Anda di halaman 1dari 4

MAJLIS KONVOKESYEN PRASEKOLAH DAN PRA INTERGRASI 2015

1.0 LATAR BELAKANG


Prasekolah SK Bukit China beroperasi bermula pada tahun 2002 melalui perluasan kelas
prasekolah Negeri Melaka. Prasekolah ini mempunyai seorang guru yang dan dibantu oleh
Pembantu Pengurusan Murid (PPM). Sejak ianya ditubuhkan kanak-kanak yang berumur + 5 dan
+ 6 mendapat pendidikan prasekolah yang baik dan sempurna. Pada tahun 2015 ini seramai 25
murid Prasekolah dan 8 murid Pra Intrgarasi SK Bukit China mengikut sesi pembelajaan pada
tahun ini
Sekolah amat mementingkan kecemerlangan murid dari aspek akademik dan bukan
akademik. Oleh itu segala kecemerlangan yang dicapai wajar diberi pengiktirafan oleh pihak
sekolah. Hari Konvokesyen Prasekolah / Prasekolah Intergrasi yang diadakan pada tahun ini
adalah satu medium bagi sekolah meraikan murid-murid yang menunjukkan potensi dan
kesungguhan dalam mencapai kecemerlangan diri. Adalah menjadi harapan pengiktirafan ini
dapat menjadi motivasi kepada setiap murid untuk mencontohi atau mengulangi kejayaan yang
sama.

2.0 RASIONAL
Pendidikan Prasekolah berperanan menyuburkan potensi kanak-kanak dalam semua aspek
perkembangan, menguasai kemahiran asas dan memupuk sikap positif sebagai persediaan
untuk masuk ke sekolah rendah. Oleh yang demikian, pendidikan awal kanak-kanak yang
berkualiti dan terselaras adalah penting bagi perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh
mengikut acuan Falsafah Pendidikan Negara.
Bagi merialisasi peranan Pendidikan Prasekolah ini, Kanak-kanak memerlukan dorongan,
sokongan dan pengukuhan kerana zaman kanak-kanak adalah sebahagian daripada kehidupan.
Pengiktirafan dan sokongan dari rakan, ibu bapa dan guru merupakan sumber yang betul bagi
memperkembangkan potensi kanak-kanak. Ini dapat mewujudkan modal insan yang berjaya dan
bermotivasi pada masa akan datang. Secara tidak lansung Konvokesyen Prasekolah / Pra
Intergarsi yang akan dianjurkan ini mampu berperanan sebagai satu langkah dalam mewujudkan
insan yang holistik selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Negara.

3.0 MATLAMAT
Program ini bertujuan memberi pengiktirafan sebagai menghargai kecemerlangan murid
serta secara tidak langsung ianya mampu membuka ruang dan peluang kepada semua murid
melibatkan diri di dalam persembahan yang dilaksanakan secara aktif. Di samping itu juga,
seterusnya memupuk semangat bekerjasama dan setiakawan di kalangan murid-murid. Melalui
program ini murid akan lebih berkeyakinan dalam menonjolkan potensi diri masing-masing.

4.0 OBJEKTIF
1. Meraikan kanak-kanak yang tamat pembelajaran di Prasekolah dan jamuan akhir tahun
murid-murid Prasekolah.
2. Merupakan salah satu rancangan tahunan dalam takwim Prasekolah.
3. Menghargai murid-murid yang telah menerima pembelajaran dan memberi sumbangan
kepada Prasekolah.
4. Sebagai kenangan untuk murid Prasekolah yang akan meneruskan pembelajaran pada tahu

1
5.0 ANJURAN
Prasekolah dan Prasekolah Intergrasi

6.0 TARIKH/MASA DAN TEMPAT


Tarikh/Masa : 18 November 20165
Tempat : Dewan SKBC

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid prasekolah dan Pra Intergrasi serta ibubapa

9.0 KOS/ PERBELANJAAN DAN SUMBER KEWANGAN


Anggaran kewangan dinyatakan pada Lampiran B.
Bayaran daripada ibubapa dan wang PCG, Wang Makan dan Wang BKKP Prasekolah

10.0 JAWATAN KUASA

Penasihat : En Muhamad Nor Bin Hamzah


Guru Besar SK Bukit China
Pengerusi : Puan Rosmawati Bt Muhamat Dawam
GPK Kurikulum SKBC
Naib Pengerusi : En Ahmad Faiz Bin Omar
Setiausaha : Pn Zarina Bt Ismail
AJK : Ustaz Adnin Naim
Ustaz Mohd Al Ferddaus B M. Saupi
Pn Zalina Bt Ibrahim
Pn Kamila Bt Jalal
13.0 PENUTUP

Di harapkan dengan berjayanya Majlis Konvokesyen Prasekolah / Pra Intergrasi dan Jamuan
Akhir Tahun ini mampu menjana motivasi yang tinggi dalam diri kanak-kanak supaya
berkerja keras semasa memasuki aliran perdana di Tahun 1. Kanak-kanak lebih bersemangat
dan mempunyai kerajinan yang tinggi dalam mencapai kejayaan yang lebih baik di Tahun 1.

Disediakan oleh
Diluluskan Oleh

..... . .....................................................
(Pn Zarina Bt Ismail) (En. Muhammad Nor B. Hamzah)
Guru Prasekolah Intergrasi Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit China
Sekolah Kebangsaan Bukit China

2
LAMPIRAN A

Tentatif Majlis Konvokesyen Prasekolah / Pra Intergrasi


Dan Jamuan Akhir Tahun

8.00 pg : Ketibaan para jemputan

9.00 pg : Bacaan doa

9.10 pg : Ucapan alu-aluan

- Ucapan Wakil Ibubapa Prasekolah

- Ucapan Perasmian Majlis Konvokesyen Prasekolah / Pra Intergrasi

9.30 pg : Persembahan murid-murid prasekolah

9.45 pg : Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah

10.30 pg : Persembahan murid-murid prasekolah

10.45 pg : Sesi Fotografi Graduasi

11.30 pg : Jamuan Akhir Tahun

12.30 ptg : Besurai

3
LAMPIRAN B

Sumber kewangan : Peruntukan PCG, Wang Makan dan BKKP Prasekolah

Sumbangan luar : Tiada

ANGGARAN PERBELANJAAN KONVOKESYEN

Anggaran Perbelanjaan Jumlah Besar

Jubah kanak-kanak :
26 unit x RM RM 8 RM 184.00

Hadiah Akhir Tahun


Prasekolah
23 orang kanak-kanak x RM 23 RM 250.00
Pra Intergrasi
6 orang kanak-kanak x RM 20 RM 120 .00

Jumlah anggaran perbelanjaan RM 554.00

Anda mungkin juga menyukai