Anda di halaman 1dari 1

zAZPoster poster berikut tentang kempen anti dadah di seluruh negara.

Berdasarkan tiga nilai moral, huraikan peranan seluruh lapisan masyarakat untuk membanteras
aktiviti pengedaran dan penagihan dadah di negara kita. [10 markah]

Antara peranan masyarakat dalam membanteras aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di negara
kita ialah masyarakat patut akur terhadap undang-undang negara berkaitan dengan dadah. Hal ini
kerana hukuman berat akan dikenakan kepada pengedar dan penagih dadah sekiranya disabitkan
kesalahan. Oleh itu, masyarakat harus mengamalkan nilai mematuhi peraturan dan undang-undang.
Contohnya, masyarakat tidak harus terlibat dengan gejala dadah kerana mereka akan disabitkan
kesalahan di bawah Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 1998) sekiranya didapati bersalah. Selain itu,
ibu bapa juga memainkan peranan penting dengan memberikan bimbingan dan kesedaran kepada
anak-anak remaja masa kini tentang bahayanya dadah. Justeru itu, ibu bapa perlu melengkapkan diri
dengan pengetahuan dan maklumat tentang dadah, profil penagihan dan akibat daripada gejala
dadah. Oleh itu, ibu bapa harus mengamalkan nilai tanggungjawab terhadap keluarga. Sebagai
contoh, ibu bapa perlu melaksanakan kewajipan dalam membentuk keperibadian anak-anak sejak
kecil supaya menghindari dadah dan memastikan maruah keluarga sentiasa terpelihara. Di samping
itu, masyarakat sekeliling haruslah menerima dan menyokong bekas penagih dadah supaya mereka
memperoleh kesedaran dan keinsafan dalam diri mereka.Oleh yang demikian, bekas bekas penagih
dadah akan rasa masih dihormati dan disayangi oleh seluruh lapisan masyarakat. Oleh itu, masyarakat
harus mengamalkan nilai kasih sayang. Contohnya , masyarakat patut prihatin terhadap perasaan bekas
penagih dadah yang ingin berubah dengan menerima mereka seadanya supaya mereka tidak terjerumus
semula dalam gejala dadah. Seterusnya, sebagai insan yang waras, kita perlu mengambil kira
keburukan dadah. Hal ini kerana dadah boleh menjejaskan kesihatan dan membawa maut. Oleh itu,
masyarakat harus mengamalkan nilai rasional. Sebagai contoh, masyarakat patut boleh membezakan
kesan buruk sesuatu perkara sebelum melakukannya apatah lagi yang melibatkan isu dadah.

Anda mungkin juga menyukai