Anda di halaman 1dari 35

PELITA

Pili di bucu rumah usang itu dibuka namun


tiada setitis pun air yang keluar. Sudah menjadi
kebiasaan bagi penduduk kampung Beris Lalang
berhadapan dengan situasi sebegini. Ada ketika punca
bekalan air terputus dek kemarau yang terik
memancar. Lagipun, kampung kami agak terpencil
dan sedikit terpinggir dari kota. Nak kata kami orang
asli, bukan juga. aku mengelamun seketika sambil
menggosok gosok mataku yang diselaputi tahi mata.
Lantas, aku membawa kayu sugi ke perigi di bawah
pokok rambutan. Tak sempat berdarat ke tanah, aku
seperti terbau sesuatu yang menusuk kalbuku.

aku menghidu bau wangi bada pisang yang


digoreng ibuku, aroma masakan itu mengapung terus
dari dapur ke ruang tamu. aku mengusap perut, kecur
air liur terus menjilat bibir. Selera makan aku
menjadi-jadi pantang terbau makanan panas-panas
yang bergoreng nafsu makan terus bangkit. Berat
badan aku naik mendadak lantaran selera makan aku
yang meningkat itu. Bukan aku tidak cuba
mengawalnya, namun seleraku memang gagal

1
dikekang. Belum sempat dipelawa aku sudah
mengetis hujung bada pisang yang masih panas di
dalam pinggan.

ibuuuuuuu goreng pisang ibu tak pernah tak


sedap! Imah kasi 5 bintang punya!

haa kau ni imah kalau tak selera makan


memang bukan kaulah. Entah hantu raya mana yang
masuk dalam tubuh kau ni. Makan tak ingat dunia,
mengeluh ibuku dengan gelagat aku.

ha kakak tak ajak Rina eah! Makan sorang


sorang! Tengok dah nak habis goreng pisangnya,
rengek adik bongsuku yang baru setahun jagung
usianya.

Ibu hanya memerhati gelagat kami adik-


beradik dari kejauhan sambil membasuh pinggan
yang menggunung tingginya di bucu rumah. Seakan
akan gaduh sayang kami menjadi ubat untuk segala
keluh resahnya.

Pelajar dari Sekolah Menengah Kebangsaan


Beris Lalang, Nur Sarimah binti Hashim nama
sebenarku. Aku merupakan anak sulung daripada

2
sembilan orang adik-beradik. Ibu dan ayah pula
bukanlah orang berada. Bukanlah pula orang ternama
dan bukan orang besar. Sawah padi yang terbentang
luas di kampung kami ini menjadi saksi titik peluk ibu
dan ayah membanting tulang untuk mencari sesuap
nasi. Kalau musim bah datang, padi tak menjadi.
Rezeki daripada Sang Pencipta kita tak boleh duga.
Kadang, macam durian runtuh. Kadang, debu pon tak
nampak.

Kais pagi makan pagi, kais petang, makan


petang. Begitulah kehidupan kami sehari hari. Kalau
makan mewah, adalah telur dan ikan untuk dibuat
lauk. Kalau makan biasa garam dan gulalah menjadi
penyedap rasa untuk nasi kami yang tawar. Namun,
bagi kami inilah kebahagiaan yang hakiki. Adanya
kasih sayang, tolak ansur, ambil berat bahkan semua
rasa yang baik baik dicurahkan dalam keluarga kami.
Kami redha menerima segala takdir yang diberi oleh
Sang Pencipta kerana bagi kami sudah pasti akan
terselit seribu satu hikmah di sebalik kesusahan kami.

3
***************************************

Kedengaran tapak kasut menjamah muka lantai kaki


lima Sekolah Menengah Kebangsaan Beris Lalang.
Bunyi tapak kasut itu tidak asing lagi kedengaran
pada setiap hari Rabu dan Jumaat oleh Pelajar 5
Merah. Baju kebaya merah dihiasi dengan corak
bunga anggerik, bertudung bawal dipadankan dengan
kasut tumit tinggi hitam itulah dia Cikgu Ramlah.

Berkhidmat lebih dari 1 dekad di sekolah itu


menjadikan Cikgu Ramlah sudah masak dengan
karenah pelajar pelajarnya. Namun, baginya setiap
pekerjaan yang diceburi oleh setiap orang sudah pasti
ada keistimewaan tersendiri yang semua orang tak
dapat jangka. Setiap ketentuan telah diatur cantik
sesuai dengan personaliti masing masing. Setiap buah
yang dihasilkan oleh seorang guru adalah hanya
untuk pelajar mereka dapat merasai kemanisannya.
Sebabnya, kemanisan buah itulah yang akan mencalit
senyuman di wajah mereka suatu hari nanti. Itu
prinsip Cikgu Ramlah.

