Anda di halaman 1dari 12

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

HBSC3303

KURIKULUM SAINS SEKOLAH

NAMA : LENDY @ JESSICA CHRISTOPHER

NOMBOR MATRIK : 751209125558001

NO KAD PENGENALAN : 751209-12-5558

NOMBOR TELEFON : 019-8087731

E-MAIL : lendy75@hotmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM CAWANGAN TAWAU

JANUARI 2015

1
ISI KANDUNGAN

NO KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 PENGENALAN 3

2.0 KAJIAN LITERATUR 5

3.0 MAKLUMAT PENCAPAIAN MATA PELAJARAN 7


SAINS TAHUN 1 HINGGA TAHUN 5 SK SUNGAI
IMAM, TAWAU
4.0 WAWASAN 2020 DAN KSSR 8

5.0 HARAPAN PADA MASA HADAPAN 9

6.0 KESIMPULAN 10

7.0 RUJUKAN 11

2
PENGENALAN

Transformasi Kurikulum Kebangsaan bertitik tolak daripada keputusan Mesyuarat Susulan


Jemaah Menteri Bil.6/2008 yang dipengerusikan oleh Y.B. Menteri Pelajaran pada 23 Mei
2008. Satu usaha penambahbaikan dalam sistem pendidikan negara terutamanya di peringkat
sekolah rendah perlu dilaksanakan supaya kurikulum persekolahan memenuhi keperluan dan
cabaran semasa serta akan datang. Sehubungan itu, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
telah melaksanakan satu kajian dan mendapati wujudnya keperluan untuk melakukan
transformasi kurikulum sekolah rendah.

Transformasi kurikulum sekolah rendah merupakan penyusunan semula dan penambahbaikan


kurikulum persekolahan rendah sedia ada. Tujuan transformasi adalah untuk memastikan
murid dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan
semasa bagi menghadapi cabaran abad ke-21. Fokus transformasi kurikulum persekolahan
rendah adalah kepada kemahiran membaca, menulis dan mengira (3M), sebaliknya
mengambil kira kemahiran penaakulan, kreativiti dan inovasi, Teknologi Maklumat dan
Komunikasi (TMK) serta elemen keusahawanan.

Dalam proses transformasi kurikulum persekolahan rendah, KPM telah melakukan


penandaarasan dengan kurikulum persekolahan negara maju bagi memastikan kurikulum
persekolahan kebangsaan yang dibangunkan setanding dengan pendidikan global. Di samping
itu, KPM turut mendapatkan input daripada pelbagai pihak berkepentingan seperti
Pertubuhan Bukan Kerajaan, industri, akademik dan ibu bapa. Berdasarkan kepada input-
input tersebut maka konsep kurikulum persekolahan rendah berasaskan standard
dibangunkan.

Lanjutan daripada itu, konsep kurikulum persekolahan rendah mendapat kelulusan Mesyuarat
Jawatankuasa Kurikulum Pusat Bil.3/2009 pada 2 Oktober 2009. KPM membangunkan
Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) berasaskan prinsip-prinsip Kurikulum
Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Kurikulum yang dibangunkan turut melibatkan kurikulum Pendidikan Khas. Bagi
memastikan kurikulum tersebut mantap, pelaksanaan rintis telah dilakukan di sekolah rendah
terpilih di seluruh negara.

Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan sebagai usaha menyusun semula
dan menambah baik kurikulum sedia ada bagi memastikan murid dibekalkan dengan

3
pengetahuan, kemahiran dan nilai relevan untuk memenuhi keperluan semasa serta
menghadapi cabaran abad ke-21.

Pelaksanaan KSSR menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) bermula sesi
persekolahan Januari, 2011 bertujuan meningkatkan minat murid terhadap mata pelajaran
bahasa Inggeris. KSSR digubal dalam pernyataan standard terdiri daripada standard
kandungan dan pembelajaran yang perlu dicapai murid dalam satu tahap persekolahan.

Standard Kandungan ialah penyataan spesifik mengenai perkara murid patut ketahui dan
boleh lakukan dalam tempoh persekolahan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan
nilai, manakala Standard Pembelajaran ialah penetapan kriteria atau petunjuk kualiti
pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan.

