Anda di halaman 1dari 1

ABSTRAK

Program Sinar Bintang merupakan satu idea yang telah diterjemahkan dalam bentuk
praktikal oleh Encik Ahmad bin Othman,Guru Besar SK Jalan Bintang. Idea ini
timbul apabila beliau memerhati dan menilai isu-isu masalah disiplin murid tahap 1
yang datang ke sekolah setiap pagi.

Setelah berbincang dengan barisan Penolong Kanan maka tercetuslah Program


Sinar Bintang mula dilaksanakan pada bulan Februari tahun 2017.
Langkah untuk mengadakan Program Sinar Bintang ini bertitik tolak daripada
pelbagai masalah disiplin yang timbul ditambah dengan kemasukan ibu bapa ke kelas
menghantar anak-anak mereka. Meskipun Program DEARS sedang dilaksanakan
namun impak Program DEARS terhadap murid tahap 1 masih kurang memberi kesan.
Justeru timbullah ilham untuk mengadakan Program Sinar Bintang khusus untuk
murid tahap 1 sahaja. Pihak sekolah beranggapan bahawa disiplin dan sahsiah
terpuji harus dibentuk seawal tahap 1.

Program ini telah mendapat sambutan yang baik daripada warga sekolah, ibu bapa
malah pengawal keselamatan dan pihak pembersih kawasan turut memberikan
kerjasama yang padu.

Hasilnya disiplin murid dapat dikawal, budaya membaca dapat disemai dan amat
membantu mengurangkan masalah LINUS. Banyak impak positif yang telah Berjaya
dihasilkan melalui program ini di SK Jalan Bintang.

Program ini adalah antara beberapa program yang menyumbang kepada


peningkatan keputusan LINUS di sekolah tersebut. Tujuan program ini dipilih untuk
ditandaaras adalah sebagai usaha menambahbaik program bacaan pagi yang
diadakan di sekolah sebagai projek sandaran nanti.