Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
Menurut Bennis (1989) memimpin dan mengurus mempunyai perbezaan yang jelas.
Berikut ialah perbezaan yang ditunjukkan oleh beliau.
Pengurus Pemimpin
Perbezaan antara pemimpin orientasi hubungan dan pemimpin orientasi tugas ialah:
kepemimpinan autokratik terbahagi dua bentuk iaitu sistem eksploitif autokrat dan
benevolent autocrat
Kepemimpinan eksploitif autokrat bersifat dogmatic iaitu kurang memberi kepercayaan
kepada ahli-ahli kumpulan.
Pendekatan gaya kepemimpinan autokratik bersifat arahan dari atas ke bawah dan mesti
dilaksanakan tanpa sebarang pertanyaan.
Pembuatan keputusan dan kawalan berada di sebelah pihak sahaja iaitu di tangan
pengurusan atasan.
Sistem benevolent autokrat pula memperlihat pendekatan parental dalam pengurusan.
Pemimpin memberikan perhatian kepada orang di bawah kepemimpinannya. Secara tidak
langsung pemimpin jenis ini memberi tanggapan bahawa ia seorang pemimpin yang
bersifat demokratik.
Walaupun begitu segala keputusan yang dibuat atau diambil ialah keputusannya sendiri.
kepemimpinan demokratik membuat keputusan dengan melibatkan ahli kumpulannya.
kepemimpinan jenis ini pujian mahupun kritikan terhadap ahli akan dibuat secara
objektif. Corak kepemimpinan demokratik paling berkesan dan produktif.
Corak kepemimpinan ini meningkatkan interaksi, komunikasi dan pembuatan keputusan
pekerja.
Corak ini menghasilkan pemikiran baharu, perubahan yang positif dan rasa
tanggungjawab bersama.
Sulaiman (1998) menyatakan bahawa kepemimpinan gaya laissez faire ialah pemimpin
mengelakkan diri daripada mempengaruhi orang di bawahnya serta mengabaikan atau
mengetepikan tugas-tugas kepimpinan.
Tanggungjawab dilepaskan kepada subordinat dengan kata lain pemimpin tidak banyak
memikul tanggungjawab kepimpinan atau meninggalkan tanggungjawab
kepada orang lain.
Komunikasi dan interaksi antara kumpulan sedikit dan gelagat kepemimpinan seperti ini
bertentangan dengan kepemimpinan autokrat atau demokratik.
Faktor-faktor yang mendorong sikap dan gelagat yang tidak produktif dalam sistem
pengurusan laissez-faire.
Kumpulan kerja lebih merujuk kepada kumpulan pekerja yang bekerjasama untuk
mencapai satu matlamat organisasi. Kumpulan ini memiliki ahli yang sentiasa
berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain. Menurut Zainal (1997) kumpulan kerja
boleh wujud dalam banyak bentuk seperti kumpulan formal, tidak formal, sementara atau
kekal, kombinasi dari jabatan yang berlainan dan sebagainya.
I. Formal Team
dibentuk melalui pelantikan secara rasmi dalam organisasi. Menurut Zainal (1997),
kumpulan ini dibahagikan kepada dua pecahan utama iaitu pasukan fungsian dan pasukan
tugas.
Pasukan fungsian melihat kepada peranan pihak bawahan kepada pengurus Atasan dan
keadaan ini terbentuk melalui hierarki atau carta organisasi.
Pasukan tugas sementara pula lebih kepada untuk mengenal pasti, menyelidik dan
mencari penyelesaian kepada sesuatu masalah.
Kumpulan petugas sementara ini terbahagi kepada pasukan petugas, pasukan penyelia
dan juga jawatankuasa adhoc.
Contoh paling mudah ialah pasukan penyiasat terhadap nahas helikopter Nuri TUDM.
Stres atau tekanan wujud disebabkan oleh konflik antara kebolehan diri dan tuntutan
tugas yang dilakukan.
Stres juga wujud disebabkan oleh tindakan atau reaksi individu terhadap persekitaran
yang mengancamnya.
Stress terbahagi kepada dua jenis iaitu stres positif (eustress) dan negatif (distress).
Eustress wujud disebabkan oleh adanya cabaran ke arah kebahagiaan hidup mahupun
kerjaya.
Disebabkan tekanan ini, individu terbabit akan cuba untuk berusaha lebih giat mengatasi
cabaran yang dihadapi.
Sebaliknya, distress pula lebih kepada tekanan yang berterusan dan pastinya memberi
kesan yang besar kepada produktiviti individu terbabit.
b) Terangkan TIGA (3) jenis konflik. Nyatakan juga keadaan di mana konflik
berubah menjadi sesuatu yang positif dalam sesebuah organisasi. (12M)
o Konflik berlaku di dalam diri pelaku itu sendiri. Wujudhasil daripada tugas
dan kerja individu yang terlibat dalam pembuatan keputusan.
o Keputusan yang dibuat biasanya melibatkan beberapa alternatif sama ada
mempunyai kesan negatif dan positif.
b) Huraikan berserta contoh TIGA (3) isu yang menjadikan proses penilaian di
dalam sesuatu penilaian prestasi menjadi kurang tepat. (12M)
Salah satu perkara yang sering dibangkitkan ialah tentang pemilihan pegawai penilai yang dipilih
bukanlah daripada kalangan yang berkemahiran khasnya dalam bidang yang dinilai. Contohnya,
seorang pemimpin yang bukan dalam bidang kedoktoran telah ditugaskan untuk menilai prestasi
doktor berdasarkan kepada bilangan pesakit. Akibat daripada kelemahan ini, maka terdapat
beberapa isu yang biasanya berlaku ketika mengupas isu penilaian prestasi. Antaranya ialah:
1. Kesan halo
o berlaku apabila pemimpin menilai pencapaian telah mempengaruhi keputusan penilaian
di bidang yang lain.
o Kejayaan yang dicapai dalam satu-satu bahagian telah dijadikan panduan untuk membuat
rumusan bahawa kejayaan tersebut mencerminkan kejayaan secara keseluruhan bahagian.
o Contohnya, kejayaan seorang pengurus di bahagian operasi telah dianggap Berjaya dan
boleh memegang jawatan di semua bahagian.
o Justeru, dalam kes ini pemimpin haruslah menilai pegawai yang dinilai dari semasa ke
semasa dari semua bidang dan sudut untuk mengelakkan pembuatan keputusan terburu-
buru dan seterusnya mengundang kepada kesan halo.