4
Assalamualaikum dan selamat pagi anak anak, apa
khabar semua? Memandangkan kamu semua akan
menempuh satu peperikasaan yang besar bulan
depan, saya sangat berharap agar kamu semua dapat
menjaga kesihatan, bersedia mental dan fizikal untuk
menempuhinya dengan tenang. Suara Cikgu Ramlah
memenuhi ruang ruang udara di kelas 5 Merah.

Cikgu Ramlah menepis nepis debu debu di atas kerusi


guru yang separuh usia itu lalu duduk di atasnya.
Kakinya disimpuh dan dirapatkan kerana tidak mahu
menampakkannya. Dia membuat lipatan yang kecil
pada tudung bawalnya di sebelah kanan pipi dan
mengenakan kaca mata miliknya. Moleknya muka
bujur sireh Cikgu Ramlah dihiasi pula dengan setapak
lesung pipit hinggap pada kedua dua belah pipinya.
Senyumnya dapat mengubat mana mana jiwa yang
luruh hanya dengan sekali pandang wajahnya sahaja.
Cikgu Ramlah membelek belek buku soalan Bahasa
Melayu untuk memulakan pengajarannya. Setelah
membelek belek kelihatan pergerakan Cikgu Ramlah
terhenti pada salah satu muka surat buku itu seperti

5
sudah mendapat tajuk yang sesuai untuk
dibincangkan bersama pelajarnya.

Baiklah anak-anak, pada hari ini saya akan


menyambung ulangkaji kita dengan menjawab soalan
berdasarkan antologi novel Hikayat Helang Hitam.
Jawab kesemua soalan pada kertas yang saya edarkan
ini. Sebelum itu, cikgu minta Fahmi untuk membaca
doa sebelum belajar

Setelah mengaminkan doa, pelajar kelas 5 merah


mula untuk memerah otak menjawab soalan yang
Cikgu Ramlah edarkan. Soalan paling mencabar ialah
soalan yang keempat di mana soalan tersebut sangat
menguji kematangan pelajar dalam berfikir.
Kebanyakan pelajar mengalami sedikit kesukaran
untuk menjawabnya sehingga ada yang terbabas di
tengah jalan.

Selesai sudah sesi pembelajaran dengan Cikgu


Ramlah. Hati mana tak berbunga bunga bila
terbayangkan kecantikan wajahnya, kelurusan
hatinya, bersih bahasanya dan lembut dalam katanya.

6
Kalau aku seorang pelajar lelaki sudah tentu akan
datang penyakit angau dalam diri aku. Oh Cikgu
Ramlah.. engkau satu dalam seribu, kau tunjuk benda
betul, kau buang yang salah. Bila hati kami resah,
sedih kau padamkan segala rasa itu seakan akan
timbulnya pelangi selepas hujan.

*********************************************

Cikgu, Cikgu! Mari saya tolong angkatkan beg Cikgu.


Berat tu

Wahh...bagus anak murid cikgu ni. Nah begnya.


Hummm Sarimah dah ready ke nak SPM bulan
depan? Tak lama dah ni hahah

Ini Sarimah, cikgu. Saya akan sentiasa bersedia!


Malah, saya tak sabar tau nak jawab exam. Saya nak
hadiahkan sesuatu yang bermakna pada cikgu, lagi
lagi dalam subjek Bahasa Melayu. Saya nak kasi cikgu
A plus plus plus punya! Hehehe, Nadaku selamba
sahaja bergurau dengan Cikgu Ramlah.

Bagiku, Cikgu Ramlah adalah seorang yang boleh


dibawa bergurau. Perwatakannya macam air. Sangat

7
senang untuk dibentuk. Jika tuangkan air itu dalam
bekas bulat, bulatlah jadinya. Jika diletakkan air itu
dalam bekas segi empat, segi empatlah jadinya.

Sarimah lepas dapat result exam, Sarimah nak


sambung kat mana? Manalah tau dah pasang niat nak
jadi doktor ke, engineer ke, ke.....Sarimah nak
kahwin? Hahahaha

ish cikgu ni. Ada ada je kan nak usik Sarimah. Kalau
Sarimah nak kahwin pon, siapalah gerangan lelaki
malang yang dapat berbinikan imah yang pemalas ni

haaaa habistu nak sambung belajar apa? Sarimah ni


budak bijak, takkan la tak tau nak jadi apa

Pertanyaan demi pertanyaan yang keluar dari mulut


Cikgu Ramlah kepada Sarimah. Bagaikan belum
jumpa apa jawapan yang dikehendaki. Apa yang
berlegar di fikirannya hanyalah cita cita anak
muridnya itu. Sarimah adalah permata yang sangat
disayangi oleh guru guru di situ. Ditambah pula
dengan budi pekertinya seperti gadis Melayu terakhir.
Memang sukar untuk ditemui di pelusuk dunia ini.

