Anda di halaman 1dari 2

PERANAN METAKOGNITIF DALAM PEMBELAJARAN

Menurut Moore (2004), metkognitif mengacu pada pemahaman seseorang tentang


pengetahuannya yang mendalam dan mencerminkan penggunaannya yang efektif dan jelas tentang
permasalahan yang diselesaikan. Berdasarkan definisi tersebut ianya amat berkaitan dengan
kemampuan individu bergiat aktif dan bijak membuat percaturan dalam proses pembelajaran
dengan memproses pengetahuan yang ada untuk menyelesaikan permasalahan yang wujud. Ianya
menggambarkan peranan penting metakognitif dalam proses pengembangan yang teratur dalam
pembelajaran individu dan seterusnya membentuk keberhasilan belajar yang optimum dikalangan
murid.

Proses metakognitif memainkan peranan utama dalam pengembangan pembelajaran iaitu


menyedarkan murid dalam proses-proses penting sepanjang pembelajaran. Proses metakognitif itu
sendiri menekankan perancangan, pemantauan dan penilaian dalam semua peringkat pembelajaran.
Oleh itu, murid secara tidak langsung akan terbiasa dalam mengembangkan rencana kegiatan
belajar mereka sendiri. Contohnya, setiap tindakan yang diambil telah didahulukan dengan
perancangan yang rapi dan disertakan dengan pelan tindakan sokongan jika tindakan sebelumnya
kurang berhasil. Ianya juga berkaitan dengan peranan metakognitif dalam membentuk murid yang
bijak menyusun suatu program belajar untuk konsep, keterampilan dan idea-idea yang baru.

Perkembangan pembelajaran murid berdasarkan metakognitif juga menyediakan murid


yang sentiasa bersedia menganalisis proses pembelajaran mereka. Meraka akan lebih peka
terhadap kelebihan dan kekurangan berkenaan kegiatan belajar mereka. Ianya merupakan proses
menilai yang membawa kepada penambahbaikan di masa akan datang. Melalui analisis tersebut
juga, murid boleh bersedia lebih awal dengan perancangan yang lebih baik dengan mengakses
maklumat terlebih dahulu melalui pelbagai sumber sebelum kegiatan belajar seterusnya bermula.

Melalui pengembangan metakognitif dalam pembelajaran yang teratur, sudah tentu ianya
mengacu kepada pembentukan keberhasilan belajar yang optimum. Keberhasilan belajar dapat
dilihat dengan jelas apabila murid mampu memimpin dan mengambil bahagian dalam diskusi yang
diadakan sepanjang tempoh pembelajaran. Murid terkesan melalui sikap bersedia menghadapi
cabaran kerana perancangan rapi yang dibuat sebelumnya. Sementara itu, dalam mendapatkan
maklumat dalam perancangan, murid akan belajar dan mengambil manfaat dari pengalaman
orang-orang yang tertentu yang telah berhasil dalam bidang tertentu. Howard Gardner (1992)
menyatakan kebolehan mengawal proses berfikir dalam strategi metakognitif adalah dipengaruhi
oleh umur dan pengalaman. Jadi tidak hairanlah jika mereka sentiasa dahagakan ilmu dan
memerlukan panduan dan dorongan terutama dari pakar atau guru pengalaman dalam berkongsi
pengetahuan dan pengalaman mereka.

Berdasarkan peranan-peranan metakognitif di dalam pembelajaran yang telah dinyatakan di


atas, ianya terbukti bahawa metakognitif memainkan peranan yang amat penting di dalam membina
asas untuk belajar secara aktif dikalangan murid. Oleh itu, sebagai pendidik yang berperanan dalam
pembentukan proses pembelajaran kliennya iaitu murid, seharusnya perkembangan metakognitif
amat perlu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran.