Anda di halaman 1dari 6

SEKOLAH KEBANGSAAN TAMAN RAKAN

43000 KAJANG, SELANGOR

Kertas Kerja
LATIHAN
KECEMASAN & KEBAKARAN
2017

Hari : RABU
Tarikh : 5 JULAI 2017
Masa : 8.30 10.00 PAGI
Tempat : TAPAK MELETAK KENDERAAN
SK TAMAN RAKAN
Anjuran : UNIT KESELAMATAN
HAL EHWAL MURID
Bersama
JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT
MALAYSIA

1
LATIHAN KEBAKARAN 2017

1. PENDAHULUAN
Aspek keselamatan merupakan elemen yang terpenting dalam semua
institusi, pihak sekolah di bawah Unit Keselamatan mengambil inisiatif untuk
mengadakan program yang berbentuk peningkatan dan keselamatan murid.
Program ini diadakan untuk memberi kesedaran kepada warga sekolah betapa
pentingnya isu keselamatan diambil berat oleh semua pihak. Program ini telah
dirancang dalam dua siri bagi melengkapkan semua yang terlibat dengan
pengetahuan keselamatan yang secukupnya. Diharapkan dengan adanya
program ini akan memberikan impak yang besar kepada tahap keselamatan
sekolah kita InsyaAllah.

2. OBJEKTIF
Menanam perasaan cintakan sekolah.
Sentiasa bersiap sedia dalam apa jua keadaan.
Mengajak murid kearah kesedaran keselamatan.
Menambah pengetahuan berkaitan keselamatan kepada murid-murid.
Memupuk keprihatinan untuk menjaga keselamatan.

3. MATLAMAT
Memertingkatkan penghayatan tentang keselamatan.
Melahirkan murid yang prihatin.
Melahirkan insan yang berpelajaran dan berpendidikan luas.
Mempertingkatkan kefahaman, pengetahuan dan kesedaran dalaman
dikalangan guru dan murid.
Melahirkan insan yang seimbang dan harmonis.

2
4. RASIONAL
Memupuk rasa prihatin warga sekolah terhadap keselamatan sekolah pada
setiap masa dan ketika.

5. SASARAN
Semua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5, 6 dan semua warga Sekolah
Kebangsaan Taman Rakan.

6. ANGGARAN BELANJA MENGURUS

BIL PERKARA RM
1 Jamuan 30.00
2 Petrol / Diesel 20.00
JUMLAH RM 50.00

Disediakan oleh : Disemak oleh :

....................................... ......................................
En Mohd Sukree b Razak Pn Zalina bt Abdullah
Penyelaras GPK HEM
Latihan Kebakaran 2017 SK Taman Rakan

Diluluskan oleh :

........................................
En Tan Kian Kiat
Guru Besar
SK Taman Rakan

3
7. SUMBER KEWANGAN
Pelbagai

8. PELAKSANAAN
Tarikh : Khamis
Hari : 5 Julai 2017
Masa : 8.30 pagi 10.00 pagi
Tempat : Tapak meletak kenderaan
(Tentatif program dan jawatankuasa pelaksana - Sila Rujuk Lampiran 1)

9. ANJURAN
Unit Keselamatan Bahagian Hal Ehwal Murid SK Taman Rakan bersama
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

10. CARA PELAKSANAAN


Latihan kebakaran atau latihan pengosongan bangunan
Taklimat keselamatan
Demontrasi memadam kebakaran

4
LAMPIRAN 1

TENTATIF PROGRAM

8.30 pagi : Loceng kecemasan dibunyikan

: Semua warga sekolah bergerak ke tempat berkumpul mengikut


laluan kecemasan yang ditetapkan

: Murid berkumpul di tapak perhimpunan mengikut kelas masing-


masing

: Guru kelas merekodkan kehadiran murid

: AJK membuat rondaan dan memeriksa setiap kelas dan bilik serta
persekitaran sekolah

: Guru kelas dan AJK melaporkan situasi kepada penyelaras

8.45 pagi : Penyelaras membuat ulasan dan nasihat kepada semua warga
Sekolah.

9.00 pagi : Menyerahkan program kepada pihak bomba untuk mengendalikan


demonstrasi memadam kebakaran.

10.00 pagi : Murid beredar ke kelas masing-masing

5
LAMPIRAN 2

JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Tan Kian Kiat


Guru Besar SKTR

Pengerusi : Pn. Zalina bt Abdullah


GPK HEM SKTR

Timb. Pengerusi : Pn. Merianah bt Jamaludin


GPK Kurikulum SKTR

Naib Pengerusi : Pn. Rajaletchumi Nadarajan


GPK Ko-Kurikulum SKTR

Setiausaha : Pn Nor Azlina bt Mohd Yacob

Penyelaras/Taklimat/
Pelapor : Mohd Sukree b Razak @ Ali

Loceng Kecemasan : En Akram Zharfan b Ab. Ghani

Pemeriksa Bangunan : En Mohd Hafiz b Harun

Pengagihan Buku
Kedatangan : En Mohd Khairul Izwan b Mansur

Jurugambar : En. Mohd Hafiz b Harun

Dokumentasi : Mohd Sukree b Razak @ Ali