KSSR adalah reka bentuk kurikulum berasaskan 6 tunjang iaitu Komunikasi; Kerohanian,
Sikap dan Nilai; Kemanusiaan, Perkembangan Fizikal dan Estetika; Sains dan Teknologi
serta Keterampilan Diri. KSSR menggunakan Elemen Kreativiti dan Inovasi, Keusahawanan
dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) secara eksplisit dengan memfokuskan
kepada 4M (Membaca, Menulis, Mengira dan Menaakul). KBSR adalah reka bentuk
kurikulum berasaskan tiga bidang iaitu Komunikasi; Manusia dan Alam Kelilingnya dan
Perkembangan Diri Individu. Kaedah ini menggunakan Elemen Kemahiran Berfikir Secara
Kritis dan Kreatif dengan fokus kepada 3M (Membaca, Menulis dan Mengira)

Elemen nilai tambah yang diperkenakan di dalam KSSR ini antara lain, adalah langkah
pertama kementerian membentuk modal insan yang berpontensi untuk merealisasikan dasar-
dasar negara seperti Wawasan 2020, Cabaran Abad ke-21, dan Model Ekonomi Baru pada
masa hadapan. Realitinya, kebanyakan negara maju terlebih dahulu telah menjadikan kreatif
dan inovasi dalam sistem pendidikan mereka sebagai kunci kejayaan dalam pelbagai bidang
terutamanya yang berasaskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) dalam bidang Sains.

Dalam tugasan ini, satu perbincangan terperinci terhadap pencapaian dalam pengajaran dan
pembelajaran sains melalui pelaksanaan KSSR. Perbincangan ini akan merujuk kepada 3
jurnal atau artikel berkaitan dalam pengajaran dan pembelajaran sains sekolah rendah.

4
KAJIAN LITERATUR

Satu kajian terhadap pelaksanaan Sains KSSR Tahun 1 telah dijalankan oleh Fazliza Che
Amat, Zurida Ismail dan Nooraida Yakob (2011) dari Universiti Sains Malaysia telah
membincangkan beberapa persoalan berkaitan KSSR iaitu sejauh mana pengetahuan guru
tentang kemahiran menaakul, mengenalpasti strategi yang telah digunakan oleh guru dalam
menerapkan kemahiran menaakul kepada murid dan akhir sekali mengenalpasti masalah yang
timbul sepanjang tahun perjalanan KSSR bagi subjek Sains.

Kajian kualitatif ini menggunakan kaedah temubual berstruktur secara individu dengan guru-
guru Sains yang terlibat sebagai responden. Seramai 8 orang guru sekolah rendah dari empat
buah sekolah di Sungai Petani Kedah telah dipilih untuk menjalani sesi temubual ini. Guru-
guru yang terpilih ini adalah guru Sains yang mengajar darjah 1 bagi Kohort pertama yang
mengikuti KSSR dan guru yang berpengalaman mengajar antara tiga hingga enam belas
tahun.

Hasil daripada kajian yang telah dijalankan, didapati terdapat lebih daripada separuh guru-
guru yang telah ditemubual menyatakan bahawa mereka tidak pasti kaedah dan pendekatan
yang perlu digunakan oleh mereka semasa proses Pembelajaran dan Pengajaran dalam usaha
untuk menerapkan dan meningkatkan kemahiran murid. Walaupun telah menghadiri kursus
yang disediakan, namun mereka menyatakan kursus tersebut hanyalah tentang taklimat
tentang KSSR secara umum, tiada penerangan yang jelas serta taklimat yang spesifik tentang
pelaksanaan KSSR. Ini menyebabkan tiada perubahan dalam cara pengajaran guru-guru
kerana guru sendiri tidak pasti apa sepatutnya yang dilaksanakan.

Pada masa yang sama kebanyakan guru turut menyatakan KSSR ini adalah baik namun
begitu penerangan yang lebih jelas dan terperinci perlu diberikan kepada semua guru
berkenaan apa yang sepatutnya dilaksanakan dari segi strategi pengajaran dan pentaksiran
dalam usaha mencapai kemahiran 4M iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul.
Ketidakupayaan dan ketidakpastian guru untuk menjelas dan mengaplikasikan kemahiran
menaakul apatah lagi membimbing pelajar bagi menguasai kemahiran menaakul merupakan
masalah utama. Hal ini dapat diatasi jika guru sendiri mempunyai kefahaman jelas tentang
konsep menaakul secara keseluruhan, iaitu bermula dengan memberi maksud menaakul,
disokong dengan strategi pengajaran yang akan digunakan dalam menerapkan kemahiran
menaakul dan guru sendiri jelas dalam menentukan tahap dan penguasaan kemahiran
menaakul murid berdasarkan kriteria yang telah ditentukan. Jika guru sendiri tidak jelas maka

