Terdapat dua faktor yang utama atau dipanggil sebagai dominan yang mempengaruhi
perkembangan kanak-kanak iaitu faktor baka dan faktor persekitaran.
Faktor baka
Baka atau dikenali juga sebagai keturunan merupakan ciri-ciri perwarisan yang
dibawa oleh ibu bapa kepada anak-anak.Ciri-ciri yang ada adalah seperti warna kulit, saiz
fizikal, warna mata dan lain-lain. Ini dibuktikan melalui kajian ahli-ahli psikologi seperti Arnold
Gesell bahawa tidak ada dua orang individu mempunyai kadar perkembangan yang sama.
Kesemua ciri-ciri ini melengkapkan kesempurnaan seseorang individu itu.Ibu bapa
menurunkan baka ini kepada anak-anak mereka melalui gen-gen.
Pengaruh genetik atau faktor baka dikenali sebagai gen dimana ianya terdiri
daripada nukleoprotein yang menentukan baka atau ciri keturunan. Ianya terletak di lokus
tertentu pada kromosom, iaitu sejenis benda seni yang berbentuk panjang didapati dalam
nukleus sel sperma (jantan) dan juga sel ovum (betina).Mengikut kajian para pengkaji,
kromosom ini mengandungi bahan DNA dan RNA kemudian masing-masing membawa gen-
gen yang mengandungi sifat-sifat baka.Bagi individu yang normal, kebiasaannya
mempunyai 23 pasangan kromosom. Kemudian, semasa proses persenyawaan iaitu
percantuman sel, sperma (gamet jantan) dengan sel ovum (gamet betina) bercantum
membentuk zigot yang mula mendapat 23 kromosom daripada ibu bapa masing-masing.
Untuk itu, proses pertukaran di antara kromosom daripada ibu dan bapa berlaku hingga
menjadi ciri-ciri baka tersendiri yang akan diwarisi oleh bayi yang akan dilahirkan nanti.
Kebiasaannya baka yang baik adalah bermula daripada kesihatan ibu dan bapa yang
sihat dan baik.Menurut hasil kajian ahli-ahli psikologi seperti Galton (1865), Goddard (1890),
Newman (1937) dan Shieldon (1962) setiap individu mempunyai kecerdasan dan kebolehan
intelek yang berbeza.Kajian ahli-ahli psikologi sering mengaitkan perbezaan kecerdasan
individu dengan kecerdasan ibu bapa mereka.
Oleh itu, kesihatan ibu bapa sama ada dari segi mental mahupun fizikal amat penting
bagi menjamin perkembangan bayi yang normal dan sihat. Sebagai contoh, ibu yang
sedang mengandung hendaklah menjaga pemakanan serta mengamalkan cara pemakanan
yang sihat. Hal ini kerana ibu akan berkongsi makanan tersebut dengan bayi yang masih di
peringkat prenatal. Sehubungan dengan itu, ibu ditegah untuk melakukan perkara yang
boleh menjejaskan kandungan dan digalakkan minum minuman yang menyihatkan seperti
susu dan sebagainya.
Walau bagaimanapun, kadang- kadang umur ibu juga merupakan salah satu faktor
pertumbuhan dan pekembangan kanak-kanak itu mengalami masalah.Contoh ini juga
merangkumi kepada faktor baka. Bagi ibu yang mengandung berusia lebih daripada 40
tahun berkemungkinan besar akan melahirkan bayi Sindrown Down. Hal ini kerana, penyakit
ibu turut akan mempengaruhi anak yang bakal dilahirkan. Bayi yang mereka lahirkan itu
akan berpotensi untuk abnormal berbanding ibu yang sihat. Usia ibu yang lanjut
akan menyebabkan mengalami keguguran akibat pembentukan janin yang kurang
sempurna.
Tambahan pula, gen bapa juga memainkan peranan penting dalam perkembangan
kanak-kanak. Sperma yang sihat akan bergabung dengan ovum sekiranya kesihatan bapa
itu terjamin. Jika didapati sperma yang disenyawakan itu mempunyai penyakit atau kuman
seperti HIV, maka anak yang dilahirkan adalah berisiko untuk menghidap penyakit
berbahaya seperti itu.Maka, faktor baka daripada ibu dan bapa amat penting dalam
menjamin kesihatan anak yang baik kelak.
Faktor persekitaran
Faktor kedua pula ialah persekitaran atau nurture. Faktor ini merujuk kepada
keadaan semasa proses perkembangan kanak-kanak. Ini termasuklah pengalaman sebelum
dan selepas lahir. Keadaan sebelum lahir merujuk kepada corak pemakanan, gaya hidup
dan kesihatan si ibu. Keadaan selepas lahir pula adalah dipengaruhi oleh cara pemakanan,
sosio ekonomi, tahap pendidikan, keluarga, rakan-rakan, ibadat, media dan persekitaran
dunia.
Secara keseluruhannya, kelima-lima aspek ini adalah saling berinteraksi antara satu
sama lain. Setiap unsur-unsur ini mempengaruhi perkembangan individu, maka setiap
individu pasti mempunyai tahap perkembangan yang berbeza-beza.