2. Bias
Bias biasa berlaku dan Sikap favouritism diyakini telah menjadi penyebab kepada
keadaan tersebut.
Pemimpin telah mempunyai calon kegemaran ketika melakukan penilaian dan Kesannya
keputusan penilaian akan memberi kelebihan kepada pihak yang ada kepentingan kepada
pemimpin atau pegawai penilai.
Pengurus wanita mungkin memberi kelebihan kepada pekerja wanita atas dasar
persamaan gender.
Oleh itu, pemimpin yang terlibat dalam penilaian prestasi haruslah melihat kepentingan
organisasi melebihi kepentingan peribadi dan jika perkara ini menjadi amalan, tidak
mustahil keputusan penilaian prestasi yang dihasilkan akan lebih telus dan
menyenangkan semua pihak.
3. Kecenderungan memusat
Keadaan ini timbul apabila pemimpin memberi markah purata kepada semua staf yang
terlibat dalam penilaian prestasi iaitu bukanlah merujuk kepada kemampuan atau
kejayaan seseorang.
Biasanya pemimpin bertindak demikian kerana cuba untuk berada dalam keadaan selamat
dengan beranggapan bahawa tindakan tersebut tidak menyenangkan atau membebankan
pihak-pihak yang terlibat.
Kesannya, setiap pekerja akan mendapat markah biasa atau sederhana sahaja sedangkan
hasil usaha dan kejayaan yang disumbangkan melebihi daripada pihak lain.
Dalam keadaan ini, pemimpin haruslah bersikap profesional dalam menjayakan penilaian
prestasi dengan memberi penekanan kepada kejayaan dan pencapaian setiap individu.
6. Integriti dan akuantabiliti amat penting kepada semua penjawat awam. Huraikan
langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan
integrity dan akauntabilit kakitangan sector awam di Negara ini terpelihara. (12M)
Menurut Ahmad Sarji (1992), antara tindakan yang perlu dilakukan bagi meningkatkan
akauntabiliti dan integriti awam ialah dengan penyataan yang jelas mengenai tugas dan
tanggungjawab bagi setiap jawatan.
Imej perkhidmatan awam sering dicemari dengan gejala negatif akibat tindakan segelintir
penjawat awam yang tidak cekap, mengamalkan rasuah, penyelewengan kuasa, kronisme
dan juga hepotisme.
Kuasa dan autoriti telah mendedahkan kakitangan ini dengan bermacam-macam ancaman
anasir negatif.
untuk tujuan meningkatkan kualiti, cabaran berkaitan dengan integriti penjawat awam
merupakan perkara utama dalam agenda peningkatan mutu perkhidmatan awam.
Justeru, untuk tujuan tersebut pelbagai usaha penerapan nilai-nilai murni telah
dilaksanakan oleh kerajaan seperti program-program di bawah Badan Pencegah Rasuah
(BPR), pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN), Penubuhan Institut Integriti Malaysia
(IIM) dan sebagainya.
Realitinya, perkhidmatan awam merupakan sebuah badan yang akan melaksanakan
pentadbiran negara melalui dasar-dasar dan peraturan yang diwujudkan oleh kerajaan.
Di sini jelas membuktikan kepada kita bahawa dalam usaha memperbaiki mutu
perkhidmatan awam, pembangunan modal manusia, etika dan nilai dalam perkhidmatan
awam telah menjadi agenda penting kerajaan.
Di samping itu juga, ramai sarjana yang mengaitkan ketelusan dengan program
pembangunan modal insan (Kotter, 1988).
Di bawah program ini, para birokrat haruslah berusaha untuk memaksimumkan
keupayaan diri bagi mengubah imej sektor awam agar lebih dihormati, berdaya saing,
proaktif dan lebih produktif.
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
18 NOVEMBER 2016 (JUMAAT)
BAHAGIAN A :
1. Nyatakan maksud konflik di dalam organisasi. (5M)
o Konflik adalah akibat situasi dimana keinginan/kehendak yang berbeza antara satu dengan
yang lain sehingga salah satu atau kedua-duanya terganggu.
o Konflik Organisasi adalah ketidaksesuaian antara dua atau lebih anggota/kelompok
organisasi yang harus membagi sumber daya yang terbatas dan kenyataan mereka mempunyai
perbezaan status, tujuan, nilai atau persepsi.
o Merujuk kepada kumpulan pekerja yang bekerjasama untuk mencapai satu matlamat
organisasi.
o Memiliki ahli yang sentiasa berinteraksi dan bergantung antara satu sama lain.
o Menurut Zainal (1997) kumpulan kerja wujud dalam banyak bentuk seperti kumpulan
formal, tidak formal, sementara /kekal, kombinasi dari jabatan yang berlainan.
o Lebih menjurus kepada gabungan kepakaran antara ahli yang bermakna kumpulan ini
terbentuk daripada individu yang memiliki kemahiran dan pengetahuan tertentu. K
o esukaran Cross Funcational Team ialah keserasian masa untuk menemukan semua ahli kump
kerena setiap ahli mempunyai tugas du unit masing-masing.
o Ketua Cross Funcational Team perlu mendapat sokongan pihak atasan yang berupa
kewangan, moral dan sokongan dalam bentuk politik.
5. Jelaskan secara ringkas LIMA (5) gaya kepimpinan eksektutif seperti yang
diutarakan oleh Drucker (1964). (10M)
Lima gaya kepimpinan eksekutif digariskan oleh Drucker ialah:
1) Tahu hala tuju organisasi
- Eksekutif yang berkesan haruslah memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan
yang tinggi bagi memastikan objektif dan hala tuju organisasi dapat ditentukan.
2) Melihat kepada hasil
- Pengurus eksekutif harus memberikan tumpuan kepada pulangan terhadap
organisasi berbanding kerja yang dilakukan.
3) Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki
- Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut dan ini menghasilkan
prestasi kerja yang cemerlang.
4) Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja
- Eksekutif harus meletakkan sasaran pencapaian lebih tinggi daripada
kebiasaannya.
5) Hanya keputusan terbaik dihasilkan
Kepimpinan eksekutif perlu peka dan sensitif terhadap sebarang cadangan
yang dikemukakan.