Cikgu. Sarimah nak jadi Cikgu

8
Ringkas dan bersahaja jawapanku. Memang sudah
lama hasrat di hati ingin menjadi seperti pelita yang
membakar diri untuk masyarakat. Aku ingin menjadi
seperti matahari dan bulan yang sentiasa
memancarkan cahaya kepada warga bumi. Aku ingin
sekali melihat anak bangsa pada hari ini agar mereka
semua kembali kepada lumrah asal mereka. Ingin
sekali aku memanusiakan manusia yang Allah
anugerahkan kepadaku. Aku bermonolog sendiri.

Kelihatan secalit senyuman hinggap di pipi Cikgu


Ramlah. Entah apa rasa yang mencuit hatiinya aku
sendiri tidak pasti. Biaralah perasaan itu menjadi
rahsia yang teguh antara Cikgu Ramlah dan Pencipta
yang Maha Kaya.

***********************************************

Luruskan barisan anak anak, kita nak baca doa


masuk dewan ni

Nyaring suara Ustaz Hassan mengeluarkan arahan


kepada kami. Pada tanggal 23 Julai 2013 merupakan
detik debaran kami yang bakal diharungi. Orang kata,

9
SPM ni tak penting pon. Orang kata tak ada sijil SPM
pon boleh jadi pengurus besar. Tapi, bagi aku insan
kerdil yang bernama Sarimah, ini adalah tiket bagi
aku untuk aku teruskan cita cita yang sudah lama
kutanam dalam hati. Apa guna, sekolah 5 tahun kalau
tidak dipersembahkan melalui sijil ini. Oleh sebab itu,
aku berbicara dan menggosok hati sendiri supaya aku
dapat mempersembahkan dengan segala kudrat yang
aku punya dalam dewan peperiksaan selepas ini.

Setelah sebulan para pelajar tingkatan 5 Sekolah


Menengah Kebangsaan Beris Lalang melontarkan
hujah, membanting tulang, memerah keringat kepada
kesebelas subjek pilihan mereka tibalah masa yang
sangat ditunggu oleh seluruh orang seantaro dunia.
Keputusan SPM.

Waktu terus berganti, takkan pernah lelah untuk aku


menanti keputusan ini dengan hati yang teruja. Tak
pernah pernah aku seakan akan mempunyai nafas
baru pada kali ini seperti Yang Maha Esa telah
menepati janjiNya pada ketika dahulu.

10
Nur Sarimah binti Hashim, Saudari dinobatkan
sebagai pelajar SPM terbaik pada tahun 2014

Aku seakan akan berada di alam yang dipenuhi


dengan not not lagu seperti mendengar desekan violin
melentur ke dalam jiwa aku. Sesekali, aku menaruh
harapan bahawa petikan yang jelas kedengaran
beberapa saat yang lalu adalah realiti dan bukan
fantasi.

Allahhuakbar! Ternyata benar sekali nama yang


disebut oleh pengetua sekolah itu adalah nama aku!
Memang aku tak dapat gambarkan bahawa perasaan
ini melompat lompat seperti mencapai gugusan
bintang di langit. Bahagianya aku bukan kepalang
nampaknya!

imah anak aku. Kau berjaya nak! Ibu bangga

imah, bijak pulak anak aku yang sorang ni, hmmm


tengokla siapa ayahnya

imah, you did it

imah, congrats beb!

hebat betul anak pak hashim ni

11
Bermacam-macam macam ucapan yang bergema
menyentuh gegndang telinga aku. Aku sumpah! Ini
adalah hari paling bahagia aku selama aku hidup

Dalam banyak banyak ucapan, aku paling terkesan


dengan kata kata Cikgu Ramlah bahawa dia
mengharapkan yang terbaik daripada aku

Harapan aku kali ini...

semoga kebahagiaan ini akan berterusan sampai bila


bila melainkan aku duiji

semoga Allah mendengar doaku ini

semoga ini adalah tiket untuk aku untuk


menyambung pelajaran aku pada peringat yang lebih
tinggi

sungguh, hadiah ini sangat bermakna buatku

terima kasih Ya Allah

12
**************************************

abang, tabung ayam abang tu dah penuh belum?

entahlah Jidah, macam tak cukup. Simpanan pon tak


kurang dari 2 angka

Kedua duanya keluar dari bilik dan membuat muka


selamba tidak redup, tidak hujan tidak pula berguruh.
Ayah dan Mak tak suka untuk berkongsi masalah
yang mereka terpaksa harungi dengan orang lain.
Tambah tambah pula anak anak. Bagi mereka,
kebahagiaan mereka adalah bila anak anak mereka
bahagia.