5
ia akan menyukarkan guru untuk membimbing murid untuk menaakul dan membuat
penilaian yang sepatutnya. Maka guru-guru memerlukan dan mengharap pendedahan seperti
kursus menaakul yang lebih komprehensif diadakan dalam menentukan strategi pengajaran
yang perlu dilaksanakan semasa P&P bagi meningkatkan penguasaan murid-murid dalam
kemahiran menaakul. Sehubungan itu, satu kursus yang memfokuskan guru kepada konsep
menaakul secara keseluruhan bermula dari maksud menaakul, strategi pengajaran yang dapat
dilaksanakan dan penilaian yang perlu dilaksanakan dalam menaakul perlu diberi secara
terperinci agar perjalanan P&P berjalan lancar.

Hasil kajian daripada Afandi bin Ibrahim (2012), Pengenalan kepada KBSR dan KSSR
menyatakan bahawa walaupun pelaksanaan KBSR membawa banyak manfaat kepada sistem
pendidikan di Negara kita, namun KSSR juga boleh diekploitasi dengan tujuan yang lebih
baik dan cemerlang. Ini kerana ianya sentiasa relevan dengan perkembangan untuk
melahirkan modal insan yang mampu berhadapan dengan semua cabaran pada masa hadapan.
Terutama dari aspek teknologi (ICT), sejajar dengan ucapan Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia iaitu KSSR dapat menghasilkan pelajar celik minda, menguasai ilmu, kemahiran
dan maklumat. Pada 31 Mac 2009 sebanyak 500 buah sekolah yang terpilih dan telah
menjalani uji rintis, mulai 2011 semua tahun 1 di semua sekolah wajib melaksanakan
KSSR.

Norilani binti Abdullah (2012) menyatakan dalam kajian beliau terhadap pelaksanaan KBSR
dan KSSR, KLSR kepada KBSR disemak semula untuk meningkatkan pengajaran dan
pembelajaran berdasarkan konsep kesepaduan dan penekanan yang lebih kepada mata
pelajaran sains dan unsur KBKK. Selain daripada itu ianya seiring dengan ekonomi, sosial
dan lain-lain perubahan semasa yang selaras dengan usaha ke arah negara maju dengan
masyarakat berilmu.

KBSR dan KSSR mempunyai ciri kekuatan masing-masing yang dianalisis dan
dibandingbezakan antara satu sama lain . Namun apabila zaman dan cabaran berubah
kurikulum yang terdahulu seperti KLSR dan KBSR menjadi kurang relevan lagi. Justeru
KSSR telah diperkenalkan mulai 2011 dengan visi untuk membangunkan modal insan dan
pembentukkan warga yang menguasai ilmu, berkemahiran dan bermaklumat, dan melahirkan
insan ulul-albab.

Berdasarkan tiga kajian ini menunjukkan bahawa KSSR ialah salah satu usaha kerajaan
terutamanya sistem pendidikan negara dalam membawa sistem pendidikan kita ke arah lebih

6
jauh dan menepati kehendak pendidikan semasa. Namun, oleh kerana pelaksanaannya yang
baru, guru-guru terutamanya telah menghadapi kesukaran dalam melaksanakannya dalam
pengajaran dan pembelajaran setiap hari. Ini kerana guru-guru telah biasa dengan kaedah
sebelum ini. Namun, perkara ini dapat di atasi dengan kursus intensif yang memberikan
penerangan lengkap tentang pelaksanaan KSSR.

MAKLUMAT PENCAPAIAN MATA PELAJARAN SAINS TAHUN 1 HINGGA


TAHUN 5 SK SUNGAI IMAM, TAWAU

Maklumat ini diperolehi daripada analisis yang telah dibuat oleh guru-guru SK Sungai Imam
sepanjang pelaksanaan KSSR. Berikut merupakan statistik berkaitan pencapaian murid tahun
1 hingga tahun 5 bagi tahun 2010 hingga 2014.