8. Jelaskan EMPAT (4) perbezaan antara pemimpin dan pengurus seperti yang
diutarakan oleh Bennis. (10M)
Soalan berulang -
BAHAGIAN B :
1. Menurut Ahmad Sarji (1992), anjakan paradigm di sector awam perlu dilakukan
bagi menjamin keyakinan masyarakat tidak tergugat. Bincangkan kenyataan ini.
Kelemahan teori sifat menjadi titik tolak kepada wujudnya teori tingkah laku ini.
Pendekatan tingkah laku mula aktif diperkenalkan pada akhir tahun 1950-an iaitu
fokus kajian pada masa itu lebih kepada ragam kelakuan pemimpin dan bukannya
kepada sifat-sifat pemimpin (Razali, 1998).
Pendekatan ini menilai ragam kelakuan seseorang pemimpin seperti autokratik
berbanding demokratik, orientasi terhadap kerja berbanding dengan sosio-
emosional, tumpuan terhadap pekerja berbanding dengan tumpuan pengeluaran
dan sebagainya. (Razali, 1990: 16)
Teori pendekatan tingkah laku memberi penekanan terhadap pengenalpastian
kepimpinan yang efektif dengan melihat kepada tingkah laku pemimpin serta kesan
tingkah laku tersebut terhadap pencapaian subordinat di bawahnya.
Ringkasnya, pendekatan kepada tingkah lakukepimpinan ialah kajian terhadap
tindakan yang telah dilakukan oleh pemimpin yang berkesan dan bukannya apa
yang ada pada pemimpin tersebut.
2. Kuasa ganjaran
o Kuasa ini dianggap sebagai medium positif kerana berpotensi untuk
menyebabkan perubahan dalam tingkah laku dan perilaku seseorang.
o Selain itu, kuasa ganjaran ini digunakan bagi tujuan melatih para subordinatnya
untuk mencapai matlamat dan kehendak organisasi.
o Kuasa ganjaran melihat segala tindak tanduk subordinat sebagai positif dan baik
untuk perkembangan organisasi
3. Kuasa petunjuk
o Kuasa ini bergantung kepada perspektif orang bawahan.
o Apabila seseorang pemimpin disukai oleh pekerja, maka pemimpin tersebut memiliki
kuasa berbanding pengurus yang tidak disukai.
o kuasa ini memberi kelebihan kepada pekerja dalam menentukan hala tuju
kepimpinan organisasi.
o Pihak pekerja akan menilai dan memilih pemimpin yang disukai dan sudah tentu
akan memihak kepada pemimpin yang mengambil berat terhadap kepentingan
mereka.
o Kesimpulannya, kuasa bukan sahaja terhad kepada lima jenis, malah ia turut
merangkumi kuasa maklumat, kuasa harta, kuasa rujukan, kuasa ekonomi,
ketenteraan dn lain-lain lagi. Berpandukan kepada pendapat French dan Raven,
setiap kuasa yang dikategorikan mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-
masing.
4. Kuasa kepakaran
o Kuasa ini melihat bahawa orang yang dipimpin memiliki kemahiran dan kepakaran
yang kurang berbanding pemimpin mereka.
o Dengan cara ini, individu tersebut memiliki kelebihan berbanding pihak lain khasnya
dari sudut pendidikan, kemahiran, minda dan juga tahap kepakaran.
o Segala kelebihan tersebut akan digunakan bagi mewujudkan kesetiaan dan
komitmen dari pihak subordinat untuk melaksanakan tugas-tugas yang telah
dipertanggungjawabkan.
o Selain itu, kuasa ini juga menyebabkan seseorang itu dihormati dan dipandang
tinggi oleh orang lain berdasarkan pengetahuan dan kemahiran yang dimiliki.
5. Kuasa paksaan.
o Kuasa ini bertentangan dengan kuasa ganjaran kerana kuasa paksaan bersifat
negatif dan perubahan perlakuan subordinat bukanlah atas kerelaan ataupun
kemahuan sendiri.
o Kuasa ini lebih menekankan kepada bentuk hukuman dan denda oleh pihak atasan
kepada pihak bawahan mereka.
o Penggunaan kuasa ini secara berlebihan mewujudkan ugutan terhadap pekerja dan
pekerja tidak bebas untuk memberi pandangan serta pendapat kerana takut
terhadap hukuman /denda yang telah ditetapkan.
o Kuasa yang wujud melalui cara ini kebiasaannya tidak kekal dan pemimpin yang
mengamalkan kuasa ini terdedah kepada ancaman untuk dijatuhkan (Razali, 1990).
Oleh itu, dalam konteks organisasi, pengendalian dan penggunaan kuasa secara teratur
dan tanpa sebarang penyelewengan akan mewujudkan sokongan dari pihak pekerja tanpa
sebarang masalah dan ancaman. Jatuh bangun sesebuah organisasi bergantung kepada
sejauh mana kerjasama antara pihak pengurusan dan juga pihak pekerja yang terlibat.
1. Kepemimpinan Direktif
o Peranan pemimpin sangat aktif khususnya dalam penyelesaian masalah dan
pembuatan keputusan.
o Untuk mendapatkan penerimaan atau cadangannya diterima pengurus atau
pemimpin, direktif akan menggunakan cara memujuk, memberi alasan yang
munasabah dan logik.
o Pemimpin jenis ini menekankan kepentingan/keperluan dana dan ada
kalanya menggunakan ganjaran atau tekanan supaya diterima.
o Pemimpin mengeluarkan perintah dan arahan yang mana tidak diiringi
dengan sebarang penjelasan atau keterangan.
o Pemimpin gaya ini tidak mahu arahan dan perintahnya dipertikaikan dan
yang dikehendakinya ialah ahli-ahli patuh kepada perintah dan arahan.
o Satu stail yang nyata pemimpin membuat keputusan dan mengisytiharkan
keputusannya tanpa memaklumkan kepada ahli-ahlinya sebelum keputusan
dibuat.
Pengurus yang baik akan sentiasa melihat ke hadapan dengan penuh keyakinan
tanpa sebarang perasaan ragu.