Mak! Mak! Achik dapat jadi pengawas. Nanti nak


kena beli baju pengawas yang warna biru tu

Melompat lompat alang menuju ke tangga usang


rumah sambil membawa berita gembira untuk
dirinya. Achik dapat jadi pengawas tahun ni.

Aku melihat dari kejauhan. Entah mengapa aku


merasakan ungkapan dan raut muka kedua orang tua

13
aku adalah lakonan. Seperti ada beban yang terpaksa
mereka tanggung.

wahhhhh dah naik pangkat ye kau Achik, harapnya


kau dapat laksanakan tangunggjawab dengan baik.
Jadi pengawas ini berat tugasnya. Kena betul betul
amanah!, sapa ayah

Selama seminggu aku berada di rumah, macam


macam hal yang aku alamai. Sebelum ini, aku tak
kisah apa-apa. Pagi pergi sekolah, balik petang malam
tidur dan esoknya sekolah balik. Macam tak ada apa
apa beban yang bertapak atas kepala. Duduk di
rumah, baru aku tahu macam mana tingginya langit
itu. tak sengaja aku untuk melihat penderitaan ibu
dan ayah. Bekerja keras di sawah untuk menanggung
kami anak-beranak.

Dah berapa kali aku didatangi pengutip hutang bila


mak dan ayah pergi kerja. Mereka mengajukan soalan
yang sama bertubi tubi

hutang bila nak bayar???? Hutang bila nak bayar??

Ada suatu ketika aku menjadi saksi melihat ibu dan


ayah merendahkan badannya melutut dengan kedua

14
lutut mereka di atas tanah memohon merayu agar
minta dipanjangkan tempoh waktu untuk membayar
hutang. Selama ini, aku tak pernah sedar kesusahan
ibu dan ayah sampai begini rupa. Aku fikir, semuanya
tak ada apa. Aku seperti terkena patukan ular yang
berbisa jika memikirkan keadaan kami anak-beranak.
Sepertinya, memang aku patut buat sesuatu. Aku tak
sanggup untuk melihat penderitaan ini. Sampai bila
kami mesti terus berhadapan dengan ribut?

Azam aku, biarlah apa yang terjadi sekalipun! Akan


aku redah ribut petir ini! aku janji!

**************************************

mak, abah, imah nak minta izin nak kerja. Imah ke


kota untuk cari kerja. Jangan cari imah. imah sayang
keluarga kita, imah nak beri yang terbaik untuk kita
semua. Izinkan imah pergi untuk seketika

Surat yang ditinggalkan di atas almari pakaian imah


didakapnya kuat kuat. Basah pipi mak dengan juraian
air mata. Ayah di sebelah mak menggosok gosok mak
dari belakang. Orang tua itu menangis dalam hening
malam ditemani bunyi cengkerik dan ayam di bawah

15
rumah. Tiada sebarang kata mereka dapat ungkapkan
selain..

pergilah imah, mak doakan agar Allah sentiasa jaga


Imah. Mak relakan kau pergi nak

Mak tahu, anak gadisnya ini pandai untuk jaga diri.


Dari kecil lagi memang aku sudah diajar untuk
berdikari. Tangunggjawab aku sebagai anak sulung
dari sembilan orang anak kecil ini bukan mudah.
Setiap adik adik aku ada perangai masing masing dan
akulah yang perlu memberikan khidmat aku sebagai
seorang kakak. Achik lapar, aku masak nasi. Adik
bongsu terberak dalam seluar, aku yang basuhkan.
Alang tak pandai ilmu kira kira, aku tolong darab
bahagikan. Sepertinya aku adalah ibu kecil untuk
adik adik aku.

*************************************

Kuala Lumpur. Memang tidak asing lagi sebagai ibu


negeri terbesar Malaysia. Mulanya, aku seperti rusa
masuk kampung. Memang patut aku terpinga pinga
melepaskan diri dalam bandar yang serba moden ini.

