FIFA pada bulan Januari 2016 sebelum dinilai semula pada
Mac.
Ia akan berkuat kuasa sepenuhnya di dalam temasya Piala
Eropah 2016 yang sedang berlangsung.

Diterajui bekas pengadil Premier League

David Elleray adalah antara watak penting dalam usaha


kemas kini buku peraturan FIFA yang baru ini.

Elleray yang merupakan bekas pengadil di Premier League


berharap agar peraturan FIFA baru ini tidak lagi mengelirukan
dan lebih jelas. Menurut Elleray:

Kami cuba menggunakan bahasa yang lebih mudah. Kami


cuba untuk tidak membuatkan ayat menjadi berulang-ulang.
Kami mengemas kininya kerana bola sepak telah berevolusi.

Sebelum ini, tiada siapa yang melakukan penilaian (terhadap


peraturan lama) jadi terdapat beberapa keputusan pengadil
yang tidak konsisten yang berlaku dalam bola sepak.

Berikut adalah 9 perubahan terbesar dalam peraturan FIFA


selepas 135 tahun ia diperkenalkan:

1. Sepak mula semakin bebas


Peraturan yang terdahulu mengatakan bola harus disepak ke
hadapan apabila berlakunya sepak mula dan pemain mesti
berada di kawasan halfsendiri.

Peraturan baru mengatakan ia bebas untuk digerakkan ke


mana-mana arah sekalipun sewaktu sepak mula asalkan ia
bergerak.

2. Kad merah boleh dilayangkan sebelum mula


perlawanan

Mengimbau kembali peristiwa pergaduhan Roy Keane dan


Patrick Vieira di dalam terowong Highbury sebelum
perlawanan liga pada tahun 2005, mereka berdua tidak
dihukum oleh pengadil perlawanan.

Bagaimanapun melalui peraturan baru ini, pengadil boleh


melayangkan kad merah kepada pemain yang melakukan
kesalahan sama selepas pre-match inspection.

Jadi, sebarang kesalahan yang melibatkan kesalahan kad


merah kini boleh dikenakan hukuman walaupun sebelum
sepak mula.
Jika seorang pemain dikenakan kad merah sebelum
bermulanya perlawanan, pasukan tersebut masih bermula
dengan 11 orang pemain.

Cuma bezanya, pemain yang dikenakan kad merah tersebut


bakal digantikan dengan salah seorang pemain simpanan.

Jadi, pasukan mereka akan rugi seorang pemain simpanan.

3. Mangsa kecederaan boleh dapatkan rawatan segera

Berbeza dengan peraturan sebelum ini dimana pemain yang


tercedera akibat kekasaran kad kuning dan merah perlu
meninggalkan padang sebelum mendapatkan rawatan, kali ini
mereka tak perlu berbuat demikian.

Menurut Elleray:

Jika seorang pemain tercedera disebabkan kekasaran kad


merah atau kad kuning, beliau boleh mendapat rawatan
segera tanpa perlu meninggalkan padang.
Adalah tidak adil jika pasukan yang melakukan kesalahan
bermain dengan 11 orang, manakala pasukan yang dikasari
pula perlu bermain dengan 10 orang.

4.Keluar masuk pemain ke dalam padang boleh dilakukan


oleh pembantu pengadil

Jika seorang pemain keluar dari padang, contohnya untuk


menukar but, dia perlu menunggu permainan dihentikan
terlebih dahulu sebelum dibenarkan masuk bermain semula.

Mengikut peraturan sedia ada, pengadil perlu memeriksa but


tersebut sebelum dia boleh menyambung permainan.

Mengikut peraturan baru, pemeriksaan tersebut boleh


dilakukan oleh pengadil ke-4 perlawanan ataupun pembantu
pengadil.

Jika tiada masalah, dia boleh terus masuk ke padang tanpa


perlu menunggu permainan dihentikan.

5. Hukuman lebih keras untuk kesalahan menarik pakaian


pemain lawan
Bayangkan senario ini:

2 pemain yang berebut bola kedua-duanya terkeluar dari


padang.