Pemimpin dalam agensi awam haruslah bersifat berani untuk melakukan perubahan
dengan memperkenalkan beberapa program atau aktiviti dengan tujuan
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Antara program yang dilaksanakan ialah program 5S, Hari Kualiti, Piagam
Pelanggan, Sijil Piawaian ISO dan sebagainya.
Program ini dilaksanakan bagi membentuk budaya kerja yang lebih tersusun dan
sistematik dalam kalangan agensi awam.
Kerajaan juga turut membudayakan dan memperkukuhkan sistem pengurusan
kualiti melalui Total Quality Management (TQM).
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
Situasi atau keadaan di bawah kepemimpinan laissez faire jika disbanding dengan
demokratik ialah seperti berikut:
4. Konflik adalah suatu yang tidak dapat dielakkan dalam sesebuah organisasi.
Apakah kaedah yang boleh anda gunakan untuk menguruskan konflik ?
Bincangkan EMPAT (4) daripadanya. Nyatakan juga keadaan dimana konflik
berubah menjadi sesuatu yang positif dalam organisasi. (16M)
Jawapan
Bagi menjadikan sesebuah pasukan itu efektif, pengurusan konflik haruslah
diurus dan ditadbir dengan baik.
Dalam sesebuah kumpulan atau pasukan, konflik ialah sesuatu yang tidak
dapat dielakkan.
Justeru itu, strategi untuk mengatasi konflik haruslah dirangka dengan baik
bagi menjamin kepentingan organisasi sentiasa tercapai.
Beberapa kaedah yang disarankan oleh Thomas (1975) dalam menguruskan
konflik ialah:
(a) Pengelakan
Gaya pengurusan konflik pengelakan lebih kepada memisahkan pihak-
pihak yang berkonflik.
Pihak pengurus dan pemimpin juga boleh menggunakan kaedah psikologi
dalam meredakan konflik tersebut.
(b) Penyesuaian
Digunakan dengan cara mengetepikan kehendak satu pihak dan memberi
tumpuan kepada pihak yang lagi satu.
(c) Persaingan
Konflik bagi gaya ini wujud kesan daripada persaingan antara dua
pasukan yang melihat kepentingan diri sebagai keutamaan.
Keputusan harus dibuat bagi memilih satu pihak sahaja dan
mengetepikan pihak yang lagi satu.
(d) Kompromi
Situasi apabila setiap pihak mengalah dan mengorbankan sedikit
kepentingan pasukan atau diri bagi memberi keutamaan kepada perpaduan
dalam organisasi.
(e) Permuafakatan
Gaya permuafakatan merupakan gaya yang paling ideal dan signifikan.
Semua pihak mencapai persetujuan untuk memaksimumkan pencapaian
matlamat dan meningkatkan perpaduan pasukan.
Menurut Zainal (1997), konflik sebenarnya jika dilihat dari sudut positif mampu
memberikan impak yang besar kepada organisasi.
Keadaan ini berlaku kerana konflik mampu membuka fikiran dan mengubah sikap
bagi memperbaiki situasi dan keadaan sedia ada.
Kajian Robbins (1984) telah mendapati bahawa stres bukanlah situasi yang
sepenuhnya menyumbang kepada keadaan negatif, namun dalam konteks yang
berbeza, stres akan membawa kepada keterbukaan untuk berhadapan dengan
cabaran dan halangan.
Menurut Razali (1990), konflik dan tekanan seharusnya ada dalam organisasi
kerana organisasi yang bebas daripada sebarang konflik dan tekanan ialah petunjuk
kepada pasifnya organisasi tersebut.
Jawapan :
Kakitangan awam di negara ini terdiri daripada individu yang dilantik oleh Jabatan
Perkhidmatan Awam (JPA).
JPA dipertanggungjawabkan untuk membangun, mengurus dan merancang sumber
manusia bagi menggerakkan sektor awam.
Oleh yang demikian semua agensi awam harus terikat dengan JPA dalam
menentukan hala tuju organisasi khasnya yang melibatkan penempatan staf,
pelantikan dan juga pengesahan jawatan seseorang kakitangan awam.
Pemimpin di semua agensi awam bergantung sepenuhnya kepada JPA dalam
merancang dan melaksanakan segala aktiviti organisasi khasnya yang melibatkan
belanjawan, latihan, program R&D dan sebagainya.
Menurut Ahmad Atory (1998), pentadbiran sektor awam lebih kepada amalan
kawalan kuasa secara berpusat.
Ini bermakna kuasa organisasi lebih tertumpu kepada pihak atasan semata-mata.
Keputusan akan diputuskan oleh pihak pemimpin daripada hierarki tertinggi dalam
sesebuah carta organisasi.
b) Bincangkan EMPAT (4) aktiviti yang dijalankan oleh agensi awam untuk
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan. (12M)
Pengurus yang baik akan sentiasa melihat ke hadapan dengan penuh keyakinan
tanpa sebarang perasaan ragu.
Pemimpin dalam agensi awam haruslah bersifat berani untuk melakukan perubahan
dengan memperkenalkan beberapa program atau aktiviti dengan tujuan
meningkatkan kualiti perkhidmatan yang disediakan.
Antara program yang dilaksanakan ialah program 5S, Hari Kualiti, Piagam
Pelanggan, Sijil Piawaian ISO dan sebagainya.
Program ini dilaksanakan bagi membentuk budaya kerja yang lebih tersusun dan
sistematik dalam kalangan agensi awam.
Kerajaan juga turut membudayakan dan memperkukuhkan sistem pengurusan
kualiti melalui Total Quality Management (TQM).
Kepimpinan dalam Islam juga mempunyai nilai dan kriterianya yang perlu
dititikberatkan oleh setiap individu yang menjadi pemimpin.
Terdapat enam nilai dan kriteria yang perlu diikuti oleh seseorang pemimpin bagi
menjamin keberkesanan dalam memimpin, iaitu ikhlas, teguh pendirian, adil dan
saksama, sabar dan cekal hati, toleransi dan berdisiplin.
1. Ikhlas
Keikhlasan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab penting untuk mendapat
keredhaan Allah (SWT) yang ditekankan dalam Islam.
Keikhlasan yang wujud mampu menjalinkan hubungan yang baik antara pemimpin
dan golongan yang dipimpin seterusnya ikhlas terhadap Allah (SWT).