16
Nak dibandingkan dengan Beris Lalang, tak kelihatan
pula sawah padi berpacakkan orang orang terbentang
luas. Yang aku dapat saksikan apa yang ada di Kuala
Lumpur ini adalah kebingitan bunyi yang dapat
memecahkan gegendang telinga, kereta berduyun
duyun seakan berebut rebut untuk mengejar goreng
pisang panas, pencakar langit seperti sudah mahu
tembus langitnya. Semua yang aku nampak memang
tak sama langsung dengan Beris Lalang.

Terimbau kenangan aku menghabiskan belasan tahun


aku di kampung. aku seperti sudah dapat mengahafal
burung mana yang berkicau untuk mengejutkan aku
setiap pagi. Kalau hari hujan, kami anak-beranak
menggelek tempayan untuk menadah air buat
basuhan dan mandian. Segala nostalgia di kampung
sangat indah. Aku tak tipu!

dik, adik nak ke mana ni? Mak cik tengok adik macam
tak tahu nak pergi mana?, sapa mak cik yang separuh
usia sambil menepuk bahaku. Sepertinya, mak cik itu
memang asal orang Kuala Lumpur.

17
saya nak cari kerja, mak cik. Tapi nampaknya saya
sendiri tak tahu di mana patut saya tuju. Saya hanya
mengikut ke mana kedua belah kaki ini bawa saya.
Kalau ada rezeki adalah. Kalau tak ada, saya akan
usaha lagi sampai saya berjaya

nak kerja?ha! mari ikut mak cik

Aku bermonolog sendiri. hmmm mak cik ni nampak


macam orang baik, tak salah aku ikut je apa cakap dia,
mana tahu ada ikan yang dapat tangkap

Saat aku ingin membalas pelawaan mak cik tersebut,


aku merasakan sesuatu yang tajam menusuk
tubuhku. Tiba tiba pandanganku jadi kabur. Tanpa
aku sedar aku rebah di atas tanah Kuala Lumpur.

*********************************

budak baru lagi. Makin ramai pulak kawan kawan


nak teman kita di dunia tidak berlangit ni

Mimpi apa ini? suara apa itu? di mana aku? Mengapa


tempat ini tiada jalan keluar? Yang ada hanya
dinding! Di mana bandar Kuala Lumpur?, hatiku

18
meronta ronta. Segala tanda tanya hadir bertubi tubi
di dalam fikiranku.

Lamunanku terhenti seketika apabila seorang wanita


memasuki ke dalam tempat yang aku duduki.
Sepertinya, aku pernah terlihat mukanya tetapi agak
samar-sama. Kepalaku masih lagi berdenyut sakit.
Lama pandangan aku menumpu ke arah wanita itu.
ternyata, wanita itulah yang mengajak aku untuk
mengikutinya. Kononnya nak bagi kerja.

Tidak kusangka nasib aku terkurung dalam kandang


ini bersama sama remaja yang lain. Sangsinya aku
bila melihat kebanyakan remaja yang terkurung di
sini ialah perempuan sebaya dengan aku. Mereka
pakai pakaian seksi, sangat seksi.

aku di mana???, jerit hatiku

haa kau budak baru! Pergi bersiap sekarang! Kita


nak pergi enjoy ni, sapa wanita itu

pergi enjoy? Puan cakap nak carikan saya kerja?

haaa itulah kerja kau! Enjoy!

19
Aku dibawa masuk ke dalam bilik persalinan. Di
dalam bilik itu, disediakan kepada aku pakaian yang
tak ubah macam artis yang selalu muncul dalam kaca
televisyen. Wanita itu mengambil salah satu daripada
pakaian di situ dan menyuruh aku untuk
memakainya.

nah! Pakai ni

kenapa saya kena pakai pakaian yang terkutuk ni.


Pakaian tak berlengan? Terbelah situ terbelah sini!
Saya berhijab puan

ahhhh ada aku kisah kau berhijab ke tidak? Yang


penting kau kena patuh cakap aku! Kau nak kerja ke
tidak?

saya nak cari kerja halal puan, bukan kerja yang


terkutuk ni!

Mata wanita itu membulat dan mulutnya seakan


mahu mengigit aku. Lantas dia memanggil konco
konconya itu memegang aku dan memaksa aku
memakai pakaian tersebut dengan cara yang keras.
Rambut aku ditarik, aku ditumbuk dan diheret ke
lantai. Tidak dapat aku gambarkan bagaimana

20
sakitnya aku sewaktu aku diperlakukan sebegitu
rupa. Pandangan ku makin kabur dan aku tewas.

Aku tersedar dari mimpi ngeri aku buat kedua


kalinya. Namun ini bukan mimpi ngeri. Aku masih
dikurung dalam suatu ruang yang tidak berlangit.
Aku menundukkan mataku pada tubuhku. Sukar
untuk aku percaya bahawa aku memakai pakaian
yang sangat menjolok mata.