Apabila salah seorang pemain tersebut menarik jersi atau


menghalang pemain lain daripada masuk padang kembali,
pengadil akan menghadiahkan kad kuning atau merah
kepada pesalah mengikut peraturan lama.

Pengadil juga akan memulakan semula perlawanan


dengan drop ball.

Namun mengikut peraturan baru, pasukan yang dikasari akan


diberikanfreekick di atas touchline. Jika ia berlaku di dalam
kawasan penalti, maka sepakan penalti akan diberikan.

6. Menghalang gol akan dihukum

Jika pemain simpanan (yang tak bermain) masuk padang dan


menghalang gol, pengadil perlu memberikan indirect free-kick
kepada pasukan lawan jika mengikut peraturan lama.
Kemudian menurut peraturan lama lagi, jika doktor masuk
padang ketika permainan sedang berlangsung, pengadil perlu
memulakan semula perlawanan dengan drop ball.

Ini tidak adil bagi pasukan yang menjadi mangsa. Pasukan


yang membuat kesalahan mendapat faedah apabila membuat
kesalahan ini, kata Elleray.

Jadi peraturan lama ini diubah.

Dalam peraturan baru, jika pemain gantian (yang tak bermain)


dan doktor pasukan melakukan kesalahan ini, pasukan
mereka akan dihukum dengan direct free-kicks atau sepakan
penalti.

7. Penentuan sepakan penalti lebih adil

Jika sebuah pasukan 10 orang (kurang 1 pemain kerana kad


merah) masuk penentuan penalti menentang pasukan 11
orang, salah seorang pemain dari pasukan 10 pemain bakal
mengambil sepakan penalti sebanyak 2 kali mengikut
peraturan lama.

Menurut Ellaray:
Jika penentuan penalti ini berterusan, ia bermakna
pengambil sepakan penalti terbaik dari pasukan 10 orang
dapat mengambil penalti 2 kali. Ini tidak adil bagi pasukan 11
orang.

Jadi mengikut peraturan baru, jika pasukan 10 orang masuk


ke penentuan sepakan penalti dengan pasukan 11 orang,
pasukan 11 juga bakal menghantar hanya 10 wakil terbaik
untuk mengambil sepakan penalti tersebut.

8. Peraturan ofsaid semakin konsisten

Sebelum ini dalam peraturan lama FIFA, ada berlakunya


percanggahan.

Dalam satu bahagian, FIFA mengatakan apabila seorang


pemain ofsaid, free kick akan diberikan di kawasan pemain
ofsaid mula-mula berada.

Tetapi dalam satu bahagian lain, FIFA mengatakan free


kick perlu diberikan di kawasan permain ofsaid menerima
bola.
Ia sememangnya mengelirukan dan boleh dimanipulasikan
oleh pasukan yang melakukan kesalahan.

Dalam peraturan baru, free kick akan diberikan di


kawasan pemain ofsaid mula-mula berada. Bukannya
kawasan pemain ofsaid menerima bola.

9. Logo kelab boleh digunakan di bendera sepakan sudut

Mengikut peraturan lama FIFA, bendera sepakan


sudut (corner flag) haruslah formal dan tidak boleh
mempunyai sebarang logo kelab seperti yang biasa berlaku di
Premier League sekarang.

Tetapi dalam peraturan baru, FIFA telah


memansuhkan peraturan tersebut.

10. Menggunakan common sense

Elleray turut menggalakkan pengadil-pengadilnya


untuk mengadili perlawanan dengan semangat kesukanan
yang tinggi dan lebih banyak menggunakan common sense.
Jika mereka mengadili perlawanan dan terdapat beberapa
kesalahan kecil dalam undang-undang FIFA, mereka tak
perlu terlalu tegas dan skema.

Mereka hanya perlu melaporkan dan menyelesaikannya


selepas perlawanan tamat.

Ini bermakna, sebagai contoh, pengadil tak perlulah


membatalkan perlawanan peringkat akar umbi hanya kerana
satu tiang bendera sepakan sudut telah patah.

Baca juga: Sejarah Perubahan Format & Peraturan Liga Bola


Sepak Malaysia Dari 1982 Hingga 2016

Anda mungkin juga menyukai