2. Berpendirian
Islam juga menggalakkan pemimpin mempunyai pegangan dan keteguhan pendirian
yang berasaskan agama supaya dengan adanya sifat ini, seseorang pemimpin tidak
akan mudah terpengaruh dengan anasir-anasir yang menyebabkan pemimpin
tersebut tersasar daripada landasan atau prinsip yang telah ditetapkan.
3. Adil
Seorang pemimpin seharusnya berlaku adil dan saksama dalam menjalankan
tanggungjawab tanpa mengira warna kulit, status, keturunan, bangsa dan agama.
Pemimpin yang adil merupakan pemimpin yang menjadi contoh dan sering dihormati
serta mampu mewujudkan hubungan yang baik dengan orang bawahannya.
4. Sabar
Seseorang pemimpin juga perlulah cekal hati dalam menangani sebarang
masalah dalam membentuk jati diri individu di bawah pimpinannya dan sanggup
menghadapi cabaran.
Selain itu, kesabaran merupakan nilai yang terpuji dalam Islam manakala
kecekalan hati mampu melihat ketabahan seseorang pemimpin dalam
menyelesaikan masalah.
Kesabaran dan kecekalan hati mampu menunjukkan kewibawaan dalam
membuat keputusan kerana sifat yang tergopoh-gopoh dalam membuat
keputusan akan mengundang pelbagai masalah yang tidak diingini.
5. Toleransi
Seorang pemimpin seharusnya bersikap terbuka dan bertoleransi dalam menerima
pendapat, pandangan dan pemikiran orang lain tanpa mempunyai rasa iri hati,
marah dan dendam terhadap orang bawahan mahupun golongan lain.
6. Disiplin
Pemimpin yang mempunyai disiplin dalam kehidupannya mampu mengikut arahan
dan peraturan yang telah ditetapkan supaya wujudnya rasa hormat-menghormati
antara pemimpin dan orang bawahannya.
Kegagalan menunjukkan disiplin dalam diri pemimpin mengakibatkan hilangnya rasa
hormat yang ada dalam diri pekerja, orang bawahan dan masyarakat.
7. Integriti dan akauntabiliti amat penting kepada semua penjawat awam. Huraikan
langkah-langkah yang telah dilakukan oleh pihak kerajaan untuk memastikan
integrity dan akauntabiliti kakitangan sektor awam di Negara ini.
Jawapan :
Integriti menyentuh aspek ketelusan dalam pentadbiran. Integriti memainkan
peranan besar dalam meningkatkan kepercayaan rakyat dengan tahap ketelusan
yang tinggi dalam perkhidmatan awam.
Berteraskan prinsip ini jelas membuktikan kepada kita bahawa ketelusan sesebuah
pentadbiran penting dalam menjamin kualiti perkhidmatan.
Justeru itu, penerapan nilai integriti, telus dalam membuat keputusan, amanah dan
pelbagai nilai-nilai murni perlu dititikberatkan dalam perkhidmatan awam kerana ia
merupakan permulaan kepada pembangunan nilai dalam diri penjawat itu sendiri.
Untuk tujuan meningkatkan kualiti, cabaran berkaitan dengan integriti penjawat
awam merupakan perkara utama dalam agenda peningkatan mutu perkhidmatan
awam.
Justeru, untuk tujuan tersebut pelbagai usaha penerapan nilai-nilai murni telah
dilaksanakan oleh kerajaan seperti program-program di bawah Badan Pencegah
Rasuah (BPR), pelancaran Pelan Integriti Nasional (PIN), Penubuhan Institut
Integriti Malaysia (IIM) dan sebagainya.
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
1. Strategi,
seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang yang ahli dalam
menyusun strategi dalam rangka mencapai visi dan misi organisasinya
2. Eksekutor,
seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang yang tahu bagaimana
melaksanakan strategi yang telah disusunnya, walaupun dia tidak terjun
langsung dalam hukuman mati.
3. Pengurus Bakat,
seorang pemimpin berkesan adalah seorang yang secara konsisten
menerapkan pengurusan bakat dalam organisasinya.
4. Pemaju SDM,
seorang pemimpin berkesan adalah seorang yang fokus pada
pembangunan sdm organisasinya.
5. Kemahiran peribadi,
seorang pemimpin yang berkesan mempunyai kecakapan peribadi yang
membolehkan dia untuk dapat dicontohi, memberi inspirasi dan juga
memberi motivasi kepada para pengikutnya
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
Menurut Yukl (1994) skil dibahagikan kepada tiga komponen utama iaitu teknikal, interpersonal
dan konseptual.
1. Technical skills
Merupakan pengetahuan mengenai metode, proses, prosedur dan teknik khasnya dalam
menyelesaikan masalah khusus.
Contohnya, apabila negara membuat keputusan untuk mengadakan Litar Formula 1 di
Sepang, maka banyak kepakaran teknikal khasnya dari sudut kejuruteraan diperlukan dalam
merealisasikan projek tersebut.
Malah keperluan tersebut bukan sahaja terhenti apabila siapnya litar tersebut, tetapi turut
menuntut pembangunan ilmu berpanjangan khasnya dalam memantau dan menyelenggara
segala kemudahan yang telah dibangunkan.
2. Interpersonal skills
Merujuk kepada pengetahuan mengenai tingkah laku manusia seperti kemampuan untuk
memahami perasaan dan tabiat orang lain.
Kemampuan untuk meyakinkan orang lain melalui komunikasi yang berlaku serta
kemampuan untuk bekerjasama dan mempunyai hubungan yang baik dengan semua pihak.
Contohnya, seorang jurujual perlu memiliki skil ini bagi mempengaruhi pihak pelanggan
dalam memastikan produk yang dipasarkan terjual.
3. Conceptual skills
Skil ini lebih merujuk kepada kemampuan untuk berfikir secara cepat, logik, kreatif dan
sentiasa mempunyai kreativiti dalam melahirkan idea dan pemikiran baru.
Turut dikaitkan dengan kemampuan untuk menganalisis, meramal masalah serta keupayaan
untuk mengenal pasti peluang yang ada.
Skil ini dapat dilihat melalui kepimpinan Negara kita pada hari ini yang lebih memfokuskan
aktiviti ekonomi utama Negara beralih kepada pertanian.
