Anda di halaman 1dari 3

KERTAS KERJA SAMBUTAN MAAL HIJRAH 1439 HIJRAH/ 2017 MASIHI

PERINGKAT SEKOLAH KEBANGSAAN JELAI 1 FELDA

1.PENDAHULUAN

Maal Hijrah adalah antara peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam.Peristiwa ini di
sambut pada setiap tahun apabila tiba Bulan Muharam dengan pelbagai program bagi
mengingati semula peristiwa agung ini disamping mengambil pengajaran darinya. Justeru itu
adalah amat penting majlis ini diadakan di peringkat sekolah bagi mendedahkan dan
membuka minda murid tentang betapa pentingnya Hijrah kepada umat Islam.

Maal Hijrah dari sudut bahasa ialah sama-sama berpindah manakala dari segi istilah
pula ialah berpindah dari perkara yang negatif kepada yang positif dan dari perkara positif
kepada perkara yang afdhal. Justeru itu penghayatan cara hidup Islam yang sebenar perlu
ditanam di dalam jiwa setiap warga SK Jelai 1 (f) bagi menghasilkan kehidupan yang lebih
bahagia di dunia dan akhirat.

2.OBJEKTIF

2.1 Pelajar memahami maksud hijrah yang sebenar


2.2 Mengetahui plot penghijrahan Rasulullah dan para sahabat
2.3 Mengambil iktibar dari peristiwa hijrah Rasulullah.

3.TARIKH

13 Oktober 2017 (Jumaat)

5.TEMPAT

DEWAN SK JELAI 1 FELDA

6.SASARAN

SEMUA GURU DAN PELAJAR SK JELAI 1 FELDA

Panitia Pendidikan Islam SKJ1(F)


7. ANJURAN

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM

8. ANGGARAN PERBELANJAAN

SUMBER

1.PIBG =RM820.00

PERKARA JUMLAH
1.HADIAH PELAJAR SAHSIAH TERPUJI RM10.00 X 2= R20.00

2.JAMUAN MURID (BUBUR ASSYURA) RM 2X 400 = RM800

JUMLAH RM820.00

10.PENUTUP

Semoga usaha murni mengingati sirah perjuangan Rasulullah dalam peristiwa hijrah
ini mendapat sokongan dari semua pihak. Mudah-mudahan juga seluruh umat Islam berusaha
untuk berubah dari tabiat mazmumah kepada akhlak mahmudah, khususnya kepada warga SK
JELAI 1 FELDA. Seterusnya marilah kita sama-sama beristiqamah dan beriltizam untuk
menjadi ummat Nabi Muhammad yang mendapat keredhaanNya di dunia dan akhirat.

DI SEDIAKAN OLEH: DI SAHKAN OLEH:

................................................. ..........................................................

(PN. ZAMRATUL KAUSAR BINTI CHE SAHED) (EN. AHMAD BIN HUSAIN)

SETIAUSAHA PANITIA PENDIDIKAN ISLAM GURU BESAR

SEK. KEB JELAI 1 FELDA SEK. KEB JELAI 1 FELDA

Panitia Pendidikan Islam SKJ1(F)


TENTATIF PROGRAM SAMBUTAN MAAL HIJRAH

1439 H/2017M PERINGKAT SEKOLAH

07.15 PAGI : GURU DAN PELAJAR BERGERAK KE DEWAN

07.20 PAGI : BACAAN YASSIN

- MOHD KHAIZAL BIN A.KARIM

08.00 PAGI :CERAMAH SEMPENA MAAL HIJRAH

- MOHD AZLI BIN MUSA

09.30 PAGI :PERSEMBAHAN PENTOMEN (MURID TAHUN 6)

10.00 PAGI : PENYAMPAIAN HADIAH UNTUK:

- PELAJAR SAHSIAH TERPUJI (LELAKI)

- PELAJAR SAHSIAH TERPUJI (PEREMPUAN)

10.15 PAGI : REHAT

10.35 PAGI : PERTANDINGAN MEWARNA TAHAP 1

10.45 PAGI : PERTANDINGAN MELUKIS POSTER TAHAP 2

12.05 PAGI : BERSURAI

Panitia Pendidikan Islam SKJ1(F)

Anda mungkin juga menyukai