500

450

400

350
2014
300
2013
250
2012
200 2011
150 2010

100

50

0
TAHUN 1 TAHUN 2 TAHUN 3 TAHUN 4 TAHUN 5

Jika dilihat berdasarkan graf, tidak terdapat banyak perubahan dari tahun ke tahun. Namun,
apa yang penting, peningkatan dari tahun ke tahun tetap berlaku. Pada tahun 2010, KBSR
masih dilaksanakan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Pencapaian murid-murid adalah
antara 75% hingga 84%. Apabila pelaksanaan KSSR pada tahun 2011, terdapat sedikit
penurunan dalam jumlah peratusan ini. Sebagai contoh, pencapaian bagi matapelajaran Sains
Tahun 2 telah menurun sebanyak 1% iaitu dari 80% (semasa murid di tahun 1) kepada 79%.
Menurut guru Sains di sekolah tersebut, hal ini kerana pada awal pelaksanaan KSSR, mereka
belum memahami sepenuhnya bagaimana KSSR ini dilaksanakan dalam P&P mereka. Ini

7
menjadikan murid-murid juga berada dalam situasi yang bingung. Oleh itu, pencapaian murid
didapati menurun.

Namun, pada tahun seterusnya, murid-murid mula menunjukkan peningkatan yang positif.
Walaupun peningkatan yang dicatatkan hanya antara 1% hingga 5% sahaja, namun ia cukup
membuktikan bahawa pelaksanaan KSSR membawa impak yang baik terhadap pembelajaran
murid-murid.

WAWASAN 2020 DAN KSSR

Wawasan 2020 ialah sebuah wawasan kerajaan Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri
Malaysia ketika itu, yang bertujuan untuk meningkatkan Malaysia menjadi sebuah negara
perindustrian dan negara maju sepenuhnya menjelang tahun 2020. Yang dimaksudkan
sepenuhnya terangkum bukan sahaja bidang ekonomi, tetapi juga bidang-bidang politik,
sosial, kerohanian, psikologi, serta juga perpaduan nasional dan sosial, antara lain. Kesemua
ini juga melibatkan persoalan keadilan sosial, kestabilan politik, sistem kerajaan, mutu hidup,
nilai sosial dan kerohanian, maruah bangsa, serta juga keyakinan.

Terdapat 9 matlamat yang telah dibentangkan dalam penyampaian kertas kerja Wawasan
2020 antaranya ialah mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif, masyarakat yang
mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke depan, yang bukan sahaja menjadi
pengguna teknologi tetapi juga penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa
depan. Selain daripada itu, kebanyakkan matlamat yang diinginkan difokuskan kepada
pembentukan Malaysia yang aman makmur dengan mengekalkan nilai perpaduan beserta
ekonomi yang kukuh.

Transformasi kurikulum adalah suatu tindakan yang diambil demi memastikan pendidikan
yang relevan dalam menghadapi pelbagai perubahan dan cabaran dunia pada masa kini sesuai
dengan matlamat wawasan 2020. Sistem Pendidikan Malaysia berteraskan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang memberi tumpuan kepada perkembangan emosi diri pelajar
secara menyeluruh untuk melahirkan individu yang seimbang dari segi jasmani, emosi,
rohani dan intelek. Falsafah ini digunakan bagi melahirkan warganegara yang berketrampilan
dan bertanggungjawab dalam segala bidang serta mampu menghadapi cabaran dalam menuju
wawasan negara. Oleh yang demikian, kurikulum pendidikan dirancang berteraskan kepada
Falsafah Pendidikan Kebangsaan kerana falsafah memainkan peranan sebagai dasar yang
menjadi arah tuju, panduan dan bimbingan. Tanpa falsafah sesuatu kurikulum pendidikan itu

8
adalah tanpa asas. Kurikulum yang berteraskan falsafah ini umumnya untuk membentuk
pelajar bagi perkembangan menyeluruh meliputi dimensi instrumental, sosial dan dimensi
intrinsik.

Merealisasikan matlamat utama dalam sesuatu sistem pendidikan adalah dengan


memperkembangkan dan mempertingkatkan pemahaman pelajar terutama dalam konsep asas.
Ini memungkinkan pelajar dapat mengenal pasti kebolehan mereka seterusnya dapat
menyelesaikan masalah yang berkaitan. Sejajar dengan falsafah pendidikan, yang mengarah
ke perkembangan potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dalam melahirkan insan
yang seimbang dan harmonis dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) pelajar
diasuh atau di program memahami alam persekitaran bagi menjamin kesejahteraan manusia
di masa akan datang. Pelbagai pihak seperti Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM),
penyelidik, pendidik dan sebagainya perlu terlibat dalam menggembleng tenaga dan fikiran
untuk memastikan impian dan cita-cita wawasan 2020 menjadi kenyataan.