Ini berdasarkan kepada andaian bahawa dengan kegawatan dan ketidakstabilan ekonomi
dunia serta kenaikan harga minyak dunia telah meningkatkan segala kos operasi bagi
industri berat seperti perkilangan dan perindustrian.
Oleh yang demikian, pendekatan kepada kegiatan pertanian jelas memperlihatkan satu
tindakan yang positif terutamanya dalam memaksimumkan lagi penggunaan bahan mentah.
- Soalan Berulang -
3. Kepimpinan yang berkesan ialah kepimpinan yang boleh membawa kepada
kejayaan sesebuah organisasi. Berikan LIMA (5) peranan yang boleh
dimainkan oleh pemimpin kearah pencapaian berkenaan. (25M)
Jawapan :
Sebenarnya tidak ada sifat dan personaliti khusus dalam mengkategorikan seseorang
pemimpin.
Namun, kepelbagaian atau fleksibiliti sifat yang dimiliki oleh seseorang mampu
melahirkankecekapan dalam sistem pengurusan yang diamalkan.
Kemahiran yang dimiliki oleh pemimpin untuk berhadapan dengan semua situasi akan
banyak membantu dalam mempermudahkan proses pembuatan keputusan.
Menurut Urwick (1962), terdapat beberapa ciri atau sifat yang mampu melahirkan kecekapan
dalam pengurusan. Antara ciri-ciri tersebut ialah seperti berikut:
o Tenaga, kekuatan fizikal, stamina dan tahap kesabaran terhadap tekanan sangat berkait rapat
dengan kecekapan dalam pengurusan organisasi.
o Ini penting kerana ciri-ciri tersebut akan banyak membantu untuk menguruskan segala
keperluan untuk melahirkan pengurusan yang cekap walaupun bekerja di bawah tekanan.
o Tekanan kerja yang wujud akibat ingin sentiasa menang dalam persaingan akan menuntut
kekuatan mental dan kecepatan berfikir dalam kalangan pemimpin.
o Kecekapan dalam penyelesaian masalah memerlukan kemampuan untuk bertahan, tenang
serta fokus kepada kaedah penyelesaian masalah terbaik.
2. Keyakinan diri
o Keyakinan diri lebih merujuk kepada tingkah laku yang memberikan seseorang kekuatan
untuk maju dan berjaya.
o Keyakinan diri yang tinggi juga akan banyak mempengaruhi pandangan pihak subordinat
terhadap pihak atasannya.
o Keyakinan diri ialah perbezaan antara pemimpin yang cekap dan juga sebaliknya.
4. Integriti
o Integriti merujuk kepada tingkah laku positif terhadap sifat-sifat seperti jujur, dipercayai,
beretika dan juga amanah.
o Integriti memainkan peranan penting dalam membawa dan menonjolkan personaliti
seseorang.
o Pihak subordinat akan lebih mudah mempercayai pihak atasannya jika mempunyai integriti
dan berkaliber.
o Yang penting di sini ialah kemahiran dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan baik bukan
sahaja dengan rakan sejawatan tetapi turut melibatkan pihak pekerja bawahan.
5. Berorientasikan pencapaian
o Sifat ini lebih melihat kepada nilai keperluan untuk prestasi terbaik, keinginan yang kuat ke
arah kejayaan, kemampuan untuk bersaing, bertanggungjawab terhadap segala keputusan
yang dibuat serta mengambil berat terhadap tugas yang diamanahkan.
o Seseorang pemimpin haruslah mempunyai matlamat yang jelas dalam merencanakan hala
tuju organisasinya.
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
3. Bincangkan TIGA (3) cirri utama pemimpin eksekutif dalam sesebuah organisasi.
(25M)
Soalan serulang
Soalan berulang
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN AWAM
1. Kuasa ganjaran
Kuasa ini dianggap sebagai medium positif kerana berpotensi untuk menyebabkan
perubahan dalam tingkah laku dan perilaku seseorang.
Selain itu, kuasa ganjaran ini digunakan bagi tujuan melatih para subordinatnya untuk
mencapai matlamat dan kehendak organisasi.
Kuasa ganjaran melihat segala tindak tanduk subordinat sebagai positif dan baik untuk
perkembangan organisasi.
2. Kuasa paksaan
Kuasa ini bertentangan dengan kuasa ganjaran. Ini kerana kuasa paksaan bersifat negatif
dan perubahan perlakuan subordinat bukanlah atas kerelaan ataupun kemahuan sendiri.
Kuasa ini lebih menekankan kepada bentuk hukuman dan denda oleh pihak atasan kepada
pihak bawahan mereka.
Kuasa yang wujud melalui cara ini kebiasaannya tidak kekal dan pemimpin yang
mengamalkan kuasa ini terdedah kepada ancaman untuk dijatuhkan (Razali, 1990).
3. Kuasa sah
Berdasarkan kepada pangkat formal seseorang dalam hierarki dan kedudukan dalam
organisasi.
Ini bermakna kedudukan yang diberikan kepada seseorang membenarkan seseorang itu
menggunakan kuasa yang dimilikinya dan pelantikan pula berdasarkan kepada kelayakan
tanpa mengira siapa yang mengisi kedudukan tersebut.
Contohnya, pelantikan jawatan utama dalam sektor awam seperti Pengarah, Timbalan
Pengarah, Ketua Daerah atau sebagainya memerlukan surat pelantikan yang formal dan
diiktiraf oleh semua pihak khasnya kerajaan.
Tanpa surat pelantikan yang sah, jawatan seseorang boleh dipersoalkan dan kemungkinan
besar tidak layak untuk menerima sebarang faedah yang disediakan oleh kerajaan.
4. Kuasa kepakaran
Kuasa ini melihat bahawa orang yang dipimpin memiliki kemahiran dan kepakaran yang
kurang berbanding pemimpin mereka.
Dengan cara ini, individu tersebut memiliki kelebihan berbanding pihak lain khasnya dari
sudut pendidikan, kemahiran, minda dan juga tahap kepakaran.
5. Kuasa petunjuk
Kesimpulannya, kuasa bukan sahaja terhad kepada lima jenis, malah ia turut merangkumi
kuasa maklumat, kuasa harta, kuasa rujukan, kuasa ekonomi, ketenteraan dan lain-lain
lagi. Berpandukan kepada pendapat French dan Raven, setiap kuasa yang dikategorikan
mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.