Ya Allah, kau selamatkanlah aku walau di mana aku


berada. Aku tak mahu menjadi seakan barang untuk
kepuasan nafsu manusia, hatiku menjerit.

haaa dah sedar pun rupanya kau. Seronok tidur?


Sekarang kau kena buat kerja

Tak pernah sepanjang aku hidup aku berhadapan


dengan manusia bertopengkan syaitan ini. mulanya,
wanita tersebut sangat baik. Dia seakan memahami
situasiku untuk mencari rezeki di Kuala Lampur.
Entah mengapa aku jadi bodoh tak ubah macam
keldai. Aku turut sahaja pelawaanya. Adakah aku
disihir? Hatiku meronta ronta mahu pulang. Mahu
bersama ibu ayah di kampung.

21
*****************************************

Aku bersama rakan rakan yang mempunyai nasib


yang sama denganku meluncur laju dengan menaiki
sebuah van bercermin legap. Jalan Sultan Lama di
bandar Kuala Lumpur itu seakan menerima tetamu
yang tidak diundang. Cahaya sang bulan memantul ke
atas tar jalan menyebabkan malam tersebut kelihatan
terang benderang. Van yang aku naiki terhuyung
hayang. Jalan menuju tempat yang aku sendiri tidak
pasti itu sangat mencabar sifat sabar dalam diri aku.
Sekejap tubuh aku terlontar ke kiri sekejap ke kanan.
Seumpama menaiki sampan kolek. Roda van yang
hanya berpusing-pusing itu menghasilkan irama yang
tidak enak di telingaku. Namun irama sumbang itu
tetap menyumbat telingaku. Entah ke mana
hilangnya nyanyi riang cengkerik dan riang-riang di
malam gelap gelita ini.

Sepanjang perjalanan aku, aku dihantui rasa takut.


Rasa nak lari! Rasa nak menangis! Aku tak sanggup
untuk meneruskan takdir ini. tak putus putus aku
berdoa agar Maha Esa menunjukkan jalan keluar itu

22
aku dan mangsa mangsa yang lain untuk
menyelamatkan diri.

PANGGGGG!

Lamunanku terhenti. Tanpa aku sedar, aku


merasakan van yang aku naiki seperti di awang
awangan melantun di udara dan terhempas ke bahu
jalan. Aku tak sedar. Aku pitam. Seramai 8 orang
penghuni bas itu tercampak ke luar. Ada yang
terjunam ke dalam gaung ada yang tersepit di celah
tayar van. Baik nasibku, aku terhumban di tengah
jalan.

Realitinya, kami terlibat dengan kemalangan jalan


raya. Entah bagaimana puncanya tetapi hati kecilku
berbisik bahawa ini adalah pertolongan daripada
Allah S.W.T. syukur ya Allah. Walaupun kami sakit,
kami bersyukur kerana kami tidak sempat untuk
menjalankan kerja kami yang kotor itu. kami tak
sanggup dinodai dengan dosa.

**************************************

Entah kali keberapa ku tersedar dari mimpi ngeri ini.


kali aini aku terbau bau ubat, bau macam di farmasi.

23
Tik tik tik tik entah apa bunyinya. Aku melihat diriku
bukan lagi berpakaian seksi tetapi berpakaian baju
tidur hijau. Aku di hospital rupanya.

Ada satu jasad yang memeluk tubuhku. Sepertinya


insan itu sedang tidur di birai katilku.

ehhh Sarimah dah sedar rupanya. Syukur


alhamdulillah, insan itu berkata.

ya Allah.....Cikgu Ramlah. Macam mana cikgu boleh


ada di sini? Macam mana cikgu jumpa saya? Macam
mana? Macam mana?

Bertubi tubi soalanku kepada cikgu kesayanganku itu.


tipulah aku tak ingat Cikgu Ramlah. Dia idola aku
dari aku kecil lagi. Insan yang aku sayang selepas ibu
dan ayahku. Insan yang mendidik aku dengan didikan
mental, fiizikal dan rohani. Dia yang aku cari di saat
aku ingin meluahkan sesuatu kepada dirinya.

Bagi Cikgu Ramlah, Nur Sarimah adalah satu dalam


seribu. Kepintaran dan kecerdasan anak didik akan
selalu memutik rasa kasih dan perhatian tidak
berbelah bagi di hati pendidik. Cikgu Ramlah
memandang aku memang berbeza daripada

24
pelajarnya yang lain. Selain cerdas dalam pelajaran,
pengetahuan Sarimah tentang hal ehwal semasa juga
mendalam. Diselidiki rekod Sarimah dari segi
akademik dan latar belakang peribadi timbul rasa
kasihan dan simpati.

