Anda di halaman 1dari 1

Maksud/Konsep/Latar Belakang Imperialisme @ Konsep/Maksud

IMPERIALISME
Imperialisme merupakan dasar sesebuah negara meluaskan pengaruh dan
wilayahnya dengan menjajah negara lain untuk kepentingan tertentu. Imperialisme juga
membawa maksud penguasaan sesebuah negara yang lebih kuat terhadap negara lain yang
lebih lemah. Penguasaan ini bertujuan untuk mengaut keuntungan dari segi politik dan
ekonomi. Menurut Kamus Dewan, dasar atau tindakan sesebuah negara menjajah atau
mengenakan kuasa pemerintahannya ke atas negara-negara lain. Selain itu, imperialisme
membawa maksud orang atau negara yang mengamalkan fahaman imperialisme.
Peringkat awal imperialisme Barat adalah secara tidak langsung bertujuan untuk
menguasai perdagangan rempah namun perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah
menjadikan persaingan kuasa Eropah bertambah sengit. Portugal mendahului kuasa Barat
yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. Imperialisme Barat di Asia
Tenggara bermula sejak abad ke-16 kerana didorong oleh hasrat penjajah untuk menguasai
ekonomi sehingga mengubah sistem politik tanah jajahannya. Portugal mendahului kuasa
Barat yang lain apabila berjaya menawan Melaka pada tahun 1511.
Secara ringkasnya, imperialis Barat telah mengubah sistem politik tanah
jajahannya di Asia Tenggara untuk memudahkan pengeksploitasian ekonomi
dilakukan.