Anda di halaman 1dari 4

Faedah Seni Dalam Pembelajaran terhadap kehidupan Seseorang

1. Pengalaman optima melalui seni membawa kepada keyakinan diri dan


kemahiran belajar.

Selaras dengan sains dan teknologi, Seni Dalam Pendidikan dapat membantu
membina keupayaan bagi menangani perubahan pesat yang sedang berlaku pada hari
ini. Pengalaman yang diperolehi melalui seni sememangnya dapat mempengaruhi
kehidupan kita. Contohnya, dari segi warna yang kita suka dan warna baju yang kita
pakai. Warna yang lembut, terang ataupun gelap dapat mempengaruhi emosi dan
tindakan kita terhadap sesuatu perkara atau tindakan. Apabila kita menggunakan
pilihan warna yang lembut, ianya dapat memberi keyakinan dalam diri kita. Keyakinan
akan membuka minda untuk mendapatkan kemahiran yang kita pelajari.

2. Memperkembangkan kemahiran meneroka, pengalaman dan ekspresi.


Pengetahuan tentang teori-teori kesenian dapat membantu kita mengembangkan
lagi tahap kemahiran yang sedia ada. Pengaplikasian teori dalam pembelajaran dapat
membantu kita memudahkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran. Contohnya,
warna boleh menggambarkan peribadi dan tingkah laku seseorang undividu. Justeru
itu, kemahiran meramal tingkah laku akan dapat dikenalpasti.

3. Menggalakkan pembelajaran seumur hidup secara menyeluruh.

Kreativiti semulajadi akan meransang proses pembelajaran. Ini menjurus kepada


keperluan masyarakat yang kompleks dan kompetitif. Seni banyak dihubungkaitkan
dengan personaliti, sosial, ekonomi dan kebudayaan. Oleh itu, seni mampu
mempengaruhi kita dalam membina sikap, keperibadian dan kemahiran intelektual
mengikut kesesuaian masyarakat masa kini. Seni dapat memupuk displin diri,
mengukuhkan ‘esteem’ kendiri dan menggalakkan kemahiran berfikir dalam proses
pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan berterusan dan menyeluruh.
Inilah yang dikatakan seni yang dapat menggalakan pembelajaran seumur hidup secara
menyeluruh.
4. Belajar cara belajar-aplikasi informasi secara berkesan.

Integrasi seni dengan pelajaran lain melengkapkan lagi perkembangan otak kiri dan
otak kanan, pada masa yang sama kanak-kanak belajar secara aktif dan
menyeronokkan. Melalui seni, kita dapat mempelajari cara orang lain berfikir, bekerja
dan mengekspresi kendiri. Justeru itu, seni dapat mempengaruhi kita untuk membuat
keputusan dalam pelbagai situasi. Pemerolehan ilmu seni dapat mambantu kita belajar
dengan lebih menyeronokkan dan mampu mengembangkan potensi individu dalam
meneroka, hubungkait idea dengan objek dan di antara pemikiran dengan perlakuan
kita.

5. Penghubungkait, gerah hati, celik akal dan kecergasan “Lateral Leaps”

Bidang seni pendidikan menjurus kepada pengetahuan yang berupaya


meningkatkan kebolehan dalam memahami dengan gerak hati, membuat taakulan,
berimaginasi dan kepantasan dalam membentuk ekspresi dan komunikasi. Seni juga
adalah penghubungkait anatara kecergasan otak dan kesan tindakan seseorang.
Faedah Seni Pembelajaran Dalam P&P

1. Melahirkan guru yang kreatif, inovatif, peka, berpersonaliti yang seimbang


berketrampilan dan profesional.

Menurut Leonardo da Vinci iaitu seorang seniman, jurutera, anatomis dan saintis
menyatakan bahawa dengan penghayatan seni yang betul, ianya akan memotivasikan
kita untuk menjadi seorang guru yang kreatif, inovatif, peka, berpesonaliti yang
seimbang, berketrampilan dan professional. Guru yang kreatif dan inovatif mampu
menarik perhatian atau tumpuan pelajar untuk belajar dengan lebih yakin dan berkesan.
Contohnya melalui aktiviti seni visual, muzik dan pergerakan, guru dapat membantu
murid-muridnya melibatkan diri secara aktif dalam pembelajaran dan mendorong kanak-
kanak menggunakan imaginasi, eksperesi, inkuiri dan kecerdasan kepada murid-murid
dan ini akan lebih menyeronokkan murid-murid tersebut.

2. Membantu guru melaksanakan dengan mudah proses pengajaran dan


pembelajaran.

Seni membantu para guru dalam memahami diri dan persekitaran. Aktiviti seni
visual, muzik dan pergerakan memudahkan proses menghubungkait semua benda
dalam alam ini. Dengan demikian, seni dapat membantu untuk mengaktifkan proses
pembelajaran dan perpindahan pembelajaran.

3. Guru senang mencapai objektif atau matlamat.

Integrasi seni visual, muzik dan pergerakan dengan pelajaran yang lain membantu
dalam mengimbangkan perkembangan otak kiri dan kanan. Quadrant Concept (1991)
oleh Hermann menunjukkan perkembangan otak kiri dan kanan, menyatakan bahawa
seni membantu pemikiran yang rasional dan intuitif seseorang terutama untuk guru agar
mereka dapat menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Justeru itu, dengan pengetahuan tentang keistimewaan seni, guru senang mencapai
objektif dan matlamat dalam pengajaran dan pembelajaran.
4. Guru dapat mempelbagaikan teknik dan strategi dalam pangajaran dan
pembelajaran.

Dalam Teori Kecergasan Manusia, Gardner (1983) mengesyorkan bahawa terdapat


tujuh jenis kecergasan tetapi kebanyakkan sekolah memberi penekanan kecergasan
linguistik dan matematik sahaja. Kecergasan lain mungkin akan hilang. Teori ini
menyokong seni perlu diberi peranan yang penting dalam kurikulum, ini kerana manusia
memperolehi pengetahuan melalui pelbagai kecergasan dan juga melalui perbagai
teknik pengajaran.

Oleh itu, guru hendaklah menggunakan pelbagai teknik dan strategi serta kelebihan
diri untuk menggalakkan murid mencapai objektif kendiri dalam melancarkan lagi
proses pengajaran dan pembelajaran.

Pendidikan Seni menyarankan strategi pembelajaran yang bersepadu. Dalam


setiap kegiatan seni perkara seperti pemupukan nilai dan pemahaman unsur seni
dihubungkaitkan dengan kemahiran asas seni. Cara bekerja yang teratur, cermat dan
selamat dalam proses membuat sentiasa ditegaskan.