Cikgu Ramlah tahu, dulu aku pernah menolak untuk


ke kelas tambahan berbayar kerana keterbatasan
kewangan. Cikgu Ramlah memberi galakan untuk
aku membuat latihan tambahan dan merujuk
kepadanya. Selalu juga dia melihat aku dengan rakan
kumpulan belajar yang lain. Nurdiana, Fuziah,
Marlis, Farouk dengan Jalal. Kumpulan belajar aku
memang terancang dan mempunyai prestasi
membanggakan. Dua minggu sekali, Cikgu Ramlah
menjemput kami ke rumahnya untuk mengulang kaji.

Dalam erti singkatnya, Cikgu Ramlah tak ubah


macam ahli Persatuan Bulan Sabit Merah. Tak putus
putus cikgu memberikan pertolongan kepada pelajar
pelajarnya yang memerlukan.

Sekarang....yang menjadi tanda tanya macam Cikgu


Ramlah boleh berada di sini? Menemani aku?

25
Cikgu ada di tempat kejadian, Sarimah. Mulanya,
cikgu macam tak percaya bahawa salah seorang yang
terlibat sama dalam kemalangan itu adalah awak.
Tapi bila cikgu tengok dekat dekat, memang betul
Sarimah! Sekarang, cikgu nak awak cerita macam
mana boleh jadi macam ni. Yang cikgu tak sangka,
macam mana awak boleh jadi salah seorang daripada
kumpulan tu! Cikgu terkejut separuh mati Sarimah!,
panjang kata kata Cikgu Ramlah kepada aku.

Aku tidak mahu Cikgu Ramlah tersilap faham. Aku


budak baik. Aku bukan seperti yang dia sangkakan!

panjang ceritanya cikgu...., balas aku sambil


membetulkan kedudukan aku di atas katil

saya telah tertipu dengan janji manis manusia. Saya


tak sangka pengakhirannya begini. Saya menyesal
cikgu.

Bermulalah hikayat Nasib Sarimah berdendang di


telinga Cikgu Ramlah. Aku menceritakan segala-
segala-galanya kepada Cikgu Ramlah. Tak berkelip
mata Cikgu Ramlah mendengar cerita aku. Dia

26
seakan tidak percaya begini nasibku setelah
menjejakkan kaki ke Kuala Lumpur.

cikgu ada musykil suatu hal daripada cerita Sarimah.


Kenapa Sarimah ke Kuala Lumpur nak cari kerja?
Bukankah sepatutnya imah tengah buat persediaan
nak masuk pusat pengajian tinggi? Kenapa imah
kerja?

imah nak bantu keluarga imah cikgu...., suaraku


mula menunjukkan frekuensi menurun. Tanpa
disedari, awan hitam datang tanpa diundang. Pipi aku
mula basah dengan deraian air mata yang lebat.

Sarimah...kalau ada masalah keluarga, cerita je


dekat cikgu. Cikgu akan jadi pendengar setia imah,
percayalah

Kata kata Cikgu Ramlah melentur lembut dalam hati


aku. Aku tiada tempat untuk mengadu nasib selama
ini. Aku terpaksa pendam kelam yang aku rasa
seorang diri. Kalau nak luah dekat ibu ayah, memang
jauh dek akal untuk aku berbuat demikian. Ibu ayah
penderitaanya lagi berat untuk mereka tangung. Tak

27
mahu aku untuk menjadi satu lagi beban buat mereka.
Azam aku, aku nak ubah nasib mereka. Aku nak beri
kebahgaiaan kepada keluarga aku.

Masalah keawangan cikgu. Keluarga saya orang


susah. Semua benda kena pakai duit. Tak termasuk
lagi duit belanja sekolah untuk saya adik-beradik, duit
makan, duit nak bayar hutang.. ibu ayah tak mampu
cikgu. Kami orang susah. Kalau dapat makan nasi
berlauk tu...ibaratnya kami makan dekat hotel 5
bintang

Pipi Cikgu Ramlah mulai basah dengan air matanya


yang jatuh tanpa dia sedar.

Pendidikan, satu perkataan yang aku membuat aku


sendiri buntu keluar dari mulut Cikgu Ramlah.

Kenapa dengan pendidikan cikgu?

