Anda di halaman 1dari 7

Syarat wajib zakat

Islam

Zakat hanya dikenakan ke atas orang Islam. Bagi perniagaan perkongsian orang Islam dengan bukan
Islam hanya peratusan ekuiti orang Islam sahaja diambilkira untuk zakat.

Merdeka

Hamba abdi tidak wajib berzakat kecuali zakat fitrah. Walau bagaimanapun tidak timbul persoalan
hamba abdi masa kini, tetapi syarat merdeka masih lagi dikekalkan sebagai salah satu syarat wajib
berzakat.

Milik Sempurna

Harta yang dimiliki mestilah sempurna dalam kekuasaan seseorang dan tidak bersangkutan dengan
orang lain. Pemilik juga dapat memperlakukan dan memperolehi manfaat daripadanya.

Cukup Nisab

Nisab adalah paras nilai minima yang menentukan samada wajib atau tidak sesuatu harta
dikeluarkan. Nisab adalah bersamaan dengan 85 gram emas nilai semasa. Nilainya lebih kurang RM
4600 (bergantung kepada harga semasa emas)

Cukup Haul

Cukup haul bermaksud genap setahun harta disimpan.

Niat Untuk Berniaga

Syarat ini hanya bagi zakat perniagaan sahaja.


Mengapa Wajib Membayar Zakat
Zakat adalah salah satu daripada rukun Islam yang lima. Ianya diwajibkan ke atas tiap-tiap orang Islam yang
cukup syarat-syaratnya. Rukun yang lain ialah Syahadah, Sembahyang, Puasa dan Haji ke Mekah. Zakat adalah
diwajibkan ke atas Muslim yang layak untuk membantu golongan-golongan yang memerlukan bantuan. Zakat mula
diwajibkan pada tahun kedua Hijrah

Zakat emas
Emas adalah jenis-jenis logam yang diwajibkan zakat. Kewajipan zakat ke atas logam ini dijelaskan dalam firman
Allah S.W.T. bermaksud:

“Dan mereka yang menyimpan emas dan perak dan tidak membelanjakannya pada jalan Allah (mengeluarkan
zakat) maka khabarkanlah kepada mereka dengan azab yang pedih, pada hari emas dan perak dibakar di dalam
neraka jahanam lalu diselar dengannya dahi dan rusuk mereka dan belakang mereka seraya dikatakan kepada
mereka inilah harta yang kamu simpan selama ini buat dirimu, maka rasailah balasan apa yang kamu simpan
dahulu”.

At- Taubah; ayat 34-35

Zakat emas dikira dalam dua keadaan.

1. Emas yang tidak dipakai (disimpan)

Emas yang tidak digunakan atau dipakai walaupun sekali dalam tempoh setahun. Jika nilai emas tersebut
menyamai atau melebihi 85gram (nisab), maka wajib dikeluarkan zakat sebanyak 2.5%.

Contoh:

2.5% x nilai emas yang disimpan (jika melebihi nisab)


Contoh : RM6,000 x 2.5%
Jumlah zakat = RM 150

2. Emas yang dipakai

Emas yang dipakai (sebagai perhiasan) walaupun sekali dalam tempoh setahun tidak wajib dikeluarkan zakat ke
atasnya. Tetapi jika ianya melebihi ‘uruf’ (nilai kebiasaan pemakaian masyarakat setempat), maka ia diwajibkan
zakat dengan kadar 2.5% atas lebihan dari nilai uruf. Nilai yang diambilkira adalah nilai semasa emas sahaja iaitu
tidak termasuk batu permata.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan menetapkan kadar uruf adalah 150 gram emas.

Contoh:

Berat Emas yang dipakai = 250 gram


Uruf Emas = 150g ram
Berat Emas yang layak dizakat = 250 gram - 150 gram = 100gram
Zakat yang wajib dibayar = 2.5% x (100 gram x harga semasa)
= 2.5% x (100 gram x RM 77.16)
= RM 192.9
Zakat harta
Zakat juga boleh dibayar dengan menyatukan beberapa jenis zakat sebagai Zakat Harta. Contohnya membayar
zakat pendapatan, zakat wang simpanan, zakat saham dan zakat KWSP. Semuanya dikategorikan sebagai zakat
harta.

