Taoisme pada asasnya adalah satu aliran pemikiran dalam falsafah Cina. Pada masa yang
sama ia juga dipraktikkan sebagai satu bentuk agama dalam masyarakat Cina. Dengan itu
wujud apa yang dikatakan sebagai agama dao(Bahasa Cina: Daojiao ), yakni taoisme
dari segi agama; dan juga mazhab dao (bahasa Cina: daojia ) ,yakni taoisme dari segi
falsafah.
Dari segi etimologi Perkataan Taosime adalah berasal dari kata akar Tao yang
diterjemahkan dari perkataan Bahasa Cina Dao () yang erti hurufiahnya bermaksud
jalan atau cara. Walaupun begitu, makna budaya perkataan "Dao" sebenarnya sangat
luas, khususnya dalam bidang falsafah.
Sejarah Taoisme bermula sejak adanya kitab Dao De Jing (abad ke-3 atau 4 S.M.),yang
menjadi pegangan bagi Taosime. Seterusnys Taoisme telah dimantapkan oleh Zhang Daoling
(abad ke-2 masihi), dan juga Shangching dan Lingbao pada abad ke-4 masihi.
Pada awal Dinasti Han, Laozi disembahkan sebagai Tuhan, bersama-sama dengan Huang Di.
Terdapat teks Huang-Lao terkandung dalam Huainanzi, yang mentafsirkan ajaran Tao
merupakan pedoman ke arah keabadian (termasuk ubatan, pratikal seks dan juga kaedah
nafas).
Laozi menerima penghargaan dari empayar sebagai pengaji ketuhanan berjaya. Pada masa
itu, Yin Yang dan Wuxing () dikaji tetapi belum lagi digolongkan dalam Taoisme.
Gelaran Daojia digunakan sejak Dinasti Han. Dalam rekod sejarah Sima Qian, ia merujuk
keabadian; sebaliknya Liu Xiang merujuk Laozi dan Zhuangzi. Daojiao merupakan gelaran
pengamalan Tao sebagai agama. Pada zaman moden, kedua-dua gelaran Daojia dan Daojiao
saling membawa maksud yang sama. Ulasan Dao De Jing yang terawal dikarya oleh Heshang
Gong (Tuan Tebing Sungai).
Pusat pengajian Xuanxue termasuk Wang Bi, mengfokuskan pengajian ajaran Laozi dan
Zhuangzi.
Pada zaman ini, Konfucianisme dan Buddhisme merupakan dua agama yang terpengaruh.
Maharaja Xuanzong (685-762) membuat ulasan atas ketiga-tiga pegangan. Kemudiannya,
ketiga-tiga agama dilaksanakan secara serentak oleh kerajaan.
Maharaja Tang Gaozong menklasifikasikan Dao De Jing sebagai karya klasik (Jing, ) dan
ia perlu dibelajari semasa menduduki peperiksaan kerajaan; dengan itulah jing termuncul
dalam tajuk Dao De Jing.
Zaman ini terdapat beberapa maharaja dimana Maharaja Huizong merupakan maharaja yang
terutama dalam galakan pengamalan Taoisme. Maharaja Huizong mengumpulkan kitab-kitab
ajaran Tao dan menerbitkan Daozang.
Quanzhen dan Zhengyi merupakan pusat pengajian Taoisme yang diasaskan pada zaman ini.
Kedua-dua pusat pengajian merupakan antara pusat-pusat yang masih wujud sehingga
sekarang.
Pada peringkat awal selepas penubuhan Republik Rakyat China, parti pemerintah iaitu Parti
Komunis China menahan amalan beragama. Banyak infrastruktur Taoisme dimusnahkan.
Ramai sami dan pendeta dihantar untuk bekerja. Ini merupakan peristiwa pada zaman
Revolusi Budaya pada 1966 sehingga 1976.
Pada tahun 1982, Deng Xiaoping melonggarkan kawalan ke atas pegangan agama. Ramai
pemimpin Komunis sedar akan Taoisme adalah penting dalam budaya orang China, oleh itu,
banyak kuil serta tokong diperbaiki dan dibuka semula.
Taoisme merupakan antara lima agama yang diakui oleh Republik Rakyat China, dimana
aktiviti-aktiviti dijalankan oleh Persatuan Taoisme China.