2. Kemahiran
Punca kuasa yang seterusnya ialah kemahiran. Oleh itu, dalam organisasi masa kini,
kelayakan daripada akademik menjadi penentu dalam menjawat sesuatu jawatan.
Ramai pengurus yang percaya bahawa akademik seseorang mencerminkan kemahiran
yang dimiliki.
Kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki amat diperlukan dalam mempengaruhi dan
membimbing orang lain.
Ini kerana kemahiran dan pengetahuan merupakan asas kepada pembentukan sesuatu
idea atau pemikiran.
Dengan adanya kuasa berdasarkan kemahiran ini seseorang individu itu boleh mengarah
mengawal dan mentadbir organisasi dengan baik dan cemerlang.
3. Hutang
Hutang juga merupakan punca kuasa apabila seseorang memiliki hutang yang berbentuk
wang, jasa dan budi baik daripada seseorang yang lain.
Orang yang diberi hutang akan merasakan bahawa perlu untuknya melakukan sebarang
suruhan yang diarahkan kepadanya atas dasar hormat mahupun malu kepada pemberi
hutang.
Punca kuasa ini dapat dilihat dalam masyarakat golongan yang mempunyai harta
kekayaan, manakala mereka yang menurut atas arahan ini pula ialah golongan miskin
(Alias, 1984).
4. Fizikal
Sistem pentadbiran organisasi zaman lampau melihat kekuatan dan bentuk fizikal sebagai
penentu kepada kuasa seseorang.
Tubuh badan yang sasa, tegap, kesihatan yang baik serta memiliki paras rupa yang
menarik menjadi faktor utama kepada pelantikan seseorang sebagai pemimpin.
French dan Raven (1960) percaya bahawa ciri-ciri ini akan dapat menjayakan lagi
seseorang untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya boleh mendapat perhatian serta
kepercayaan dari pihak lain.
Contohnya, semasa zaman pemerintahan Jahiliyah, pihak yang kuat akan dilantik sebagai
pemimpin khasnya dalam mengetuai ketenteraan.
Begitu juga sebaliknya, golongan lemah akan ditindas dan kebanyakannya akan menjadi
hamba abdi seumur hidup.
Selain daripada punca kuasa yang diutarakan oleh Razali (1989), sifat karismatik yang ada
pada diri seseorang juga dilihat sebagai salah satu punca kuasa. Kuasa karismatik
kebanyakannya hadir dalam diri pemimpin terulung seperti Rasulullah SAW, dan juga Mahatma
Gandhi.
Sifat-sifat peribadi yang mereka miliki mampu mempengaruhi orang bawahan. Menurut Alias
(1984) lagi, individu yang memiliki personality seperti ini dapat mewujudkan satu keadaan yang
selesa kerana ramai individu yang percaya bahawa pemimpin yang dilantik mampu
menyelesaikan masalah dengan mudah.
o Pendekatan ini melihat pemimpin sebagai personaliti semula jadi yang membezakan
mereka dengan individu bukan pemimpin.
o Ini disusuli dengan pendapat yang mengatakan bahawa faktor fizikal seperti gagah dan
memiliki kecerdasan yang baik akan menentukan sama ada seseorang itu layak menjadi
pemimpin ataupun tidak.
o Pemimpin haruslah memiliki sifat dan tabiat istimewa yang tidak dimiliki oleh individu
lain. Oleh itu, di samping menjadi seorang yang kuat secara fizikal, kecerdasan dan
kemahirannya juga mestilah lebih baik daripada orang lain (Razali, 1989).
Menurut Md. Zhahir (2000: 90), teori situasi diperkenalkan dengan tujuan untuk:
(ii) Meramalkan gaya kepimpinan yang paling berkesan dalam situasi yang
dihadapi.
Teori pendekatan situasi akan menyentuh beberapa teori seperti Teori Pendekatan
Kontigensi Fiedler, Teori Pendekatan Matlamat-Laluan, Teori Vroom-Yetton dan
juga Model Situasi Kepimpinan Hersey dan Blancard.
Jawapan :
Tugas dan tanggungjawab utama seorang pemimpin ialah memastikan matlamat dan objektif
organisasi tercapai dengan jayanya. Ini bermakna, jika pemimpin tersebut mewakili sektor
swasta, kadar keuntungan yang diperoleh berlipat kali ganda Manakala jika bekerja di sektor
awam memberikan perkhidmatan yang berkualiti tinggi.
1. Charismatic Leader
i. Visionary leadership
o Pemimpin jenis ini akan sentiasa berkongsi misi dan visi untuk pembangunan
organisasi.
o Dengan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik serta sentiasa
menyeimbangkan antara keperluan individu serta organisasi, tidak mustahillah
golongan pemimpin kategori ini mudah untuk didampingi dan disenangi oleh
semua pihak.
o Malah pemimpin kategori ini juga akan sentiasa melihat dan mengambil
sebarang peluang yang ada bagi pembangunan organisasi dan dalam masa
yang sama melibatkan pihak subordinat untuk merasai peluang tersebut.
o Sebagai contoh ialah Microsoft Corp. Sebagai CEO, Bill Gates telah mengambil
peluang atas peningkatan pasaran komputer dan software dengan
mengembangkan perniagaannya ke serata dunia.
2. Situational Leader
Pemimpin mengamalkan gaya ini lebih mementingkan hubungan baik antara pihak
pengurus dan subordinat.
Pengurus akan mengambil kira situasi dan juga keadaan sebagai faktor utama dalam
menentukan jenis tindakan atau keputusan yang perlu diambil.
Termasuklah mengambil kira semua kos, kesan dan pihak-pihak yang terlibat dalam
melaksanakan sesuatu keputusan.
Menurut Jinkins (1998) kepimpinan ini biasanya akan mendedahkan pemimpin kepada
dua pilihan stail kepimpinan iaitu directive behavior dan supportive behavior.
Directive behavior, pengurus bergantung kepada sejauh mana rapatnya hubungan
dengan subordinat serta kawalan terhadap mutu pekerja.
Supportive behavior, pemimpin lebih cenderung kepada rasa hormat, komunikasi dua
hala dan membantu dalam memudahkan kerja pekerja dibawah seliaannya.
3. Transactional Leader
Pendekatan punishment dan reward akan digunakan dalam gaya kepimpinan ini.