Imah kena sambung belajar. Imah kena belajar


sampai berjaya. Imah kena usaha gigih. Kejar cita cita
imah! imah cakap kat cikgu dulu imah nak jadi cikgu
kan? Cikgu genggam kata kata imah! cikgu percaya
dengan pendidikan, imah berjaya untuk ubah nasib
keluarga imah. lebih baik imah sambung belajar

28
daripada terjerat dalam kancah sosial yang
membelenggu remaja sekarang. Cikgu tak mahu imah
rosak.

Kata kunci Cikgu Ramlah dalam katanya ialah aku


mesti sambung belajar. Kalau ikutkan hati, memang
aku nak untuk sambung belajar. Tambah-tambah lagi
dengan keputusan SPM aku yang cemerlang. Tapi
disebabkan aku datang dari keluarga yang serba
kekurangan, aku terpaksa mengorbankan cita cita
aku.

Cikgu nak kamu sambung belajar, Nur Sarimah.


Masa depan kamu dan keluarga pasti akan cerah

Mana saya nak cari duit cikgu? Siapa nak tolong


saya?

Air mataku mula mengalir deras. Aku seakan tidak


bisa untuk menerima pendapat guruku. Yang ada
dalam fikiranku sekarang adalah keluarga aku.

Setiap kesusahan pasti ada jalan penyelesaiannya


imah. yang penting awak jangan putus asa. Selagi ada
peluang, gengamlah peluang itu kemas kemas

29
Siapa nak bagi peluang pada saya cikgu.?

Cikgu sanggup imah. cikgu akan sedaya upaya untuk


tolong awak belajar dan ubah nasib keluarga awak

Bait bait kata yang keluar dari seorang wanita di


hadapanku menyentuh hatiku. Adakah aku sedang
bermimpi? Adakah wanita di hadapanku adalah
jelmaan semata mata. Aku menarik nafasku sedalam
dalamnya. Dalam lamunanku yang panjang, aku
berada dalam pelukan wanita itu. Cikgu Ramlah
menepuk nepuk belakangku.

Kedua dua jasad kami bersatu. Nasib tak banjir


hospital Shah Alam itu dengan limpahan air mata
kami.

Terima kasih cikgu! Terima kasih cikgu. Hanya Allah


sahaja dapat membalas jasa cikgu. Saya janji saya
akan belajar bersungguh sungguh. Terima cikgu sebab
cikgu padamkan kesedihan saya.. Saya...saya.. saya...

Cikgu sayang awak Sarimah. Imah dah cikgu anggap


macam anak cikgu, memang kewajipan cikgu untuk
tolong pelajar cikgu

30
Tentang keluarga imah...imah jangan risau, cikgu
akan berusaha untuk mecari dana daripada persatuan
kebajikan di Kampung kita. Cikgu yakin semua
bermurah hati nak tolong keluarag awak, sambut
Cikgu Rahimah lagi

aku tersenyum tidak berhenti. Sepertinya, akulah


orang paling bahagia pada saat ini. kesakitan aku
selepas daripada kemalangan tempoh hari jadi kebal.
Aku tak rasa sakit apa apa.

Sekarang imah, jangan serabutkan otak imah dengan


hal hal yang buat imah tak tenteram. Yang penting
sekarang cikgu nak imah cepat sihat lepastu boleh
keluar hospital awal awal.

Aku mengangguk tanda setuju. Semoga urusan aku


dipermudahkan Allah S.W.T. Ameen.

31
************************************

Cikgu, cikgu macam mana nak eja CIKGU?

Seorang guru muda tergelak kecil melihat gelagat


anak muridnya di kelas 1 Merah itu.

Kapur cap Ketam diambil dan ditulisnya huruf huruf


tersebut pada muka papan hitam.

ha macam ni Kamal. Kenapa nak eja CIKGU?,


sambut guru itu.

sebab saya nak jadi macam Cikgu Sarimah

Guru itu tersenyum kecil. Segala perit duka yang


dialami guru itu sewaktu ketika dahulu masih segar
dalam kotak memorinya. Takkan pernah sekali dia
lupa akan Cikgu Ramlah.

Semoga Allah lapangkan kuburnya, tempatkan dia di


taman syurgaMu ya Allah, hati kecil guru itu
berbisik.

32
Engkau laksana pelita di malam gelita

memancarkan sinar sepenuh rela

jiwamu tabah hatimu cekal

semangatmu berkobar

yang tak pernah mengenal erti putus asa

yang tak pernah meminta puji dan puja.

Jasamu tak akan luput dalam ingatanku

sepanjang hayat mekar di sudut hati

tiap sepatah katamu mengisi erti

tiap madahmu mengandungi hikmat

pembentuk peribadi penegak kebenaran

pengatur hidup petunjuk kebahagiaan.

33
34
35