KSSR membahagikan mata pelajaran kepada tiga modul iaitu Modul Asas Teras, Modul Asas
Tema dan Modul Asas Elektif. Tahap satu sekolah rendah (tahun 1 hingga 3) akan tertumpu
kepada penguasaan 4M (membaca, menulis, mengira dan menaakul) serta kemahiran asas
teknologi komunikasi dan maklumat (ICT), perkembangan sosioemosi, kerohanian, fizikal,
kognitif, sikap dan nilai. Sementara tahap dua sekolah rendah (tahun 4 hingga 6) akan
tertumpu kepada pengukuhan dan aplikasi 4M, kemahiran asas ICT, perkembangan
sosioemosi, kerohanian, fizikal, sikap dan nilai.

Idea tentang KSSR ini di jangkakan dapat membantu Negara dalam mencapai matlamat
wawasan 2020. Dengan pelaksanaannya, rakyat Malaysia yang berkualiti dari segala aspek
dapat dilahirkan. Hal ini dapat merealisasikan matlamat utama wawasan 2020 iaitu
mewujudkan negara Malaysia bersatu yang mempunyai matlamat yang dikongsi bersama.
Malaysia mesti menjadi sebuah negara yang aman, berintegrasi di peringkat wilayah dan
kaum, hidup dalam keharmonian, bekerjasama sepenuhnya secara adil, dan terdiri daripada
satu bangsa Malaysia yang mempunyai kesetiaan politik dan dedikasi kepada negara.

HARAPAN PADA MASA HADAPAN

KSSR yang telah dilaksanakan pada awal 2011 melibatkan pelajar tahun 1 dan seterusnya
sehingga tahun 5. Sepanjang tempoh itu, pencapaian murid-murid terutamanya dalam
matapelajaran Sains menunjukkan peningkatan yang memberansangkan. Dengan kata lain,

9
pelaksanaan KSSR yang betul serta mengikut spesifikasi yang tepat berjaya menghasilkan
murid-murid yang dapat mencapai peningkatan dari sebelumnya.

Pada tahun 2016, KSSR di rancang akan dilaksanakan di peringkat tahun 6 pula. Seperti
mana yang terjadi pada awal pelaksanaan KSSR pada tahun 2011, terdapat sedikit penurunan
dalam pencapaian murid, hal ini harus di ambil kira dalam perancangan pelaksanaan KSSR
tahun 6. Namun, hal ini dapat dielakkan kerana guru-guru telah mempunyai pengetahuan
yang cukup tentang KSSR.

Namun, diharapkan dengan pelaksanaan KSSR di peringkat tahun 6, dapat menyediakan


murid-murid yang akan melangkah ke peringkat menengah dengan ilmu pengetahuan yang
cukup. Selain itu, ia juga diharapkan dapat membantu murid-murid menjadi lebih
bersemangat dalam menuntut ilmu.

KESIMPULAN

Perubahan kurikulum atau lebih dikenali sebagai satu tranformasi kurikulum adalah suatu
perkara yang memang dijangka akan berlaku. Sejajar dengan perubahan arus permodenan
negara yang menuju kearah sebuah negara maju serta mempunyai rakyat yang berpendapatan
tinggi, sudah pasti sokongan yang amat kuat diperlukan dalam sistem pendidikan. Ini kerana
bagi melahirkan modal insan yang benar-benar berilmu pengetahuan dan berketrampilan
memacu kemajuan negara, mereka haruslah melalui satu sistem pendidikan yang benar-benar
mantap dari semua aspek kehidupan.

KSSR digubal berlandaskan Falsafah Pendidikan Negara serta mengekalkan prinsip-prinsip


KBSR. KSSR merupakan penambahbaikan dalam aspek reka bentuk, organisasi, kandungan,
pedagogi, peruntukan masa, kaedah pentaksiran, bahan dan pengurusan kurikulum di
Sekolah. Ia juga diperkenalkan untuk mengatasi isu-isu pendidikan seperti kepadatan jadual
waktu, bilangan matapelajaran yang banyak, serta keterlaluan penekanan kepada
kecemerlangan akademik. KSSR adalah merupakan satu langkah perubahan yang diambil
oleh kerajaan Malaysia dalam memantapkan kurikulum pendidikan di sekolah-sekolah
seluruh Malaysia. Pelaksanaannya juga dilihat dapat membantu Malaysia mencapai matlamat
wawasan 2020.