Pemimpin akan memberikan semua maklumat lengkap mengenai tugas dan kerja yang
sepatutnya dilakukan.
Sebagai tambahan, terdapat juga pemimpin yang suka turut serta dalam melaksanakan
tugasan yang diberikan kepada pihak bawahan.
Dilakukan bagi memastikan subordinat menjalankan kerja yang betul dan efisien.
Kegagalan akan menerima hukuman manakala kejayaan pula akan menerima imbuhan.
Bagi bersikap adil, biasanya sebarang hukuman akan dijatuhkan selepas pihak
pengurusan mendengar dan berbincang dengan pihak pekerja yang terlibat.
4. Participative Leader
Gaya pemimpin ini lebih kepada pendekatan mendidik dan mengajar pihak pekerjanya.
Pemimpin sentiasa memberi peluang dan ruang kepada subordinat untuk memberikan
pendapat dan idea dalam pembangunan kerjaya mereka.
Pihak pengurusan sentiasa memberi keutamaan kepada pihak pekerja menghadiri
bengkel, kursus dan sebarang bentuk latihan dengan tujuan untuk meningkatkan
kemahiran mereka.
Proses pembelajaran ini akan memberikan ruang kepada pekerja untuk memperbaiki
segala kesalahan dan kesilapan yang pernah dilakukan bagi memastikan mereka lebih
mahir dan efektif.
Pendekatan komunikasi dari bawah ke atas akan menjadi panduan apabila pendapat
dan idea pihak pekerja dijadikan asas kepada sebarang keputusan yang diambil.
Ringkasnya, setiap ahli organisasi sama ada pihak pengurusan atasan atau bawahan
akan dianggap sebagai asset terpenting dalam organisasi.
5. Transformation Leader
Berwawasan dan berpandangan jauh menjadi teras kepada gaya kepimpinan jenis ini.
Ini bermakna pemimpin yang mengamalkan gaya ini haruslah sentiasa memandang ke
hadapan kerana jatuh bangun syarikat bergantung kepada idea dan keputusannya.
Kebolehan dalam merangka tindakan jangka panjang menyebabkan pemimpin mudah
untuk meramalkan apa yang berlaku dan seterusnya mengambil tindakan yang
sepatutnya.
Ringkasnya, kategori pengurus seperti ini sangat relevan dengan dunia kepimpinan hari
ini yang sentiasa berhadapan dengan cabaran, fleksibiliti, perubahan dan inovasi dalam
persekitaran kerja.
7. Servant Leader
Gaya kepimpinan jenis ini menekankan kepada penglibatan semua pihak dalam
pembangunan organisasi.
Termasuklah penglibatan dari segi tenaga dan pemikiran dalam merangka tindakan dan
keputusan buat organisasi.
Ini bermakna kepentingan peribadi setiap anggota organisasi haruslah diketepikan dan
meletakkan matlamat organisasi sebagai keutamaan.
Setiap ahli dalam organisasi akan merasai bahawa diri mereka dihargai dan turut
merasakan bahawa mereka ialah sebahagian daripada organisasi.
Contohnya, Menurut Ahmad Sarji (1992), anjakan paradigma dalam sektor awam telah
mendedahkan kerajaan dengan pelbagai cabaran dan juga tekanan.
Ini termasuklah tekanan daripada rakyat sendiri yang sentiasa mengharapkan
perkhidmatan terbaik serta tekanan daripada luar khasnya globalisasi.
8. Autoritarian Leader
Gaya kepimpinan jenis ini banyak diamalkan oleh pemimpin-pemimpin terdahulu
khasnya dalam bidang ketenteraan.
Pemimpin mempunyai kuasa mutlak dan pihak bawahan tidak boleh mempertikaikan
sebarang keputusan yang telah diambil.
Pada masa lampau, pemimpin yang dipilih biasanya akan menggunakan sepenuhnya
kuasa dan autoriti yang dimiliki bagi memperlihatkan kredibilitinya.
Malah, terdapat juga pemimpin yang melihat penguasaan sesuatu kawasan bagi
memperlihatkan kuasa yang dimiliki.
Contohnya, semasa zaman Revolusi Perindustrian yang memperlihatkan tokoh-tokoh
barat seperti Napolean Bonaparte, Marco Polo dan ramai lagi berlumba-lumba menjajah
sesuatu kawasan.
Bagi tujuan itu, ketua memiliki kuasa untuk mengerah anak-anak buah mereka tanpa
mempertimbangkan kepentingan subordinat.
9. Jelaskan LIMA (5) cabaran yang dihadapi oleh pemimpin bagi menzahirkan
kepimpinan yang berkualiti dan dinamik. Huraian anda perlu disokong
dengan isu semasa dengan memberikan contoh-contoh yang bersesuaian.
(25M)
Soalan berulang -
06 FEBUARI 2014
o Menurut Drucker (1988), eksekutif boleh ditafsirkan sebagai seorang individu yang
memegang jawatan utama dalam organisasi dan individu tersebut haruslah memiliki
ilmu pengetahuan yang tinggi dan berkemahiran luas.
o Keupayaan memiliki ilmu pengetahuan penting dalam memberikan sumbangan yang
besar kepada organisasi khasnya dalam penentuan hala tuju organisasi.
3. Jelaskan sifat positif yang harus ada kepada seseorang pemimpin dalam
organisasi awam seperti yang dibincangkan oleh Stoner dan Wankel
(1989). (25M)
Jawapan :
Menurut Stoner dan Wankel (1989), seseorang pemimpin haruslah memiliki sifat-sifat peribadi
yang positif dalam melahirkan idea dan pemikiran yang dinamik untuk kemajuan organisasi.
Antara sifat-sifat yang perlu ada ialah seperti berikut:
3. Keupayaan empati
Seorang pemimpin juga haruslah bijak memahami, mengatasi sikap serta perasaan
pihak lain.
Dengan tindakan sedemikian, pemimpin tersebut mudah mendapat kerjasama dari
pihak bawahannya dan seterusnya memudahkan pelaksanaan tugas.
Contohnya, setiap hari dada akhbar mendedahkan tentang pencemaran dan penerokaan alam
akibat kerakusan organisasi yang ingin mengaut keuntungan lebih tanpa memikirkan kesan
negatifnya terhadap masyarakat.