Anda di halaman 1dari 1

Program Orientasi Vokasional Kementerian Persekutuan Pendidikan dan Penyelidikan (BMBF)

Objektif

Menawarkan proses orientasi vokasional yang akan membolehkan pelajar mendapat


gambaran realistik mengenai kebolehan dan minat mereka sendiri dan juga untuk
mengumpul pengalaman praktikal dalam pelbagai bidang pekerjaan.

Pendekatan program ini bertujuan untuk mengurangkan kadar keciciran dan menurunkan
bilangan permohonan latihan yang belum ditempatkan semasa fasa peralihan waktu
persekolahan ke alam kerjaya.

Institut Persekutuan bagi Pendidikan Vokasional dan Latihan (BIBB) bertanggungjawab dalam
pengurusan keseluruhan program.

Peruntukan kepada BIBB dimuktamadkan melalui perjanjian kerjasama dengan sekolah yang
mengambil bahagian bagi pelaksanaan program ini.BIBB menyokong program ini dengan
menyediakan kerangka penilaian, penyelidikan akademik dan kepakaran teknikal. Ia juga
memantau kemajuan dan mengenal pasti apa-apa pindaan yang mungkin diperlukan.

Anda mungkin juga menyukai