Anda di halaman 1dari 1

ISL 1 MINGGU 8 (SAQIFAHRAZAK)

Pelajar melakukan tinjauan ulasan tentang peringkat2 perkembangan kognitif dan bahasa kanak-
kanak berdasarkan Teori Piaget & Teori Vygotsky serta Teori Chomsky (kanak2 & awal remaja).

Peringkat perkembangan kognitif kanak-kanak terbahagikepada empat. Pertama ialah


peringkat sensori motor iaitu belajar melalui pengalaman sendiri dan menggunakan tindakan fizikal
daripada tindakan reflex, ulangan kepada tindakan yang lebih terancang. Kedua ialah peringkat
praoperasi iaitu Menggunakan bahasa dan imej untuk mewakili kefahamannya, pemikiran simbolik,
pemkiran intuitif danbersifat egosentrik. Peringkat ketiga pula ialah peringkat operasi konkrit iaitu
telah mampu membuat penaakulan logic, masih terikat kepada objek atau peristiwa yang konkrit
mamahami prinsip kekekalan dan menguasai klasifikasi, seriasi dan kebalikan. Akhir sekali ialah
peringkat operasi formal iaitu berfikir secara saintifik, dapat menaakul secara abstrak, idealistic dan
logical dan berminat isu-isu social dan identity diri.

Bagi perkembangan Lev Vygotsky pula bahasa merupakan sistem symbol yang paling penting
dalam menyokong perkembangan kognitif kanak-kanak. Vygotsky menyarankantiga idea penting
yang berkaitan dengan perkembangan kognitif iaitu internalization, scaffolding dan zon
perkembangan proksimal. Internalization ialah proses dimana seseorang beransur-ansur
menyebatikan aktiviti social yang dilaluinya ke dalam proses kognitifnya. Scaffolding pula ialah
kerangka yang menyokong proses pembelajaran individu. Manakala akhir sekali, zon perkembangan
kognitif kanak-kanak dapat dipertingkatkan dan diperkukuhkan melalui interaksi mereka dengan
individu-individu yang lebih berkebolehan.

Anda mungkin juga menyukai