Zakat KWSp
caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) diwajibkan zakat apabila dikeluarkan daripada simpanan
tersebut. Ia berkonsepkan zakat simpanan atau mata wang. Jumhur Ulama' Fiqh sependapat mengatakan wajib
zakat pada mata wang. Mata wang tersebut telah menggantikan mata wang emas dan perak yang digunakan oleh
oran-orang Arab terdahulu dalam berurusniaga sebelum kedatangan Islam. Mata wang emas dikenali sebagai dinar
dan mata wang perak sebagai dirham. Setelah Rasulullah S.A.W diutus menjadi Rasul, maka dinar dan dirham
telah diiktiraf sebagai mata wang yang sah bagi orang-orang Islam untuk berurusniaga. Kewajipan zakat wang
simpanan ini bersandarkan dalil-dalil Al-Quran dan Hadith Nabi S.A.W.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :

".....Dan (ingatlah) orang-orang yang menyimpan emas dan perak serta tidak menafkahkannya pada jalan Allah,
maka beritahukanlah kepada mereka (dengan balasan) azab seksa yang tersangat pedihnya. (iaitu) pada hari
dibakar emas dan perak (dan hartabenda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselarkan dengannya dahi mereka, dan
rusuk mereka, serta belakang mereka (lalu dikatakan kepada mereka):"Inilah apa yang kamu simpan untuk dirimu
sendiri, oleh itu rasakanlah azab dari) apa yang kamu simpan itu" (At-Taubah: 34-35)

Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

"Tiadalah bagi pemilik emas dan perak yang tidak menunaikan haknya untuk menunaikan zakat keduanya,
melainkan di hari kiamat ia didudukkan di atas pedang batu yang lebar dalam neraka, maka dibakar di dalam
neraka jahanam, diselar di pipi, kening dan punggungnya. Setiap kali api itu padam maka dipersiapkan lagi
baginya (hal serupa) untuk jangka waktu 50 ribu tahun, sehingga selesai pengadilan semua umat manusia, maka
dia melihat jalannya, adakah ke syurga atau neraka". (Riwayat Muslim).

Wang KWSP ialah wang simpanan milik individu yang disimpan dalam KWSP sepanjang tempoh perkhidmatan dan
ianya telah mencukupi kesemua syarat-syarat wajib kecuali syarat "Sempurna Milik". Syarat "Sempurna Milik"
akan dipenuhi sebaik sahaja wang tersebut dikeluarkan dari KWSP. Pengeluaran boleh dibuat semasa berkhidmat
ataupun bersara.

Contoh:
Jumlah pengeluaran = RM 20,000
Zakat = RM 20,000 x 2.5% = RM 50
Zakat pendapatan
takifan Zakat Pendapatan
Menurut Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradhawi dan Dr. Hussein Shahatah, zakat gaji dan pendapatan diistilahkan sebagai zakat al-Mal al-
Mustafad iaitu zakat yang bersumberkan gaji dan pendapatan profesional.

Takrif Zakat Gaji dan Pendapatan


Zakat Gaji dan Pendapatan termasuklah segala jenis hasil pendapatan atau pulangan sebagai balasan perkhidmatan yang berupa
gaji, upah, bonus, dividen, hasil sewaan, royalti, hibah, elaun, honorarium, pampasan, pencen, perniagaan bermusim dan lain-lain
bentuk perolehan semasa hidup, bersara atau mati dan apa jua pendapatan berdasarkan kerjaya atau sebagai ahli profesional.

Terdapat dua kaedah mengira zakat pendapatan iaitu:

RM RM
Cara 1 Pendapatan Kasar Setahun x 2.5% (jika melebihi nisab)
Contoh: RM30,000.00 x 2.5% 250

Cara 2 Pendapatan Yang Layak di Zakat x 2.5% (setelah menolak perbelanjaan-


perbelanjaan asas yang dibenarkan)
Contoh:
A. PENDAPATAN dari sumber seperti elaun, bonus, dividen yang diterima
30,000
(setahun)
B. TOLAK PERBELANJAAN yang dibenarkan (setahun)
1. Diri 8,000
2. Isteri 3,000
3. Anak 4 orang x RM1,000 4,000
4. Pemberian kepada ibu bapa (contoh: RM100 × 12) 1,200
5. KWSP (contoh: 11%) 3,300
6. Caruman ke organisasi / koperasi / institut kewangan yang membayar
900
zakat bagi pihak pencarum dan pendeposit (contoh: Lembaga Tabung Haji)
Jumlah Tolakan 20,400
C. PENDAPATAN YANG LAYAK DIZAKAT (A - B) 9,600
D. ZAKAT YANG WAJIB DIBAYAR (kerana C lebih dari nisab) RM9,600
240
× 2.5%
E. JUMLAH POTONGAN GAJI ZAKAT SEBULAN (RM240 ÷ 12 bulan) 20
Zakat saham
Dr. yusoff Al-Qaradhawi dalam bukunya Fiqh-Zakat mendefinisikan saham sebagai kertas berharga yang
diperniagakan dalam transaksi-transaksi perdagangan khususnya di Bursa Malaysia.