Namun begitu, dalam merangka perubahan kurikulum, pelbagai aspek harus dilihat dan
dipertimbangkan sebelum sesuatu keputusan itu dibuat dan dapat dilaksanakan dengan baik.

10
Peranan semua pihak amat penting terutama mereka yang secara terus berhadapan dengan
kurikulum serta sentiasa bersedia menerima sesuatu perubahan.

(2544 patah perkataan)

RUJUKAN

Abdullah Sani Yahya (2003). Mengurus sekolah. Bentong: PTS Publication & Distributors
Sdn Bhd.

Abd. Rahim Abd. Rashid (2000). Wawasan & agenda pendidikan. Kuala Lumpur. Utusan
Publication & Distributors.

Bahagian Perkembangan Kurikulum (2005). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah.


Kuala Lumpur: Kementerian pelajaran Malaysia.

Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur.
Pustaka Salam.

Cruickshank, D.B. & Metcalf, K.K. ( 2003). The act of teaching (3rd ed.). Boston: McGraw
Hill.

Fogarty, R. (2002). How to integrate the curricula (2nd ed.). Illionis: Pearson Skyligt
Publication.

Hajah Noresah bt. Baharom, BCs(UM), MA(Birmingham) Kamus Dewan Edisi Keempat
Dewan Bahasa dan Pustaka Kuala Lumpur

Ikhsan Othman., & Norila Md. Sallah. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

Sufean hussin. (2004). Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
Kuala lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Afandi bin Ibrahim (2012). Pengenalan kepada KSSR dan KBSR.

Norilani binti Abudllah (2012). Konsep dan Perbezaan antara KBRS dan KSSR.

11
Fazliza Che Amat, Zurida Ismail dan Nooraida Yakob (2011). Pelaksanaan Sains KSSR
Tahun 1:Tinjauan awal.

12

Anda mungkin juga menyukai

  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec4103 2
    Hbec4103 2
    Dokumen18 halaman
    Hbec4103 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Dokumen14 halaman
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Occupational and Health
    Occupational and Health
    Dokumen3 halaman
    Occupational and Health
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Keselamatan Dan Kesihatan
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Dokumen6 halaman
    Keselamatan Dan Kesihatan
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Titas - 2
    Titas - 2
    Dokumen3 halaman
    Titas - 2
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Dokumen12 halaman
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2203
    Hbec 2203
    Dokumen5 halaman
    Hbec 2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • 1 - Hbec2203
    1 - Hbec2203
    Dokumen14 halaman
    1 - Hbec2203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Tisas
    Tisas
    Dokumen11 halaman
    Tisas
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hdps
    Hdps
    Dokumen7 halaman
    Hdps
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Dokumen12 halaman
    Abps2103 Cross Cultural Psychology
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2803
    Hbec 2803
    Dokumen14 halaman
    Hbec 2803
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • Penyelesaian Masalah
    Penyelesaian Masalah
    Dokumen12 halaman
    Penyelesaian Masalah
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Hdps 3203
    Hdps 3203
    Dokumen7 halaman
    Hdps 3203
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2503
    Hbec 2503
    Dokumen16 halaman
    Hbec 2503
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (2)
  • Vian - Hdps3103
    Vian - Hdps3103
    Dokumen15 halaman
    Vian - Hdps3103
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Dokumen14 halaman
    Awal Sains Untuk Kanak-Kanak 1
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    100% (1)
  • Contoh Surat Tunjuk Sebab
    Contoh Surat Tunjuk Sebab
    Dokumen1 halaman
    Contoh Surat Tunjuk Sebab
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    86% (7)
  • HDPS3203 Yong Poh Yen
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Dokumen16 halaman
    HDPS3203 Yong Poh Yen
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • 2 Final Report Suria Blend
    2 Final Report Suria Blend
    Dokumen17 halaman
    2 Final Report Suria Blend
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Hbec 2303
    Hbec 2303
    Dokumen11 halaman
    Hbec 2303
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat
  • Mpu 2163
    Mpu 2163
    Dokumen7 halaman
    Mpu 2163
    Milly Hafizah Mohd Kanafia
    Belum ada peringkat