· Bagi sijil-sijil saham dalam sesebuah syarikat yang disenaraikan di Bursa Malaysia, ianya mudah untuk dijadikan
wang tunai dibandingkan dengan saham dalam syarikat yang tidak disenaraikan di Bursa Malaysia atau saham
dalam koperasi.
· Saham yang dibeli dari wang sendiri sahaja dikira manakala bahagian yang dibeli melalui pinjaman hendaklah
ditolak kerana dikira tidak sempurna milik.

Syarikat Yang Mengeluarkan Zakat Perniagaan


Saham yang disimpan di dalam syarikat yang membayar zakat perniagaan tidak perlu dizakatkan lagi.

Saham-Saham Yang Tidak Disenaraikan


Saham jenis ini tidak mudah ditunaikan. Secara praktisnya, zakat hendaklah dikeluarkan ke atas jumlah dividen
yang diterima.

Mengira Zakat Atas Saham-Saham Yang Disenaraikan


· Pemilik saham boleh mengasingkan pengiraan zakat atas saham kepada dua kumpulan iaitu saham yang masih
dimiliki melebihi setahun dan saham-saham yang dijualbeli untuk tempoh kurang daripada setahun.
· Bagi saham-saham berbentuk pelaburan jangka panjang (melebihi setahun) maka zakat dikira ke atas jumlah lot
yang di pegang didarab dengan harga terendah seunit.

1. Contoh saham yang disimpan selepas setahun :-

Bil Unit Harga Jumlah (A


Nama
(A) Terendah (B) x B)
Saham
RM RM RM
ABC 20,000 1.50 30,000
DEF 20,000 0.50 10,000
Jumlah Harga Terendah 40,000
Zakat = RM40,000 x 2.5%
= RM 1,000
· Bagi saham-saham yang jualbeli sepanjang tahun, maka dikira 2.5% atas jumlah keuntungan saham setelah
ditolak modal permulaannya.

2. Contoh saham yang dijual beli sepanjang tahun :-

2.5% x Keuntungan jualan saham ( Nilai Jualan Saham – Modal )

Contoh:
a) Saham X: RM6,000 -
= RM4,000
RM2,000
b) Saham Y: RM8,000 -
= RM6,000
RM2,000
RM10,000 x
Jumlah Zakat 2.5%
RM250

Zakat simpanan
Pengertian Wang Simpanan
Wang yang disimpan di dalam akaun simpanan, akaun simpanan tetap, simpanan semasa, ASB serta lain-lain
bentuk simpanan di bank atau mana-mana institusi kewangan.

Zakat dikenakan ke atas jumlah baki terendah dalam tempoh setahun simpanan apabila cukup nisab dan haulnya
serta menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Akaun Simpanan

Tarikh Tarikh Amaun Baki


Masuk Keluar (RM) (RM)
01/01/XXXX 10,000.00 10,000.00
23/04/XXXX 2,000.00 8,000.00
30/05/XXXX 3,000.00 5,000.00
10/07/XXXX 200.00 5,200.00
12/08/XXXX 1,200.00 4,000.00
11/11/XXXX 2,000.00 6,000.00
31/12/XXXX 1,000.00 7,000.00

Baki terendah dalam jadual ini ialah RM 4,000. Ia telah melebihi nisab dan genap setahun. Tahun haul dalam
contoh ini dikira dari 01/01/xxxx – 31/12/xxxx.

Contoh Pengiraan

Baki Terendah = RM4,000 (melebihi nisab)


Zakat = RM4,000 x 2.5%

Pengiraan Bagi Pendeposit Yang Memiliki Beberapa Akaun Simpanan


Sekiranya pendeposit memiliki beberapa akaun simpanan di dalam bank atau lain-lain institusi kewangan, perlu
menjumlahkan kesemua baki terendah bagi setiap akaun simpanan. Zakat dikenakan apabila jumlah baki terendah
tersebut menyamai atau melebihi nisab.

Contoh Pengiraan Zakat Pelbagai Buku Akaun Simpanan

Haul : 1/1/xxxx – 31/12/xxxx

Baki Terendah
Buku Simpanan
(RM)
Buku 1 4,000.00
Buku 2 1,000.00
Buku 3 15,000.00
Jumlah Baki
20,000.00
Terendah

Jumlah baki terendah : RM 20,000 (melebihi nisab)

Zakat = RM 20,000 x 2.5%


= RM 500

Akaun Simpanan Tetap


Bagi akaun simpanan tetap, zakat dikenakan ke atas simpanan pokok yang disimpan dalam jangkamasa tertentu.

Contoh:

Simpanan tetap : RM10,000

Zakat : RM10,000 x 2.5% (kadar zakat)


= RM250

Sumber: http://zakat.com.my/

Anda mungkin juga menyukai